PENDEDAHAN: Bukti Usaha Dakyah Untuk Memurtadkan Pelajar Kita [Siri 3]
Dr Yoo Chong Young adalah penggerak utama ajaran Unification Church di Malaysia. Beliau sudah bertapak lebih 11 tahun di Malaysia semata-mata untuk menyebarluaskan ajaran ketuanya Sun Myung Moon atau dikenali Father Moon.
Di dalam pendedahan siri ini akan mengetegahkan apa yang berlaku sebenarnya disebalik penglibatan mereka di dalam badan-badan kerajaan dan NGO di Malaysia. Ada dua situasi, pertama adalah mendedahkan apa yang berlaku di Korea Selatan bersama dengan pelajar Malaysia dan kedua adalah pendedahan ucapan misionari Unification Church di Malaysia.
Apa Yang Berlaku Di Korea Selatan?
Seperti disebut di dalam siri yang lepas, terdapat satu program yang telah berlansung di Universiti-Universiti tempatan iaitu program Students for Peace Leadership Conference. Program ini digerakkan oleh sebuah badan besar di bawah agama Unification Church iaitu Women’s Federation for World Peace (WFWP). Antara Universiti yang telah menjadi sasaran program ini adalah Universiti Malaysia Terengganu pada 30 April 2018, Universiti Putra Malaysia pada 10 Mac 2018, Universiti Sains Malaysia pada 6 Oktober 2018. Dan mungkin akan ada lagi susulannya memandangkan mereka mensasarkan 13 Universiti di Malaysia.
Salah satu carannya adalah di dalam program tersebut, Women’s Federation for World Peace (WFWP) akan memberi anugerah ‘Youth Ambassadors for Peace’ kepada mana-mana pimpinan mahasiswa atau mahasiswi dari lain-lain Universiti di Malaysia dan pelajar yang mendapat anugerah itu, dia boleh mengajak beberapa orang rakan yang lain untuk menghadiri program “Student Leadership Conference & Exploring Korean Development and Culture Tour”. Yang mana program tersebut akan diadakan di Korea Selatan (dan akan dibuat juga di Hawaii). Peserta hanya perlu menyediakan pembelanjaan tiket penerbangan sahaja manakala yang lain-lain akan ditanggung oleh Women’s Federation for World Peace (WFWP).
Antara pelajar Universiti yang terlibat di dalam program ke Korea Selatan adalah dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL).
Program itu berlangsung selama seminggu bermula 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018 bertempat di YongPyeong Ski Resort, Korea Selatan. Apa yang berlaku selama seminggu itu adalah:
1) Pelajar-pelajar didedahkan tentang ideologi Father Moon dan Unification Church.
2) Pelajar-pelajar dipaparkan video dan testimoni pimpinan seluruh dunia mengenai Father Moon.
3) Pelajar diberikan buku pendakyahan Unification Church tulisan Dr Yoo Chong Young sendiri bertajuk True Parents and World Peace.
4) Pelajar didedahkan tentang Mass Weeding dan idealogi Unification Church berkenaan perkahwinan dan juga kekeluargaan.
5) Pelajar didoktrinkan supaya “mengagungkan” Father Moon sehingga ketika saat sebelum makan juga pelajar diajar untuk menyebut “Father Moon” bagi menggantikan “Cheers”.
6) Pelajar disuruh mengangkat ikrar dan bersumpah untuk mengiktiraf Father Moon dan Mother Moon sebagai Heavenly Parent dan menunaikan 3 Great Blessing. Pada waktu itu berlaku ketegangan kerana ramai yang protes untuk melakukannya.
7) Pelajar Malaysia dibawa ke Istana Unification Church bernama Cheon Jeong Gung Peace Museum and Meeting Center yang berada di pendalam di atas bukit. Istana berwarna putih itu digelarkan sebagai “Vatican of the East”. Pelajar dilarang membawa sebarang kamera atau telifon pintar ke dalam istana tersebut. Di dalam istana tersebut terdapat barang peninggalan Father Moon seperti baju, kasut, paparan legasi sepanjang hidupnya dan sebagainya.
8) Semasa berada di Istana tersebut pelajar disuruh untuk melakukan upacara tunduk hormat pada sebuah tempat yang dianggap suci oleh Unification Church dan ada pelajar muslim juga terlibat.
9) Pelajar juga ditawarkan untuk membawa balik kitab suci Unification Church itu “Divine Principle”.
Semua pendedahan ini kami memiliki bukti berbentuk gambar, video dan juga saksi dari peserta yang telah menghadiri program tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa agenda mereka adalah untuk merekrut keahlian dari pelajar-pelajar Malaysia untuk menerima agama Unification Church. Memandangkan mereka tahu jika hal ini dilakukan di Malaysia maka mereka melanggar Perlembagaan Malaysia perkara 11 (4) iaitu:
“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam”
Oleh itu, mereka memilih untuk menghantar pelajar Malaysia ke Korea Selatan untuk mengelak dari terikat dengan peraturan tersebut untuk mendoktrin agama mereka kepada pelajar-pelajar Malaysia.
Apa Dakyah Unification Church Di Malaysia?
Di bahagian ini pula akan mendedahkan teks dan juga program yang telah diusahakan oleh agama Unification Church di Malaysia. Hal ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri.
