Sy pun ada beberapa biji rumah sewa dan sy sewakan ikut bilik. Ada rumah yg sy sewakan kat 'single mother' anak 4( org susah, suami tinggalkan dia) dan rumah tu sy yg bgtau dia blh mnta zakat bayarkan dan tolong dia sediakan dokumen utk apply kat zakat bayarkan dan skrg mmg zakat trs byr ke akaun sy. Ada juga penyewa mnta tangguh dan mnta byr separuh dulu kesan drp covid ni. Sy ok je dan sy faham situasi mereka. Sbb tu bila bnm umum mcm smlm tu, sy rasa lega sbb at least sy pun boleh tolong penyewa2 sy. Kalau katakan sy mnta mereka keluar sbb x mampu byr, mana dorg nk pergi dlm keadaan mcm ni. Ada penyewa sy yg xde kenderaan dan cuma harapkan public transport je. Jgn igt semua tuan rumah beli rumah ni kapitalis dan cuma pentingkan diri. Dlm saat2 mcm ni la tuan rumah perlu main peranan utk sama2 bantu penyewa yg x mampu byr.
CnP
Kita bantu orang, mudah²an Allah permudahkan urusan kita
yashauki.com
yashauki.com
#stayathome
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Aanif Bahrin,也在其Youtube影片中提到,#aanifbahrin #reaction #perahuretak #popcorn #airseeyaw #rompaksound2 #kapitalis #battle #kclique #tuju #mk #somean #fareedpf #nastynas #kdeaf #noki #...
kapitalis 在 Fadzil Zahari Facebook 八卦
Teringat lagi raya 4 tahun dulu, masa buat Ayana Hijab kami order kain 8,000 meter. Janji ok kain 4 kaler ni u boleh mari ambik 2bulan sebelum raya, kami terus letak deposit 50% ONZzz...
.
.
Sambil menunggu kain sambil plan marketing nak juai tudung macamana nak join event mana 😅
.
.
Tunggu punya tunggu, seminggu sebelum raya baru terima kain... seminggu nak raya baru dapat kain nak buat tudung raya jadah hapa... pastu hangpa tau dak?? Kaler pun salah... hang rasa macamana??
.
.
Tak boleh tukar balik & tak sempat dah pun nak tukaq balik, last2 jadi apa kain tu berlonggok je la dalam kedai kami tak sempat buat apa...
.
.
Tu la cara kapitalis nak bunuh peniaga kecik yang ada saingan pada produk dia, ada paham?? Dah la juai kain dengan orang orang macam kami, dia sendiri pun juai tudung, dia sendiri pun juai baju raya. Baju kat butik kami jual harga RM180, dia bunuh orang2 macam kami dengan jual baju harga RM10
Ingat kami sorang ja kena camni, rupanya ramai lagi yang kena, ada yg depa tiru design baju sebijik pastu jual harga lagi murah, habis..
Ada tokey yang dah tak ambik supply ngan depa diganggu bisnesnya, hantaq orang buat kacau kat tempat bisnes baru tokey tuh, kesian baq hang...
Yang pernah kena paham paham la kan 😏😏😏
kapitalis 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
Punca ramai rakyat Malaysia menjadi muflis adalah hutang kereta.
(sumber: Statistik Malaysian Department of Insolvency (MDI),
Dan umur mereka antara 35 hingga 44 tahun.
Rujuk data dari 2013, sehingga Februari tahun 2017, sebanyak 23,191 kes muflis telah tercatat disebabkan tidak berupaya menjelaskan hutang pinjaman kereta.
Beli kereta tak salah. Tapi ramai yang beli kereta yang salah.
Formula ampuh untuk mengelakkan kereta yang kita beli menjadi kenderaan yang membawa ke #nerakawang ialah, harga kereta jangan lebih dari harga setahun pendapatan.
Kalau pendapatan bulanan RM2,000 maka harga kereta jangan lebih daripada RM2,000 X 12 = RM24,000.
Masih boleh beri kereta jenama Bangsa H, tapi yang terpakai la. Tak dapat second hand, boleh cari third hand, forth hand sampai dan seterusnya.
Malu pakai kereta lama? Nak pakai kereta baru? Carilah kereta kompak. Ada kereta Bangsa V. Bukan Vios, tapi Viva.
Malu pakai kereta kecil? Malu nanti apa kata orang lain grad universiti pakai kereta kecil? Nak pakai kereta mahal juga lepas grad? Mahalkan dahulu pendapatan.
Nanti pendapatan dah "mahal", boleh beli kereta mahal. Bukan setakat Honda, Vios, dan sebagainya. Mustang pun boleh. Tapi harga kereta jangan lebih setahun pendapatan.
Beli kereta bukan sekadar bayar ansuran bulanan kepada bank.
Ia meliputi perbelanjaan lain seperti petrol, maintenance, tol, parking, servis, aksesori, bateri, takaful, cukai jalan, tayar, aircond dan segala macam perbelanjaan mak nenek.
Masa mula-mula beli kereta mungkin tak perasan sebab bayaran ansuran sahaja. Kemudian perasan hanya petrol, tol dan parking.
Tapi bila dah masuk 2-3 bulan, baru perasan ada kos servis dan maintenance.
