・・・
Brokeng English
.
Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne . Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana-mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.
.
Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.
Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan-kawan🤦🏻♂️).
.
Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya. Dan yang lelaki pula acah-acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang-canang kisah tersebut. Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai menggelabah seperti itu.
.
Berbeza pula apabila saya berada di kalangan Mat Salleh (orang Barat). Bukannya nak puji mereka, tapi akhlak mereka sangat jauh terpuji dari bangsa kita. Banyak kali saya tersilap ketika berkomunikasi, tetapi mereka membantu perbetulkan sama ada dari segi grammar mahupun sebutan dan sebagainya. Langsung tidak ada gelak-gelak memperlekeh dan jauh sekali mereka memerli. Berdasar pengalaman saya, 100% dari mereka semuanya begitu dan belum pernah saya di gelakkan mereka kerana membuat kesilapan ketika berkomunikasi. Dan di kalangan rakan-rakan Mat Salleh saya, ada antara mereka yang mempunyai grammar berterabur juga walaupun mereka itu lahir dalam keluarga Mat Salleh. Ada juga yang tidak fasih mengeja dan mereka siap rujuk kepada saya untuk ejaan. Dan perlu diketahui yang bahasa Inggeris ini mempunyai terlalu banyak ‘Slang’ atau loghat yang berbeza-beza sebutannya. Pengalaman mengembara seluruh dunia dan khususnya ketika berada di Sukan Olimpik, disitu ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara, siap ada negara yang kita tak pernah tahu kewujudannya. Apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, mereka juga mempunyai kesulitan untuk memahami loghat masing-masing, tetapi mereka ni tetap menghormati antara satu sama lain dan ini lah contoh yang kita perlu pelajari.
.
Saya bukannya nak mempertahankan mereka yang membuat kesalahan dalam bahasa Inggeris ini, tetapi jangan kita memperlekeh dan merendahkan orang lain atas sebab itu. Mereka yang kurang fasih ini juga, nasihat saya jangan bangga kerana anda tidak fasih, tetapi sentiasa cari ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anda dan jangan cepat putus asa. Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain. Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan. Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang.
.
Minta maaf minta ampun rakan-rakan sekalian jika saya ada tersilap kata atau menyakiti sesiapa di luar sana. Saya harap nukilan ini membantu untuk membuka mata masyarakat kita untuk ke arah yang lebih baik. Akhir kata dari saya, saya kongsikan kata-kata dari Jackson Brown Junior,
.
“Never make fun of someone who speak broken English. It means they know another language”
.
Sekian saja dari saya
AzizulAwang
.
📸 Gambar penulis di kedai Es Teler ketika baru menjejakkan kaki ke bumi kangaroo
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
同時也有37部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Akak ain mmg seorang yg penyabar.. tapi kalau dia dah geram tngn dia naik jugak dekat badan adik..!! Adik mmg suka membuli dan hyperactive nak bercaka...
kemahiran 在 Fedtri Yahya Facebook 八卦
Khas untuk ibu bapa sekalian.... Tahukah anda bahawa.. :
1. Anak tunggal slalunye lambat cakap.
2. Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 die
5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yg lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak2 yg sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dlm byk hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik.
Jom share dengan kawan2x kita yg bergelar ibu bapa..... :-)
kemahiran 在 Afiatul Salsabiila Facebook 八卦
BENGAH BELI APA SAJA ABALONG NAK! 😆
Video ni panjang sikit lah Bengah harap kalau korang tak tengok sampai habis tapi ambil masa sekejap baca coretan Bengah buat ni..
Sejak PKP Abalong memang takde kerja dah jadi Bengah tak suka tengok adik beradik Bengah susah.. bila adik beradik susah sebenarnya yang paling susah dan susah hati nanti ialah Mak dan Ayah kita..
Bengah belikan apa peralatan dan keperluan untuk Abalong buat kerja. Telefon dah dapat haritu.. mudah nak hubungi. Sekarang Abalong cuma nak buat kerja sendiri. Sebab dia minat ‘kemahiran hidup’ buat kerja bertukang eletrik dan betulkan rumah yang rosak.
Bengah tak kisah YANG PENTING Abalong tak susahkan orang sekeliling. Macam aku pulak yang Abang Sulong 😂😂😂
Bukan apa.. kita tolong adik beradik besar ganjarannya.. pahala, rezeki yang akan datang dan saham saham akhirat disana nanti. Aku tak nak tengok adik beradik aku susah.. Dulu aku tengok korang senang masa aku tengah susah (tak dendam) tapi aku belajar sikit dari situ.. aku nak kita semua adik beradik tolong menolong. Nak Mak Ayah senang hati Aku pon bahagia. Itu sahaja..
Ada rezeki lebih harini dapat la support adik beradik. Walau tak seberapa.. 😁 barang keperluan Abalong dah dapat. Boleh la buat kerja sendiri lepas ni.. Semua ni Allah Yang Bagi.. Aku cuma berkongsi rezeki je dengan adik beradik yang aku sayang. Alhamdulillah.. Tongkat adik pon dapat dah! 😂 itu yang terpaling penting sebenarnya..
Aku tak tahu sampai bila aku boleh buat macam ni kat keluarga kita. Kita doa sama sama supaya rezeki yang kita dapat ni melimpah ruah dan tak putus seperti air sungai yang mengalir.. ingat Mak Ayah pesan JANGAN LUPA SOLAT! Lepas solat boleh berdoa minta macam macam.. Aku sayang korang, aku sayang adik beradik aku.. sayang keluarga aku.
Kita adik beradik jangan bermusuhan.. sebab kalau kita bermusuh HILANG nikmat kasih sayang dan hilang lah nikmat aku nak belanja korang. Haha! 🤣 begitulah kasih sayang aku pada kalian...