1) Ucapan Dr Yoo Chong Young di program Students for Peace Leadership Conference yang diadakan di Universiti Putra Malaysia, pada 10 Mac 2018, yang dihadiri oleh majoriti pelajar Muslim. Ucapan ini diambil daripada buku tulisan beliau sendiri di dalam buku True Parents And World Peace:[1]
a) Beliau membawa cerita berkenaan petanda bahawa Father Moon adalah Sang Penyelamat di zaman sekarang berdasarkan kisah Sir Anthony Brooke yang sanggup ke Korea Selatan untuk mencari Sun Myung Moon:
“Fifty-three years ago, Anthony Brooke received a revelation from above when he was half awake and half asleep. God told him in the vision of the night: A living saint, the Peace Messiah has appeared in the land of the Rising Sun in a Far-Eastern country. Then, on 24 March 1964, he went to Korea”
Sebelum Anthony Brooke tiba di Korea, dikatakan beliau beranggapan kehadiran sang penyelamat di “land of the rising sun in a far eastern country” di dalam mimpi itu adalah Jepun lalu beliau ke Jepun. Selama di Jepun dikatakan beliau tidak menemukan seorang pun pendeta yang dimaksudkan itu sehinggalah seorang Professor di Eh Hwa Women University menulis surat kepada Anthony Brooke bahawa tanah matahari terbit itu bukan Jepun tetapi Korea. Lalu Dr Yoo memetik ayat Bible:
“May I refer to Revelation 7:2 “I saw another angel ascending from the east, having the seal of the living God”
Berdasarkan ayat ini, seolah-oleh menunjukkan bahawa Father Moon itu merupakan ‘malaikat’ dari timur itu. Walhal sambungan kepada ayat itu berbicara konteks yang sangat berbeza.
Mimpi tersebut menjadi tanda aras kepada Dr Yoo bahawa ia sedang merujuk kepada Father Moon di Korea. Dan beliau menyambung:
“Finally, after meeting Father Moon in Seoul in a shabby humble house at Chung Pa Dong, Anthony Brooke testified Father Moon as the Peace Saint, Peace Messiah and King of Peace. Anthony Brooke said: “I had seen Father Moon’s face in my vision”. Fortunately, I (Dr. Yoo) also heard his testimony at that time.”
Setelah itu Dr Yoo menekankan dengan ingin melogikkan bahawa benar mimpi itu adalah dari Tuhan sehingga membawa Anthony Brooke sampai ke Korea untuk bertemu dengan sang penyelamat baru.
b) Dr Yoo juga menjelaskan bahawa salah satu misi Father Moon (Unification Church) adalah untuk membangkitkan tamadun baru yang aman dikenali sebagai Pacific Rim Era. Yang mana ia adalah tamadun yang dikuasai oleh lingkaran Pacific bermula Santiago (Chile) ke Las Vegas (US) ke Anchorage (Alaska) ke Jepun ke Korea ke Malaysia dan ke Wellington (New Zealand). Beliau berucap:
“Long ago, Father Moon foresaw the pattern of how human culture will be developing during the different eras. Therefore, he declared, “With the rise of the Pasific Rim Era, a new civilization of peace is beginning!” It is Father Moon’s ferevent desire that all of us living around the Pasific Rim can unite and play a more active role in bringing about peace and harmony to our world.”
“I would like to encourage all of you, Ambassadors for Peace here in Malaysia to work together to bring about peace and true family culture in our world!”
“I believe UPM will be another volcano and starting point of Peace for Malaysia and the World. Could you please wake up from the deep sleep? Open your spiritual eyes and then you will see the new world.”
Sememangnya antara kawasan lingkaran Pasific ini menjadi fokus bertapak kukuhnya gerakkan keagamaan ini. Di tengah-tengah pula terletakknya kepulauan Hawaii dan disitu juga merupakan kawasan yang sangat aktif mereka melakukan dakyah. Malah ahli parlimen Malaysia juga pernah dihantar oleh Universal Peace Federation untuk menghadiri persidangan di sana.[2] Selain itu, ada ura-ura mereka juga merancang akan membuat program Leadership Conference bersama dengan Mahasiswa Malaysia di Hawaii yang akan digunakan pelajar Malaysia yang telah menghadiri di Korea pada awal Ogos lalu untuk menguruskan program di Hawaii.
Dr Yoo melabelkan sesiapa yang melibatkan diri ke dalam misi Unification ini dengan gelaran Ambassadors of Peace agar dilihat lebih harmoni.
2) Ucapan dari anak Sun Myung Moon iaitu Dr. Hyun Jin Preston Moon dalam program Global Peace Convention pada 5-8 Disember, 2013, di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengasas kepada Global Peace Foundation dan di Malaysia juga memiliki cawangannya di Petaling Jaya. Ucapan beliau bertema “Unity in Diversity: Building Social Cohesion for Sustainable Peace through Universal Aspirations, Principles, and Values”. Program ini dihadiri oleh ahli perniagaan, pimpinan negara, dan ahli akedemik dalam dan luar negara.[3] Ada beberapa perkara yang beliau sebut:
“We all aspire to establish peace on earth, to recognize the value of human life, to recognize the importance of individual responsibility in living according to the laws of nature and heaven and of the individual conscience in guiding us to do so, and to realize that we are truly ONE FAMILY UNDER GOD”
“I believe that vision is the simple yet profound idea that all people, regardless of race, nationality, religion, or culture, are members of ONE FAMILY UNDER GOD.”
“You have all gathered here because you share the hope of a peaceful world rooted in the vision of ONE FAMILY UNDER GOD.”
“Let us determine that it is not they who will determine the future, but it is us that share this common vision to build ONE FAMILY UNDER GOD, to put our mark in this very crucial moment in human history, and shape the future of humanity.”
“This is a solemn moment. But I cannot leave without giving a challenge. This is a big, big challenge that I am proposing here today: Will you become owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and make it a living reality for future generations? If you do, please stand up.”
“I want to share with you a Korean word: “Aju”. My father (Sun Myung Moon) explained that this word has tremendous meaning to it, because it means that “I will take ownership over it,” not somebody else. “Peace will start with me. I will be the peacemaker.” So could we say together, “Aju!”? [Aju!] Louder, could we say, together, “Aju!”? [Aju!]
“Will you be owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and carry this message and the large mantle that is present before us to the world as the true peacemakers of this century? Will you do that? Yes or no? [Aju!]”
