SURAT TERBUKA KEPADA Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)
Saya terbaca satu laporan di portal Free Malaysia Today (FMT) yang bertarikh 29 Disember 2019 4.55pm dengan tajuk utamanya; “TARIK BALIK KEBENARAN DAKWAH DI SEKOLAH, GABUNGAN AGAMA BERITAHU PUTRAJAYA”. Berikut adalah respon saya kepada desakan dari MCCBCHST.
1. “Gabungan agama bukan Islam terbesar di Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menarik balik surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).”
Selama ini masyarakat Malaysia hidup berpandukan ‘rule of law’ di mana Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dipatuhi. Saya pasti MCCBCHST tahu bahawa Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”
Ini bermaksud agama selain Islam bebas diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam tetapi hanya agama Islam sahaja yang boleh disebarkan. Apakah pihak MCCBCHST mahu melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dengan melakukan bantahan dan desakan ini?
Tambahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa program Siswa YADIM itu hanya untuk pelajar Muslim sahaja https://www.facebook.com/watch/?v=383303992478470
2. Menurut Naib Presiden MCCBCHST, RS Mohan Shan (juga Presiden Malaysia Hindu Sangam); ‘majlis perundingan itu bimbang wujud “niat tersembunyi” untuk menyebarkan Islam kepada pelajar bukan Islam.’.
Andai pihak MCCBCHST hanya sekadar berhujahkan ‘bimbang wujud “niat tersembunyi” untuk menyebarkan Islam kepada pelajar bukan Islam’, maka apakah logik yang sama boleh digunakan terhadap MCCBCHST yang mungkin juga ada “niat tersembunyi” untuk melawan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) & (4) dan seterusnya mengerakkan usaha untuk memansuhkan kedua-dua Fasal itu (Fasal 1 & 4) dalam Perlembagaan Persekutuan?
MCCBCHST bimbangkan “niat tersembunyi” menyebarkan Islam kepada bukan Muslim tetapi bagaimana dengan “NIAT JELAS” dari ahli gabungan MCCBCHST yang di mana agama mereka meletakkan Bible di hotel dan menyebarkan Bible di taman perumahan dan malahan di sekolah! Ini antara buktinya;
> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/480995/suami-isteri-disiasat-edar-risalah
> https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/495574/buku-berkaitan-bible-diedar-di-kawasan-tumpuan-pelancong
> https://www.penangkini.com/2016/05/kolej-swasta-di-pulau-pinang-edar-bible.html?fbclid=IwAR2v4r6U1YSxEsBAKzSJK7LFawBWnoxcI5cIuGklkVwSxKeGgq26Z0_Rz4Q
> https://melakakini.my/edar-risalah-kristian-di-masjid-selat-tindakan-tegas-akan-diambil/
> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/393681/6-suspek-edar-bible-kepada-pelajar-sekolah
> https://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/siasatan-kes-sebar-bible-di-sekolah-bawah-kanun-keseksaan.html
😎 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/397105/warga-finland-ditahan-edar-bible
Agama ahli gabungan MCCBCHST membuat sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara tetapi persoalan saya adalah mengapakah MCCBCHST tidak mengeluarkan kenyataan dan amaran kepada agama ahli gabungan MCCBCHST itu atau sebenarnya MCCBCHST ini tujuannya hanyalah menyerang Islam semata mata dan apabila agama ahli gabungan sendiri melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara maka anda diam seribu bahasa?
Suka saya ingatkan bahawa menurut satu laporan dari Hinduism Today (https://www.hinduismtoday.com/modules/smartsection/item.php?itemid=900), seramai 160,000 penganut agama Hindu keluar dari agama Hindu dari 1965 - 1990. Dari jumlah itu, 130,000 masuk ke agama Kristian berbanding dengan hanya 30,000 memeluk agama Islam. Presiden Malaysia Hindu Sangam (pada waktu itu), A. Subramaniam berkata;
"the greatest threat to the Hindus comes from the Tamil Methodists who train their members in the Tamil language and are therefore able to take advantage of it with freely available literature." (ancaman terbesar kepada agama Hindu datangnya dari gereja Methodists Tamil yang melatih ahli mereka dalam bahasa Tamil dan mampu mengambil kesempatan (menyebarkan agama Kristian kepada penganut agama Hindu) dengan bahan Kristian percuma).
