Al-Kisah Tenang
.
Pergi ke sesebuah kejohanan dengan suatu tekanan yang besar bukan satu urusan yang mudah, apatah lagi apabila bertanding di temasya yang terbesar di dunia. Bagi mereka yang pernah berkecimpung dalam arena sukan mereka akan faham benar. Tidak kiralah kecil atau besar sesebuah kejohanan itu, tetapi apabila kita menggalas sesebuah harapan besar yang diberikan, ianya umpama ada suatu bebanan di atas kepala serta seluruh badan kita yang kita bawa kemana-mana.
.
Ada yang tanya apakah rahsia saya kekal tenang menghadapai situasi-situasi yang extreme ini? Jawapan saya adalah Al-Quran. Ketika kem latihan di Nilai, saya dah mulakan misi membaca Al-Quran untuk khatam sebelum pertandingan. Tapi maklumlah, latihan sangatlah teruk waktu tu ditambah dengan kesibukkan pelbagai aktiviti bersama dengan pasukan membuatkan kuantiti bacaan agak perlahan. Tetapi selepas tamat saja kem latihan dan terbang ke Tokyo ianya memberikan saya lebih banyak ruang untuk memberikan tumpuan kepada bacaan.
.
Bermula di atas kapal terbang menuju ke Tokyo, saya tidak mensia-siakan waktu yang ada. Separuh perjalanan saya luangkan dengan bacaan. Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican yang ketika itu ternampak dan mengetahui misi tersebut memberikan kata-kata semangat dan juga beberapa tips kerohanian. Boleh kata semua waktu terluang yang ada ketika di perkampungan sukan tu, saya memang mengejar bacaan. Bila kita baca Al-Quran ni tak mudah, banyak dugaan-dugaan dia. Ada saja bisikan-bisikan yang cuba mematahkan semangat kita. Sebab tu bila kita baca Al-Quran di bulan Ramadhan sangat berbeza ketika baca di bulan-bulan yang biasa. Apabila setiap kali ada perasaan ‘berat’ tu, saya akan lawan dan lawan dan lawan.
.
Waktu saya baca Al-Quran tu, seolah-olah saya berada di dunia vakum (vacuum). Bukan vakum yang korang sedut debu-debu karpet dekat rumah korang tu, tetapi dunia vakum yang dikenali sebagai hampagas dalam hukum fizik. Jauh pulak saya menyimpang, maaf. Tetapi setiap kali saya membuat bacaan, saya tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya seolah-olah berada di dimensi yang berbeza. Saya dapat lupakan seketika kepenatan dari latihan, tekanan yang berada di bahu saya dan juga segala macam masalah-masalah duniawi yang tersumbat di kepala.
.
Tenang. Bukan mudah untuk tenang apabila kejohanan terbesar dalam karier kita hanya ada beberapa hari saja lagi. Tapi sumpah tak tipu, memang dengan bacaan Al-Quran ni membuatkan pemikiran dan jiwa saya tidak bergelora. Syukur, kepada Allah SWT saya dapat khatam bacaan pada hari Jumaat, sehari sebelum saya memulakan perlumbaan acara Keirin. Sejurus selepas khatam tu, saya terus bernazar kepada Allah SWT dan saya meletakkan segala perihal dan urusan perlumbaan saya kepadaNya kerana Dia lah Al-‘Alim, Allah yang Maha mengetahui segalanya.
.
Salam Jumaat dari saya.
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allstars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「cerpenazizul」的推薦目錄:
- 關於cerpenazizul 在 Facebook
- 關於cerpenazizul 在 Facebook
- 關於cerpenazizul 在 Facebook
- 關於cerpenazizul 在 Bryan Wee Youtube
- 關於cerpenazizul 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於cerpenazizul 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
- 關於cerpenazizul 在 bulletproof2022-精選在臉書/Facebook/Dcard上的焦點新聞和 ... 的評價
cerpenazizul 在 Facebook 八卦
Al-Kisah Jari Putus
[Part 2]
.
Jari saya di kunyah mata gigi ‘chainring’ tanpa sempat saya berbuat apa-apa. Ketika perasaan sakit sampai di hujung jari, sepantas kilat badan saya menarik keluar jari tersebut. Semua itu berlaku tanpa saya sedar dan hasilnya hujung jari saya terkulai, hampir putus. Tetapi bagaimanakah perkara ini boleh berlaku? Jawapannya, ketika ketajaman mata gigi ‘chainring’ itu menembusi jari saya, saraf di hujung jari menghantar mesej kesakitan sepantas 120meter per saat melalui ‘Peripheral Nervous Sytem’ ke ‘Central Nervous System’. Hebatnya ciptaan Allah SWT ini, ada satu sistem tubuh badan yang dipanggil ‘Somatic Nervous System’ yang bertanggungjawab mengawal pergerakan diluar kawalan kita atau juga di kenali sebagai Refleks. Refleks tubuh badan melalui ‘Somatic Nervous System’ ini berlaku tanpa sempat kita berfikir.
