DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGETUAI ‘KONVOI’ BERMOTOSIKAL KE DESARU UNTUK PENGUMUMAN DIBW 2019
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, menunggang motosikal dari Johor Bahru ke Desaru Coast bersama-sama dengan lebih 300 penunggang lain pada Selasa, 9 April 2019 bersempena majlis pengumuman acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2019, yang julung kali bakal diadakan di pantai Desaru sepanjang 25km pada September ini.
Turut mengiringi Baginda adalah YM Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, penunggang dari Thailand, Indonesia, Brunei, Malaysia Timur dan Kuwait.
DYAM Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja untuk DIBW 2019, berkenan untuk menjamu para penunggang makan tengah hari di Istana Pasir Pelangi sebelum memulakan tunggangan sejauh 70km untuk sidang media di Pusat Persidangan Desaru Coast.
Beribu peserta termasuk kelab motosikal antarabangsa dan tempatan dijangka akan menghadiri acara yang berlangsung selama 4 hari (13-16 September) dan menyaksikan pelbagai acara hebat seperti festival jalanan, konsert, perlumbaan motosikal pantai, pameran motosikal, pertunjukkan dari pengeluar, dan pelbagai lagi acara termasuk koleksi peribadi DYAM Tunku Ismail sendiri.
DIBW 2019 bertujuan untuk membentuk semangat persaudaraan dan meningkatkan imej permotoran di Malaysia dengan mempromosikan tema "The Real Brotherhood". Ianya sekaligus akan membawa penggemar motosikal bersatu dengan minat yang sama dan membudayakan aktiviti bermotosikal yang sihat.
---
HRH CROWN PRINCE OF JOHOR LEADS MOTORCYCLE CONVOY TO DESARU FOR DIBW 2019 ANNOUNCEMENT
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, rode from Johor Bahru to Desaru Coast with over 300 bikers on Tuesday, 9 April 2019, in conjunction with the announcement of the inaugural Desaru International Bike Week (DIBW) 2019, which takes place at the 25km-long Desaru beach this September.
Among those that accompanied HRH Tunku Ismail were HH Dato' Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud, Tengku Sri Temenggung Raja of Terengganu, and riders from Thailand, Indonesia, Brunei, East Malaysia and Kuwait.
HRH Tunku Ismail, who is the Royal Patron for DIBW 2019, first hosted a luncheon with the bikers at the Istana Pasir Pelangi before riding for about 70km for the press announcement at Desaru Coast Conference Centre.
Thousands - including international and local motorcycle clubs - are expected to attend the four-day event (13-16 September) that sees high-octane street festivals, concerts, motorcycle beach races, bike shows, manufacturer showcases, HRH Tunku Ismail's private collection and many more attractions.
DIBW 2019 hopes to inspire the spirit of brotherhood and enrich the biking scene in Malaysia by promoting “The Real Brotherhood”, thus bringing two-wheel enthusiasts together for the common interest of promoting healthy motorcycling activities.
同時也有35部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Dapatkan baju Sentiasa Lapar sekarang! Link di bawah: https://tuatu.my/products/sentiasa-lapar Rhys William kini kembali dalam musim terbaru siri pop...
「pantai timur malaysia」的推薦目錄:
pantai timur malaysia 在 ROTIKAYA Facebook 八卦
Siap buat solat hajat setiap tahun
pantai timur malaysia 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook 八卦
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR – SEBUAH PERJUANGAN IKHLAS YANG DIHIJAB
“Ya Allah, TMJ sangat baik. Baginda sentiasa memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Semasa pertemuan, kami berbincang panjang bagaimana mahu membantu rakyat yang dalam kesusahan dan menjaga martabat agama Islam, mendidik anak muda, serta bagaimana mahu meningkatkan kemajuan institusi pendidikan”- Ustaz Ebit Lew
Itu adalah petikan kata-kata Ustaz Ebit Lew, seorang figura yang tidak lekang dengan usaha-usaha kebajikan dalam membantu rakyat Malaysia walaupun berlainan ras dan agama selepas pertemuan bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Seperti Ustaz, DYAM Tunku Mahkota Johor juga representasi seorang Putera Raja bersifat altruistik dan mempunyai empati, simpatetik serta responsif terhadap rakyat baginda. Baginda terlalu menyayangi rakyat khususnya bangsa Johor sehingga sanggup menghabiskan sebahagian masa terluang bersama rakyat baginda.