Konsep One Family Under God ini merupakan konsep di dalam Unification Church. Ia dikenali sebagai legasi terakhir Sun Myung Moon. Ia dibahaskan di dalam laman sesawang mereka di bawah tajuk “One Family Under God Is Dr. Sun Myung Moon’s Lasting Legacy” ada menyebut bahawa Father Moon itu adalah bapa rohani bagi semua, semua adalah anak-anaknya, dan semua adalah satu keluarga.[4]
Ini kerana menurut akidah Unification Church, Father Moon dan Mother Moon adalah Ibubapa Syurgawi (Heavenly Parent) dan mereka itu Ibubapa sejati (True Parent) jelmaan Adam dan Hawa yang ketiga di dunia. Oleh itu mereka mengajak untuk menerima konsep fahaman mereka supaya berada di dalam satu keluarga yang dinaungi oleh Father Moon dan Mother Moon di bawah ‘tuhan Father Moon’. Malah pengikut Unification Church ada menulis buku bertajuk One Family Under God: The Life of Sun Myung Moon.
Agenda yang dibawa oleh Dr Hyun Jin Moon ini secara terang mempromosi idea ini kepada rakyat Malaysia. Malah di sebuah halaman di Facebook bernama Dr. Hyun Jin Preston Moon terdapat posting pada 29 Mac 2012 sekeping gambar Dr Hyun Jin Moon bersama dengan pelajar-pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India dan dipercayai program tersebut diadakan di Kuala Lumpur. Status tersebut menulis “Dr. Hyun Jin Moon speaking to 2,000 students from 10 universities and colleges in Malaysia.” Dan semua pelajar memakai baju bertulis “One Family Under God Aju!”[5]
Kebanyakkan aktiviti yang dilakukan mereka ini sememangnya menuju kepada pendakyahan kepada agama Unification Church. Sebenarnya masih banyak lagi program mereka yang berjalan setiap bulan.
Jika dilihat kepada hasil daripada kesemua kes di atas ini, ternyata mereka telah melanggar Undang-Undang Malaysia iaitu Perlembagaan Malaysia Perkara 11 (4) dan juga Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor (1988) di bawah:
Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.
Seksyen 6. Kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.
Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.
Selain itu masih banyak lagi program yang melibatkan agama Unification Church yang ada maklumat bersama kami. Ramai pihak yang tidak sedar tentang kehadiran mereka dan juga usaha mereka untuk melebarkan sayap di Malaysia. Faktor-faktor itu sudah kami bincangkan di dalam artikel sebelum ini (Siri 2).
Kesimpulan
Masyarakat Malaysia hendaklah sedar dan peka akan kehadiran agama baru yang makin halus melebarkan dakyahnya di Malaysia. Unification Church ini jelas adalah sebuah agama baru yang membina ketaksuban kepada pengikut mereka sebagai nabi baru. Mereka memiliki dana yang sangat besar dalam mengerakkan program dan usaha pendakyahan di seluruh dunia.
Untuk mengetahui apa ajaran yang dibawa dan bagaimana ia tiba di Malaysia baca di:
Siri 1:https://bit.ly/2IbN5KJ
Siri 2: https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/1899256933518617?__tn__=K-R
Nota akhir:
____________________________
[1] http://familyfedihq.org/2018/03/malaysia-students-for-peace-leadership-conference/
[2] http://www.upf.org/peace-education-and-human-development/peace-education-reports/6140-malaysian-parliamentarians-attend-conference-in-hawaii
[3] https://www.hyunjinmoon.com/dr-moon-calls-cooperation-among-faiths-secure-lasting-peace-2/?fbclid=IwAR2WDN5poXoavTHkxBukKq4VcfEXx0_sPN-nnVTKg-WrAz5OERod07dBBZM
[4] http://www.upf.org/peace-education-and-human-development/peace-education-reports/4696-one-family-under-god-is-dr-sun-myung-moons-lasting-legacy
[5] https://www.facebook.com/hyunjinpmoon/photos/a.375720979117850/375720982451183/?type=3&theater
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過72萬的網紅Warner Music Malaysia,也在其Youtube影片中提到,Filem ini memaparkan makna Aidilfitri dalam penceritaan yang sayu, dilihat dari kacamata sebuah keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar Malaysia,...
keluarga meaning 在 9bulan10hari Facebook 八卦
"Saya betul-betul harap anak kali ni saya dapat anak lelaki!" tegas seorang ibu yang saya santuni di dalam sebuah sesi konsultasi antenatal one-to-one.
.
Hmmmm saya waktu tu tak terkejut, tapi agak aneh kenapa beliau tiba-tiba tekankan soal jantina anak kandungannya tanpa di tanya.
.
"Wah ye ke, anak sulung puan perempuan ke?" Sapa saya bersahaja.
.
"Tak , anak lelaki" jawabnya ringkas.
.
Saya agak berteka teki tentang ibu ini. Mesti ada yang tak kena.
.
"Saya kalau boleh nak semua anak lelaki, saya nak didik mereka, sehingga menjadi seorang lelaki dan bergelar suami nanti, jangan jadi lelaki tak guna yang tak tahu hargai perempuan" sambung beliau lagi.
.
Dah sudah, sebelum mula sesi ni, kene settle dulu luahan ibu ni kalau tidak pasti apa yang di ajar tidak melekat di mindanya nanti.
.
"Senang jadi laki ni Dr, bangun, mandi, pakai baju dan jamah makanan sedikit kalau mahu, keluar pergi kerja. Tak perlu fikir anak dah siap ke, barang anak dah siap packing ke, sampah dah buang ke, rumah tunggang langgang pun tak kesah, semua kita kena buat. Tapi bila tak elok, mula la perli, cakap sindir-sindir" terang ibu ni panjang lebar.
.
