・・・
Brokeng English
.
Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne . Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana-mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.
.
Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.
Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan-kawan🤦🏻♂️).
.
Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya. Dan yang lelaki pula acah-acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang-canang kisah tersebut. Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai menggelabah seperti itu.
.
Berbeza pula apabila saya berada di kalangan Mat Salleh (orang Barat). Bukannya nak puji mereka, tapi akhlak mereka sangat jauh terpuji dari bangsa kita. Banyak kali saya tersilap ketika berkomunikasi, tetapi mereka membantu perbetulkan sama ada dari segi grammar mahupun sebutan dan sebagainya. Langsung tidak ada gelak-gelak memperlekeh dan jauh sekali mereka memerli. Berdasar pengalaman saya, 100% dari mereka semuanya begitu dan belum pernah saya di gelakkan mereka kerana membuat kesilapan ketika berkomunikasi. Dan di kalangan rakan-rakan Mat Salleh saya, ada antara mereka yang mempunyai grammar berterabur juga walaupun mereka itu lahir dalam keluarga Mat Salleh. Ada juga yang tidak fasih mengeja dan mereka siap rujuk kepada saya untuk ejaan. Dan perlu diketahui yang bahasa Inggeris ini mempunyai terlalu banyak ‘Slang’ atau loghat yang berbeza-beza sebutannya. Pengalaman mengembara seluruh dunia dan khususnya ketika berada di Sukan Olimpik, disitu ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara, siap ada negara yang kita tak pernah tahu kewujudannya. Apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, mereka juga mempunyai kesulitan untuk memahami loghat masing-masing, tetapi mereka ni tetap menghormati antara satu sama lain dan ini lah contoh yang kita perlu pelajari.
.
Saya bukannya nak mempertahankan mereka yang membuat kesalahan dalam bahasa Inggeris ini, tetapi jangan kita memperlekeh dan merendahkan orang lain atas sebab itu. Mereka yang kurang fasih ini juga, nasihat saya jangan bangga kerana anda tidak fasih, tetapi sentiasa cari ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anda dan jangan cepat putus asa. Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain. Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan. Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang.
.
Minta maaf minta ampun rakan-rakan sekalian jika saya ada tersilap kata atau menyakiti sesiapa di luar sana. Saya harap nukilan ini membantu untuk membuka mata masyarakat kita untuk ke arah yang lebih baik. Akhir kata dari saya, saya kongsikan kata-kata dari Jackson Brown Junior,
.
“Never make fun of someone who speak broken English. It means they know another language”
.
Sekian saja dari saya
AzizulAwang
.
📸 Gambar penulis di kedai Es Teler ketika baru menjejakkan kaki ke bumi kangaroo
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
同時也有18部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Padu Beb Studios,也在其Youtube影片中提到,[ NOTE : English Subtitles is available for this video. Please enable it manually by clicking on the “Caption/CC" button and choose "English". // All ...
kedai in english 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Adik saya kerja servis kereta hampir 10tahun, dulu dia belajar di politeknik, dia ajar saya tips ini. Sya share dgn korg JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.
1> Minyak hitam
Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.
2> Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3> Spark plug
20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.
4> Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!
5> Timing belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!
6> Clutch plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
7> Fuel Filter
Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.
8> Air Filter
Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9> ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!
10> Gear Oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11> Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12> Radiator Coolant
Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13> Air-Cond Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"
14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!
15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.
17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.
19> Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
20> Spark plug
Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.
21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.
22> Brake pad
Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.
25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Kredit Liana Jasmina
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
kedai in english 在 Faezahelai Facebook 八卦
“Wa eh siao ho peng you.. “ 🤣😂
My Cray2 bff..
After a decade.. finally we 3 ekoq get to see each other.. my classmates since 1998.. nasib baik tk payah tunggu kerepot mcm dlm gambaq sebelah tu.. 🤣😂
.
We stick together.. klu tk pi sekolah,3 ekoq sekali will absent from school.. 🤣😂
And talk mix language.. Hokkien,English and Malay.. Tamil tau yg bad words only 🤣
In Penang Island,its normal for all races to speak fluent hokkien.. I used to be able to speak quite fluent hokkien during my school days.. but now mostly lupa already lah.. cause kt kl depa ckp mandarin..
I don’t really have lots of frens,and kwn melayu yg close pon sorang dua ja.. Cause my school dulu,majority chinese tp we can get along..
And the best part,we respect each other’s religion and race..
If lepak,sorang teringin nk metekedarah hokkien mee,kami pi carik kedai hokkien mee yg halal sampai jumpa.. Myself i’ll have lamb instead of beef cause I respect that indian cannot take beef,walau hakikatnya Si suba ni,she wallop everything lah this siou cha bo!!
.
Tp zaman lani,we curse at each other’s race and religion..
.
Encourage our children to make frens with other races,so they will learn how to respect and understand others better.. Berkawan dengan org yg bukan sebangsa akan buat kepala otak kita lebih terbuka pd culture and sensitivity org lain..
Yg buruk jgn ikut,yg elok kita follow.. sbb islam tk penah ajaq kita utk membenci agama lain..
.
“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” Al- An’aam 108
.
P/S : cuma yg cheq tk suka!! dak lani awat yg time amik gambaq depa semua dok sembunyi belakang cheq ni??!!! (Swipe left) depa nampak kuruih,cheq nampak seropa wrestler WWE!! Hareyyy punya kwn!!!