PUTERA RAJA YANG MEMPUNYAI AMBISI MULIA
Sejak dahulu lagi. Sejak bertahun-tahun dulu lagi. DYAM Tunku Mahkota Johor begitu signifikan dengan gerak langkah dalam memberi sumbangan peribadi dan prihatin atas kesusahan rakyat. Sumbangan yang baginda kurniakan juga tidak terhad pada sesuatu perspektif sahaja tetapi merangkumi satu asosiasi yang amat luas.
Ini terbukti dengan pelbagai sumbangan yang telah diberikan. Maka di artikel ini kami mengimbas kembali sumbangan yang diberikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor.
MEMBANTU RAKYAT JOHOR DALAM KESUSAHAN
Pada 14 Mac 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberi sumbangan bantuan kepada mangsa bencana pencemaran sisa toksik Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Sekitar 14 Disember 2019, baginda telah mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kg. Sungai Siam, Kulai sejurus pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.
Pada 16 Disember 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Balairaya Kg Baru Sg. Mas, Kota Tinggi.
MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA DALAM KESUSAHAN
Pada sekitar bulan Disember 2014. Satu bencana banjir telah melanda negeri-negeri pantai timur Malaysia ketika itu. Puluhan ribu mangsa terbabit dalam bencana tersebut. Persiapan barangan sekolah, buku-buku antara material yang musnah dan perlu bantuan segera memandangkan musim baharu persekolahan akan bermula selang beberapa minggu lagi.
DYAM Tunku Mahkota Johor telah berbesar hati memberi sumbangan derma kepada SUK Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir di setiap negeri tersebut.
Pada tahun 2015, ketika itu satu tragedi gempa bumi berukuran 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi, hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di negeri tersebut. Bangunan seperti sekolah, kuarters guru antara yang terjejas teruk. Manakala jalan raya dan penghubung ke tempat-tempat utama juga menerima impak yang sama. Atas keprihatinan tersebut, baginda telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000.00.
MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN
Pada 15 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor memberi sumbangan kepada asnaf ketika majlis santapan berbuka puasa di Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.
Pada 19 Mei 2019, baginda dan YM Che Puan Khaleeda berangkat hadir menziarahi anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. DYAM Tunku Mahkota Johor turut meluangkan masa melawat asrama putera dan puteri serta memberikan sumbangan kurnia kepada anak-anak yatim dan pengurusan pertubuhan kebajikan tersebut
Pada 30 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri
Sekitar Julai dan Julai 2019 (Bulan Ramadhan)- DYAM Tunku Mahkota Johor telah meluangkan masa berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di daerah-daerah negeri Johor. Baginda juga berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi kepada Asnaf di semua lokasi-lokasi yang dilawati. Antara lokasi bertuah tersebut adalah Masjid IOI, Segamat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
MEMBERI SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TERMASUK ORANG ASLI MALAH TIDAK LUPA DALAM KEWAJIBAN DALAM ZAKAT
Pada 29 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada tarikh tersebut,. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.
Untuk jumlah kumulatif lebih tepat baginda sepanjang 2017, 2018, 2019 sahaja hampir mencecah RM 5 juta!
5 November 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. Baginda turut berkenan lima buah masjid di daerah negeri Johor dinaikkan taraf untuk kemudahan rakyat beragama Islam menunaikan solat fardu Jumaat pada masa akan datang.
Pada 22 Ogos 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan sumbangan kurnia kepada para Mualaf serta Anak-Anak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor
MEMBERI SUMBANGAN DAN MENGHARGAI WIRA NEGARA
DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak melupakan jasa-jasa pewira negara. Pada
3 Mac 2019, satu apresiasi keatas wira negara apabila baginda berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin. Ini bukan pertama kali penghargaan diberi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Imbas kembali, pada sekitar Oktober 2018, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberikan sumbangan kepada waris enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
MEMBERI SUMBANGAN DAN BANYAK MEMBANTU DALAM MENGAWAL PENDEMIK COVID-19 DI NEGERI JOHOR
Pada Mac 2020, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan Pro Canselor UTHM telah mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.