"So bila ada anak lelaki, saya nak pastikan dia orang ni tak jadi macam bapak dia orang. Tiada ehsan pada wanita, tak sedar rezeki tersekat kerana sifatnya itu" ibu ini memang betul- betul kesal dengan apa yang terjadi di dalam rumah tangganya. Wajahnya sugul, tampak keletihan dan sarat hamil 8 bulan.
.
Waktu ni saya hanya mampu analize, need & feeling beliau, apa sebenarnya ibu ini perlukan bagaimana dapat meringankan sikit keresahan hatinya agar proses pembelajaran dapay di teruskan.
.
Teringat proses meditasi pernafasan yang Dr Izam Suziani lakukan pada saya, dan saya pun bentangkan kad need & feeling yang Dr Izam berikan.
.
Proses 20 minit ini singkat tapi mampu memberikan rasa fokus yang tinggi pada ibu untuk sesi pembelajaran antenatal : persiapan penyusuan.
.
Nota kaki:
Wahai lelaki yang bergelar suami, isteri bukan pembantu rumah mahupun hamba abdi milikmu. Mereka manusia yang ada emosi, penat, sedih, dan perlu di tatang dengan kasih sayang dan kemesraan.
.
Komunikasi adalah penting, tapi lebih baik lagi sekiranya di gabung bersama tolak ansur. Era ini ramai wanita yang bekerjaya sama-sama mencari rezeki meringankan keperluan ekonomi keluarga.
.
Sama-sama bertanya kabar, bersembang mesra, tak mampu memasak dan menyusukan anak, tapi masih mampu bertanya kepada pasangan apakah yang boleh di lakukan untuk meringankan kerja di rumah sedikit sebanyak dapat membantu seorang wanita merasa di hargai.
.
Hanya dengan bertanya sahaja sudah membuat hati isteri lembut, apatah lagi membantu. Perli dan sindiran itu hanya akan mengeruhkan keadaan.
.
Ibu di atas adalah ibu kepada 3 orang anak lelaki, dan sarat hamil anak ke 4. Beliau perlu memastikan penyusuan susu ibu berjalan dengan baik katanya, beliau sudah tidak ada peruntukan wang lebih untuk beli susu rumusan sekiranya perlu.
.
Sebak hati saya mendengar rentetan kisah beliau. Kata beliau sebelum beransur pergi, "saya mohon doa dari Dr dan para ibu lain sekiranya Dr nak tulis kisah saya, mana tahu ada yang mendoakan secara ikhlas dan doanya di makbulkan, letihnya menjadi perempuan. Saya tak nak anak perempuan nanti dia dapat perlayanan yang serupa seperti ibunya, tak ubah seperti seorang kuli"
.
.
Sedar atau tidak, masalah penyusuan susu ibu kebanyakkan tidak semata-mata isu penyusuan sahaja. Ia kerap kali melibatkan isu lain yang menjurus kepada kegagalan untuk mengekalkan minta positive ibu. Keletihan yang melampau, tiada sokongan dan tidak punya tempat untuk meluahkan rasa membuatkan emosi seorang ibu tergoncang hebat!
.
Bersyukurlah ibu yang memiliki sokongan dari pasangan, masyarakat, keluarga dan tempat kerja. Ini adalah rezeki yang wajar kita syukuri. Tag pasangan, keluarga dan rakan-rakan ibu agar mereka tahu yang ibu sangat menghargai sokongan dan bantuan mereka!
.
Tugas kami bukan sahaja mempromosikan penyusuan susu ibu, tetapi ia juga merangkumi aspek sokongan penyusuan susu ibu dan melindungi amalan penyusuan susu ibu dengan baik dan padu!
.
Selamat menyambut minggu penyusuan susu ibu sedunia : Memperkasa ibu bapa , Mengupaya penyusuan susu ibu adalah tema sambutan tahun ini. Sangat dalam maksudnya namun ia wajar untuk di beri penekanan!
.
Dr Nurhaya Yacob
Sekiranya kita lihat ibu menyusu, santuni mereka sebaik mungkin, sekiranya tidak ada sebarang perkataan/ tindakan yang baik yang boleh di lontarkan, maka lebih baik diam.
.
Selaku you all baca tips dan info penyusuan, hari saya kongsi sedikit realiti kehidupan seorang ibu yang cuba untuk menyusu dan menjayakan penyusuan susu ibu.
Kredit : Dr Nurhaya Lactation Center
′′ I really hope my son this time I get a son!" firmly a mother that I'm in a one-to-one antenatal consultation session.
.
Hmmmm I wasn't surprised at the time, but it's kinda weird why he suddenly pressed on his gender of his content without being asked.
.
′′ Wow, is it the eldest daughter of a woman?" Who am I apart.
.
′′ No, son ′′ answered simple.
.
I'm pretty riddle about this mom. There must be something wrong.
.
′′ If I can want all boys, I want to educate them, until I become a man and be a husband, don't be a man who doesn't know how to appreciate women ′′ continue him again.
.
It's done, before the start of this session, you have to settle first if you don't know what you are taught won't stick to her mind later.
.
′′ It's easy to be this man Dr, wake up, shower, wear clothes and jamah a little food if you want to, get off work. Don't have to think that the child is done, the child's stuff is done packing, the trash has been thrown away, even the house isn't good, all we have to do But when it's not good, start to go home, say sarcastic ′′ this mother's bright is long.
.
′′ So when I have a son, I want to make sure that he doesn't become like his father. There's no concern on women, not realizing the fortune stuck because of her nature ′′ this mother is really upset with what's going on in her household. Her face is sugulous, looking tired and 8 months pregnant.
.
At this time I can only analyze, need & feeling her, what exactly is this mother needs how to relieve her anxiety so that the process of mushroom learning is continued.
.
Remembered the respiratory meditation process that Dr. Izam Suziani did to me, and I also presented the need & feeling card that Dr Izam gave.
.
