・・・
Brokeng English
.
Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne . Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana-mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.
.
Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.
Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan-kawan🤦🏻♂️).
.
Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya. Dan yang lelaki pula acah-acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang-canang kisah tersebut. Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai menggelabah seperti itu.
.
Berbeza pula apabila saya berada di kalangan Mat Salleh (orang Barat). Bukannya nak puji mereka, tapi akhlak mereka sangat jauh terpuji dari bangsa kita. Banyak kali saya tersilap ketika berkomunikasi, tetapi mereka membantu perbetulkan sama ada dari segi grammar mahupun sebutan dan sebagainya. Langsung tidak ada gelak-gelak memperlekeh dan jauh sekali mereka memerli. Berdasar pengalaman saya, 100% dari mereka semuanya begitu dan belum pernah saya di gelakkan mereka kerana membuat kesilapan ketika berkomunikasi. Dan di kalangan rakan-rakan Mat Salleh saya, ada antara mereka yang mempunyai grammar berterabur juga walaupun mereka itu lahir dalam keluarga Mat Salleh. Ada juga yang tidak fasih mengeja dan mereka siap rujuk kepada saya untuk ejaan. Dan perlu diketahui yang bahasa Inggeris ini mempunyai terlalu banyak ‘Slang’ atau loghat yang berbeza-beza sebutannya. Pengalaman mengembara seluruh dunia dan khususnya ketika berada di Sukan Olimpik, disitu ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara, siap ada negara yang kita tak pernah tahu kewujudannya. Apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, mereka juga mempunyai kesulitan untuk memahami loghat masing-masing, tetapi mereka ni tetap menghormati antara satu sama lain dan ini lah contoh yang kita perlu pelajari.
.
Saya bukannya nak mempertahankan mereka yang membuat kesalahan dalam bahasa Inggeris ini, tetapi jangan kita memperlekeh dan merendahkan orang lain atas sebab itu. Mereka yang kurang fasih ini juga, nasihat saya jangan bangga kerana anda tidak fasih, tetapi sentiasa cari ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anda dan jangan cepat putus asa. Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain. Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan. Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang.
.
Minta maaf minta ampun rakan-rakan sekalian jika saya ada tersilap kata atau menyakiti sesiapa di luar sana. Saya harap nukilan ini membantu untuk membuka mata masyarakat kita untuk ke arah yang lebih baik. Akhir kata dari saya, saya kongsikan kata-kata dari Jackson Brown Junior,
.
“Never make fun of someone who speak broken English. It means they know another language”
.
Sekian saja dari saya
AzizulAwang
.
📸 Gambar penulis di kedai Es Teler ketika baru menjejakkan kaki ke bumi kangaroo
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「perempuan in english」的推薦目錄:
- 關於perempuan in english 在 Facebook
- 關於perempuan in english 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於perempuan in english 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於perempuan in english 在 Bryan Wee Youtube
- 關於perempuan in english 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於perempuan in english 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
perempuan in english 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Kami meminta maaf kepada para peserta bahawa kami tidak dapat memberikan 50,000 Peso sebagaimana yang telah dijanjikan. Lalu di antara mereka yang membalas;
‘Tidak mengapa tak dapat duit kerana kami tidak mengharapkan duit pada awalnya. Kami telah dapat sesuatu yang lebih berharga dari 50,000 Peso iaitu ilmu yang anda telah ajarkan.’
Lalu kami memberikan kejutan kepada mereka dengan mengumumkan bahawa kami tidak dapat memberikan 50,000 Peso tetapi....
‘Allah menyegerakan ganjaran untuk kalian. Setiap kalian akan diberikan 150,000 Peso dan semua ini dari Allah Subhana Wa Ta’ala.’
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar dilaungkan. Titisan air-mata kegembiraan dari lelaki dan perempuan seolah-olah tidak percaya akan apa yang baru mereka dengar. Lelaki menangis teresak-esak tanpa segan silu.
Tangisan demi tangisan apabila nama mereka dipanggil untuk menerima sumbangan. Apa yang mereka tidak tahu adalah, esok kami akan memberikan 150,000 Peso lagi untuk mereka kerana hari ini kami tidak dapat mengeluarkan duit yang mencukupi untuk diberikan kepada mereka.
Jumlah yang mereka akan terima adalah 300,000 Peso (RM448) setiap seorang! 300,000 Peso besar maknanya buat mereka kerana purata gaji di Colombia adalah lebih kurang 700,000-900,000 Peso!
Ya Shakur, kami bersyukur kepadaMu kerana diberikan peluang untuk memanifestasikan janjiMu kepada hambaMu. Jazakumullahu Khairan kepada sahabat semua yang menyumbang dan menyokong usaha kami yang tak seberapa. Semoga Allah terima segala usaha dan sumbangan kita semua.
Sangat bersyukur diberikan peluang berkhidmat dan membantu saudara kita di Colombia lebih yakin akan firmanNya. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah...
***ENGLISH VERSION BELOW****
We apologized to all the participants as we could not give them 50,000 Peso as promised. Hence one of them replied;
“It’s okay as it wasn’t money that we intended. We’ve received something more precious than 50,000 Peso which is the knowledge you have taught us.”
