Cari logo HALAL ye #Repost @ustazdrizharariff ・・・
Ramai yg bertanya tentang LOGO HALAL yg Ramen dati Korea ni ... Jawapannya: Halal. Kerana Logo halal itu drpd badan persijilan halal diiktiraf Jakim iaitu Korean muslim federation KMF... @nurhelizahelmi @diani_mardiana @halalupm @ukminsta
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「persijilan」的推薦目錄:
persijilan 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
| Ikon generasi muda kini
SYED AHMAD ISRAA’ SYED IBRAHIM telah dilahir di Amerika Syarikat dan dibesarkan di Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Islam Hira’ dan kemudiannya pendidikan menengah di Sek Men Islam Hira’ dengan mencapai keputusan cemerlangt 9A PMR.
Syed Isra’ menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran Hira’ selama dua tahun dan telah Berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk tersebut dalam tempoh ‘6 bulan’. Beliau meneruskan pengajian menengah atas dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 12A SPM.
Beliau membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di peringkat STAM di SM Al-Hidayah Ipoh dan telah mendapat pencapaian cemerlang (10 Mumtaz) dalam semua mata-pelajarannya. Syed terpilih untuk mendapat Anugerah Utama STAM peringkat nasional oleh JAKIM (sebagai pelajar terbaik seluruh Malaysia).
Rekod cemerlangnya diteruskan dengan menyambung pelajaran di Univ Al Azhar, Mesir dengan tajaan biasiswa MAIWP . Di sepanjang 4 tahun pengajiannya, beliau mendapat keputusan Jayyid Jiddan dengan ranking pertama bagi pelajar-pelajar dari Malaysia.
Baru-baru ini beliau lulus graduasi Al-Azhar pada tahun 2013 dengan pangkat ‘Jayyid Jiddan Ma’a Martabat As-Sharaf’ ( Very Good with Honors), yang juga merupakan ranking pertama bagi semua mahasiswa Malaysia di Al-Azhar (tahun akademik 2012/13).
Bukan sahaja cemerlang di bidang akademik, beliau juga adalah seorang aktivis mahasiswa yang begitu berbakat di dalam pelbagai bidang seperti penulisan, fotografi, politik semasa dan juga perundangan.
Isterinya bernama SITI SARAH AMRAN, yang telah dilahirkan di Johor sebelum dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan awal di Sek Ren Sri ABIM, Seremban dan menyambung pendidikan menengahnya di Maahad Ahmadi, Gemencheh dengan cemerlang sehingga mendapat 9A di dalam PMR.
Siti Sarah kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dalam aliran sains dan mendapat keputusan cemerlang 10A dalam SPM. Beliau pernah terpilih mewakili KISAS untuk Pameran Inovasi Sains di hadapan DYMM Sultan Selangor.
Tokoh muda ini menyambung pengajian pasca SPM di Darul Quran dan menamatkan persijilan tahfiz Darul Quran (30 juzuk) selama setahun setengah dan mendapat pangkat cemerlang dengan kepujian.
Beliau telah ditawarkan biasiswa MAINS untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Univ Ain Shams, Kaherah. Kini di tahun akhir Perubatan Univ Ain Shams, Kaherah di samping menjadi ibu kepada seorang anak.
Di dalam kesibukannya sebagai seorang mahasiswi perubatan, seorang isteri, seorang ibu, dan seorang aktivis dakwah, Siti Sarah juga bakal mencipta satu sejarah yang baru kerana beliau sedang menamatkan sanad bacaan Al-Quran 10 qiraat secara jamak dengan Sheikhah Effat Abd Hamed di Cairo.
Subhanallah, sesungguhnya mereka berdua adalah di antara beberapa tokoh muda yang begitu dekat di hati saya. Tahniah saya ucapkan kepada Syed Ahmad Israa’ dan Siti Sarah, ibu bapa dan guru-guru, para murobbi serta teman-teman seperjuangan yang turut bersamanya.