Pada bulan yang sama juga, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, daerah-daerah dan pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang dihadapi dalam situasi COVID-19.
Tidak berhenti disitu, pada akhir Mac 2020, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa 30 unit Blood Pressure Monitoring Set, 55 unit Infrared Thermometer, 31 unit Glucometer, 35 unit Pulse Oxymeter. Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19 Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.
Akhir penulisan, sesungguhnya segala kebajikan dan tanggungjawab yang dilakukan baginda bukanlah hanya mengikut trend atau populariti tetapi ianya kerana desakan kesedaran yang kuat dalam keprihatinan membina hubungan erat, perkongsian rezeki, muafakat, saling menghormati dan memahami perit getir rakyat marhaen.
“Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sumber: https://www.facebook.com/150583211748083/posts/2026672534139132/
pantai timur malaysia 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
Dapatkan baju Sentiasa Lapar sekarang! Link di bawah:
https://tuatu.my/products/sentiasa-lapar
Rhys William kini kembali dalam musim terbaru siri popular, Mat Salleh Cari Makan.
Kini Rhys akan menjelajah seluruh Pantai Timur dalam perjalanannya mengenali budaya setempat melalui hidangan setiap negeri. Dalam episod pertama Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur yang dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia, Rhys memulakan perjalanannya dari Bentong, Pahang.
Lemang merupakan makanan tradisional bangsa Melayu yang sering dihidangkan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha
Rhys singgah ke restoran terkenal Lemang To'Ki yang menyediakan hidangan tradisional ini sepanjang tahun. Rhys bertemu Encik Mazlan dan mempelajari ilmu pembuatan lemang secara langsung dari beliau. Tidak hairanlah sehingga ada pelanggan menaiki helikopter semata-mata merasai keenakan Lemang To'Ki.
Siri ini dibawakan kepada anda oleh Bridgestone Tyre Malaysia. Jangan lupa like Facebook page Bridgestone Tyre:
https://www.facebook.com/BridgestoneTyreMalaysia/
SUBSCRIBE ke saluran Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti Destinasi TV di:
Facebook: https://www.facebook.com/DestinasiTV/
Instagram: https://www.instagram.com/DestinasiTV/
Dapatkan Baju-T Rasmi Destinasi TV sekarang: https://bit.ly/2Y6xHab
Ikuti Rhys William di:
Facebook: https://www.facebook.com/matsallehcarimakan/
Instagram: https://www.instagram.com/si_rhys/
Twitter: https://twitter.com/si_rhys
#BridgestoneMalaysia #SafetyinEveryMoment #LemangTo'Ki
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.

pantai timur malaysia 在 ERA Youtube 的評價
Jom dengar lagu Terakhir versi Kelantan khas buat orang Pantai Timur ?

pantai timur malaysia 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
Pengembaraan Mat Salleh Cari Makan di Pantai Timur diteruskan ke Temerloh, Pahang. Titik tengah semenanjung Malaysia. Sebut sahaja Temerloh, pasti ada yang menggambarkan Tempoyak Ikan Patin.
Tapi dalam episod kali ini, Rhys William bukan semata-mata menjamah tempoyak, tetapi mempelajari sendiri bagaimana ikan patin diternak dan mengapa Temerloh terkenal dengan ikan patinnya yang berkualiti tinggi.
Siri ini dibawakan kepada anda oleh Bridgestone Tyre Malaysia. Jangan lupa like Facebook page Bridgestone Tyre:
https://www.facebook.com/BridgestoneTyreMalaysia/
SUBSCRIBE ke saluran Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti Destinasi TV di:
Facebook: https://www.facebook.com/DestinasiTV/
Instagram: https://www.instagram.com/DestinasiTV/
Dapatkan Baju-T Rasmi Destinasi TV sekarang: https://bit.ly/2Y6xHab
Ikuti Rhys William di:
Facebook: https://www.facebook.com/matsallehcarimakan/
Instagram: https://www.instagram.com/si_rhys/
Twitter: https://twitter.com/si_rhys
#BridgestoneMalaysia #SafetyinEveryMoment #IkanPatin
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
