siap menu tghari ni sup ayam berlada
dgn ayam goreng bellaz stai
...cara² resepi dlm siaran langsung tadi naa..20minit ja siap
try laaa cnfim tambah nasi hhehee
#dapoqbellaz
#staibellaz
同時也有53部Youtube影片,追蹤數超過22萬的網紅@sazalisamad,也在其Youtube影片中提到,Salam Sedikit perkongsian menu masakan diet. Boleh je nak masak apa2 menu pun, cuma NO OIL (xde minyak) , NO SUGAR (xde gula) Diet tak susah.. JAL...
menu nasi goreng 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
Menu minum petang kawan sekatil sebantal👇🏻
1)Nasi Goreng Ulam
2)Thai Chic Wing
3)Vadai
Video & resipi sis belanja dekat Youtube Sheila Rusly. Link on my Bio. Nasi Goreng Ulam esuk pagi ok gaisss! Less is more❤️
#minumpetang #airtangansr #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah
@sharifahshahora @mariajjcm @ Rumah I Ler....
menu nasi goreng 在 Kevin Zahri Facebook 八卦
Berikut adalah kisah Sherry Halim. Dulu beliau peserta cabaran Jom Kurus dengan berat 140kg. Setelah setahun, beliau berjaya kurangkan lebih 70kg dan kembali sebagai team leader cabaran #jk1m musim 5 untuk kawasan Sungai Besi. http://kevinzahri.com/sherry
Following is her story in her own words (unedited)
------------------------------------------------------------------------------------
Hope this submission could inspire thousands of malaysians to battle their obesity.
Below is my story::
Saya adalah salah seorang average jane. Bekerja di pejabat, tidak sukakan sukan dan senaman, suka menonton televisyen dan cukup sukakan makan. Aktiviti sosial saya bersama rakan adalah lepak di kedai mamak. Satu kombinasi profil bagi mereka yang gemuk.
Saya seorang yang obes. Pada usia 30 dan berketinggian 167cm, berat badan saya hampir memcecah angka 140kg.
Makanan kegemaran saya adalah jenis savoury. Jika saya makan, saya akan makan tanpa mempedulikan tentang kalori, kegemukan dan kesihatan.
Pada ketika itu, saya tidak kisah apa pun nasihat keluarga dan rakan-rakan. Yang saya tahu, mereka harus menerima diri saya seadanya, walaupun niat mereka sebenarnya adalah untuk memastikan saya sihat dan gembira.
Dipanggil si gemuk, anak gajah adalah perkara biasa saya hadapi. Namun saya hanya menelan kata-kata tersebut. Bagi diri saya, saya gembira walaupun di tahap obesiti. Namun itu hanya lah penipuan pada diri sendiri. Sebagai seorang wanita, pastinya saya menginginkan memakai pakaian yang cantik, berhias dan kelihatan menarik. Tetapi, kerana nafsu makan yang tinggi, saya menafikan kehendak saya.
Banyak kenangan yang kurang manis saya alami ketika di puncak obesiti. Paling utama adalah pakaian, saya hanya boleh membeli pakaian di kedai yang menyediakan pakaian untuk mereka yang gemuk. Lantas saya tidak suka shopping kerana memberi kekecewaan.
Saya suka adrenalin rush. Roller coaster dan pelbagai lagi permainan di taman tema menjadi kegemaran saya. Namun banyak permainan itu tidak dapat saya naiki, kerana faktor, badan terlalu besar dan tidak muat untuk duduk di kerusi permainan tersebut. Ini terjadi di taman tema baik di negara kita yang mempunyai saiz badan yang kecil mahupun di luar negara yang mempunyai struktur badan yang lebih besar dari Asean.
Pernah, suatu ketika dahulu, semasa berada di Phuket, saya tidak dibenarkan untuk menyewa motosikal dari kedai motosikal sewa kerana keadaan fikizal saya.
Paling memalukan, saya terpaksa menggunakan tali pinggang tambahan apabila menaiki kapal terbang dan ketika berada di Medan ketika menaiki bas angkut-angkut, saya tidak dapat duduk di kerusi bas kerana saya terlalu besar untuk muat di kerusi bas tersebut dan ditertawakan oleh warga tempatan.
Pelbagai lagi kenangan tidak indah saya sebagai seorang yang obes. Namun saya bersyukur yang sepanjang ini, saya tidak menghidap apa-apa penyakit yang berkaitan dengan mereka yang obes.
Setelah dihantui pelbagai ketidakmanisan dalam hidup, saya telah pergi bercuti ke Bandung pada April 2014. Ini adalah satu permulaan untuk saya berubah.
