Thank you mStar Online :)
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「penyanyi wanita amerika」的推薦目錄:
- 關於penyanyi wanita amerika 在 Zee Avi Facebook
- 關於penyanyi wanita amerika 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於penyanyi wanita amerika 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於penyanyi wanita amerika 在 Bryan Wee Youtube
- 關於penyanyi wanita amerika 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於penyanyi wanita amerika 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
penyanyi wanita amerika 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Fenemone "oppa gangnam style" , banyak kajian , pandangan dan lontaran pendapat berkenaan fenomena ini. Ada yang pro dan ada yang kontra, namun admin tertarik untuk kongsi artikel di bawah, dan jemput sama-sama kita beri pandangan :
Kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. berikut adalah summary berkenaan dengan info apa yang dapat.
1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.
2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.
3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.
4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.
5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.
6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.
7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.
8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.
9. Ada yang setelah tonton videoklip psy masih rasa tidak ada apa-apa posisi seks (kelucahan) pun yang diaksikan. kalau dah PSY sendiri cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan tarian kudanya yang semua orang faham relate to "menunggang perempuan" dengan siap dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dia buat aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia sungguh-sungguh menari untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang laki menari "getar pinggang" dalam lif yang jelas2 disepakati merupakan aksi simbol lucah seks. saya pun dah tak tahu nak cakap apa lagi kalau orang yang tengok klip video psy tu tapi tak faham dia tengah gambarkan kelucahan yang jijik oleh golongan mewah gangnam. nak cakap ape lagi ntah lah
10. Ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan aksi tarian kuda psy. Kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti bersepakat, aksi meniru videoklip psy itu adalah terkutuk dari sudut pandang akhlak islamiyah. ada orang mem fwd kan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut:
"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.
Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.
Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik."
Padahal mereka tak baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf dalam status yang sama:
"Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.
Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"
Memang Hilal Asyraf tak menghukum, tapi dia tinggalkan soalan untuk para pemuja gangnam style menghukum diri mereka sendiri! baca ulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi:
" Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"
baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan sinis dan perli versi lembut Hilal Asyraf ini. Adakah para pemuja gangnam style boleh menjawab soalan Hilal Asyraf di atas? Atau akhirnya terpaksa menelan juga "hukuman lembut" dari Hilal Asyraf pada jawapan seterusnya:
"Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"
Baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang sopan", "hilang indah peribadi muslim/muslimah" itu semua hukuman-hukuman padat dari Hilal Asyraf. Lembut dan bergaya cara sinis dan perli sebegini. Tahniah kerana anda tak tahu diri anda diperli dan dihukum secara indirect oleh Hilal Asyraf.
Kesimpulannya, direct atau indirect, semua perilaku tak berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi tak bertaubat dan insaf.
11. Ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh bermesej islamik. itu satu dusta, kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan lelaki dan perempuan gangnam yang konon sopan, bijak dan elit akan berkelakuan liar apabila tibanya waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nighlife yang mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan berseronok.
merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut:
gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu
padahal mesej asal:
Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja
A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
A sensual girl like that
sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:
Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja
A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist
inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila tibanya waktu malam terus twist jadi liar!
dan bukti lirik ini hanya menguatkan hujah saya lagi sebelum ini bahawa psy cuba menggambarkan imej playboy dalam videoklipnya, dan background story pasal gangnam juga menunjukkan memang gangnam terkenal dengan nightlife warga elit yang liar berparti, bersosial dan berseronok di kelab-kelab malam yang bersepah di sana. semua ini jelas membuktikan psy cuba menggambarkan lifestyle tak senonoh, tak berakhlak dan erotik seks dalam aksi videoklipnya. semua pemuja tarian kuda psy hanya memper****hkan diri tanpa sedar kerana melakonkan semula aksi playboy hodoh psy ke dalam video2 parodi mereka.
maka tepatlah ulasan UAI, "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW". Memang video psy , background story, dan lirik lagunya jelas 100% mempromosi gaya hidup tak berakhlak. memalukan, bagi sesiapa yang mahu jadi sebahagian promoter aksi psy.sungguh!
