ISTERI TANPA DOSA
Bengah selalu bergaduh dengan isteri tapi tak tahu la apa hasil yang dapat daripada bergaduh tu? 😅 Orang kata.. gaduh gaduh manja. Tapi tak semua pasangan punca gaduh tu sama dan cara penyelesaian tu juga berbeza.
2 minggu dah block isteri dekat sosial media. Bukan sebab ego dan bukan sebab takut perang cyber dengan isteri 😂 tapi bagi isteri ruang. Bengah tahu isteri Bengah suka baca coretan merepek suami dia ni.. Punca bergaduh sebab lambat makan masakan yang isteri dah hidang! Tapi itu cuma point je ☝🏻😤 sebab yang utama ialah.. ISTERI LETIH! Ya.. Bengah tahu isteri Bengah letih.
Jadi seorang isteri dan ibu ni dia punya letih tu.. susah la nak cakap. Sebab dia kena buat 2 kerja lebih waktu. Uruskan anak, uruskan rumah dan uruskan suami. Dah cakap tak payah pon isteri ni nak jugak buat 😅 itu lah orang perempuan. Merumitkan!
“Orang Yang Kuat Bukan Yang Banyak Mengalahkan Orang Dengan Kekuatannya. Orang Yang Kuat Hanyalah Yang Mampu Menahan Dirinya Disaat Marah.”
Bengah suka lari dari situasi tegang pertelingkahan atau gaduh dengan isteri. Takut tak dapat kawal kemarahan bila ia memuncak.. itu pon orang kata TAKUT BINI 🤪
DIA isteri yang baik, isteri yang solehah taat dengan suaminya. Setiap kesalahan yang dia buat suami sentiasa memaafkan. Bila dah berbaik dari bergaduh perasaan ni macam mula-mula bercinta je.. tapi LAWAN TETAP LAWAN! Siapa suruh block suami. 😂
Harini hari jadi isteri.. tarikh yang tak akan dilupakan. Semalam bila ditanya isteri nak hadiah apa? Isteri jawab.. “ISTERI NAK ADA SUAMI DENGAN ANAK JE. TAK KISAH LA APA YANG SUAMI NAK BAGI ISTERI OK JE..” 🤔 rumit kan...
Hadiah apa nak bagi ibunge ni? Tahun lepas dah bagi bunga ros dan coklat sekali gelang. Bagi gelang lagi? Bukan harijadi pon dia tetap dapat gelang 😂 Tengah fikir nak beli PS5 atau duit beli PS5 ni bagi kat isteri biar dia beli apa yang dia nak? EH 😅 begitulah kehidupan...
#AbangYangPenyayang
#DahPutihPonPakaiBedak
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「hari minggu tetap kerja」的推薦目錄:
- 關於hari minggu tetap kerja 在 Facebook
- 關於hari minggu tetap kerja 在 Facebook
- 關於hari minggu tetap kerja 在 Afiatul Salsabiila Facebook
- 關於hari minggu tetap kerja 在 Bryan Wee Youtube
- 關於hari minggu tetap kerja 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於hari minggu tetap kerja 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
hari minggu tetap kerja 在 Facebook 八卦
Al-Kisah Jari Putus
[Part 3-Last]
.
Saya hanya mempunyai kurang 1 jam sebelum ‘Adrenaline Rush’ berakhir dan rasa sakit akan menjelma. Saya akhirnya memilih untuk menghantar anak saya ke rumah terlebih dahulu dan terus melencong ke arah hospital secepat mungkin.
.
Setibanya saya di wad kecemasan, rasa sakit telah menguasai diri saya dan rasanya bukan kepalang. Kejantanan saya teruji, walaupun hanya hujung jari, tetapi rasa sakit dia memang tak boleh dibincangkan. Hasil daripada ujian X-ray, pihak hospital menyatakan yang ‘Distal Phalanx’ atau tulang hujung jari saya juga ‘fractured’. Saya perlu di bawa ke bilik bedah untuk melalui proses baik pulih keadaan tersebut. Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan saya tidak dibenarkan untuk membuat latihan berat sekurang-kurangnya selama 2-3 minggu. Pada pendapat kalian lah, adakah saya akan berehat selama tempoh tersebut?
.
Sudah tentu tidak!
.