This 20-minute process is short but able to give a high sense of focus to mom for an antenatal learning session: breastfeeding preparation.
.
Foot notes:
Dear man who is called husband, wife is not your housekeeper or your slave. They are humans who are emotional, tired, sad, and need to be tackled with affection and affection.
.
Communication is important, but it's even better if joined together with installment. This era many women who work together looking for sustenance to ease the family's economic needs.
.
Asking news, talking friendly, unable to cook and breastfeeding children, but still able to ask the couple what can be done to ease homework a little bit as much as can help a woman feel appreciated.
.
Just asking, has made the wife's heart soft, you know how to help. Those perli and sarcasm will only heal things.
.
The mother above is a mother of 3 sons, and pregnant laden 4. th child. She needs to ensure the mother milk breastfeeding runs well she said, she has no more money allocation to buy home milk if necessary.
.
It's my heart hearing his story line. He said before going away, ′′ I ask for prayers from Dr and other mothers if Dr would like to write my story, who knows there is a sincere prayer and pray that is granted, tired of being a woman. I don't want a girl to get a similar service like her mother, not change like a college ′′
.
.
Realize or not, the problem of breastfeeding is mostly not just breastfeeding issues. It often involves other issues that manage failure to keep mom positive. Extreme exhaustion, no support and nowhere to express the feeling of making a mother's emotion trembling!
.
Be grateful mothers who have the support of their spouse, community, family and workplace. This is a reasonable provision we are grateful for. Tag your partner, family and friends so they know that mom really appreciate their support and help!
.
Our task is not only to promote mother milk breastfeeding, but it also includes the support aspect of mother milk breastfeeding and protects the practices of mother's milk breastfeeding well and solid!
.
Happy worldwide mother milk breastfeeding week: Enhancing parents, Appreciating mother milk breastfeeding is the theme of this year's celebration. Very deep meaning but it's normal to be emphasized!
.
Dr Nurhaya Yacob
If we see breastfeeding mothers, give them the best possible, if there are no good words / actions that can be thrown away, then it's better to be silent.
.
As you all read tips and breastfeeding info, my day I share some of the reality of the life of a mother who is trying to breastfeed and make mother milk breastfeeding.
Credit: @[1681178608816716:274:Dr Nurhaya Lactation Center]Translated
keluarga meaning 在 Facebook 八卦
Baca Ini Jika Tak Pandai Bahasa Inggeris
Kepada korang yang dah pandai bahasa Inggeris boleh abaikan surat ini. Biarkan abang ajar kepada korang korang yang lain.
Semua sedia maklum bahasa Inggeris itu penting kerana banyak sekali sumber ilmu yang dapat dirujuk dalam bahasa ini.
Wikipedia yang menjadi rujukan terbesar pun paling banyak artikel ditulis dalam bahasa Inggeris. Begitu juga kalau korang berniat untuk menyelamatkan dunia, maka ‘kerja’ itu akan jadi lebih mudah bila korang pandai English. InshaAllah berjaya terutamanya jika korang expert like a crazy pig (pandai gila babi).
Nota: Gila babi bukan digunakan untuk menghina tapi untuk menujukkan rasa kagum yang teramat iaitu kagum gila babi. Harap maklum.
Berbalik pada topik utama. Dipendekkan cerita, dulu abang mayat adalah seorang Melayu yang agak malas untuk belajar bahasa Inggeris. Mungkin pada zaman itu, PM belum mewajibkan lagi pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Lagipun pada masa itu belum ada internet, maka abang membuat endah tak endah dengan pentingnya BI (alasan semuanya itu).
Sehinggalah pada suatu hari, abang mayat melihat sekumpulan budak-budak Punk ketawa selepas membaca tulisan di dinding tandas terutama bila ada F word. Hal ini membuatkan abang iri hati dengan kelebihan ilmu mereka dan ditambah pula dengan ramainya pendosa dari luar negara yang datang ke Malaysia, maka abang memulakan langkah to improve my English sebagai salah satu kaedah yang lebih cepat dalam usaha menyelamatkan dunia. InshaAllah!
Bak kata pepatah:
“Everyone should be able to do one card trick, tell two jokes and recite three poems, in case they are ever trapped in an elevator.” (Lemony Snicket)
Namun, oleh kerana abang dah lama habis sekolah dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, maka abang belajar bahasa Inggeris dengan cara sendiri.
Sekarang, berkat usaha gigih, karisma, dedikasi dan integriti... err… kejap! Cerita ini bukanlah nak bercerita tentang abang yang pandai English gila babi, tapi cerita tentang bagaimana kita boleh cepat pandai dalam bahasa itu. Bila cepat tiada lagi istilah ‘hot-hot chicken shit’.
Kalau mahu belajar apa-apa bahasa, perkara pertama adalah korang kena ada kamus sendiri. Korang kena beli kamus dan bawa ke mana sahaja. Kalau boleh hafal satu kamus. Jika dulu nabi digelar ‘al-Quran bergerak’, sekarang giliran korang pula menjadi ‘kamus bergerak’. Jika ada kawan bertanya, what is inception? Terus dapat jawab, the Nolam film in the beginning blah blah...nampak tak?
Abang tahu, korang lemah BI bukan sebab bodoh tetapi korang tak tahu makna dan malas menghafal kerana dalam otak sudah ditanam ‘tak tahu English pun boleh hidup juga’ atau ‘malaikat dalam kubur tak tanya dalam bahasa Inggeris’. Bukankah dalam syurga lebih afdal cakap Arab? Arghh… malas nak cerita bab ni. Apa kata korang buang persepsi itu. Jangan jadikan itu alasan dan halangan.
Abang juga hairan kenapa pelajar dalam kelas English jarang bawa kamus. Masalah utama korang adalah tak tahu makna. Jadi, kalau tak tahu kenalah beli kamus dan hafal. Itu kunci yang pertama!