#AbangYangPenyayang
#KesayanganAlam
kemahiran 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的評價
Akak ain mmg seorang yg penyabar.. tapi kalau dia dah geram tngn dia naik jugak dekat badan adik..!! Adik mmg suka membuli dan hyperactive nak bercakap tanpa henti.. ni dah kira marah sgt lah kakak ni.. "pleezzz lah adik dont lasak sgt,, dont be like animal..!"
.
Apa x nya dngn menyelusup mcm tikus dekat bawah meja,, tapi kalau disuruh berpakain yg feminin ini lah air muka adik dibelakang sy.. depan sy wajahnya manis, belakang sy mencuka dia badmood kerana pakaian feminin ni sgt merimaskan even ain sendiri pun sebenarnya xsuka berpakaian feminin dia lebih suka pakai seluar untuk ringkas bergerak..
.
Mcm ni lah aktiviti sy dngn anak beranak untuk mempromosikan produk baru.. mendidik anak2 sambil berniaga..
.
Sy xcampur dan x ambik tahu urusan niaga anak2 .Kami bersaing antara anak2 ..Sy dgn formula dn kemahiran sy begitu kuga mereka..!! Walu Anak2 sy jual tudung, @yatiesendayutinggi dngn jenama dia / kualiti dia atau pembekal dr mana smapai kedai dia kat mana pun sy x tau ..!! Xda masa sbb bisnaz sy pun lenjun nak handle
.
.
dan begitu juga dngn @alifsyukriterlajaklaris.. sy xtau ttg niaga dia..kami bersempadan dlm bisnes ..walaupun 3 beranak menjual tudung tapi xsama kualiti dan design masing2.. syukri sentiasa hadiahkan sy tudung dia apa saja yg dijual dia akn dahulu kan sy merasa.. dia ingat pd sy suruh sy merasa , apa yg dia ada ( Mak dh bagi macam2 pd dia ..dn Mak xperlu pun tudung dn duit kri tp dia nak sy tau ingatan dia ‘ umur Mak dh xbyk pagi ‘ moment ni utk Mak sy ( dia xnak rugi masa dgn sy sbb Mak degil xnak dgn anak2 sibuk je niaga ..Sy nak Mak tau sayangnya sy dwkt Mak)
.
Ni keluaran terbaru Butik web de ratu & promsi tudung sy shj..!!
Berkualiti dan murah kalau beli 3 harganya RM160.. kalau beli 1 RM70.. lebih jimat sebenarnya kalau beli 3 design terus.. jimat bnyak..!!
kemahiran 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的評價
Sy senang muslim berjaya ni kawan dady “Che mad merupakan pemenang anugerah "tanaman terbaik buah buahan 2018" dan mempunyai ladang nangka seluas 25 ekar dan pendapatan yg sgt lumayan..!!
.
.bahagia bila dia ajak kami melihat rumah hinggapnya berkonsepkan macam rumah hutan versi niaga “ ada lembu besar seberat 300kg ..!! Ikan2, nangka Masya Allah damai jauh drpd kawasan manusia dn pembangunan..
.
Rumah hutan viral sbb sy suka citerkan dimana2 media sosial org boleh tengok , rupanya che mad ini yg sgt tersendiri dgn idea dia dgn wifenya
.
pendapatan yg sgt lumayan dngn hanya nangka madu tekam yellow J33..
.
Geng2 askar banyak disini yg sgt baik budi, ramah tamah dan mempunyai kemahiran menjadi mekanik untuk kereta 4X4 yg sgt tinggi ilmu survivor..
.
Kami dijamu makan, diajak memancing dan semua geng2 sahabat suami sy ni kaki masuk hutan dn sgt lasak..
.
Mereka bukan shj berbudi bahasa tetapi mempunyai ilmu yg sgt luas dalam bidang masing2
.
Seronok staf media sy berkumpul sepetang bersama mereka..
.
Terima kasih layanan yg baik, sahabat2 daddy semua iaitu penang, awang, ustaz dan chemad sekeluarga..
kemahiran 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的評價
Rebung dikatanya tebu..!! Seribu sekilo kata adik..!! Full video subscribe di Bumi Ratu Chanell
.
Bekerut muka anak2 bila sy ajak kerja di kebun.. apa lagi petik cili dgn bila di serang dek nyamuk dn panas terik matahari..( susah cari duit jd petani , belum serangan binatang dn rosak lagi ..org ada pelajaran kerja senang sbb pakai otak , petani guna kemahiran itulah universiti kehidupan)
.
Sy melihat org2 indonesia bekerja panas, sy sgt kagum kerana ketahanan badan mereka dn kemahiran mereka tentang petani wal hal sebenarnya banyaknya pahala seorg petani..( adik sy 2 org kerja petani di rumah hutan )
.
Kerja mereka ini sgt mulia, sbb binatang.. org.. dpt makan kenyang dn sihat kerana dari hasil usaha mereka..Kerja pertanian akan semakin berkurangan hasil organik susah dapat sbb tu mahal makanan organik..
.
Sy cuba menyampaikan dgn anak sy bahawa universiti kehidupan sgt penting ( gunakan masa terdesak dn kebal ujian mudah bersyukur ) sbb tu mulakanlah jiwa menjadi survival..
.
Sy sgt berharap perndidikan disekolah mengadakan aktiviti pengakap, ttg alam ..CSR semua tu sy sgt suka dn menyokong kerana pendedahan bagus kpd generasi muda, bkn fokus kpd komputer dn gajet sahaja punca pekerjaan malah pertanian ini juga sgt mulia..