MANGSA BENCANA ALAM BERSYUKUR TERIMA BANTUAN KEDIAMAN KURNIAAN SULTAN JOHOR
Bagaikan hikmah disebalik musibah, itulah perumpamaan yang boleh diungkapkan kepada dua orang penerima rumah kurniaan DYMM Sultan Johor selepas kediaman mereka ranap dalam kejadian angin kencang yang melanda Kampung Sungai Bunyi, Pontian, bulan lalu.
Pada hari ini (6 Julai), berlangsung majlis penyerahan kunci rumah yang diserahkan wakil DYMM Sultan Johor, Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong diiringi Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin Daerah Pontian, Datuk Ng Sea Bu.
Dato’ David Wong berkata, Baginda Tuanku Sultan mengambil maklum perkembangan pembinaan rumah tersebut sejak ia mula dibina tiga minggu lalu menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
“Baginda mengikuti sendiri pembinaan rumah berkenaan dari mula hingga akhir termasuk meneliti pelan pembinaan serta warna cat kediaman,” katanya.
Sementara itu, penerima kunci rumah, Nora Md Nor berasa sebak dan syukur dengan kurniaan tersebut daripada DYMM Sultan Johor.
“Saya bagaikan tidak percaya apabila diberitahu rumah saya akan dibina semula oleh DYMM Sultan Johor, tiada ucapan yang boleh diucapkan betapa syukurnya kami sekeluarga,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) ketika ditemui.
15 buah keluarga yang terlibat dengan kejadian tersebut turut menerima bantuan berbentuk keperluan bantuan makanan dan kos membaiki bumbung yang rosak menerusi YSIJ pada 11 Jun lalu daripada Baginda Tuanku Sultan.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,14 JENIS YEE SANG SETIAP NEGERI DI MALAYSIA Dalam episod minggu ini, kami berada di dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah acara yang d...
ucapan hari minggu 在 Azizan Osman Facebook 八卦
Ini formula penting perjalanan jatuh bangun saya sejak 18 tahun dahulu.
Saya rakamkan formula M.E.S.T.I. ini di dalam buku saya "Magnet Kekayaan & Kejayaan" serta ia dikongsikan dengan kisah di sebalik formula ini serta bagaimana gunakannya dalam hidup, bisnes, kerjaya dan mencari kejayaan dunia akhirat di dalam program 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK)
Alhamdulillah mereka yang telah amalkan formula ini seperti Fizo Omar, Afdlin Shauki dan beratus ribu anak didik saya menggunakan formula ini sebagai panduan hidup mereka. Saya dimaklumkan Dato' Alif Terlajak Laris ketika bercakap di program MARA di Kedah baru-baru ini menyebut formula kejayaan hidup dia adalah M.E.S.T.I, saya tersenyum kerana terbukti formula ini mempunyai PROVEN RESULT walaupun beliau tidak pernah hadir ke kelas saya tetapi beliau pun setuju dengan formula ini.
Bila saya eja formula saya sebagai M.E.S.T.I - E sebagai Elmu, saya sengaja eja begitu. Orang eja "Ilmu" tetapi saya ajar "Elmu" kerana Ilmu perlukan E iaitu Emosi untuk dihayati serta diaplikasikan. Manusia hidup penuh dengan Emosi. Bila kita mempunyai Ilmu tentang emosi kita, Insya-Allah kita akan lebih menguasai diri dan hidup kita. Bila kita mempunyai ilmu tentang emosi diri kita, lebih mudah untuk kita faham emosi orang lain sekeliling kita, suami atau isteri kita, bos kita, pelanggan kita atau sesiapa sahaja. Apa yang menentukan tahap hidup seseorang? Emosi dia, keinginan dia, kekuatan emosi dia atau kerapuhan emosi dia akan mempengaruhi hidup mereka.
Jika anda mahu perbaiki hidup anda, tahap kewangan anda atau mencapai sahaja impian anda.
Ini adalah formulanya Insya-Allah.
Minggu hadapan saya akan share beberapa video tentang formula ini, siapa nak?