“Don't be so humble, you are not that great.” (Golda Meir)
Dah ada kamus? Sekarang pergi beli buku nota untuk mencatat perkataan yang tak faham sewaktu membaca dan sebelum tidur hafal balik perkataan baru tadi.
Jadi korang akan ada dua buku, satu adalah kamus dan satu lagi buku nota yang akan menjadi kamus peribadi kerana korang akan mencatat perkataan baru dan tak tahu makna sahaja. Lama kelamaan, buku nota itu akan menjadi tebal dan korang dah tak perlu merujuk kamus lagi.
Untuk permulaan, Pilih bahn bacaan yang mudah dahulu. Kalau boleh ambil bahan bacaan budak tadika, baca dan faham makna keseluruhan cerita. Selepas itu, baca buku budak sekolah rendah pula, seterusnya buku sekolah menengah, lirik lagu, dialog film, dan akhirnya bacalah novel Inggeris sebelum membaca tafsir al-Quran dalam bahasa Inggeris.
Abang masih ingat apabila baru berkecimpung dalam dunia internet, rasa teruja sungguh. Begitu banyak sumber ilmu yang boleh kita terokai. Buka sahaja Wikipedia bermacam-macam cerita yang boleh dibaca. Cukuplah ada wiki.. Ilmu tak bertepi.. perghhh!
Waktu tu pun baru tahu apa itu Rotten Tomatoes, siapa Maddox, imdb info dan banyak lagi istilah baru. Tetapi sebelum itu kenalah pandai English dulu!
Bila dah pandai, boleh mula berniat untuk berdakwah ke peringkat antarabangsa. Bukan setakat dari Perlis sampai ke Sabah saja perjuangan kita. Think BIG dan langkah kita akan besar tapi jika Think SMALL maka langkah pun akan small.
Contoh: Jika korang fikir habis belajar nanti cukuplah dapat bekerja makan gaji di company yang stabil, maka perjalanan hidup akan terhad kepada kerja lapan jam sehari, lima hari seminggu dan menunggu dinaikkan pangkat. Tetapi jika korang fikir mahu berbisnes, mencipta produk, menggaji pekerja, kayakan diri sendiri dan membuat sesuatu yang bermakna, maka perjalanan hidup korang akan luas tiada penghujungnya. Tapi sebelum nak mendapatkan semua ini, kenalah pandai bahasa penjajah!
“To stay around (if you dot want to go far), learn bahasa tempatan. To go futher, learn bahasa penjajah!” (Hamka Kereta Mayat)
Jadi Abang memang rajin baca Wikipedia. Sambil baca sambil buka kamus, (sekarang dah ada Google Translate lagi senang). Selepas itu abang beli akhbar The Star, komik English (sekarang banyak yang online) dan juga kitab karangan Maulana Yusof Mutakhab, hadis versi English. Baca, baca dan baca…
Dari dulu abang suka tengok movie. Selesai tengok movie, abang akan baca sinopsis atau plot cerita dalam bahasa Inggeris untuk tahu penggunaan ayat. Mana yang tak faham abang akan catat dan hafal pada waktu makan. Begitu juga dengan komik Dragonball dan GTO, walaupun dah khatam dalam bahasa Melayu, abang baca pula versi bahasa Inggeris di internet.
Bila berjalan abang akan bawa kamus, (sekarang cuma perlu download aplikasi ke dalam telefon) jika nampak tulisan yang diconteng di dinding tandas awam dalam bahasa Inggeris, abang akan buka kamus dan ketawa dalam slang English jika lawak itu bermutu tinggi.
Contoh lawak di dinding tandas;
‘A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man.’ (Lana Turner)
Untuk lebih cepat pandai, abang pinjam dua buku dari perpustakaan awam iaitu versi Melayu dan Inggeris. Kedua-dua buku itu abang akan baca dan bandingkan. Antara buku yang abang buat begitu adalah How To Win Friends & Influence People tulisan Dale Carnegie, Rich Dad Poor Dad dan banyak buku popular lain.
Untuk dapat saham di dunia dan akhirat pula, abang baca buku islamik yang ada dua versi BM dan BI seperti buku tafsir dan hadis. Kedua-dua buku itu abang baca dan bandingkan. Ada juga waktunya isteri abang akan membaca taklim dalam BM dan ayah semak dalam BI.
Contoh hadis bahasa Inggeris yang dipetik dari A Selection of Hadith;
Nabi said: He is wise and shrew who takes account of himself and prepares for what is after death. And he is weak and incapable who follows his desires and yet pins high hopes on Allah’s Mercy. (Tirmidhi)
Kadang kadang abang kaji falsafah Inggeris:
“Before you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parent's generation, try delousing the closet in your own room.” (Bill Gates)
Ada masanya apabila menonton filem, abang akan fokus pada subtitiles dan gunakan dalam kehidupan seharian. Contoh petikan dialog daripada filem Bujang Lapuk (The Three Bachelor Warriors).
Aziz : Probably, that house that you mentioned, has anyone occupied it yet?
Sudin : Which house ?
Aziz : That house, the one that you kept talking about.
Sudin : Oh, that house. It's still vacant ... if we apply for it, we'll get it.
Aziz : How many rooms, Din ?
Sudin : I saw three rooms.
Aziz : That's good. Each of us can have a room to himself. Are they large ?
Sudin : Not very. But it's long, 7 feet ... about 3 feet long and 7 feet deep.
Aziz : Quite big, huh, there's even depth..that's A GRAVE !
Woha!