.
Saya nampak isi kemerahan dan ada kelihatan suatu berwarna putih yang saya rasa adalah tulang. Terus saya tutup rapat-rapat dengan tangan kiri saya secepat mungkin dan saya segera pergi ke arah bag yang saya bawa ketika latihan. Saya hanya ada kurang dari 10saat untuk melakukan sesuatu dan nasib baik saya pernah belajar serba sedikit apa yang perlu dilakukan di situasi genting seperti ini. Saya terus mencapai ‘black tape’ dan tisu yang saya sentiasa bawa bersama. Cepat-cepat saya balut hujung jari tersebut berlapis-lapis dengan tisu sebelum darah sempat keluar dan saya sudahi dengan membalut dengan ‘black tape’ tersebut.
.
Saya panggil Amna Khadeeja dan mengajak beliau untuk pulang dengan segera. Dia yang terpinga-pinga tidak tahu apa yang sedang berlaku terus datang ke arah saya menurut perintah. Untuk tidak membuang masa, saya mendukung beliau menggunakan tangan kiri dan menggalas bag di bahu kanan. Saya harus bergerak secepat mungkin sebelum ‘Adrenaline Rush’ berakhir. Saya berfikir ketika sedang memandu, adakah saya perlu terus ke hospital atau pulang ke rumah terlebih dahulu. Jarak Velodrome ke rumah saya adalah lebih kurang 40minit dan dari rumah saya ke hospital adalah lebih kurang 15minit. Saya hanya mempunyai kurang 1 jam sebelum ‘Adrenaline Rush’ berakhir dan....
.
[Bersambung]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
cerpenazizul 在 Facebook 八卦
Al-Kisah Baham Tanoh
.
“Kite berenti di Geting Sepoh dulu lah” ujar Abang Mie.
.
Abang Mie ataupun nama sebenar beliau Rozimi Omar adalah jurulatih basikal saya yang pertama. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab melatih saya pada peringkat awal. Sudah menjadi kebiasaan apabila kami menuju ke Kuala Lumpur untuk menyertai perlumbaan, kami akan berhenti di R&R Genting Sempah. Dulu-dulu perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur memang jauh dan lama, kalau tak silap dalam 7 ke 8 jam perjalanan. Kami biasanya bergerak lewat malam dari Dungun dan sampai sebelum subuh di Genting Sempah. Bolehlah berehat sebentar di kawasan parking tu sambil menghirup udara segar dan menikmati cuaca sejuk di kawasan tu. Memang seronok.
.
Selepas mandi dan selesai solat, kami isi perut. Biasa saya pilih makanan paling murah yang ada di situ. Nasi lemak bungkus satu bersama air milo panas. Lepas tu kami menuju ke kotaraya Kuala Lumpur. Abang Mie kata dia akan bawa kami semua ke Cerah. Saya pun tak tahu kat mana Cerah tu. Masuk je Kuala Lumpur, jalan penuh sesak.
.
“Ginilah kalu nok hidup di Kuale Lupor, jeng sokmo” kata Abang Mie.
.
Kami pun sampai ke destinasi yang kami tuju. Saya tengok tulisan di pagar stadium yang hendak kami masuki.
.
Velodrome Cheras
.
Abg Mie memberhentikan kereta dan parking berdekatan laluan untuk masuk ke dalam Velodrome tersebut. Kami berehat sebentar di dalam kereta.
.
Kelihatan segerombolan pelumba-pelumba basikal sampai. Nampak sangat segak semuanya. Jersey yang dipakai nampak berkualiti serta semua kelihatan seragam. Basikal mereka pula semuanya ganas-ganas. Membuatkan mulut saya ternganga dan kalaulah lalat masuk pun saya tak perasan time tu. Saya terkesima. Kalaulah aku dapat pakai basikal-basikal seperti diorang pakai tu. Basikal saya yang berada di atas kereta Abang Mie hanyalah basikal besi dan orang Terengganu kata berat nanang pulak tu. Shifter dia pun yang dekat frame(body) tu. Macam langit dengan bumi. Gerombolan yang baru sampai itu adalah pelumba-pelumba kebangsaan senior dan junior.
.
“Aku harap suatu hari nanti aku dapat jadi seperti sek-sek(kumpulan) ni” bisik saya kepada diri sendiri.
