Lembut sungguh hati Muslimin di Zanzibar. Saya melihat ramai yang menangis teresak-esak mendengar ceramah tentang pentingnya dakwah oleh Bro Shah Kirit . SubhanAllah.
.
Zanzibar adalah pulau pelancongan dengan penduduk Muslim berjumlah 98% tetapi menurut mereka, aktiviti dakwah kepada pelancong agak lesu. Semoga kehadiran kami yang seketika akan membangkitkan semangat dakwah mereka serta menyemarakkan lagi usaha dakwah di Zanzibar, Tanzania. Allahuma Ameen.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmunity #mrmunityafrica #mrmunitytanzania #mrmunityzanzibar
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「mrmunitytanzania」的推薦目錄:
- 關於mrmunitytanzania 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於mrmunitytanzania 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於mrmunitytanzania 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於mrmunitytanzania 在 Bryan Wee Youtube
- 關於mrmunitytanzania 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於mrmunitytanzania 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
mrmunitytanzania 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Dua Muslim berbangsa Cina memakai ‘songkok Tanzania’.
.
Indahnya Islam apabila kepelbagaian adat dan budaya yang indah diraikan selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Alhamdulilah.
.
“Na Islam hakuna shida”.. Hakuna Matata.. (Dengan ajaran Islam, Tiada Masalah. Hakuna Matata - Tiada Masalah)
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmtanzania #mrmzanzibar #mrmafrica #mrmunity #mrmunityafrica #mrmunitytanzania #mrmunityzanzibar
mrmunitytanzania 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Orang Masaai lebih terbuka berbincang dan mendengar tentang agama berbanding dengan majoriti masyarakat di bandar moden. Mungkin akan ada suara sumbang mengatakan;
.
‘Ah mereka tu duduk di kampung takde tamadun dan tak faham apa yang berlaku di dunia luar. Mereka katak di bawah tempurung.’
.
Sejujurnya andai ada orang berkata demikian, maka individu itu sebenarnya yang menjadi seperti katak di bawah tempurung. Anda ingat mereka duduk mendengar kami berkongsi tentang Islam dan kemudian memeluk Islam tanpa bertanya dan berfikir?
.
Anda silap. Mereka ada smartphone dan mereka update perkembangan dunia. Mereka bertanya soalan dan berhujah tetapi mereka tidak sombong kerana ikhlas duduk di bawah sinaran matahari mendengar perkongsian kami. Tiada habuan ditawarkan untuk mereka lemari tetapi mereka melangkah jauh menaiki sebuah bukit kecil untuk mendengar sendiri apa itu Islam. Allahuakbar.
.
Mereka mendengar, bertanya dan berfikir. Mereka tidak menolak Islam tetapi dakwah kami kepada mereka sekadar mukadimah untuk pendakwah tempatan menyantuni mereka. Semakin ramai Masaai meninggalkan agama lama dan juga Kristian untuk memeluk Islam setelah menyedari betapa logikal dan mudahnya ajaran Islam yang tidak bersimpang siur kerana Islam adalah Siratal Mustaqim (Jalan Yang Lurus).
.
Orang Masaai hanya mempercayai Satu Tuhan yang dipanggil Enkai bukannya dua tiga mahupun empat. Tuhan yang mereka percaya secara turun temurun tidak berwajah, tidak berimej dan tidak dalam bentuk berhala. Hanya Tuhan Yang Maha Pengasih yang di luar bayangan manusia yang terhad.
.
Semoga usaha dakwah kami di Ngongrongoro Conservation Park kepada masyarakat Masaai umpama menanam benih di tanah yang subur yang akan membuahkan hasil bukan serta merta tetapi pada masa depan umpama dakwah Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam di Taif yang ditolak tetapi Baginda menanam benih tauhid Islamiah yang akhirnya membuahkan hasil kemudian. InshaAllah.
.
Sokong program dakwah & kebajikan kami dengan menyalurkan sumbangan dan zakat ke akaun kami di;
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
AFFIN ISLAMIC
Kuala lumpur and selangor multiracial reverted muslims
1065 8000 9580
.
CIMB ISLAMIC
Mrm Consultancy and Services
8600 38 9006
.
BANK RAKYAT
Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims
1109 6100 1084
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmtanzania #mrmafrica #mrmmasaai #mrmngongrongoro #mrmunityafrica #mrmunitytanzania #mrmunitymasaai @ Ngorongoro Conservation Area