・・・
Dakpelah nok kabo ambe kelolo pung, tapi ambe berase bangge sunggoh dapat amik gambo dengang jambatang kebanggaang rakyat Negeri Terengganu ni hok orang panggil ‘Terengganu Drawbridge’.
.
Memang comel dan ganah sungguh, masa ambe pertama kali tengok tu, memang ambe teruh kerah kejong, guane sakning. Nok wak guane, duduk di negeri orang, sekali sekale je boleh balik kampong kite.
.
Doh piye hok penoh amik gambo ngan ‘Terengganu Drawbridge’ ni, cer angkat tangan gok skali deh 🙌
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#Terengganu #GanuHanelang
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「oakleymy」的推薦目錄:
- 關於oakleymy 在 Facebook
- 關於oakleymy 在 Facebook
- 關於oakleymy 在 Facebook
- 關於oakleymy 在 Bryan Wee Youtube
- 關於oakleymy 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於oakleymy 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
- 關於oakleymy 在 Oakley - YouTube 的評價
- 關於oakleymy 在 OAKLEY太陽眼鏡在台北哪裡買? - Mobile01 的評價
oakleymy 在 Facebook 八卦
・・・
Semalam sempat saya bersama-sama dengan adik @asive_awang , anak buah @xhmxd_1972 dan sepupu @talhah_ubaidullah88 , kami meluangkan sedikit masa dengan menghantar makanan kepada frontliners yang bertugas menjaga kawasan kampung kami di daerah Dungun ini.
.
Mereka ini individu-individu hebat yang bekerja keras siang malam menjaga dan melindungi kampung kami, jadi apalah sangat dengan berkongsikan sedikit rezeki kepada mereka semua. Saya harap sedikit sebanyak ianya memberikan senyuman kecil di wajah mereka.
.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua wira-wira frontliners kita. Jasa anda amat saya hargai👍💪 🇲🇾
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
oakleymy 在 Facebook 八卦
Al-Kisah Tenang
.
Pergi ke sesebuah kejohanan dengan suatu tekanan yang besar bukan satu urusan yang mudah, apatah lagi apabila bertanding di temasya yang terbesar di dunia. Bagi mereka yang pernah berkecimpung dalam arena sukan mereka akan faham benar. Tidak kiralah kecil atau besar sesebuah kejohanan itu, tetapi apabila kita menggalas sesebuah harapan besar yang diberikan, ianya umpama ada suatu bebanan di atas kepala serta seluruh badan kita yang kita bawa kemana-mana.
.
Ada yang tanya apakah rahsia saya kekal tenang menghadapai situasi-situasi yang extreme ini? Jawapan saya adalah Al-Quran. Ketika kem latihan di Nilai, saya dah mulakan misi membaca Al-Quran untuk khatam sebelum pertandingan. Tapi maklumlah, latihan sangatlah teruk waktu tu ditambah dengan kesibukkan pelbagai aktiviti bersama dengan pasukan membuatkan kuantiti bacaan agak perlahan. Tetapi selepas tamat saja kem latihan dan terbang ke Tokyo ianya memberikan saya lebih banyak ruang untuk memberikan tumpuan kepada bacaan.
.
Bermula di atas kapal terbang menuju ke Tokyo, saya tidak mensia-siakan waktu yang ada. Separuh perjalanan saya luangkan dengan bacaan. Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican yang ketika itu ternampak dan mengetahui misi tersebut memberikan kata-kata semangat dan juga beberapa tips kerohanian. Boleh kata semua waktu terluang yang ada ketika di perkampungan sukan tu, saya memang mengejar bacaan. Bila kita baca Al-Quran ni tak mudah, banyak dugaan-dugaan dia. Ada saja bisikan-bisikan yang cuba mematahkan semangat kita. Sebab tu bila kita baca Al-Quran di bulan Ramadhan sangat berbeza ketika baca di bulan-bulan yang biasa. Apabila setiap kali ada perasaan ‘berat’ tu, saya akan lawan dan lawan dan lawan.
.
Waktu saya baca Al-Quran tu, seolah-olah saya berada di dunia vakum (vacuum). Bukan vakum yang korang sedut debu-debu karpet dekat rumah korang tu, tetapi dunia vakum yang dikenali sebagai hampagas dalam hukum fizik. Jauh pulak saya menyimpang, maaf. Tetapi setiap kali saya membuat bacaan, saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya seolah-olah berada di dimensi yang berbeza. Saya dapat lupakan seketika kepenatan dari latihan, tekanan yang berada di bahu saya dan juga segala macam masalah-masalah duniawi yang tersumbat di kepala.
.
Tenang. Bukan mudah untuk tenang apabila kejohanan terbesar dalam karier kita hanya ada beberapa hari saja lagi. Tapi sumpah tak tipu, memang dengan bacaan Al-Quran ni membuatkan pemikiran dan jiwa saya tidak bergelora. Syukur, kepada Allah SWT saya dapat khatam bacaan pada hari Jumaat, sehari sebelum saya memulakan perlumbaan acara Keirin. Sejurus selepas khatam tu, saya terus bernazar kepada Allah SWT dan saya meletakkan segala perihal dan urusan perlumbaan saya kepadaNya kerana Dia lah Al-‘Alim, Allah yang Maha mengetahui segalanya.
.
Salam Jumaat dari saya.
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
oakleymy 在 OAKLEY太陽眼鏡在台北哪裡買? - Mobile01 的八卦
OAKLEY 太陽眼鏡在台北哪裡買? - 想找OAKLEY的偏光太陽眼鏡,不知台北市哪裡比較多款式可以試戴?(帽子與眼鏡第1頁) ... <看更多>
oakleymy 在 Oakley - YouTube 的八卦
Oakley was created for world-class athletes, those who see the limits of possibility as just another challenge. Their dedication drives us to look beyond ... ... <看更多>