Saya hanya berehat satu hari selepas pembedahan dan terus melakukan latihan ringan yang bersesuaian dengan keadaan saya pada keesokkan harinya. Isteri yang disayangi memarahi dan cakap jangan buat kerja gila. Saya tetap meneruskan sahaja latihan kerana saya memang suka kerja gila. Sudah tentu latihan tidak dapat di jalani seperti biasa. Terlalu banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan ketika latihan di Gym dan juga di atas basikal. Tangan saya tidak boleh digenggam dan kesakitan masih dirasai apabila terlalu banyak pergerakan. Saya bermain akal mencari apa sahaja yang boleh dilakukan untuk memastikan saya tidak ketinggalan terlalu jauh dari segi latihan.
.
Insyaallah di lain waktu saya akan ceritakan secara terperinci ketika perlumbaan di Korea tapi dipendekkan cerita, hasil kecekalan serta ketabahan yang didampingi sengan sikap tidak mahu mengalah dan berputus asa membuahkan hasil. Walaupun bukan mudah dan perlu melalui pelbagai cabaran, tetapi saya masih berjaya membawa pulang pingat Emas yang membuatkan banyak pihak terkejut akan kejayaan tersebut. Dengan jelas saya menunjukkan kepada semua yang untuk memenangi sesuatu kejohanan itu bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi juga kekuatan mental.
.
Don’t limit your challenge,
Challenge your limit.
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
hari minggu tetap kerja 在 Afiatul Salsabiila Facebook 八卦
Dulu nak dating dengan girlfriend.. teringat waktu habis sekolah kerja dekat kedai makan Western Food. Gaji waktu tu sehari RM35 kalau datang awal dapat sekotak rokok dunhill 14 tahun 2005.
Kerja seminggu boleh la duit poket bersih RM245. Minta gaji minggu kat Bos. Kalau Bos baik dia akan bagi gaji genap RM250! Masyuk la sikit. Kemudian duit tu bukan simpan.. habis kat awek la! 🤣
Itu kisah kehidupan dulu-dulu tapi Bengah tetap nak ulang cerita balik.. memang minat sangat bidang kerja ambil gambar kahwin. Kalau betul jalan kerja dan pengurusan masa ikut jadual memang boleh berjaya. Tapi diri ni tak puas bersuka ria! Tak terurus pulak!
Kerja jadi photographer wedding dulu kalau dapat 1 job harga bermula dengan 1000 - 2500 keatas. Tu rate harga semasa dulu.. tapi sebab ramai dan makin bertambah ramai orang ambil gambar kahwin kena bersaing potong2 harga. Melainkan ADA NAMA. Lama juga Bengah shoot wedding dulu. Jatuh bangun dan jatuh terus.. kecundang atas sebab memang disiplin teruk! Akui sangat. Dah la takde simpanan? Duit kerja habis kat awek ngan lens kamera. Sia sia usia muda ku 😅
Lepas kahwin ni baru terurus banyak! Dah jumpa pelengkap hidup 😍 bukan nak memuji isteri tapi bersyukur kehadirannya.. Dia la yang mengubah segala sekarang ni. Dan dia pon berubah walaupon mengambil masa nak berhijab. Sekarang ALHAMDULILLAH macam bulan penuh rupa isteri 🥰
Kerja sekarang ni masih sama ambil gambar dan buat video. Wedding job? Tu memang tak buat dah. Lebih kepada pengiklanan.. Bengah mungkin ada nama sekarang.. tapi semua ni tak kekal lama. Orang akan suka sekejap dan akan beralih pada sesuatu yang baru. Bengah pon kena kerahkan idea keluarkan content yang menarik setiap hari! Jadi bila ramai suka membaca dan melihat video dekat page ni (ig/fb/youtube) maka tinggi la nilai harga khidmat Bengah.
Berapa gaji Bengah? Untuk diri sendiri Bengah asingkan selebihnya semua untuk keluarga. Yang korang nampak Bengah macam orang senang ni laa berusaha nak senang untuk sekarang.
Rindu nak kerja ambil gambar kahwin.. tapi masa cukup mencemburui sekarang 😅 pada sahabat seperjuangan yang masih kerja khidmat ambil gambar kahwin.. selamat berjuang! Jaga disiplin kerja ☝🏻