12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang nanti apabila sampai masa sudah basi, semua akan berhenti. jadi tak perlu kecoh dan biarkan saja ia nak tersebar seberapa luas. Hujah ini hanya sesuai untuk orang yang tak kasihkan umat yang melihat umat dirosakkan di depan mata tanpa ada apa-apa perasaan sedih. Pandanglah umat seperti nabi pandang umat. Nabi s.a.w tentu sedih melihat umat dilalaikan dengan merelakan diri berasa terhibur dan bergembira dengan cara bagaimana kaum lalai berhibur dan bergembira. Lihatlah bukti bahayanya fenomena ini hingga cikgu di sekolah pun tak pantau aktiviti murid sekolah rendah yang mempersembahkan tarian kuda psy.
http://www.youtube.com/watch?v=bxVBPB58vQA&feature=player_embedded
inikah makna aidilfitri yang mahu ditanam dalam minda anak-anak kita? Bolehkah kita berdiam diri tanpa menegur dan hanya berpeluk tubuh menunggu saja fenomena ini berhenti sendiri, tapi dalam waktu menunggu hedonisme telah tertanam kemas dalam minda anak-anak?
13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme juga. betul. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style dipromosikan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin yang diaksikan bercampur lelaki-perempuan juga! dulu ada tarian shuffle, ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh lmfao bershuffle dalam party rock anthem yang bergenre electropop seperti gangnam style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak:
"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"
14. Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak dalam berhibur dalam islam.
cc : LayarMinda
penyanyi wanita amerika 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Ateisme: Fenomena Menyalahi Moral & Rukun Keberagamaan
Di dalam penulisan kali ini memfokuskan fenomena kewujudan agama baru yang telah terjadi di negara barat terutamanya hasil daripada perkembangan fahaman ateis.
Hal ini bertitik tolak setelah berlakunya revolusi agama Kristian di Barat. Ini kerana situasi itu telah mencetuskan perubahan di dalam bentuk keberagamaan di Barat. Setelah fahaman sekular mengambil alih daripada kepimpinan teokrasi Gereja di barat ia telah menyebabkan lahirnya gerakkan ateisme yang bersifat anti kepada agama dan menafi kewujudan Tuhan. Golongan ini begitu pesat sekali berkembang. Menurut Pew Research Center mengatakan sejak dari tahun 1975 hingga 2007, bilangan ateisme di Barat meningkat dua kali ganda.
Akhir-akhir ini suatu fenomena yang semakin parah telah dilakukan oleh golongan komuniti ateis apabila gerakkan mereka mula tersebar. Mereka telah banyak mendirikan agama parodi atau dikenali juga agama satira.
Mereka sinonim dengan kelompok yang menentang golongan beragama yang mempercayai kepada kewujudan Tuhan. Oleh itu, salah satu bentuk mereka mahu menyindir dan menyebarkan doktrin ateisme adalah dengan mencipta agama mereka tersendiri dengan berjenaka dan memperolok-olokkan konsep ketuhanan di dalam kepercayaan mereka sendiri agar orang memahami bahawa konsep ketuhanan adalah tidak masuk akal. Itulah tujuan mereka.
Sebelum ini kami sudah membincangkan sebuah gerakkan ateis yang mencipta agama parodi yang bertapak di Amerika Syarikat dikenali sebagai Pastafarianisme (http://bit.ly/2j1P05E).