Bila dah naik sheikh, ada juga abang cuba menyanyi lagu Melayu dalam Bahasa English seperti lagu;
Sekadar Di Pinggiran - Just at the Edge
Menaruh Harapan - Pinning on Hope
Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu - You are the Key to My Love in Your Heart
Takdir Dan Waktu - Fate and Time
Pada Syurga Di Wajahmu - Your Heavenly Face
Teratai Layu Di Tasik Madu - Dying Lotus in the Honey Lake
Tanya Sama Itu Hud Hud - Ask the Woodpecker
Cinta Beralih Arah - Love Turns Away
Jerat Percintaan - Love Trap
Balqis - Queen of Sheba
Rela Ku Pujuk - I'm Willing to Entice
Gemilang - Glory
Terlalu Istimewa - Too Special
Awan Nano - Nano Cloud
Terukir Di Bintang - Etched In the Stars
Bahagiamu Deritaku - Your Happiness is My Pain
Kalau masih tak faham lagi, di sini abang copy paste satu lagu yang paling abang suka nyanyi dulu.
Aci-Aci, open the door,
Nana come back at one a.m,
Don't be afraid of the owl,
Nana bring Semambu of cane.
Nana Nana, come home rush,
Aci afraid to be all alone,
There's a ghost behind the house,
Shifty eyes and a striped nose long.
Aci aci, don't be afraid,
Nana have Oh! a stunt machete,
Ghost and demons will be afraid,
See the machete, surely they desperated!
If Nana, just say so,
Then my heart is calm so-so,
If come again, ghost and demons,
Aci will beat them with a brooms!
(Lirik tibai, mintak tolong cikgu Inggeris betulkan)
Lagu lain:. suci dalam.debu.
Alkisahnya Lagu suci dalam debu popular waktu abang tingkatan satu.
Naik bas pergi sekolah driver putar lagu ni.
Abang waktu tu ada minat sorang awek pandai English bernama Adibah nor(typo nama sebenar), jadi abang translate lagu Iklim versi English dan bagi kat dia.
Tapi cinta abang ditolak. Mungkin sebab kesalahan grammar abang yang telus sangat. Ha ha
Clean in dust!
(Sila Nyanyi ikut rentak asal)
You just like a clean water
In the glass with dust
Even the dirty.... you can see
Beautiful of clean is still protect
Love is not only at eye
Love coming from heart
Let be wrong.. from they eye
Let the different can see... between us.
I hope you... still can accept
Even looking so ugly
Because the real meaning of love
Only we feel it
One day will coming
The light will appear
The door will open
We step in together
That time we can see
The light is bright
The dust be a pearl
The ugly be honor
This is not dreaming
What I sharing
But very confident
Happening
Because of love
The sea will burn
Still I swimming
Confirm!
Woha!
Selain itu, untuk menambahkan kefahaman dalam English, abang juga berpantun dengan orang-orang tua.
Contoh pantun;
The Pandan Island is far from land,
The Daik Mountain has three peak,
Though the body has rot in the sand,
The good deeds are never forget.
(grammar silap sikit sebab nak bagi belakangnya sinomim, adohai)
Terkadang abang juga ada berteka-teki dalam bahasa Inggeris;
1. Which mountain has three peaks?
2. Which island is far from land?
Sesekali, apabila berdiri seorang diri depan cermin, abang akan menari macam Michael Jackson dan menyanyi lagi ini;
You better run,
You better do what you can,
Don't wanna see no blood,
Don't be a macho man,
You wanna be tough,
Better do what you can,
So beat it,
But you wanna be bad,
Just beat it.
Bini abang cukup menyampah tengok ayah tergedik-gedik sepahkan bilik tidur dengan tarian gimnastik. Woha!
Kadang-kadang abang akan berpatriotik dalam Bahasa Inggeris;
Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan - Belief of God
Kesetiaan kepada Raja dan Negara - Loyalty to King and Country
Keluhuran Perlembagaan - The Supremacy of the Constitution
Kedaulatan Undang-Undang - The Rule of Law
Kesopanan dan Kesusilaan - Courtesy and Morality
Bila jumpa member-member berpendidikan tinggi yang bergelar pensyarah, doktor atau professor, tanpa segan silu abang akan terus bercakap dalam bahasa Inggeris dengan mereka. Begitu juga jika berurusan dengan orang Cina dan India, abang akan speaking dengan mereka. Malahan dengan kucing yang curi-curi masuk rumah pun abang akan halau dalam bahasa Inggeris. Malah sesekali bila berasmaradana dengan bini, kami speaking juga. Woha!
Dan pengalaman yang paling bernilai dalam hidup ialah ketika para pendakwah dari luar negara datang berdakwah di kampung maka abang akan menjadi pengalih bahasa untuk orang kampung yang tak tahu berbahasa Inggeris. Begitu lebih kurang…
“Alhamdulillah, Allah puts the success of human’s life in this world and the hereafter only in the perfect religion. The Perfect religion is carrying out all of the commandments of Allah following the way of Rasulullah S.A.W. All of the companions of Rasullulah have had the perfect religion in their life, It was mainly because all of them had six noble qualities with them. If we want to have the perfect religion in our life, we should follow the footsteps of those successful people by making effort to obtain and bring the six qualities into our life. If we have these six noble qualities with us, we will also be able to practice the perfect religion in our life easily…”
Alkisahnya, Pada suatu hari, ketika rancak berborak dengan kawan-kawan dalam bahasa Inggeris yang berterabur tapi janji faham, maka terciptalah satu teori baru dalam hidup abang. Kawan-kawan abang bila belajar bahasa Inggeris mereka ada target atau measurement masing-masing dalam menentukan setakat mana pengetahuan mereka dalam bahasa ini telah tercapai.
Sesetengah mereka menganggap sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh berborak dengan pelancong asing. Ada pula yang merasakan mereka sudah fasih berbahasa ini apabila boleh menyanyi lagu Inggeris dan pada masa sama faham maksud tersirat. Ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa Inggeris apabila boleh mengarang resume sehingga diterima kerja. Selain itu, ada yang menganggap mereka sudah fluent English apabila boleh membaca novel barat tanpa merujuk kamus dan lain-lain.