Saya doakan agar mereka konsisten di dalam perjuangan untuk memertabatkan Islam yang mulia ini dan berharap agar dapat dicontohi oleh para remaja dan generasi muda di dekad ini.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar
Via: Dr Zainur Rashid Zainuddin
Sumber: http://zainurrashid.com/ikon-generasi-muda-kini/
persijilan 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Saya nak kongsi pengalaman pahit manis masa awal-awal kawin dulu, 3 tahun pertama hidup berumahtangga. Rasanya ramai yang hadapi perkara yg sama, masalah kewangan. Adik2 yang baru kawin atau tengah plan nak kawin boleh ambil ni sebagai panduan, chewahhh..rasa macam dah tua plak.
Kami kawin pada tahun 2007, dua-dua masih belajar UIA. Saya di tahun 2 dan isteri masih di tahun 1. Ya tahun satu, saya tak salah tulis..nampak macam gatal nak kawin sangat kan.. heh. Tapi sebenarnya saya dah plan lama tau, bukan saje2 gatal terus nak kawin. Saya plan sejak 2003, masa tu saya tengah ambil persijilan tahfiz di Darul Quran JAKIM. Walaupun calon isteri belum ada lagi tapi dah plan awal nak kawin masa belajar.
.
Oleh sebab dah ada plan, saya mula kumpul duit dengan buat bisnes jual topup hp di DQ dan matrik uia PJ. Bila masuk uia Gombak tahun 2005 saya buat home tuition dan boleh dapat lebih kurang 2k sebulan, dah macam gaji fresh grad ni. Adik2 yg tengah nak cari duit saku memang saya suggest buat home tuition, senang sebab demand tinggi lagi2 di lembah klang. Buat je iklan di mudah.my nanti ramai akan call. Pakcik2 kaya sanggup je bayar rm50 sejam untuk ajar anak mereka, kadang-kadang diorang memang niat nak tolong bagi duit saku kat student u sebab tu tak kesah bayar lebih yuran.
Bila income dah stabil dan duit simpanan dah banyak baru lah saya cari calon. Alhamdulillah melalui orang tengah, @safira, saya berjaya propose Widyana Ali untuk dijadiakn isteri dan dia setuju berkahwin dalam masa terdekat. Saya terus hubungi mak dia dan lepas beberapa kali berbincang maknya pun setuju.
.
Alhamdulillah, nilai hantaran yg diminta hanya rm6000 tanpa barang2 hantaran lain, tapi saya terpaksa hutang dengan kawan2 yang baik hati, sampai sekarang saya masih hargai keikhlasan mereka. Mana pergi duit yang saya kumpul sejak sekian lama? Duit simpanan habis lebur sebab terpedaya dengan “investment” yang kononnya akan bagi return tinngi. Kerana masih mentah dan naïve campur tamak,maka inilah harga kebodohan yang saya perlu bayar, duit untuk kawin habis sekelip mata. Rasanya tinggal baki rm2000 je, sedih. Ingat ye, janganlah percaya dengan bisnes atau pelaburan yg menjanjikan return bulanan yang “too good to be true”. Saya dah insaf.
Tahun pertama perkahwinan, kami terpaksa pindah randah banyak kali sebab masalah bajet dan masalah silap faham dengan owner. Mula-mula menumpang di rumah orang, pastu sewa bilik di atas kedai restoran, kemudian pindah ke flat Fiona di Batu Caves. Pindah lagi ke flat di Taman Melati dan terakhir sewa sebahagian rumah Makcik Rokiah di tepi MRR2. Banyak habis duit sebab bayar deposit dan kos perpindahahn.
Masalah kewangan makin meruncing bila kereta Proton Savvy 2nd hand yang saya beli selalu rosak, banyak kos habis untuk baiki. Dulu kononnya beli savvy sebab nak jimat minyak, tapi bila google di internet baru tahu savvy ni memang ada banyak masalah, menyesal beli. Kalau nak kira duit yang masuk agak banyak, home tuition 2000+ ptptn 600 + JPA isteri 1200, boleh dapat rm3800 sebulan tapi tu lah masalah pun banyak tambah pula nak bayar hutang orang. Kadang-kadang sampai korek celah2 almari cari duit syiling untuk beli makanan. Nak beli mesin basuh kena menabung berbulan2 dulu, beli peti ais kena tunggu berbulan2 lagi.