Banyak kes penghinaan kepada agama lain yang melibatkan doktrin Pastafarian. Sebagai contoh pada 21 September 2012, seorang Pastafarian bernama Giorgos Loizos ditahan di Greece atas tuduhan berniat jahat dengan mempersendakan agama Kristian dengan mewujudkan laman Facebook menghina seorang tokoh paderi Kristian Ortodoks di Greek yang bernama Elder Paisios. Giorgos Loizos menghina paderi tersebut dengan meletakkan nama ‘Elder Pastitsios’ yang mana nama dan mukanya digantikan dengan pastitsio iaitu pasta dan sos berkaramel. Kes yang bermula di Facebook itu di bawa sampai ke Parlimen Greek dan dibicara di mahkamah sehingga dijatuhkan hukuman penjara kepada Giorgos Loizos.
Begitu juga dengan kes-kes yang lain. Ia adalah bersumberkan fahaman yang menghina dan mempersendakan kepercayaan agama. Ini kerana Pastafarian bukanlah sebuah kepercayaan atau sebuah keimanan. Ia adalah sebuah agama parodi atau lebih bersifat sarkastik dengan menyindir golongan yang beragama dengan doktrin-doktrin mereka yang tidak masuk akal. Manakala bagi golongan yang menyokong fahaman ini pula mereka kebanyakkan adalah dari golongan ateis.
Sokongan dan anutan mereka itu tidak sama sekali mewajahkan sebuah agama tetapi mereka lebih bersifat berolok-olok untuk menyindir golongan yang beragama. Malah lafaz-lafaz yang bersifat keagamaan seperti ‘Ameen’ ditukar kepada mereka sebagai ‘Ramen’ (mee) dan sebutan itu diguna untuk mengaminkan doa. Begitu juga dengan nama bulan Ramadhan mereka memanggil dengan ‘Ramendan’ dan banyak lagi perkataan-perkataan yang digubah oleh mereka. Permainan lafaz-lafaz ini banyak terdapat dalam ‘kitab suci’ mereka iaitu Gospel of Flying Spaghetti Monster. Malah di bahagian kata pengantar dalam buku itu Bobby Henderson mengaku bahawa beliau adalah nabi kepadaa Pastafarian.
Kononnya dengan melakukan cara ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa agama adalah ciptaan manusia dan agama memiliki doktrin yang pelik dan tidak masuk akal. Malah di dalam buku yang dikarang oleh Bobby Henderson banyak mengkritik teori evolusi dengan cara yang agak bodoh sekali dengan mencipta doktrin manusia berasal daripada lanun dan bukan dari spesies beruk seperti cara faham evolusionis. Itu merupakan cara mereka mempersendakan golongan yang menolak teori evolusi terutama golongan Kristian di Amerika Syarikat.
Ia bermula daripada pemberontakkannya terhadap sukatan pengajian mengenai konsep penciptaan alam semula yang mahu diubah dari teori evolusi kepada cara intelligent design. Maka Bobby Henderson mula bermain sarkastik dengan mereka-reka kisah yang berunsur lawak menentang fahaman evolusi walau pada hakikatnya beliau seorang yang beriman dengan teori evolusi. Pada peringkat awalnya terdapat ramai tokoh Kristian yang menyokong cara lawak Bobby menolak evolusi akan tetapi lama-kelamaan baru mereka perasan apa yang dilakukan oleh golongan Pastafarian adalah merupakan sindiran yang mengisyaratkan kepada cara fahamanan Kristian dalam menolak evolusi.
Tidak dinafikan fahaman ini muncul disebabkan golongan agamawan gagal menjelaskan kepada mereka antara hubungan sains dan kepercayaan dalam agama. Pada awal abad ke 20 ini merupakan zaman ideologi Darwin sedang mencapai kemuncak di dalam dunia sains. Mutakhir ini barulah terdapat ramai tokoh agama yang menentang teori evolusi dengan cara saintifik dan logik yang sedikit sebanyak membantutkan perkembangan ideologi mereka.