Tapi abang lain, abang ada target tersendiri dalam menentukan setakat mana pengetahuan ayah dalam Bahasa Inggeris tercapai iaitu…
(bersambung...)
Dipetik dari buku Hamka keretamayat
.
.
.
.
.
.
.
.
Okey belanja sikit lagi...
Tapi abang lain, abang ada target tersendiri dalam menentukan setakat mana pengetahuan abang dalam Bahasa Inggeris tercapai iaitu…
Abang Mesti Bermimpi Dalam Bahasa Inggeris!
Maka untuk itu.., pada suatu hari yang lain
(Sekarang baru betul betul bersambung)
Woha!
(cerita penuh kisah ini ada dalam buku Hamka keretamayat-Ngeteh dikubur ayah)
Buku ada stok.
Semusim di Syurga- kisah penduduk kuala syurga dan masalah agama.
Kisah laki bini-cerita pasangan membantu cinta dalam masa tiga hari.
Kisah anak bini- kisah anak tanya soalan pelik tapi di jawab oleh ayah dengan bergaya.
NGETEH di kubur ayah-kisah surat dari kubur kepada masyarakat kebanyakkan.
Kerana dia anak syurga:-kisah 12 parent OKU berdamai dengan takdir.
No wasap untuk order abang mayat share dekat first komen.
Don't say abang not umbrella.. ella..ella.. umbrella.. ella.. ella..
Woha!
keluarga meaning 在 Warner Music Malaysia Youtube 的評價
Filem ini memaparkan makna Aidilfitri dalam penceritaan yang sayu, dilihat dari kacamata sebuah keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar Malaysia, dan menampilkan syot hari-hari menjelang Hari Raya. Sentuhan dan gaya penceritaan yang jujur dari sudut pandanga, pengarah Edmund Yeo berjaya memaparkan suatu kisah benar yang menyentuh hati tentang suatu dunia yang dekat tetapi jauh – suatu komuniti yang tersisih jauh dari kesibukan kota, namun ianya dekat dengan jiwa rakyat Malaysia – semuanya dalam tempoh 8 minit.
Featuring Faizal Tahir & Aziz Harun, the film is a poignant take on the meaning of Aidilfitri, seen through the eyes of a family living in rural Malaysia, and features snapshots of the days leading up to Hari Raya. Through the video, you can see award-winning Director, Edmund Yeo’s delicate touch and keen eye brings forth a heartwarming yet sobering piece of storytelling from a world near yet far - a community removed from the hustle and bustle of city life, yet central to the psyche of all Malaysians – based on a true story and all in a brief 8 minutes.
#SetitisCahayaDiPagiRaya #SelamatHariRaya #FaizalTahir #AzizHarun #ShotOniPhoneX
Follow us:
Warner Music Malaysia
Facebook - https://www.facebook.com/wmmdomestic
Instagram & Twitter - @warnermusicmy
Faizal Tahir
Facebook - https://www.facebook.com/faizaltahir/
Instagram & Twitter - @faizal_tahir
Aziz Harun
Facebook - https://www.facebook.com/azizharun212/
Instagram - @azizharun212
keluarga meaning 在 seanlje Youtube 的評價
Translated to Bahasa Melayu "TIDAK SELAMAT UNTUK KERJA"
Music by
Kimichi: https://soundcloud.com/dj-kimichi
Christian Palencia: https://www.youtube.com/user/ChristianBPalencia
Tuts My Barreh: https://www.youtube.com/watch?v=G7oGx2dImE8
Follow me for frequent updates:
Instagram: https://www.instagram.com/seanlje
Twitter: https://www.twitter.com/seanlje
Facebook: https://www.facebook.com/seanlje
Snapchat: SEANLJE
#KeluargaPontimau
#BiahSport
#HeyOrangKita
Please like this video if you liked it and subscribe because I don't bite, except for my lips.
#SUWEK SHIRTS ARE NOW AVAILABLE ON MY FB PAGE (https://www.facebook.com/seanlje)
Ya'll can always support me by buying one of this shirt! Wee!
I love you guys!
x
keluarga meaning 在 Warner Music Malaysia Youtube 的評價
[BEHIND THE SCENES]
Filem ini memaparkan makna Aidilfitri dalam penceritaan yang sayu, dilihat dari kacamata sebuah keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar Malaysia, dan menampilkan syot hari-hari menjelang Hari Raya. Sentuhan dan gaya penceritaan yang jujur dari sudut pandanga, pengarah Edmund Yeo berjaya memaparkan suatu kisah benar yang menyentuh hati tentang suatu dunia yang dekat tetapi jauh – suatu komuniti yang tersisih jauh dari kesibukan kota, namun ianya dekat dengan jiwa rakyat Malaysia – semuanya dalam tempoh 8 minit.
Featuring Faizal Tahir & Aziz Harun, the film is a poignant take on the meaning of Aidilfitri, seen through the eyes of a family living in rural Malaysia, and features snapshots of the days leading up to Hari Raya. Through the video, you can see award-winning Director, Edmund Yeo’s delicate touch and keen eye brings forth a heartwarming yet sobering piece of storytelling from a world near yet far - a community removed from the hustle and bustle of city life, yet central to the psyche of all Malaysians – based on a true story and all in a brief 8 minutes.
Video Penuh/Full Video: https://WMM.lnk.to/SetitisYT
#SetitisCahayaDiPagiRaya #SelamatHariRaya #FaizalTahir #AzizHarun #ShotOniPhoneX #BehindTheScenes
Follow us:
Warner Music Malaysia
Facebook - https://www.facebook.com/wmmdomestic
Instagram & Twitter - @warnermusicmy
Faizal Tahir
Facebook - https://www.facebook.com/faizaltahir/
Instagram & Twitter - @faizal_tahir
Aziz Harun
Facebook - https://www.facebook.com/azizharun212/
Instagram - @azizharun212