・・・
Brokeng English
.
Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne . Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana-mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.
.
Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.
Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan-kawan🤦🏻♂️).
.
Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya. Dan yang lelaki pula acah-acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang-canang kisah tersebut. Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai menggelabah seperti itu.
.
Berbeza pula apabila saya berada di kalangan Mat Salleh (orang Barat). Bukannya nak puji mereka, tapi akhlak mereka sangat jauh terpuji dari bangsa kita. Banyak kali saya tersilap ketika berkomunikasi, tetapi mereka membantu perbetulkan sama ada dari segi grammar mahupun sebutan dan sebagainya. Langsung tidak ada gelak-gelak memperlekeh dan jauh sekali mereka memerli. Berdasar pengalaman saya, 100% dari mereka semuanya begitu dan belum pernah saya di gelakkan mereka kerana membuat kesilapan ketika berkomunikasi. Dan di kalangan rakan-rakan Mat Salleh saya, ada antara mereka yang mempunyai grammar berterabur juga walaupun mereka itu lahir dalam keluarga Mat Salleh. Ada juga yang tidak fasih mengeja dan mereka siap rujuk kepada saya untuk ejaan. Dan perlu diketahui yang bahasa Inggeris ini mempunyai terlalu banyak ‘Slang’ atau loghat yang berbeza-beza sebutannya. Pengalaman mengembara seluruh dunia dan khususnya ketika berada di Sukan Olimpik, disitu ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara, siap ada negara yang kita tak pernah tahu kewujudannya. Apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, mereka juga mempunyai kesulitan untuk memahami loghat masing-masing, tetapi mereka ni tetap menghormati antara satu sama lain dan ini lah contoh yang kita perlu pelajari.
.
Saya bukannya nak mempertahankan mereka yang membuat kesalahan dalam bahasa Inggeris ini, tetapi jangan kita memperlekeh dan merendahkan orang lain atas sebab itu. Mereka yang kurang fasih ini juga, nasihat saya jangan bangga kerana anda tidak fasih, tetapi sentiasa cari ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anda dan jangan cepat putus asa. Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain. Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan. Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang.
.
Minta maaf minta ampun rakan-rakan sekalian jika saya ada tersilap kata atau menyakiti sesiapa di luar sana. Saya harap nukilan ini membantu untuk membuka mata masyarakat kita untuk ke arah yang lebih baik. Akhir kata dari saya, saya kongsikan kata-kata dari Jackson Brown Junior,
.
“Never make fun of someone who speak broken English. It means they know another language”
.
Sekian saja dari saya
AzizulAwang
.
📸 Gambar penulis di kedai Es Teler ketika baru menjejakkan kaki ke bumi kangaroo
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「sajesembang」的推薦目錄:
- 關於sajesembang 在 Facebook
- 關於sajesembang 在 Facebook
- 關於sajesembang 在 Facebook
- 關於sajesembang 在 Bryan Wee Youtube
- 關於sajesembang 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於sajesembang 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
- 關於sajesembang 在 Saje sembang - YouTube 的評價
- 關於sajesembang 在 Saje sembang YouTube Channel Analytics and Report 的評價
- 關於sajesembang 在 2022garbage truck-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01 ... 的評價
- 關於sajesembang 在 2022garbage truck-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01 ... 的評價
sajesembang 在 Facebook 八卦
.
Atas permintaan ramai, saya kongsikan kembali video kemalangan ‘splinter’ di World Cup Manchester yang hampir meragut karier saya pada tahun 2011 dulu.
.
Beberapa detik selepas jatuh, saya gagahkan diri untuk membuka mata. Keadaan bising dan huru-hara. Saya nampak jurulatih John Beasley berada di sebelah saya. John bertanya, “Are you okay Azizul?” Waktu itu saya terpaksa tipu John dan saya tipu diri saya. Saya ingin tamatkan juga perlumbaan tersebut kerana saya ingin menjaga status nombor satu dunia dalam acara Keirin ketika itu. Saya perlu tamat sekurang-kurang tempat ke empat. Saya pun menjawab, “I’m all good mate, can you help to lift me up real quick?”. John seperti tak percaya memandangkan keadaan saya ketika itu. Skinsuit korak rabak, helmet retak dan visor pecah. Saya yakinkan beliau lagi. Terus beliau angkat saya dan saya teruskan kayuhan ke garisan penamat dengan kesakit tahap dewa.
.