Tinggal di rumah kecil hanya dua bilik, Dyana nak masak pun susah sebab ruang dapur pun mcm bukan dapur sekadar ada buat cukup syarat je. Kalau family nak datang ziarah kat rumah,kami hanya dapat sediakan sedikit makanan yg termampu sebab duit tak cukup.
Masuk tahun kedua pun masih sama, sampai tahap saya tak beli baju baru untuk diri sendiri dan isteri, kami utamakan dulu barang2 rumah dan keperluan anak yang baru lahir. Mak saya tegur beberapa kali sebab saya tak beli baju untuk Dyana, saya rasa malu dan rasa bersalah. Tapi Alhamdulillah Dyana sangat2 memahami keadaan kami dan dia bersabar, tetap tenang ceria. Dia cakap tak kesah pasal appearance ke, pasal tak ada barang kemas ke tak ada masalah yang penting tak susahkan orang lain. Selesaikan hutang orang dulu.
.
Pakaian untuk anak kami selalu belikan yang size besar supaya dia boleh pakai lama. Ikutlah orang nak kata apa pun kami tak kesah.
Walaupun hidup susah, kami dua2 makin cemerlang pelajaran lepas kawin. Dua semester sebelum kawin Dyana tak pernah dapat Anugerah Dekan tapi lepas kawin sentiasa dapat Anugerah Dekan setiap semester sampai grad. Padahal mengandung, pastu jaga baby, tambah plak masalah kewangan dan masalah kesihatan anak. Saya pun sama, CGPA makin naik dan rezeki makin bertambah.
.
Pada tahun ketiga alam rumahtangga, keadaan ekonomi keluarga makin stabil. Masa ni saya dah di tahun akhir pengajian. Home tuition masih berjalan dan saya tambah kerja dengan jadi Consultant Public Mutual secara part time. Sambil2 tu saya intai peluang pekerjaan samada swasta atau kerajaan, tapi kecewa sebab masa tu krisis ekonomi 2008-2009 maka peluang pekerjaan sangat2 terhad. Lepas grad saya tak dapat kerja makan gaji, teruskan kerja mengajar home tuition sambil jadi consultant. Tak pernah hadiri interview kerja.
.
Sekarang dah 9 tahun malayari bahtera rumahtangga, banyak dugaan dan ujian yang telah diharungi, susah senang bersama dengan penuh harmoni dan tolak ansur. Makin lama makin bertambah rezeki, anak2 pun makin ramai alhamdulillah. Dah lama berhenti buat home tuition, sekrang full time ejen Public Mutual.
.
Walaupun income bulanan saya sekarang dah lebih 10 kali ganda dari income masa baru kawin dulu, tapi kami tetap cermat uruskan perbelanjaan. Kalau ikut kiraan, saya dah mampu beli 2 biji bmw 5 series tapi saya masih pakai Myvi sampai sekarang. Ada orang bila dah ada duit lebih mula lah rasa tak selesa naik kereta local, rasa bergetar dan sakit belakang katanya. Kepada adik2 yang nak kawin, rancanglah betul2 perkawinan, kewangan kena urus secara teliti. Banyak kes perceraian berlaku disebabkan masalah duit. Jangan ingat hidup suami isteri ni sweet2 sahaja.
Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama tv 3 je bila kawin terus kaya, rumah fully furnished, kereta bmw. Jangan ingat saya hadapi masalah kewangan sebab kawin masa belajar, kawan2 yang kawin lepas grad pun sama.. semua mula dari zero balik. Apa yang penting suami isteri kena bertolak ansur dan dua2 kena berusaha dan sentiasa BERDOA DAN TAWAKKAL.
Kredit tulisan : Mohd Yazid Ismail