Akan tetapi, sarkastik yang dilakukan oleh Pastafarian terus dilakukan malah agak sukar untuk berhujah dengan mereka kerana mereka memakai dua anutan dalam satu masa, dari sudut pertama mereka boleh manjadi ateis dan dari sudut kedua mereka boleh menjadi orang beragama. Sekiranya dikritik cara fahaman agama mereka, mereka akan mengemukakan cara berfikir ateisme dan sekira mengkritik fahaman ateisme mereka mula mengaku sebagai seorang beragama pula. Kebiasaan perangai seperti ini mereka bukan orang yang jujur dalam mencari kebenaran. Kebenaran itu berpaksi kepada keyakinan dan hujah yang menyakinkan. Ia bukan berdiri dengan sindiran dan fahaman yang rapuh.
Hakikat kepada agama Pastafarian ini ia adalah sebuah agama yang tidak beragama. Hidup dengan penuh sindiran dengan menipu diri sendiri.
Senarai Agama (Gereja) Parodi
Selain daripada agama Pastafarian, masih terdapat banyak lagi agama atau gerakkan gereja baru yang menggunakan cara yang sama untuk menyindir agama. Antara gerakkan ateisme yang menggunakan konsep agama parodi adalah:
1) Landover Baptist Church (Gereja Baptis Landover):
Ia adalah sebuah gereja parodi juga dari kaum ateis dan agnostik di Amerika Syarikat. Gerakkan ini bertujuan untuk menyindir penganut Kristian di Amerika.
2) Missionary Church of Kopimism (Gereja Kopimisme):
Ia adalah sebuah gerakkan kepercayaan copy dan paste segala infomasi yang dianggap doktrin suci di dalam agama. Ia bertapak di Sweden.
3) The Church of SubGenius (Gereja SubGenius):
Ia adalah sebuah agama parodi yang diikuti lebih ratusan ribu orang. Agama ini berkembang di Amerika Syarikat. Agama parodi ini menggambarkan mereka adalah sebuah gereja yang sangat terbuka dengan nilai-nilai sekuler, budaya pop, agama-agama baru, teori konspirasi, trend psikologi masa kini serta teknik-teknik motivasi dan juga turut membincangkan mengenai bisnes jualan. Agama parodi ini memiliki pengaruh besar terhadap perkembangan sekularisme di Amerika Syarikat dan telah menjadi inspirasi bagi beberapa penulis buku, pelukis, penyanyi rock dan pop yang terkenal.
4) Raelism:
Cult ini diasaskan oleh Claude Maurice Marcel Vorilhon (1946) di Vichy, Allier, Perancis. Di dalam bukunya Le Livre Qui Dit la Verite yang bermaksud buku yang menceritakan kebenaran, Vorilhon menyatakan bahawa dia telah didatangi oleh makhluk asing pada 13 Disember 1973. Satu spesies makhluk yang mereka panggil sebagai Elohim (Tuhan dalam sebutan Ibrani). Makhluk Elohim inilah telah datang kepada manusia terdahulu dan telah melakukan hubungan seks dengan wanita bumi lalu membiakkan manusia di bumi. Ajaran ini juga mempromosikan seks bebas dengan gaya mereka tersendiri. Mereka adalah golongan ateis yang membina agama Raelism dengan bentuk parodi disamping menanam kepercayaan sains fiksyen. Mereka juga terlibat banyak kontroversi dengan pihak Gereja Katolik seperti pada tahun 1992 di Montreal, Kanada terutama dalam isu seks bebas.
5) Discordianism:
Agama Discordian adalah sebuah agama baru yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1950-an. Agama ini juga dianggap sebagai agama satira atau parodi disebabkan terdapat banyak doktrin yang tidak masuk akal. Agama satira ini ditujukan untuk mewujudkan teori konspirasi tidak masuk akal yang menyebabkan tidak ada sesiapa pun yang akan percaya. Ia menyebabkan orang tidak akan kritis lagi dalam berteori konspirasi. Ini kerana teori konspirasi Illuminati dan Freemason mendapat perhatian di kalangan masyarakat Amerika pada ketika itu. Terutama selepas pembunuhan Presiden Amerika John F Kennedy 1963. Agama ini telah dicipta oleh Greg Hill dan Kerry Wendell yang merupakan penulis buku Principia Discordia. Agama ini mendakwa menyembah Dewi Eris, dewi Yunani yang terkenal sebagai dewi persengketaan dan yang melakukan huru hara. Oleh disebabkan Discordian beriman kepada Dewi Eris maka mereka sangat menekankan perbuatan huru-hara, dan perbezaan pendapat antara satu sama lain. Ini adalah doktrin utama dalam agama Discordian. Agama ini juga tidak ada peraturan. Discordian sering juga dikenali sebagai Erisian kerena mereka menyembah Eris.