Di sana, dengan pujukan rakan yang mahukan saya berubah, saya telah membeli ubat kurus di kedai jamu. Saya telah menghabiskan wang ribuan ringgit untuk membeli ubat kurus tersebut. Pulang ke Kuala Lumpur, saya menggunakan produk itu, namun tidak sampai 2 minggu, saya telah mengalami gastrik yang teruk sehingga terpaksa menerima suntikan. Terus saya memflushed pil-pil itu ke dalam tandas. Dan saya kecewa dengan diri saya. Saya akan obes selamanya.
Namun....
Dalam pada masa yang sama, mungkin dengan ketentuan tuhan, saya terlihat satu pos dari rakan saya menerusi Instagram, yang telah berjaya menurunkan berat badan. Setelah diamati, saya mendapati rakan saya ini telah enrol satu program yang sangat besar si negara ini. Lantas, saya telah membuat selidik tentang program ini melalui laman web penganjur.
Setelah membuat kajian dalam laman web itu, saya mendapat satu semangat baru. Penganjur program tersebut, Kevin Zahri memberi satu dimensi baru untuk saya. Banyak ilmu baru yang saya peroleh semasa melayari laman web kevinzahri.com. Saya pasti, lebih banyak ilmu bakal saya peroleh, jika mendaftar untuk program tersebut.
Lantas..
Dengan semangat yang cukup berkobar ingin kurus yang telah tersemat dalam diri, saya mendaftar sebagai peserta program Jom Kurus Raya yang bermula pada 24 Mei 2014.
Memang benar telahan saya, program ini memberi saya banyak manfaat dari segi ilmu yang diperoleh dan mengubah gaya hidup saya.
Dan tarikh itu (yang juga tarikh hari jadi saya yang ke-30), menjadi tarikh yang bakal mengubah hidup saya seratus peratus dan menjadi tarikh yang tidak dapat saya lupakan.
Pertama kali berjumpa dengan Kevin Zahri dan mendengar seminar beliau, saya mengetahui tentang kalori, kiraan, makan dengan betul dan bersih. Selama ini saya terlalu naif untuk mengetahui tentang hal penjagaan pemakanan. Bagi saya untuk kurus perlu berlapar. Namun persepsi saya berubah apabila mengikuti program Jom Kurus Raya.
Bermula dari hari itu, saya mengubah pemakanan saya. Saya makan mengikut kiraan kalori. Saya memastikan saya tidak makan lebih dari 1500 kalori setiap hari.
Dari seorang yang gemarkan makanan bergoreng dalam (deep frying) menu saya berubah kepada goreng tanpa minyak, bakar dan sup. Makanan yang saya masak tidak lagi mengandungi msg dan untuk memastikan makanan saya enak namun tidak berkalori tinggi, saya membuat pelbagai research untuk mendapatkan resipi-resipi masakan sihat.
Saya tidak berlapar. Sebagai seorang yang gemar makan, saya makan lebih dari 10 kali sehari, namun tetap dalam kiraan kalori yang di tetapkan.
Menu harian saya meliputi protein (600g-700g sehari seperti ikan, ayam, udang dan ketam), buahan, kekacang dan segenggam karbohidrat (seperti biskut, roti atau nasi) dan sejari coklat. Namun ia tidak melebihi 1500 kalori. Saya minum air sehingga urin berwarna jernih.
Tiada ubat kurus lagi. Saya tidak lagi menghabiskan ribuan ringgit untuk ubat-ubat kurus yang menjanjikan kurus dengan cepat tanpa diet dan senaman. Saya mengikuti panduan yang diberikan oleh Kevin Zahri dan menyertai aktiviti yang disediakan oleh team leader saya.
Yang paling menyeronokkan adalah, apabila saya menjadi seorang yang aktif. Bersama team leader dan rakan-rakan jom kurus yang mempunyai objektif yang sama, kami beriadah, bersukan dan bersenam. Motivasi menjadi tinggi apabila bersama kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dan saling menyokong antara satu sama lain.
Tiada rasa malu terbayang di mata saya seperti mana sebelum ini, di mana, perasaan bimbang ditertawakan apabila bersenam tidak timbul.
Pelbagai perkara baru yang saya buat semasa bersama program KZ. Antara nya adalah hiking, rock climbing. Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan saya akan lakukan.
Setelah tamat program Jom Kurus Raya 2014, saya meneruskan lagi misi saya untuk kurus dengan mengikuti pula Jom Kurus Satu Malaysia anjuran Kevin Zahri.
Circuit training, dodgeball, berbasikal, trampolin dan badminton adalah kegemaran saya sekarang.
Tidak dapat disangka yang sekarang saya mempunyai lebih ramai jaringan rakan di seluruh Malaysia. Program ini bukan sahaja telah menjauhkan saya dari obesiti, namun ia mengubah diri saya dari seorang yang pasif kepada aktif.
