Comel tk? Nama dia Qalesya. Best hari ni dpt bau syurga. Bau mulut dia, bau leher dia, bau kepala dia aduhh! Heaven!!! Haa ni bru heaven. Tpi gmba ni ad cerita ok. Ni ada lah teknik/ cara2 untuk nk baby tidak menangis. Nak tahu mcm mna? Haaa tunggu lah nnt ada baby yang lalu ke kita pinjam jap untuk buat tutorial (haha) or baby sendiri, ehh??? Oppsss. #kitamencuba #rezeki #guraupetang #nantipujukisteri #afdlinshaukiofficial
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過12萬的網紅Aznil Nawawi,也在其Youtube影片中提到,via YouTube Capture Paknil buat kejutan di majlis persanfinfan peminat mualafnya Qalesya Ong di Shah Alam...
qalesya 在 Heliza Helmi Facebook 八卦
Saya sebenarnya mahu jadi PEGUAM, menjadi guru tak pernah langsung terlintas dalam benak saya. Tapi Allah itu maha berkuasa, dia maha tahu apa yang terbaik untuk hidup saya. Kerjaya ini jadikan saya sentiasa belajar dalam sekolah kehidupan
Tulisan ini panjang, bacalah jika punya HATI.
Tahun ini selain mengajar Bahasa Melayu di tahun 6, saya juga mengajar Bahasa Melayu di tahun 4. Ada seorang murid yang begitu menarik perhatian saya. Anak ini saiz tubuhnya kecil sekali, paling kecil dalam kelas ini. Apabila mahu menulis dia akan berdiri kerana mejanya tinggi, jika dia duduk, maka tenggelam, tak sampai mahu menulis selesa. (Telah saya ajukan isu ini kepada guru kelas agar melaraskan kedudukan zubair dengan mejanya, atau tambah kerusi biar lebih tinggi)
Buku tulis yang saya minta untuk subjek saya 3 buah, tapi dia cuma ada SATU. Dicampur aduk semua dalam sebuah buku itu. Apabila ditanya, "Zubair, mana buku?", "Zubair, dah cakap dengan mak cikgu perlu 3 buah buku?", "Zubair, kenapa belum mula menulis", setiap kali diajukan soalan, air matanya bergenang, takut-takut, langsung tak ada keyakinan diri, wajahnya sedih sekali, seperti mahu menangis.
Wajah dan matanya buatkan saya teringat-ingat, apalah yang dilalui anak ini. Dia tak ceria seperti kanak-kanak biasa. Seminggu pertama sekolah, saya biarkan dahulu Zubair. Minggu ke-2 persekolahan, Zubair seperti itu jugalah, tapi saya mula beri lebih perhatian kepada dia.
Saya ; Zubair, adik beradik berapa orang?
Zubair ; 11 orang, cikgu
Saya ; Ada yang dah bekerja?
Zubair ; Tak, cikgu.
Saya ; Yang sulung umur berapa?
Zubair ; 17 tahun
Saya ; Zubair dah beritahu mak tentang buku yang cikgu minta?
Zubair ; Dah, tapi mak cakap guna je buku tu.
Saya ; Tak apalah, Zubair. Nanti cikgu belikan.
Hari ini barulah saya tahu rupanya berat ujian anak ini. Adiknya, Hudzaifah, Tahun 1, sedang dalam rawatan di HKL (kanser darah), kakaknya, Maisarah, Tahun 5, ada masalah jantung. Ayahnya dulu ada perniagaan kecil-kecilan, tapi kemudian kedainya terbakar, semua mesin musnah, sekarang berkerja sendiri (ejen koperasi yang bergantung kepada komisen semata-mata), ibu masih bekerja. Kehidupan mereka sekeluarga jadi susah selepas kedai ayah mereka terbakar.
Buat masa ini Hudzaifah (adik Zubair) memerlukan perhatian rapi, hari ke-6 menerima rawatan di HKL. Ibu dan ayah terkejar-kejar mahu bekerja, urus anak sakit dan bayi kembar yang usianya cuma 5 bulan. Sebelum ini, ibu dah ambil CTG 2 bulan selepas lahirkan si kembar, entahlah bagaimana mereka bertahan. Kakak dan abang sudah terganggu persekolahan, bantu urus dan jaga adik-adik yang masih kecil. Menurut rakan guru yang sudah pun berziarah ke rumah Zubair siang tadi, barang makan (bahan mentah) apa pun tak ada dalam peti ais. Dengan barang sumbangan yang mereka bawa, mereka masak dan beri makan anak-anak ini. Tak tahu nak gambarkan kesedihan bagaimana. Ini di Putrajaya, di bandar elit yang mana tak ada tanah untuk bercucuk tanam, kolam atau sungai untuk menggagau ikan 😭
Zubair ada 11 orang adik beradik;
No. 1 - Saedah (Tingkatan 5)
No. 2 - Tirmizi (Tingkatan 4)
No. 3 - Syamimi (Tingkatan 2)
No. 4 - Muadz (Tahun 6)
No. 5 - Maisarah (Tahun 5)
No. 6 - Zubair (Tahun 4)
No. 7 - Hudzaifah (Tahun 1)
No. 8 - Qalesya (5 tahun)
No. 9 - Erlynda (4 tahun)
No.10 & No. 11 - Ubaidah & Uzair (5 bulan)
Kalau kita rasa kita susah, sesungguhnya sentiasa ada orang yang lebih payah Allah uji. Sekiranya kita masih punya HATI, marilah kita bantu anak-anak ini. Sekurang-kurangnya biar cukup, dan mereka tak rasa rendah diri, biar rasa ada yang prihatin dan sayang, buat mereka rasa HIDUP dan BERJUANG. Iya kita memang selalu rasa tak cukup, tapi ketahuilah, yang sikit itu tetap punya hak dan bahagian orang lain. Allah uji orang dengan sakit, Allah uji kita dengan sikap yang bagaimana pula?
