Orang Masaai lebih terbuka berbincang dan mendengar tentang agama berbanding dengan majoriti masyarakat di bandar moden. Mungkin akan ada suara sumbang mengatakan;
.
‘Ah mereka tu duduk di kampung takde tamadun dan tak faham apa yang berlaku di dunia luar. Mereka katak di bawah tempurung.’
.
Sejujurnya andai ada orang berkata demikian, maka individu itu sebenarnya yang menjadi seperti katak di bawah tempurung. Anda ingat mereka duduk mendengar kami berkongsi tentang Islam dan kemudian memeluk Islam tanpa bertanya dan berfikir?
.
Anda silap. Mereka ada smartphone dan mereka update perkembangan dunia. Mereka bertanya soalan dan berhujah tetapi mereka tidak sombong kerana ikhlas duduk di bawah sinaran matahari mendengar perkongsian kami. Tiada habuan ditawarkan untuk mereka lemari tetapi mereka melangkah jauh menaiki sebuah bukit kecil untuk mendengar sendiri apa itu Islam. Allahuakbar.
.
Mereka mendengar, bertanya dan berfikir. Mereka tidak menolak Islam tetapi dakwah kami kepada mereka sekadar mukadimah untuk pendakwah tempatan menyantuni mereka. Semakin ramai Masaai meninggalkan agama lama dan juga Kristian untuk memeluk Islam setelah menyedari betapa logikal dan mudahnya ajaran Islam yang tidak bersimpang siur kerana Islam adalah Siratal Mustaqim (Jalan Yang Lurus).
.
Orang Masaai hanya mempercayai Satu Tuhan yang dipanggil Enkai bukannya dua tiga mahupun empat. Tuhan yang mereka percaya secara turun temurun tidak berwajah, tidak berimej dan tidak dalam bentuk berhala. Hanya Tuhan Yang Maha Pengasih yang di luar bayangan manusia yang terhad.
.
Semoga usaha dakwah kami di Ngongrongoro Conservation Park kepada masyarakat Masaai umpama menanam benih di tanah yang subur yang akan membuahkan hasil bukan serta merta tetapi pada masa depan umpama dakwah Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam di Taif yang ditolak tetapi Baginda menanam benih tauhid Islamiah yang akhirnya membuahkan hasil kemudian. InshaAllah.
.
Sokong program dakwah & kebajikan kami dengan menyalurkan sumbangan dan zakat ke akaun kami di;
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
AFFIN ISLAMIC
Kuala lumpur and selangor multiracial reverted muslims
1065 8000 9580
.
CIMB ISLAMIC
Mrm Consultancy and Services
8600 38 9006
.
BANK RAKYAT
Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims
1109 6100 1084
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmtanzania #mrmafrica #mrmmasaai #mrmngongrongoro #mrmunityafrica #mrmunitytanzania #mrmunitymasaai @ Ngorongoro Conservation Area
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「mrmunitymasaai」的推薦目錄:
- 關於mrmunitymasaai 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於mrmunitymasaai 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於mrmunitymasaai 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於mrmunitymasaai 在 Bryan Wee Youtube
- 關於mrmunitymasaai 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於mrmunitymasaai 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
mrmunitymasaai 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Selesai tugasan dakwah di Tanzania. Akan bertolak pulang ke Malaysia sebentar lagi. Doakan perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke Malaysia.
.
5 daerah dari Dar Ee Salaam ke Zanzibar ke Arusha ke Loliondo ke Mwanza dengan 12 orang dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala dan beratus hadirin dan peserta bengkel dakwah serta komitmen untuk membina sebuah masjid dan perigi untuk masyarakat di Perkampungan Sonjo, Loliondo. Semoga usaha kami yang tak seberapa ini diterima oleh Allah. Doakan kami, ahli keluarga kami, jemaah kami serta sahabat semua yang banyak menyokong usaha dakwah dan kebajikan Kam selama ini. Teruskan sokongan dan doa sahabat.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmafrica #mrmtanzania #mrmmwanza #mrmarusha #mrmzanzibar #mrmunityafrica #mrmunitytanzania #mrmunitymasaai
mrmunitymasaai 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Penerbangan domestik di Tanzania TAK PERNAH ON TIME! Ya TAK PERNAH ON TIME!
.
Sebelum anda sangka mereka lambat, tidak. Mereka tak pernah on time kerana mereka sering AHEAD OF TIME! Kami sepatutnya sampai di Kilimanjaro dari Zanzibar pukul 9.40pm tetapi kami sampai jam 9pm kerana mereka berlepas awal selepas semua penumpang daftar masuk.
.
Begitu juga penerbangan tadi ke Mwanza di mana kami sepatutnya berlepas jam 10.10am tetapi kami berlepas jam 9.40am selepas semua penumpang daftar masuk.
.
Now everyone is ahead of time. Karibu Mwanza (Selamat Datang Ke Mwanza).
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mrmafrica #mrmtanzania #mrmarusha #mrmmwanza #mrmmasaai #mrmunityafrica #mrmunitytanzania #mrmunitymasaai #mrmunityarusha #mrmunitymwanza