.
#bff #schoolmates #penangites #conventgreenlanegirls #faezahelai #multiracial #wearemalaysian #feelingblessed #alhamdulillah #lovelovelove
kedai in english 在 Padu Beb Studios Youtube 的評價
[ NOTE : English Subtitles is available for this video. Please enable it manually by clicking on the “Caption/CC" button and choose "English". // All English Subtitles are produced by Pyan's wife. // All of our videos with English Subtitles will always have (ENG SUBS) written at the end of each title. // Otherwise, there are no subtitles available yet for that video. // "Auto-generated" subtitles are not made by us, as they are obviously, auto-generated. // Thank You! ]
..
MALAY DESCRIPTION:
Korang nak makan banyak tapi tak nak risau berat badan naik? Jom minum Kerengga White Coffee. Nak beli Kerengga White Coffee Whatsapp di sini : http://www.wasap.my/60186610104/kerenggapadubeb
Untuk video episode 2 #TerjahJB kali ni, aku mulakan dengan makan di Kacang Pool Haji di Larkin. Kacang Pool Haji ada 2 tempat sekarang : satu tu di foodcourt, satu lagi kedai. Makanan kat sini very authentic. Authentic dari segi rasa dan cara penyediaan dan hidangan. Tak fancy macam kedai hipster yang jual kacang pool. Aku suka kacang pool dia sebab tak muak dan kacang parang yang dimasak tu memang betul-betul empuk. Nak tahu aku makan di mana lagi? Jom tengok video ni sampai habis.
..
#KerenggaWhiteCoffee #TerjahJB #MalaysianFood #PaduBebBros #PaduBebStudios
..
Don't forget to click Like and SUBSCRIBE!! ??
..
Email: padubebstudios@gmail.com
Website: https://www.padubebstudios.com
Youtube: https://www.youtube.com/c/PaduBebStudios
Facebook: https://www.facebook.com/padubebstudios
Instagram: https://www.instagram.com/padubebstudios
..
kedai in english 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
#MatSallehCariMakanLondon #MSCM
Rhys William meneroka makanan tradisional British yang diolah menjadikannya halal. Dalam episod yang pertama, siri terbaru Mat Salleh Cari Makan di London, Rhys membawa penonton ke sebuah restoran yang menyajikan hidangan berasaskan makanan laut iaitu Mr. Fish.
Fish & Chips memang terkenal sebagai makanan tradisional British. Dalam episod ini, Rhys akan membongkar rahsia di sebalik proses penyediaan hidangan terkenal ini dari ikan dan ubi kentang mentah menjadi hidangan ikonik UK.
Chippy, iaitu kedai yang menghidangkan Fish & Chips di UK boleh didapati di hampir segenap pelusuk United Kingdom. Namun hati-hati, tidak semuanya menghidangkan hidangan yang halal, kerana secara asli, bater yang digunakan dicampur dengan minuman seperti arak. Mr Fish memastikan semua makanannya dijamin halal.
Nak tahu bagaimana rasanya? Saksikan Episod 1 siri terbaru Mat Salleh Cari Makan di London!
English:
Follow Rhys William in his quest to explore traditional British food in London. The food shows is however tailored to suit the halal standard, suitable for all muslim consumption.
In this episode, Rhys will dig the secrets behind one of the most famous dish in UK, from cutting fresh fish, hand cut potatoes and serving it on a plate.
Watch the first episode of the all new Mat Salleh Cari Makan in London!
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
kedai in english 在 Padu Beb Studios Youtube 的評價
[ NOTE : English Subtitles is available for this video. Please enable it manually by clicking on the "Subs/CC" button if you didn't choose English as the main language in your YouTube Settings. All English Subtitles and materials are produced by Pyan's wife. ]
..
Aku nak cadangkan kat korang sesiapa yang suka makan buffet steamboat and grill, korang kena cuba makan di Seoul Garden. Aku cadangkan tempat ni bukan sebab aku dibayar ke apa, aku cadangkan sebab apa yang diberi oleh Seoul Garden memang sangat berbaloi dengan apa yang korang bayar.
..
Memang sebelum ni ada je masalah orang cakap Seoul Garden lambat topup makanan la, makanan sejuk la tapi tu semua tak terjadi pada semua outlet dan tidak terjadi setiap masa. Kesilapan macam tu berlaku pada hampir semua kedai makan atau restoran mungkin di atas kelalaian pekerja.
..
Jangan fokus pada kelemahan mereka, jom kita fokus pada kehebatan dan kelebihan yang mereka berikan. Sesiapa yang tak pernah datang ke Seoul Garden, korang akan perasan ada banyak pilihan makanan yang diorang hidangkan dan semua tu memang korang boleh makan. Pilih ikut suka, masak ikut suka.
..
Korang layan je dulu video ni, mesti korang terliur dan rasa nak pergi sekarang jugak. Jangan datang sorang-sorang, datang bawak kawan dan keluarga.
..
Don't forget to click Like and SUBSCRIBE!! ?
..
Email: padubebstudios@gmail.com
Website: https://www.padubebstudios.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/PaduBebStudios
Facebook: https://www.facebook.com/padubebstudios/
Instagram: https://www.instagram.com/padubebstudios/?hl=en
..