Saya memang tak boleh lupakan Zubair, apatah lagi mengenangkan Hudzaifah yang masih kecil mahu bertarung dengan kanser. Saya pernah lihat pesakit kanser. Saya pernah lihat pesakit kanser menggelinjang kesakitan apabila rawatan kemoterapi dijalankan, saya tahu tubuh mereka sakit sekali, jika diberi pilihan mereka mahu keluar daripada badan sendiri, saya masih terbayang-bayang.
Sumbangan boleh disalurkan kepada ibu anak-anak ini ;
Mbb 164155519506
Sharifah Suraya Bt Syed Hussin
(Ibunya 👆. Boleh dihubungi di talian 017-6475822 (mesej/call sahaja)
Bagi si kembar, jika mahu bantu beri keperluan, anak ini minum susu Dutch Lady (0-6 bulan), dan pampers Saiz S.
Semua maklumat di atas saya peroleh daripada ibu Zubair sendiri, dan rakan guru, ustazah Chezaini Shafiah yang telah pun menjengah. Saya tulis dengan izin. Di bawah gambar Hudzaifah, hanya gambar hudzaifah yang diberi izin untuk dikongsikan.
Saya menulis sebab saya rasa saya boleh menulis. Tak kaya raya untuk membiaya segalanya tapi ada kemampuan menulis. Harapan saya tulisan ini akan sampai ke hati hati orang dan bantu anak-anak ini.
Cc Saiful Rizal
#mylifejourney
qalesya 在 Syamnuriezmil Facebook 八卦
kalau tgk senarai novel sy... agak2x pengsan dak? heh... mungkin ada sesetgh cerita akan sy jdkan MN... kena reorganize balik kerja2x ni...
1. Terlanjur Mencintaimu – Published Karyaseni Mac 2011 (TM) - Johan Iskandar + Tengku Hanis Zulaikha
2. Pabila Cinta Memanggilku – Published Karyaseni Dec 2011 (PCM) - Yang Ayesha + Adam Harith + Amirul Irfan
3. Suamiku, Encik 'Perfect 10'! - Ogos 2012 (SEP10) - Zarief Danial + Aleeya Azmeen
4. Ku Berjanji Kerana Cintaku - 2012 (KBKC) - Eusoff Eiman + Lidya Alya
5. Cinta Sempurna (CS) - Ian Zulkarnain + Hannah
6. Cinta Sampai Syurga (CSS) - Ikmal Syafiq + Khadeja Omaira
7. Isteri Untuk Disewa (IUD) - Nur Adreiana + Imtiyaz + Noah Ryzal + Raiyan + Suffi
8. Aku Tercipta Untukmu (ATU) - Hadi Mukhriz + Zarith Adrinni
9. Cinta itu Pernah Ada (CIPA) - Qhalif Amsyar + Sophia Asyikin
10. Bukan Cinta Luar Biasa (BCLB) - Ameer Luqman + Adelia Fitriah
11. Awak Sangat Nakal (ASN) - Erine Johanna + Johan Rizqin
12. Hatimu, Hatiku Jua! (HHJ) - Sybill Ardelle + Syahputra
13. Tak Cinta Maka Tak Kenal (TCMTK) - Maia Lien + Fikr Adham
14. Cinta Harus Memiliki (CHM) - Soraya + Ethan Zain
15. Saya Cinta Awak Rindu Dia (SCARD) - Qalesya Aliah + Seif Eidlan + Sofiana
16. Sekali Lagi Cinta (SLC) - Oriana Haruko + Zaim Zahwan
17. Bukan Roommate Biasa (BRB) - Daris Fahmi + Nurul Ayraa
18. Cinta Second Hand (CSH) - Ade Adrianna + Liam Eunos
19. Separuh Aku Diri Kamu (SADK) - Puteri Alyssa Safia + Adam Danial Iskandar
20. Bukan Cinta Satu Malam (BCSM) - Izzat Usyair + Anis Zaujah
chaiyokkk!!!
qalesya 在 Aznil Nawawi Youtube 的評價
via YouTube Capture
Paknil buat kejutan di majlis persanfinfan peminat mualafnya Qalesya Ong di Shah Alam
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/3BQw1EIfiNs/hqdefault.jpg)
qalesya 在 Qalesya ... I want to break free ... - YouTube 的八卦
Qalesya ... I want to break free ... Yulie Asri. Subscribe. 4. Dislike. 0. Share. SEND THIS TO YOUR FRIENDS // officially angie | #shorts #viral ... ... <看更多>
qalesya 在 Qalesya (qaicazahira) - Profile | Pinterest 的八卦
See what Qalesya (qaicazahira) has discovered on Pinterest, the world's biggest collection of ideas. ... <看更多>