Hari Raya Ke Dua - Part I
Di waktu pagi, sebelum meninggalkan home stay berhampiran Anak Bukit, kami anak beranak sempat merakam beberapa foto santai raya. Sempat juga melayan permintaan anak bongsu membuat gimick dalam foto.
Dalam perjalanan menjejak kasih Makcik Faridah (sepupu Arwah Emak) di kawasan Kampung Matang Kong, saya sempat mengambil beberapa foto berlatarbelakang sawah dan Gunung Keriang. Panas boleh tahan juga. Gurung Keriang menarik kerana dikelilingi sawah dari setiap penjuru. Bagi saya, gunung ini menarik kerana saya pernah dilatih turun gunung di sini menggunakan tali waktu Tingkatan 3 dalam pasukan pengakap terpilih seluruh Kedah. Untuk itu, saya pernah mendaki ke atas gunung ini suatu masa dulu. Saya boleh jadi Team A....kalau betul2 berlatih. Latihan bertubi2 akan menjadikan anda boleh sampai ke Kilimanjaro dan juga Everest. Practice makes perfect...kata orang Inggeris. Precision is new God....kata orang German. Apa kata orang Melayu pula????
Setelah mencari2 lokasi rumah Makcik Faridah (dikenali sebagai Mak Ngah Faridah di kampung beliau) di tengah belahan sawah yang tidak putus2, akhirnya kami sampai juga walaupun hampir give up. Teringat poster Mo Salah "Never Give Up" waktu Liverpool lwn Barcelona di pusingan kedua semi final lantas saya terus mencari dan memusing2 di sekitar batas ban berhampiran sawah yang berselut.
Sampai sahaja di rumah beliau, di sambut dengan senyuman. Saya kata "Kenal tak Che Daud ini?" Memang dah lama tak jumpa. Beliau menjawab; "Awat tak kenal". Terasa berbaloi menjejak kasih seorang Mak Cik yang sememangnya amat rapat dgn Arwah Emak dan saya sendiri waktu saya kecil. Sempat ambil foto di bendang belakang rumah beliau.
Kemudian bergegas ke open house salah seorang bekas kawan Sek Rendah (Sek Keb Sg Korok Baru) iaitu Sharifah Khadijah. Hampir 40 tahun tidak berjumpa. Sempat juga berjumpa Rashidah dan Siti Jamilah. Indah dan seronok kami bersembang zaman kanak2 belajar dan bermain sekali. Semuanya masih sahabat sejati walaupun dah lama tak berjumpa. Topik kami yang sama ialah betapa hebat guru2 kami, kerana mereka kami semua jadi manusia dan jadi hebat.
Perjalanan raya masih berterusan.
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「poster sahabat sejati」的推薦目錄:
poster sahabat sejati 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