.
Kelihatan mereka semua mengambil sebuah basikal lain di dalam stor berdekatan dan terus menuju masuk ke dalam terowong untuk ke Velodrome. Mereka semua melakukan perkara yang sama tanpa ada sesiapa memberikan arahan. Seperti ianya sudah satu rutin.
.
“Okay jom amik barang-barang kite, lepah tu kite gi masuk Velodrome” kata Abang Mie.
.
Saya mengikut arahan dan kami berjalan memasuki terowong tersebut. Di penghujung sana, saya terpegun melihat akan sebuah Velodrome yang saya sebelum ini hanya mendengar melalui cerita dari Abang Mie. Cantik warnanya. Permukaannya oren dan mempunyai tiga garisan berbeza warna. Sebuah bulatan oval yang besar dan yang menariknya di kedua-dua penghujung itu ianya mempunyai curam yang tinggi yang kata Abang Mie ia dipanggil ‘Banking’.
.
“Kekgi mu nok kene kayuh atas ‘banking’ tu Jijoe, mu jangan kayuh slow pulok, baham tanoh kekgi” Abang Mie memberikan pesanan.
.
Tak ada sedikit perasaan takut dalam diri saya, yang ada hanyalah perasaan tidak sabar dan gembira. Pakaian sudah di tukar, kasut lusuh mountainbike spd cleat pun sudah siap di kaki (tu je kasut basikal yang saya ada) akan tetapi basikal trek nya tak ada. Yang dibawanya hanyalah basikal road besi berat nanang saya itu je. Saya nampak orang lain semua berkayuh basikal khas trek yang tak ada brek dan gear nye hanya satu.
.
“JIMIEEEE ASMARAA!! PORONGGG!!” jerit Abang Mat, mekanik team kebangsaan.
.
“Hor ambik basikal ni try tengok anok buoh mu padang dok. Hok ni size paling kecik ade, kalu dok padang gok, bahang tanoh!” tambah beliau lagi.
.
Abang Mat ataupun Mohd Shaari merupakan bekas pelumba Negeri Terengganu suatu ketika dahulu dan beliau menjadi mekanik pasukan kebangsaan pada ketika itu, dan yes beliau sudah tentu orang Terengganu juga. Nampak keakraban antara Abang Mat dan Abang Mie.
.
Saya pun pasang pedal mountainbike saya ke basikal trek tersebut dan cuba berkayuh. Ngam. Pertama kali berkayuh di Velodrome. Memang seronok dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berkayuh di atas ‘Banking’ yang tinggi itu.
.
“Jijoe, aku nok mu buat molek lumbe ni, dok kire mu lawan sape ke, beso mane ke die, mu tunjuk sket ke sek-sek die. Mu jangan baham tanoh pulok” Abang Mie memberikan kata-kata semangat sebelum perlumbaan bermula.
.
Berbekalkan basikal pinjam, ntah apa mata gearing yang saya pakai, sepasang kasut lusuh mountainbike, helmet pun helmet mountainbike, saya ke garisan permulaan untuk memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba kebangsaan. Mereka semua hebat-hebat. Kelengkapan pun hebat-hebat. Latihan pun hebat-hebat semuanya. Saya hanyalah seorang budak kampung, yang berlatih pun ala kadar sahaja itu pun berkayuh basikal mountainbike. Apa yang saya tahu, saya hanya mahu berlumba dan tonjolkan kemampuan sebenar diri saya.
.
Saya menang! Sungguh tak disangka. Saya mengejutkan ramai pihak dan ramai yang tertanya-tanya siapa budak kecil ni. Macam lipas kudung. Sebenarnya, saya pun tak sangka boleh menang. Ini lah perlumbaan paling memenatkan, maklumlah dekat kampung training naik turun bukit masuk belukar je.
.
“Ganah guh mu Jijoe, dok padang kecek mu ni. Lepah ni kalau mu boleh masuk sekoloh sukang bukit jalil jangan lupe Abang Mie pulok” seloroh Abang Mie kepada saya.
.
“Dok ah Abang Mie, Jijoe dok akan lupe Abang Mie selamanya. Kalu dok Jijoe baham tanoh” balas saya.
.
“Hahahahahahaha” kami berdua berdekah-dekah ketawa.
.
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#AlFatihah #RozimiOmar #AbangMie
cerpenazizul 在 bulletproof2022-精選在臉書/Facebook/Dcard上的焦點新聞和 ... 的八卦
2022年7月12日 — Tetapi menujunya saya ke hospital pada hari itu hanyalah sebagai seorang Ayah. . [TAMAT] . #CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah #teamazizul # ... ... <看更多>