Catatan Dari Todak Waterfront, Kota Kinabalu.
---------------------------------------------
Malam terakhir di KK, selepas IMKK Borneo Ahad lalu, saya dan beberapa orang team pusing-pusing KK.
Hajat hati nak bawa beberapa orang yang pertama kali sampai ke KK, merasa seafood di Todak Waterfront. Kami sampai lewat, banyak kedai dah tutup. Kami pilih satu yang masih mahu terima kami.
Setelah order beberapa lauk, udang, sotong, ikan, sayur-sayuran, kami duduk-duduk dan saya mula memerhati. Di tengah-tengah bandar KK yang makin sepi, ada lagi segelintir peniaga yang masih berusaha.
Ada buskers yang masih menyanyi, suaranya agak sedap. Ada nelayan yang bawa turun tangkapan dan mula loading di pasar, ada beberapa restoran yang masih buka. Ada tukang urut tapak kaki masih buka kedai walaupun dah dinihari. Hebatnya manusia berniaga, diperah segala kudrat untuk cari pendapatan.
Mata merenung jam di handphone yang dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Dalam sejam dua lagi, malim-malim gunung yang membawa pendaki akan mula bergerak menuju ke puncak, dengan harapan pendaki akan dapat lihat sinar matahari pertama menyimbah bumi. Malim pun satu perkerjaan dan perniagaan.
Beberapa jam lagi juga, peniaga sayur di Kundasang akan mula membuka kedai, akan ada banyak sayur akan diloading dalam lori dan diedarkan di seluruh negeri, itu pun satu perniagaan.
Saya tertanya, apakah sebab mereka sanggup menggadai keselesaan dan waktu tidur, adakah hanya sebab duit, sebab nak kaya? Adakah mereka tahu, mereka kerja keras untuk apa?
Susah juga nak buat survey. Tapi yang saya pasti kalau mereka pergi IMKK mereka pasti dah tahu Big Why dan Big Goal mereka, kenapa mereka lakukan semuanya.
Bila makanan terhidang, fikiran saya pun hilang. Khusyuk melayan perut kelaparan.
Sewaktu nak bayar, saya dilayan oleh seorang anak muda. Saya tanya berapa umurnya? Dia jawab 13. Saya terkejut sedikit. Seusia anak saya yang mungkin sedang enak berdengkur...Tak sekolah bisuk? Tanya saya lagi.
Dia senyum. " Saya tak pernah sekolah." katanya sambil tangan pantas mengira duit baki. Tanpa salah.
Mereka mungkin bukan orang tempatan yang lahir di bumi Sabah, tapi halangan hidup menyebabkan big why dan big goal mereka sangat jelas..(walaupun mereka tak faham apa maknanya) tapi mereka tahu kenapa mereka sanggup bersusah payah.
Dan kita anak bangsa, jangan terlampau selesa dengan gaji bulanan, hanya kerana kita lahir di bumi ini dan kita nampak segalanya mudah kerana kita ada IC.
#IMKKBORNEOMAC2017
Credit Tulisan : Nani Yaacob
Search