Alhamdulillah dah sampai Kuala Lumpur 🤲🏼
Sepanjang perjalanan dari Tanjung Piai ke Kuala Lumpur ni kepala Aku banyak berfikir tentang anak bangsa yang tak ambil kisah pasal politik. Macam mana nak bagi mereka ni faham apa itu politik? Bagaimana caranya nak mereka ini tahu apa itu kuasa politik? Semua ni Aku fikir tadi coz hari ini banyak pekara yang berlaku adalah disebabkan politik.
Ekonomi merundum teruk pun sebab politik Malaysia tak stabil dan kenyataan dari pemimpin yang tak fikir kesan hasil dari kenyataan yang dibuat. Malah kenaikkan kos sara hidup hari ini pun disebabkan oleh politikus yang lebih suka berpolitik dan menjaga kapitalis berbanding rakyat.
Aku tak minta anak bangsa ni semua pi daftar masuk parti politik, apa yang Aku harap anak bangsa yang ada ini tahu perkembangan politik dan bijaksana dalam menilai setiap yang dilakukan pemimpin politik dan parti politik yang ada di Malaysia. Itu sahaja pun pada Aku dah cukup dan Aku yakin jika semua anak bangsa tahu maka mereka tidak akan mudah ditipu atau termakan dengan segala fitnah yang dijual politikus- politikus seperti yang telah berlaku sepanjang kempen PRU14 tahun lalu.
Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa perlu memahami landskap politik Malaysia. Perlu tahu asas perlembagaan negara dan mereka mesti tahu kemajmukan rakyat berbilang kaum dan agama ni adalah hasil dari politik yang stabil didahului pemimpin terdahulu.
Kalau kita dapat kerajaan yang racist dan sering mencabar perlembagaan dan menghasut rakyat berbilang kaum ini untuk membenci antara satu sama lain maka ini lah yang akan menyebabkan negara kita akan huru hara serta ekonomi akan terus merundum jatuh.
Apa pun akhir sekali perut dan poket rakyat yang menjadi penentu. PRU15 nanti kematangan Rakyat akan ditentukan dengan perut dan poket mereka sepanjang penggal ini.
Membebel Aku pepagi ni 😅 Ok guys, Good night 💙
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「ekonomi kapitalis」的推薦目錄:
- 關於ekonomi kapitalis 在 Papa Azri Facebook
- 關於ekonomi kapitalis 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook
- 關於ekonomi kapitalis 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook
- 關於ekonomi kapitalis 在 Bryan Wee Youtube
- 關於ekonomi kapitalis 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於ekonomi kapitalis 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
ekonomi kapitalis 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 八卦
Bulan Februari Bulan Mencairkan Minda Ijtihad
Waktu saya menerima undangan daripada pelbagai pihak beberapa bulan yang lepas, saya tidak mengambil kira kekerapan forum ilmiah yang saya kena hadir & berucap. Tapi sekarang semuanya dah terlewat. Semuanya terkumpul di penghujung bulan Februari. Kunci kata & janji sudah termetri. Hanya menanti saat ianya dipenuhi. Too late to patah balik dan negosiasi.
17 Feb: Ucapan perasmian sempena 7th IIUM International Accounting Conference (INTAC) on Big Data Analytics 2020 di UIAM....saya seronok sebab tajuk sebegini memang bidang saya bekerja & melabur
18 Feb: Ucap utama di sidang meja bulat Pencairan Aset Wakaf (tawriq al-waqf) di USIM. Ini juga cetusan idea saya beberapa tahun yang lepas.