Lepas dapat tamatkan perlumbaan, saya lega. Saya tahu saya dapat nombor tiga untuk perlumbaan tersebut, bermakna misi tercapai. Terus saya berhenti dan memegang fence ditepi gelanggang tersebut. Waktu itu barulah saya memikirkan tentang keadaan diri saya, tentang kecederaan dan kesakitan yang saya alami. Masyaallah sakit sangat satu badan ni, kepala saya berdengung dan seperti ada bunyi tiupan wisel. Skinsuit saya koyak rabak di beberapa bahagian. Waktu itu lah, satu pengalaman yang amat pahit buat saya. Dengan tiba-tiba saya dapat merasakan suatu kesakitan yang teramat sangat. Tak tahu macam mana nak jelaskan. Saya yang banyak kali dah jatuh, crash dan cedera sebelum ini, belum pernah merasa sesuatu macam ni. Dan yang peliknya, semua tertumpu di satu bahagian, iaitu kaki sebelah kiri.
.
Saat itu saya tahu ini bukan kecederaan biasa-biasa. Saya pun gagahkan diri untuk melihat apakah yang berlaku sebenarnya. Apabila saya toleh ke bawah dan memandang betis kiri saya.
.
YA ALLAH!
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
sajesembang 在 Facebook 八卦
Assalamualaikum semua. Mohon korang luangkan dua ke tiga minit baca perkongsian saya sekejap kalau tak keberatan.
.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan tu, kita tolak tepi dulu kat mana tempat kejadian, siapa punya angkara, bila benda tu berlaku dan sebagainya. Akan tetapi saya nak anda semua fikir sejenak kenapa perkara tersebut masih boleh berlaku?
.
Dah habis fikir dah ?
.
Kita ni dah masuk tahun 2021 korang. Era dimana kereta terbang apa semua itu macam. Tak kanlah bila bab keluar pergi mana-mana tempat, masih tak reti nak buang sampah di tempat yang sepatutnya? Errr tapi tak ada tong sampah la, macam mana tu? Meh sini abang nak kongsi sikit, lain kali kalau dah tahu nak pergi tempat-tempat macam ni, pastikan bawa satu plastik sampah, tak pun satu plastik besar sikit. Lepas dah settle apa-apa aktiviti korang tu, masukkan semua sisa-sisa yang tidak diperlukan ke dalam plastik tersebut, ikat elok-elok dan bawa sekali ke kenderaan korang. Dalam perjalanan nak balik ke rumah tu, bila nampak ada tong sampah atau yang bersamaan waktu dengannya, maka buang lah disitu. Khalas.
.
Setelah mengembara keserata pelosok dunia, saya belajar pelbagai perkara. Antaranya benda ni lah, KESEDARAN SIVIK. Kita sebagai manusia, belajar pandai ke tak pandai tu nombor dua guys, yang penting sekali akhlak kita. Lagi-lagi bila bercakap tentang kita yang di Malaysia dan lebih-lebih lagi apabila mana-mana yang beragama islam. Islam itu amat menitik beratkan kebersihan. Dalam Surah Al-Maidah ayat 6, Allah menuntut umat Dia untuk mengambil wudhuk setiap kali sebelum solat. Disitu sudah jelas menunjukkan kebersihan itu adalah keutamaan dalam Islam. Saya kalau ada sampah kecil-kecil yang kalau saya buang macam tu je orang tak kan perasaan, saya akan masukkan dalam poket dulu, bila jumpa tong sampah barulah saya akan buang kat situ. Saya rasa diri saya ni hina sangat kalau saya buang sampah membuta tuli macam tu je. Kena bermaruah sikit lah guys.
.
Baiklah, mungkin ada yang tak tahu kena buat macam tu dan mungkin juga ada yang terlupa. Jadi saya harap perkongsian saya ini akan dijadikan sebagai peringatan dan juga panduan untuk rakan-rakan di luar sana semua. Jangan malukan status kita sebagai ‘keyboard warrior’ terbaik dunia. Jangan bab orang buat salah je kita cepat menghentam. Kalau kita buat salah pula, kenalah bersikap terbuka, terima dan cuba perbaiki mana yang boleh lah, tak gitchew ?
.
You must be the change you wish to see in the world 🌎
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
sajesembang 在 Bryan Wee Youtube 的評價
sajesembang 在 Travel Thirsty Youtube 的評價
sajesembang 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
sajesembang 在 Saje sembang YouTube Channel Analytics and Report 的八卦
Estimated Audience Age & Gender. Estimated Audience Geography. Saje sembangMost Related Tags. Saje sembangChannel Introduction. Production by sajesembang. ... <看更多>
sajesembang 在 2022garbage truck-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01 ... 的八卦
#SajeSembang #SembangSembang #SembangSukan #SembangInfo #SembangPengalaman #Apekebenda #ilmu #knowledge #teamazizul #azizulawang. ... <看更多>
sajesembang 在 Saje sembang - YouTube 的八卦
Production by sajesembang. ... <看更多>