Masuk setahun, baru perasan pasal kos insurans takaful, cukai jalan, major servis dan banyak lagi. Masa ni dah start guna kad kredit. Tambah satu lagi hutang.
Masuk dua tahun, baru perasan pula kos maintenance tayar, air cond, timing belt, bateri dan lain-lain tadi. Tak cukup kad kredit, ambil pula "personal loan" untuk cover hutang kad kredit yang makin menimbun.
Tak masuk lagi kos balik kampung, kos percutian, kos baiki kereta sebab kemalangan kecil...
Tahun ketiga pakai kereta mula salahkan bank Islam, salahkan kerajaan, salahkan kapitalis, salahkan Yahudi, salahkan Zionis, salahkan Rostchild.
Pendek kata, semua salah kecuali diri sendiri.
Tak perasan, diri sendiri dah mula terjerumus ke #nerakawang.
Satu lagi adalah terlalu mudah bagi hutang kepada orang dan bila orang tak bayar, habiskan masa mengeluh di FB marah orang tak bayar hutang padahal orang tu dah block kita.
Saya ada formula bagaimana nak selamat dari menderita bagi hutang pada orang, tapi sebab panjang dah saya bebel pasal kereta, saya cerita lain kali.
Saya nak cerita kisah kereta pertama saya.
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
Rumah sewa pulak, jika dapat tuan rumah yang tidak berperi kemanusian. Kita mintak tangguh bayar di tunjuknya kereta mewah boleh beli, kenapa sewa tak boleh bayar? Aduh!
Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya beli kereta proton wira yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya beli MPV ala ala keretamayat, cukuplah kami tujuh beranak.
Oh, lupa, kereta charade saya jual waktu beli kereta wira dan jual dekat ejen MLM Suraco, pernah Nampak kereta ni melintas dengan sticker Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.
Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah pertama saya.
Rumah pertama saya sekarang dah buat rumah sewa, rumah kedua juga buat sewa dan rasa sangat best bila penyewa mintak tangguh bayar saya kata, ok jer, sedang PKP ni, saya faham..
Rumah ketiga adalah banglo mini atas tanah lot, bolehlah anak syurga saya berlari keliling rumah tiap tiap hari, taklah bosan sangat dia waktuPKP ni.
Jadi isu Neraka wang ni memang nak kena belajar, dan bagaiman jika saya cakap modal nak belajar tak sampai pun seratus ringgit, rezeki korang sebab ada pakar kewangan dah tulis panduan nak uruskan wang dengan sangat baik, saya sendiri beli ebook tu baca dan suruh anak anak baca agar mereka semua tak buat kesilapan neraka wang!
Dengar kata harga asal RM299. Tapi si Afyan ni buat promosi dalam masa dua tiga hari ni, hanya RM 50. (JIMAT Lebih 80%)
Baik korang klik, baca, dan bersetuju di hujung ebook, Woha!
https://tinyurl.com/ya32hjuf
kapitalis 在 Aanif Bahrin Youtube 的評價
#aanifbahrin #reaction #perahuretak #popcorn #airseeyaw #rompaksound2 #kapitalis #battle #kclique #tuju #mk #somean #fareedpf #nastynas #kdeaf #noki #gnello #reactwithaanif #ttonthemove #tulangkata #klouds #azhamradio #trending #malaysia
What’s up guys. Harini kita akan terus ke next reaction part 6 bersama K-CLIQUE & TTONTHEMOVE. Dengar cerita makin menyala-nyala scene hip-hop Malaysia sekarang ni.
K-Clique VS TTOnTheMove | Tahlil + Al-Fatihah Dia Bagi! - REACTION : https://youtu.be/16yISKpVM18
[PART 2] K-Clique VS TTOnTheMove | Tuju Kasi Balas Sama Kloud$ - REACTION : https://youtu.be/6WoZYSYfWno
[PART 3] K-Clique VS TTOnTheMove | Welcome To The Ground AHLI NERAKA! - REACTION : https://youtu.be/Yr9J8e4gz_0
[PART 4] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Deaf Tiru Verse B-Heart - REACTION : https://youtu.be/HTZWXba8LNo
[PART 5] K-Clique VS TTOnTheMove | Ini CLIQUE Bukan One Hit Wonder! - REACTION : https://youtu.be/PS4xaY4INL0
[PART 6] K-Clique VS TTOnTheMove | Dulu Kami Satu Bumbung - REACTION : https://youtu.be/BPaZ1ASI7e4
[PART 7] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Clique Kasi Keluar Pulang Selepas Bosan Kena Diss?? - REACTION : https://youtu.be/pqVN4H4w9iY
Pastikan korang nengok sampai habes tau !
So, stay tuned and enjoy
Follow IG : aanifbahrin
*All the credit of the song in this video goes to K-CLIQUE & TTONTHEMOVE
*Purpose of this video is just for fun only.
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/BPaZ1ASI7e4/hqdefault.jpg)
kapitalis 在 Kita Tidak Bisa Lari dari Sistem Ekonomi Kapitalis! - YouTube 的八卦
Dunia ini tidak seperti apa yang kita lihat 100% di media dan sebaliknya tidak semua teori konspirasi itu pun benar. ... <看更多>