20 Feb: Pengulas & discussant kepada ucap utama YAB Tun Dr Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia di IKIM. Tema ucapan YAB Tun adalah berkaitan alternatif kepada sistem ekonomi kapitalis. Sedang meniliti apakah saranan2 kepada framework baru sistem ekonomi negara & dunia
22 Feb: Ucap utama dalam Majlis High Tea Hidayah Centre Foundation bersama penderma & penyokong HCF
23 Feb: Pelaburan saham menggunakan teknik algorisma bijaksana (A.I.) di seminar Berani Melabur anjuran Asri Ahmad Akademi
24 Feb: Kertas utama bertajuk Sosio Ekonomi Kebangkitan Ummah ke Arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030...anjuran Pejabat Mufti Perak di Ipoh.
25 Feb: pembentangan Potensi Zakat Terhadap Aset Digital dalam Muzakarah Zakat Aset Digital 2020.
Banyak lagi yang belum siap. Di samping nak siapkan buku2, kena bergelut juga dengan banyak kertas kerja & teks ucapan yang masih work in progress. Semoga semuanya memberi manfaat kepada masyarakat.
Sebelum ini, telah menyampaikan syarahan Peranan Zakat dalam Era Teknologi Digital di Alor Atar pada 4 Februari. Saya telah membawa dimensi kemanusiaan dan teknologi bijaksana dalam fiqh al-zakat. Boleh dengar syarahan satu jam saya ini dalam link di FB live Shariah Minds & juga Lembaga Zakat Kedah.
Memang bulan Februari 2020 bulan forum ilmiah kepada saya secara peribadi. Satu peluang & kesempatan yang baik dan ranum untuk mencairkan minda & me'microwave'kan gelombang minda ijtihad saya.
MDB
ekonomi kapitalis 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 八卦
Ekonomi Islam Sebagai Jawapan Kepada Sistem Kapitalis Yang Esktrem, Yayasan Salam (Sheikh Akram Nadwi) & Raudah AsSakinah
Pagi tadi saya berbicara tentang persoalan adakah ekonomi Islam adalah jawapan kepada sistem kapitalis yang melampau bertempat di IKIM. Respons saya "Ya" dari segi teori tapi belum bersedia dari segi kelengkapan dan peralatan. Idea semata2 tidak cukup. Ada empat orang pembentang mengulas kertas utama oleh YAB Tun Ahmad Sarji dan juga tema kolukium.
Saya mengajak peserta menilai semula definisi ekonomi Islam. Bagi saya, ia tidak sepatutnya terhad dan terikat dengan definisi dalam buku2 teks ekonomi Islam. Ekonomi Islam sepatutnya merangkumi apa sahaja polisi dan produk yang menolak keburukan dan menjana kebaikan kepada masyarakat dan negara. Apabila kita dapat membebaskan diri daripada keterbatasan ini, barulah kita boleh menawarkan diri sebagai alternatif. Kalau papan belum dilincinkan lagi, jangan ditawar menjadi lantai rumah. Nanti ada yang kena sumbar.
Untuk ikuti semua pembentangan, sila lihat TV IKIM.
Selepas IKIM, saya bertemu dan berbincang dengan Abul Farhan iaitu tenaga pengerak utama kepada Yayasan Salam yang dipimpin oleh seorang tokoh ilmuan di United Kingdom Sheikh Akram Nadwi. Banyak kolaborasi boleh dilaksanakan.
Sebelah malam, saya bermesyuarat lembaga pengarah Raudah As Sakinah di Wangsa Maju di Kedai Makan Cibiuk. Pemiliknya adalah salah seorang ahli lembaga pengarah. Makanan dan minuman free.
Satu hari yang agak memenatkan. Nararif posting ini pun agak kurang sikit. Minda dah penat untuk mengarang naratif poster yang panjang macam selalu. Di ambang malam Jumaat ini, saya sudahi dengan petikan daripada Ibn Taymiyyah; " Istighfar adalah sebesar2 kebaikan dan pintunya amat luas. Sesiapa yang merasai kekurangan (atau kelemahan atau kesalahan) dari segi perkataannya, perbuatannya, rezekinya dan hatinya yang berbolak balik, hendaklah dia beristighfar".
MDB
ekonomi kapitalis 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
