Dijemput oleh guru saya, Dr. Zakir Naik untuk lunch bersama seorang alim yang saya sangat hormati dan kerap ikuti kuliahnya di YouTube iaitu Dr Yasir Qadhi dari Amerika Syarikat serta Dr. Isam Rajab dari Arees University.
.
Ini juga peluang untuk saya berjumpa dengan rakan-rakan pendakwah yang lain seperti Bro Shah Kirit, Bro Kamarudin Abdullah yang datang all the way dari Penang, Bro Zamri Vinoth serta Abu Shariz yang kesemuanya adalah protege Dr. Zakir Naik.
.
Saya juga ada sedikit perbincangan dengan Dr. Yasir Qadhi berkenaan kerjasama dan Alhamdulilah, syukur beliau bersetuju untuk kami menterjemahkan ceramahnya di YouTube termasuklah 104 siri Sirah Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam ke dalam Bahasa Melayu. Alhamdulilah.
.
Antara yang turut dibincangkan bersama mereka semua adalah kerjasama menangani gejala murtad, Islamophobia, liberal dan serangan lain terhadap Islam. Doakan agar kerjasama ini bermanfaat untuk ummah.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #protegedrzakirnaik #drzakirnaik @ Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...