6) Jediisme
Jediisme adalah sebuah agama yang dicipta oleh peminat Jedi dalam filem Star Wars. Agama ini dicipta pada tahun 2001 disebabkan pengaruh watak Jedi dalam Star Wars yang menarik minat mereka untuk turut beragama seperti golongan Jedi. Pengasas agama ini tidak diketahui. Ia juga dipopularkan oleh golongan ateis juga. Agama ini muncul apabila wujudnya gereja untuk penganut Jediisme. Mereka aktif di internat terutama dalam laman Church of Jediism dan Temple of the Jedi Order. Di sinilah mereka mengasaskan sistem kepercayaan Jediisme berdasarkan watak Jedi dalam filem Star Wars.
Masih terdapat banyak lagi gerakkan ateis yang seumpama ini seperti Church of Satan, Invisible Pink Unicorn, Kibology, dan banyak lagi. Sebenarnya perkara ini juga menunjukkan bahawa situasi agama yang dianut oleh majoriti masyarakat Barat kebelakangan ini seakan kosong di dalam jiwa masyarakat mereka. Sehingga menyebabkan golongan ateis sanggup mempermainkan serta memperlekehkan agama yang dianut oleh majoriti masyarakat mereka sendiri. Kadang kala mereka melihat agama yang diamalkan oleh masyarakat mereka itu dengan nada tahyul yang menyebabkan sukar untuk diterima oleh logik mereka.
Kesimpulan
Sebelum ini golongan ateis sudah terkenal dengan slogan yang menghina agama-agama. Kini mereka teralih kepada fenomena mahu beragama untuk melempias nafsu mereka yang mahu menghina agama dengan cara ‘berseni’ mereka sendiri. Oleh itu jelas bahawa perbuatan mereka ini adalah tidak bermoral dan menyangahi kebebasan pihak lain.
Bagi meminimalkan berlakunya perkara tersebut ada beberapa perkara yang harus diambil kira hasil pemerhatian apa yang telah berlaku kepada gereja di Barat.
Pertama, Islam haruslah sentiasa dijadikan sebagai cara hidup berdasarkan sumber yang shahih. Kedua, golongan pendidik khususnya dari kalangan guru-guru hendaklah memiliki bacaan yang luas dan pelbagai termasuk di dalam sudut pengetahuan sains, sejarah, dan logik. Ketiga, golongan agamawan hendaklah menjadi kritis dan sering menjawab persoalan ummah. Jangan sesekali memikirkan ‘hukuman’ itu adalah matlamat kepada segala persoalan yang ditimbulkan. Kerana perkara itu sering dilakukan oleh gereja di Barat sehingga golongan anak muda mereka tidak berminat dengan agama dan mereka lebih memilih untuk menjadi ateis. Keempat, diadakan dialog harmoni diantara agama kerana perkara itu boleh menjernihkan salah faham antara satu sama lain dan mengelakkan dari munculnya pemikiran untuk menyindir agama kerana mereka sering didedahkan dengan persoalan dan perbincangan yang mendalam di dalam agama.
Rujukan
[1] – (2004) Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England
[2] Pew Research Center: http://www.pewresearch.org/
[3] – (1996). A Lion Hanbook The World’s Religions, A Lion Book, England
[4] – (2013). The Religions Book, Dorling Kindersley, London
R&D Team Multiracial Reverted Muslims