We then surprised them by announcing that we wouldn’t give them 50,000 Peso but…
“Allah hasten the reward for all of you. And every one of you will be given 150,000 Peso dan all of this is from Allah Subhana Wa Ta’ala.”
They proclaim, Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Tears of joy from men and women as if they couldn’t believe what they just heard. Even men cried out and are not ashamed of it.
They were crying as we handed the donation to each and everyone of them. What they do not know is, tomorrow we will handover again 150,000 Peso to each of them as today we couldn’t take out more than that.
The total amount they will receive is 300,000 Peso(RM448) each! 300,000 is considered as a huge amount for them and the average wage in Colombia is around 700,000 to 900,000 Peso!
Ya Shakur, we are grateful to be given this chance to manifest on Your promise towards Your slave. Jazakumullahu Khairan to all our brothers and sisters that contributed and supported this little effort of ours. May Allah accept all of our effort and contribution.
Very grateful to be given a chance to help our brothers and sisters in Colombia, I’m more convinced of His word. Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah...
perempuan in english 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Semalam last patient yang saya tengok, seorang ayah bawak anak lelaki umur 4 tahun 10 bulan. Reason bawa jumpa dokte sebab cikgu tadika suruh bawak, nak tengok anaknya ada ADHD ke tak
Anaknya nama Umar. Masuk bilik dokte elok je terus duduk atas kerusi. Pandang dokte. Good eye contact. Not wandering around. Not touching here and there. Ok first impression tak nampak macam ADHD. Bagi pen kat Umar suruh lukis spiderman sebab nampak dia pakai baju spiderman. Umar malu. So dokte lukis spiderman dulu. Umar sambung lukis. Ok laju je. Good pencil grip
Tanya ayah kenapa cikgu cakap macamtu? Ayah cakap cikgu bagitau dalam kelas tak duduk diam. Tak fokus masa belajar. Ni report card dia dokte cikgu suruh bawak. Masa tu ingatkan report card kindy yang biasa. Tapi tengok terus terkejut “wow ni macam report card sekolah kebangsaan!” 😳😳 list all the subjects (math, science, bm, english, seni with grades???? He got D for bm, C for science, B for math) APEKAH??
Then ayah keluarkan kertas exam (wait, what..there is exam for 4 y/o kids??) BM he got 11/100. Ayah nampak confuse. Dia pun tak rasa anak dia ada masalah. Tapi cikgu cakap anak macam ada ciri ADHD. Ayah pun dah rasa panik. Kat rumah ok je dokte. Boleh ikut arahan. Boleh makan guna sudu garpu tangan. Sepah rumah tu biasa lah. Tapi kalau ajar buku ni A, ni B, ni C memang tak nak ikut sangat. Anak first perempuan. Memang lain lah dengan anak lelaki
Tanya ayah Umar ni suka main? Sangattt. Umar ni suka bergerak2 ke? Maksudnya tak boleh duduk setempat lama2? Ye betul. Suka main mainan yang hands on with texture? Macam play dough ke? Ye betul. Ok ayah for what i see Umar takde ciri ADHD (after few more questions and examination). Tapi Umar ni kinesthetic learner. Tapi orang selalu salah anggap budak macam ni ‘hyperactive’ sebab tak nak duk diam kat meja masa belajar. Tapi suka main (padehal memang umur ni tanggungjawab dia main je😅)
Tanya ayah Umar dah boleh dress and undress himself? Dah pandai. Gunting kertas? Tak sangat. Butang baju? Belum. Bagitau ayah yang time ni yang kena focus ialah fine motor skill. Jangan push untuk academically lagi
Dokte bagi ayah dua pilihan untuk Umar:
1) Tukar ke play school. Lebih sesuai untuk perkembangan Umar
2) Kalau nak sekolah sama ayah kat rumah kena usaha buat cara pengajaran yang sesuai untuk kinesthetic learner
3) Selit jugak advice untuk ayah cut sugar intake and gadget time
Ayah faham. Balik rumah nak discuss dengan ibu dulu macamane. Tapi dokte still refer kepada OT so ayah boleh belajar cara yang betul and for further assessment nanti. Umar pun dah siap lukis. Tunjuk kat dokte Umar lukis spider siap ada 8 legs 🕷good job Umar! 👍🏻 then cerita spiderman warna blue & red. Ada spiderman jahat nama dia venom. Ye Umar dokte tahu kat rumah dah ada budak 2 ketul cerita salasilah keluarga spiderman 😆
Lepas Umar dah balik teringat kat my Umar Hadif. Sedih rasa bila dipaksa macam tu sebab Umar kat rumah tu pun sejenis kinesthetic learner. Ajar cara conventional mengadap buku memang boleh jadi geram. Nak ajar kena sambil lompat trampoline. Atau buat alphabet guna play dough
Hmm tapi macam manapun can we adult let the kids be kids? Janganlah merepek paksa budak besar tu buat exam pastu letak grading pastu bagitau anak encik macam ‘gagal’ pastu menambah stress parents and budak2 dalam dunia yang serba nak cepat & stress ni. We actually destroy the love of learning in children 💔
Kredit: Nani Zaik
perempuan in english 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/IvDTkTKi5pA/hqdefault.jpg)