Bukan itu sahaja, saya sekarang lebih berkeyakinan dan dapat berfesyen seperti wanita yang lain.
Setelah sepuluh bulan, saya telah hilang lebih 70kg. Saya sekarang mampu memakai pakaian bersaiz S dari xxxxxl dan seluar bersaiz 28 dari 48. Ianya seperti berada di alam mimpi. Cukup indah. Saya bersyukur dapat bertemu dengan fitness guru yang telah mengubah diri saya.
menu nasi goreng 在 @sazalisamad Youtube 的評價
Salam
Sedikit perkongsian menu masakan diet.
Boleh je nak masak apa2 menu pun, cuma
NO OIL (xde minyak) , NO SUGAR (xde gula)
Diet tak susah.. JALAN TERUS
ENJOY
Guys & Gals.. Jangan Lupa SUBSCRIBE, LIKE, COMMENT, SHARE ya .. ?
Daily story boleh ke Ig @sazali.samad
#sazalisamad #dietmeal #dietmenu #nasiayamdiet #healthychickenrice #cooking #nooilnosugar #jalanterus
menu nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
Siri Mat Salleh Cari Makan kembali lagi. dalam episod kali ini, Rhys William menjelajah ke Batu 6, Tanjung Karang, Selangor untuk melawat sebuah kedai bernama Warung Ibu untuk mencuba sebuah menu, bernama Nasi Ambeng
Di dalam episod ini, Rhys belajar cara untuk memasak salah satu lauk di dalam Nasi Ambeng iaitu Sambal Goreng. Selain itu, pemilik kedai juga menceritakan tentang sedikit sebanyak sejarah menu ini, dan pengalaman beliau berniaga
Boleh tak Rhys habis kan satu set Nasi Ambeng kahwin ni? Satu talam boleh makan 2-3 orang disertai dengan hampir 4-5 jenis lauk dalam tu. Nampak sangat menyelerakan!
?Lokasi:
Warung Ibu Nasi Ambeng
LOT216 Batu 6, 456500 Tanjong Karang, Selangor
Google Maps » https://bit.ly/33PwLVy
Facebook » warungibunasiambeng
Instagram » nasiambengwarungibutanjungkarang
No telefon » 012-361 1987
⏰Waktu Operasi 9am - 4.45pm
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT:
PRODUCER & DIRECTOR » AHMAD ZAMRI
(https://www.instagram.com/ahmadzamri/)
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (https://www.instagram.com/alfaezy/)
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
menu nasi goreng 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
Char Kuey Teow merupakan sebuah makanan kegemaran rakyat Malaysia. Di negara ini sahaja, terdapat pelbagai variasi Char Kuey Teow ini dari segi resepi, cara masakkan, dan jumlah hidangan.
Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan Char Kuey Teow ini ialah, kicap, sos cili, daun kucai, kerang, ketam, dan banyak lagi.
Dalam episod Resepi Tok hari ini, kami melawat ke Kedai Kopi Bee Hwa yang sangat terkenal dengan menu Char Kuey Teow mereka. Terletak di Pulau Pinang ( Penang Island) kedai ini telah beroperasi sejak tahun awal 80-an lagi sehingga kini.
Puan Angie Ng yang mewarisi perniagaan ini dari Bapanya kini telah meneruskan operasi hingga kini. Dalam episod ini, Fendi bertanyakan tentang liku dan cabaran hidup beliau, disamping belajar sendiri cara memsak Char Kuey Teow yang terkenal ini.
Bahagian 2 akan ditayangkan pada 19 November 2020 Pada jam 5:00 Petang
Episod 2 Char Kway Teow Bee Hwa: (Link)
Mengimbau memori sejak kecil, TOK adalah rakan akrab yang mendidik anak cucu mengenai tradisi dan budaya kulinari tempatan. Atuk dan neneklah yang memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rasa, aroma, warna dan tekstur yang terdapat dalam ribuan makanan yang disuap sebelum kita mengenali namanya.
Melalui siri Resepi Tok, hos Destinasi TV, Fendi Mohammad
(https://instagram.com/official_fendi.mohammad?igshid=1t8diyi8sefh5) akan membawa anda semua pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mempelajari sejarah di sebalik hidangan-hidangan tradisi yang sudah dinikmati ratusan tahun di bumi bertuah ini.
Resepi Tok bakal mendedahkan kepada anda, rahsia di sebalik makanan tradisi yang enak, proses pembuatannya dan yang paling penting kupasan rasa yang menyelerakan oleh Fendi.
#ResepiTok #CharKueyTeow #DestinasiTV
Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
https://facebook.com/DestinasiTV/
https://www.instagram.com/destinasitv/
https://www.tiktok.com/@destinasitv/
https://twitter.com/Destinasitv/
https://www.dimsum.my/programme-freem...
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.