SUBHANALLAH...
.
.
Cantiknya anak pak arab ni..
.
Nama dia RASHIL...
.
Amik aura n berkat anak pak arab ni..
.
Insyallah semoga doa kami dimakbulkan..
#fizomawar
subhanallah arab 在 Heliza Helmi Facebook 八卦
Assalamualaikum
Alhamdulillah
In sha Allah malam ini berkesempatan utk update cerita terkini live dari Gaza
Ketika berada di Jabaliah di mana rumah pertama iaitu rumah keluarga Yassir di serang selepas serangan ke atas As Syahid Al Ja'bari di mana seramai 26 org berada di dalam rumah. Lebih kurang jam 5 pagi mereka sedang tidur,rumah mereka di BOM!
Dengan kuasa Allah tiada yg syahid..
Namun ketika saya sedang merakamkan gambar ditempat kejadian(maaf gambar ada di handphone lain,handphone skrg penuh dan mcm mcm lagi yg berlaku menyebabkan sy belum boleh uplod gambar)
Saya ternampak 4 org adik adik comel yg sgt comel bersama dgn salah seorang dari Aman Palestin. Mata ustaz itu merah kerana tidak dapat menahan air mata dari jatuh menahan sebak betapa hebatnya mujahadah anak anak kecil ini dan menceritakan perbualan mereka.. kebanyakannya mereka berkomunikasi dalam bahasa arab
Apabila tanya ada ibu ayah? Dia kata ayah kat syurga
Kami nak ikut ayah p syurga
Menangis seorang lelaki dari aman palestin..
Allahu Akbar! Anak kecil yg baru berumur 4-5tahun sudah kenal erti jihad dan syahid!
Pagi tadi selepas sarapan kami melihat..
Ada seorang penduduk asal Gaza yang jaga kami ni, bila ada waktu terluang dia baca quran
Maknanya tidak ada istilah waktu lagha bagi mereka
Dan..
Tadi ptg anak anak kecil menari kegembiraan bila nampak kami dtg dan dalam masa yg sama sangat gembira dengan kemenangan hamas
Anak anak kecil menari comel
Tau apa perkataan yg dikeluatkan dari awal sampai akhir
Allahu akbar Allahu akbar Allahu Akbar!
SubhanAllah....
subhanallah arab 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tinggal Solat apabila tiba waktunya...
Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disis Allah...
# GAMBAR HANYA HIASAN.