kalo nak makan kat luar, kan tidak digalakkan..nak deliver pulak jenis mi ni patutnya makan panas panas...masak je lah sendiri!
Ni abg brian kongsikan versi halal yang boleh anda masak kat umah gunakan kuali jer
Nantikan #SeleraAbangBrian secara langsung di fb abang brian pada kul 12pm!
Kalo malas nak buat sendiri….lunch dan desserts boleh order ngan @abangbrianscafe
Sizzling Yee Mee (HALAL)
4 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia
5 tangkai cili kering, direndam dan dipotong dua
100g ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu kecil lada hitam
3 cawan kaldu ayam
cendawan shitake
1 sudu besar tepung jagung + 75ml air
sudu minyak bijian
Yee Mee, dicelur
Sawi, dicelur
1. Dalam Periuk, tumiskan bawang putih, halia dan cili sehingga bau naik.
2. Masukkan ayam dan panaskan sehingga separa masak
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung jagung, yee mee, sawi dan telur.
4. Setelah cendawan dan ayam masak. Masukkan Yee mee, sawi dan pecahkan telur di tepi. Panaslkan sehingga telur cukup masak.
#TipsAbangBrian:
- sebab kuah die memang likat, gunakan kuali tidak melekat untuk mudahkan cuci dan jugak elakkan cepat hangit.
- ini resipi utk 2 orang makan, gandakan untuk saiz hidangan yang lebih besar
#ssizzlingyeemee #resipisyeemee #halal #resipihalal #resipi #chinesrecipes #rresipicinahalal #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #101kesihatan #kesihatan #resipimudah #sizzling #resipimi #yeemee #shitake
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「resipimi」的推薦目錄:
- 關於resipimi 在 Abang Brian Facebook
- 關於resipimi 在 Abang Brian Facebook
- 關於resipimi 在 Abang Brian Facebook
- 關於resipimi 在 Bryan Wee Youtube
- 關於resipimi 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於resipimi 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
- 關於resipimi 在 Mi Bandung - YouTube 的評價
resipimi 在 Abang Brian Facebook 八卦
sebab penonton kami di #SeleraAbangBrian ; Norazizah mintak kite kongsikan chinese noodles goreng, kami kongsikan versi halal masa live semalam... ingat temu janji kite mlm nanti kul 9pm nanti yer
tapi kalo malas masak jugak bole je order kat @abangbrianscafe
#AbangBrianCooks
STIR FRIED NOODLES CHINESE STYLE Halal
200g mi wantan atau mi pilihan anda, dicelur
1 inci halia, dihiris nipis
1 /2 bawang kuning, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 cili api
125g daging cincang
Kuah (dicampur dalam mangkuk)
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijian
1 sudu kecil tepung jagung
4 sudu besar air suam
5 cendawan shitake, dihiris kasar
2 daun bawang, dipotong 1 inci
sedikit taugeh
1. Dalam kuali tumiskan halia, bawang kuning dan bawang putih sehingga bau naik.
2. Masukkan cili api dan daging cincang dan masak sehingga kekeringan.
3. Masukkan cendawan dan masak sehingga cukup lembut. Tuangkan sedikit bahan kuah sekiranya terlalu kering.
4. Masukkan mi dan semua bahan lain dan gaul mesra.
#tipsAbangBrian
- daging cincang boleh digantikan dengan ayam
- selepas celurkan mi, bilas dengan air sejuk supaya tidak terlalu masak
#stirfriednoodles #halal #resipihalal #resipi #ciliapi #dagingcincang #quickrecipes#malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #101kesihatan #kesihatan #resipimudah #resipimi #meegoreng #resipicinahalal
resipimi 在 Abang Brian Facebook 八卦
Slm minggu baru semua....atas permintaan mel, kite payungkan resipi yang dikongsikan semalam di #seleraAbangBrian… selalunya temu janji kite setiap Isnin-Jumat pada kul 9pm secara langsung di fb abg brian tapi malam ni kite rehat sehari dan kembali lagi pada selasa yerrr...
Hokkien Mee Halal
1 paket mee kuning tebal
200 g ayam, dipotong kecil, kulit diasingkan dan dipotong cebisan kecil
Perapan Ayam:
1 sudu kecil bawang putih cincang
Lada putih
1 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil tepung jagung
Udang, dibersihkan
Bebola Ikan, dibelah dua
4 ulas bawang putih, dicincang
Sedikit kubis cina, dihiris kasar
250 g mi kuning tebal
Perasa:
2 sudu besar minyak gorengan kulit ayam
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
180ml kaldu ayam
2 sudu kecil gula kaster
Lada putih
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air
Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan memerap sekurang-kurangnya 30 min.
Sambil tu gorengkan kulit ayam dalam minyak sehingga menjadi garing. Simpan minyak gorengan.
Tumiskan bawang putih dengan minyak gorengan ayam sehingga bau naik. Masukkan ayam yang diperap dan tumis sehingga hampir masak. Masukkan udang, bebola ikan dan kubis cina. Gaul rata.
Masukkan semua bahan perasa kecuali tepung jagung. Gaul rata dan biarkan mereneh sekeitka. Masukkan campuran tepung jagung dan air. Panaskan sehingga memekat.
#hokkienmee #halal #resipihalal #resipi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resipimudah #mihokkien #resipimi #resipicinahalal #kicap #noodlerecipes #noodles #recipes #asianrecipes #halalrecipes
resipimi 在 Mi Bandung - YouTube 的八卦
apibiru #mibandung #resipimudah #resipiringkas #resipimi. ... <看更多>