Kenapa Mohan Shan sebagai Presiden MHS sekarang tidak seberani atau selantang A. Subramaniam tetapi memilih untuk bersuara hanya kepada Islam sahaja? Agama Kristian menyebarkan agama kepada orang asli didiamkan tetapi orang Islam berdakwah kepada kumpulan yang sama dikritik? https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/2098552586922383?comment_id=2100038470107128&comment_tracking=%7B%22tn%22%3A%22R%22%7D
Di mana prinsip MCCBCHST atau sebagaimana saya sebut tadi bahawa MCCBCHST ini hanya fokus menyerang Islam sahaja?
3. “Sekolah ialah tempat belajar dan mengajar kemahiran sewajarnya kepada kanak-kanak. Ia bukan tempat untuk menyebarkan ajaran mana-mana agama.”
Sekali lagi, di manakah suara MCCBCHST apabila Kristian menyebarkan Bible kepada pelajar di luar sekolah? https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/393681/6-suspek-edar-bible-kepada-pelajar-sekolah tetapi apabila SIswa YADIM ingin melakukan program HANYA UNTUK MUSLIM, MCCBCHST mengkritik pula.
Atau sebenarnya MCCBCHST ini adalah gabungan Islamophobic?
PENUTUP
Saya berharap agar mana-mana ahli gabungan MCCBCHST tidak perlu nak menentukan apa yang boleh Muslim buat dan apa yang Muslim tidak boleh buat selagi apa yang dilakukan oleh Muslim tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.
Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hak Muslim untuk menyebarkan agama Islam kepada semua orang dan tidak perlulah MCCBCHST melakukan tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saranan saya agar MCCBCHST juga berbincang sesama ahli gabungan bagaimana untuk mengatasi masalah kuil haram yang dibina di atas tanah orang lain tetapi apabila pemilik tanah mahu mengambil semula, tidak mahu berganjak (https://www.malaysiakini.com/news/453853) sehingga terjadi insiden rusuhan yang mengorbankan anggota bomba, Allahyarham Adib.
Anda jaga agama anda, kami jaga agama kami. Kami amalkan agama Islam ikut ajaran Islam berpandukan Al-Quran & Sunnah dan tak perlulah MCCBCHST mengajar kami bagaimana nak beragama selagi apa yang kami lakukan selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.
MCCBCHST pastikan ahli gabungan MCCBCHST tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara dan jangan berdiam diri apabila agama ahli gabungan MCCBCHST menyebarkan agama mereka kepada penganut Hindu, Buddha dan lain-lain. Sekali lagi saya memetik kata-kata bekas Presiden MHS, A. Subramaniam;
"the greatest threat to the Hindus comes from the Tamil Methodists who train their members in the Tamil language and are therefore able to take advantage of it with freely available literature." (ancaman terbesar kepada agama Hindu datangnya dari gereja Methodists Tamil yang melatih ahli mereka dalam bahasa Tamil dan mampu mengambil kesempatan (menyebarkan agama Kristian kepada penganut agama Hindu) dengan bahan Kristian percuma).
Menurutnya, ancaman terbesar pada agama Hindu (mungkin agama dalam bagungan MCCBCHST) adalah Kristian bukannya Islam!
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過1,930的網紅Indrani Kopal,也在其Youtube影片中提到,by Indrani Kopal In this special Tamil video feature malaysiakini.tv looks into the controversies surrounding the demolition of Hindu temples in th...
「the hindu tamil」的推薦目錄:
- 關於the hindu tamil 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於the hindu tamil 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於the hindu tamil 在 Lee Hsien Loong Facebook
- 關於the hindu tamil 在 Indrani Kopal Youtube
- 關於the hindu tamil 在 YARUKKU TERIYUM Youtube
- 關於the hindu tamil 在 YARUKKU TERIYUM Youtube
- 關於the hindu tamil 在 Hindu Tamil Thisai - YouTube 的評價
the hindu tamil 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Kita boleh melihat dengan jelas komunikasi antara Zamri Vinoth dengan Presiden Hindu Sangam merangkap Naib Presiden MCCBCHST iaitu Dato Mohan Shan.
Sahabat nilai sendiri tahap penguasaan Inggeris dan, hmmm Bahasa Melayunya amat mengecewakan bagi seorang seperti beliau.
Lihat jawapannya yang sombong seolah-olah mengetepikan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. Dari Mohan Shan menyibuk isu berkaitan Islam, sahutlah seruan Tun Mahathir yang mengatakan kuil haram dibina merata tempat dan bila diminta keluar mereka pula enggan keluar.
Hak menyebarkan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dikritiknya tetapi membina kuil di atas tanah orang yang jelas salah di sisi undang-undang didiamkan?
Dato Mohan Shan merupakan Presiden Hindu Sanggam Malaysia dan Naib Presiden MCCBCHST : Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)
Sila baca komunikasi kami, beliau tidak berpuas hati dengan kritikan saya terhadapnya berkaitan isu dimana mereka cuba untuk menghalang umat Islam dari berdakwah kepada Non Muslim di Malaysia.
Bagaimana seseorang yang mempunyai pangkat Dato pun penggunaan bahasa kebangsaannya tunggang langgang? Malah bukan sekadar itu sahaja beliau turut tidak mahu mematuhi dan akur kepada peruntukan perlembagaan negara? Tidak cukup dengan itu siap mengutuk lagi orang yang hidup berpaksikan kepada undang-undang dan perlembagaan negara.
Apabila sudah tiada hujah beliau block saya dan lari. Shame on you Dato!!!
Untuk makluman semua Dato Mohan Shan juga turut terlibat dan telah memfitnah saya dengan mengatakan bahawa saya telah ke Politeknik PTSS dan mengadakan program mengislamkan pelajar-pelajar Hindu di sana sedangkan pelajar-pelajar tersebut yang telah berkunjung ke pejabat kami. Kami dengan pelajar-pelajar tersebut pun tiada sebarang masalah sehingga kini tapi Dato ini pula yang sakit hati dan terus melemparkan fitnah.
Dato Mohan Shan apa kata kita adakan dialog berkaitan isu "Dakwah kepada Non Muslim di Malaysia halal ke haram? Boleh tak Dato? Ke tak berani juga Dato?
Ini text dialog diantara kami :
[12/29, 6:02 PM] Zamri: https://www.freemalaysiatoday.com/…/tarik-balik-surat-kebe…/
[12/29, 6:02 PM] Zamri: Kat malaysia ni dakwah dah jadi haram ke? Ada peruntukan undang-undang yang mengharamkannya ke?
[12/29, 6:02 PM] Zamri: Sorry to say Dato but this is so stupid...
[12/30, 11:30 PM] Dato Mohan Shan: Thank you very much for your comment why now you want dakwah to very one why not enough people to convert kah I know you all hidding behind the law of this country sudah cukuplah jangan bagi semua jadi bodoh yaa Zamri sorry to said to you why you are so stupid until can’t understand the contain of our latter brother
[12/30, 11:33 PM] Zamri: Haha Dato i didn't expect this from a person so called Dato.
[12/30, 11:34 PM] Zamri: Betul Dato ni dapat anugerah ke atau beli pangkat Dato?
[12/30, 11:35 PM] Zamri: Dato tinggal di Malaysia ikut perlembagaan dan perundangan Malaysia la Dato takkan nak ikut undang-undang negara India?
[12/30, 11:37 PM] Zamri: Dakwah is a part of ISLAMIC teaching la Dato...no Muslim can be a good Muslim unless he/she do Dakwah. It is our teaching why u want to stop us from doing Dakwah la Dato?
[12/30, 11:40 PM] Dato Mohan Shan: Engkau ini bodoh betul lah tahu banding dengan pangkat yang diberi Oleh Yang Pertuan Agong betul betul kau ini meperhinakan yYang Pertuan Agung engkau ini betul betul bodoh lah
[12/30, 11:40 PM] Zamri: We did not force anyone to embrace Islam our duty is just to spread the teaching if anyone dont like no need to follow la Dato tapi bila ada yang follow kenapa Dato pula nak marah? Geng Dato kan selalu Kata kebebasan beragama tapi kenapa nak sekat org masuk Islam
[12/30, 11:40 PM] Zamri: Janganlah marah Dato haha dah makan ubat BP ke belum Dato...relax sudah saya tanya ja takkan itu pun nak marah?
[12/30, 11:42 PM] Zamri: Tanya pun salah ke Dato? Agama Dato ajar begitu ke? Sampai tak boleh tanya?
[12/30, 11:46 PM] Dato Mohan Shan: Dai bodoh jangan mepersalahkan agama saya tolong belajar agama awak dengan betul dulu jangan mengajar yang bukan bukan tak agama Farhan agama saya dengan betul sudah mula membuat perbandingan agama kami bodoh betul engkau ini
[12/30, 11:46 PM] Zamri: Farhan tu siapa Dato sedara Dato ke?
[12/30, 11:47 PM] Dato Mohan Shan: Balik belajar agama awak dulu then only talk tqvm bye
[12/30, 11:47 PM] Zamri: Apa ni Dato punya lama tinggal kat Malaysia takkan BM pun tak pandai taip Dato?
[12/30, 11:47 PM] Dato Mohan Shan: 👌
[12/30, 11:47 PM] Zamri: Daiiiii ? Haha macam filem tamil la Dato
[12/30, 11:49 PM] Zamri: Dato dok kata org bodoh tapi penulisan Dato menunjukkan dan menonjolkan kejahilan dan kebebalan Dato...
[12/30, 11:51 PM] Zamri: Kalau Dato tak boleh terima Perlembagaan Malaysia silalah balik ke negara asal keturunan Dato la ye... boleh orang Malaysia hidup aman sikit tanpa gangguan dari orang seperti Dato ini yang cuba merosakkan keharmonian negara Malaysia.
[12/30, 11:55 PM] Dato Mohan Shan: Who are you to ask me to go back men this is my country I knew what I’m doing men.
[12/30, 11:56 PM] Zamri: If u know u are from this country then pls learn to follow the constitutional law of this country
the hindu tamil 在 Lee Hsien Loong Facebook 八卦
Today is Thaipusam. Thaipusam is a combination of the Tamil month “Thai” and the word “Pusam”, the name of a star.
On this day, Hindu devotees give thanks and perform rites to fulfil vows and promises. Singaporeans are familiar with devotees carrying milk pots or kavadis in procession, from temples in Serangoon Road to Tank Road.
I wish all devotees and celebrants a fulfilling and meaningful Thaipusam. Incidentally, tonight there will be a total lunar eclipse from around 7:45pm. This will affect Thaipusam activities as Hindu temples will be closed during the eclipse. – LHL
(SPH Photo © Singapore Press Holdings Limited. Reproduced with permission.)
the hindu tamil 在 Indrani Kopal Youtube 的評價
by Indrani Kopal
In this special Tamil video feature malaysiakini.tv looks into the controversies surrounding the demolition of Hindu temples in the country.
According to Hindu Rights Action Force (Hindraf) an average of one Hindu temple is demolished in every three weeks.
The organisation says that since February this year, a total of 69 temples have been demolished or threatened to be demolished by the authorities. Many of these temples are more than one hundred years old.
In addition, at least six temples in Shah Alam, Selangor have been forced to relocate.
Hindraf says that the acts of such demolition are unconstitutional and causes disharmony and dissent amongst the Hindus in the country.
Hindraf has given various notes of appeals and memorandums to state leaders, political leaders and even to the prime minister.
They hope the prime minister can take an active step in halting demolition of the Hindu temples.
In this 10-minute video feature, malaysiakini.tv looks into the issue and talks to the affected people.
the hindu tamil 在 YARUKKU TERIYUM Youtube 的評價
Sri Vaithiyanatha Muniswarar Temple is located in Tanjung Rambutan ,Perak. It is one of the mysterious and mystical temples in Malaysia. Watch the full video to know more about the temple.
the hindu tamil 在 YARUKKU TERIYUM Youtube 的評價
Seafield Sri Maha Mariamman Temple is one of the oldest temple in Malaysia. The temple was built in 18th century.
the hindu tamil 在 Hindu Tamil Thisai - YouTube 的八卦
"2K Kids-ஆ நடிங்க தலைவா!" - ரசிகர்கள் பிறந்தநாள் குஷி | HBD Superstar Rajinikanth | Rajini Fans | · The story of the ... ... <看更多>