Komen - "Gila tak nak? Terima kasih".
Saya suka ucapan terima kasih kerana ia salah satu kunci perubahan hidup saya iaitu biasakan bersyukur dan berterima kasih. Insya-Allah Allah swt akan tambah nikmat kita.
"Sama-sama." :)
Love,
#AzizanOsman
ucapan hari minggu 在 Papa Azri Facebook 八卦
TEKS UCAPAN
PENGUMUMAN PEMBENTUKAN KABINET BAHARU KERAJAAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
PERDANA MENTERI MALAYSIA
9 MAC 2020
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian,
1. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan ikutan sepanjang zaman.
1
2. Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang minggu yang lalu saya telah berpeluang untuk berbincang dengan rakan-rakan pimpinan daripada parti BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS untuk membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah Menteri baharu yang akan saya umumkan pada hari ini.
CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT
3. Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomi global masa kini berada dalam situasi tidak menentu. Perang perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga terkesan dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya turut dirasai oleh negara kita.
4. Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk
2
membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
5. Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
6. Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.
7. Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus. Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
3
8. Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan. Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers.
9. Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara. Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.
10. Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa kementerian akan distruktur semula.
11. Antaranya ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian ini dalam struktur yang sedia ada dibebani dengan bidang tugas yang amat besar serta mencabar kerana ianya meliputi pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke pengajian tinggi. Oleh yang demikian saya telah memutuskan untuk mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di
4
samping mengekal dan memperkasakan Kementerian Pendidikan.
12. Dengan ini, KPT akan dapat memberikan fokus kepada sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah dan menengah.
13. Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah negara yang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan agama. Perpaduan yang utuh antara pelbagai kaum merupakan penentu kelangsungan atau survival negara kita. Menyedari hakikat ini, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan.
14. Aspek kelestarian alam sekitar juga penting dalam mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera buat kita semua, anak-anak kita dan generasi akan datang. Sumber-sumber semula jadi di negara kita mesti dipelihara dengan baik. Justeru, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Alam Sekitar akan diwujudkan.
15. Kerajaan juga serius untuk menangani isu-isu pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak. Kabinet saya akan memastikan semangat
5
Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63 akan diterjemah dalam bentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di negeri Sabah dan Sarawak. Justeru, saya akan mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang akan diketuai oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
16. Dengan bertawakkal kepada Allah, mengharapkan bantuanNYA, saya dengan ini akan mengumumkan senarai nama anggota kabinet yang saya pilih dengan satu ijtihad saya untuk kemaslahatan negara. Sedaya mungkin saya dalam pemilihan ini berusaha memenuhi maksud firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 26:
ََُّّۡۡۡ إ ن َخ ۡي َر َم ن ٱ ۡس َت ـ َج ۡر َت ٱ ل َق و ى ٱ لۡ ِم ي ن ِِِ
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH"
17. Sekali lagi pada Allah saya berserah atas ijtihad saya, maka dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong:
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)
PENUTUP
18. Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah umumkan. Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi rakyat dan negara.
19. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan panduan dan mandat kepada saya untuk menentukan barisan kabinet.
20. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam 3 petang di Istana Melawati, Putrajaya.
21. Saya berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada semua anggota kabinet saya untuk menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
So apa pendapat anda semua dengan pengumuman senarai barisan kabinet kerajaan dibawah YAB PM TSMY?
Mohon komen 🙌🏼
ucapan hari minggu 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
14 JENIS YEE SANG SETIAP NEGERI DI MALAYSIA
Dalam episod minggu ini, kami berada di dataran Merdeka Kuala Lumpur untuk menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh Locco Malaysia dan Kementerian Pelancongan
Antara aktivi yang dianjurkan ialah penyediaan 14 jenis juadah yang tidak asing lagi ketika Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Melambung Yee Sang ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripada sos plum - Wikipedia
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT:
CAMERA OPERATOR » AHMAD ZAMRI (https://www.instagram.com/ahmadzamri/)
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (https://www.instagram.com/alfaezy/)
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv