Sukan Olimpik Rio menutup tirai hari ini. Kontinjen negara pulang dengan 5 pingat: 4 perak dan 1 gangsa. Ini pencapaian yang terbaik oleh kontinjen Malaysia dalam sejarah penyertaan kita dalam temasya Olimpik. Kalau di campur semua pingat yang dimenangi daripada edisi-edisi Olimpik sebelum ini, jumlahnya 6. Kali ini 5. Tahniah kepada kontinjen kita.
Walaupun Negaraku masih tidak berkumandang di Sukan Olimpik, saya bangga dengan pencapaian para atlet kita. Mereka berjaya menyatukan rakyat dan memberi sinar harapan kepada semua tak kira bangsa, usia mahupun latar belakang.
Saya tahu Lee Chong Wei sangat sedih dengan keputusan perlawanan akhir. Berat mata memandang lagi berat bahu yang memikul harapan negara selama sepuluh tahun lebih. Kepada Chong Wei, anda tetap kebangaan negara. Anda tetap hero kami, rakyat Malaysia. Terima kasih kerana berjuang habis-habisan selama ini. Anda mendapat penghormatan setiap seorang rakyat Malaysia.
Kepada Wee Kiong dan V Shem, Liu Ying dan Peng Soon, Pandelela dan Jun Hoong, dan Azizul: tahniah dan terima kasih kerana menjadi kebangaan negara, berdiri diatas pentas dunia sebagai juara. You're all the best and you have inspired generations of Malaysian athletes to come.
Kepada para atlet, jurulatih dan pegawai yang lain, saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih. Thank you for making this Malaysia's BEST EVER Olympic Games. Kepada Ketua Kontinjen, Tan Sri Alamin, terima kasih atas kepimpinan yang hebat. One for the history books, Min.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada predecessor saya, Dato' Shabery Cheek. Anda telah mulakan Program Road to Rio selepas London 2012 yang telah saya mewarisi dan meneruskan. Ini hasilnya boh! Kemah keming Kemamang!
Namun fokus kita sekarang mesti beralih ke Tokyo 2020. Perancangan kearah 2020 telah bermula dengan pelancaran Program Podium pada Februari tahun ini. Saya akan tekankan lagi pembangunan para atlet pelapis dan penerapan sains sukan melalui Program Podium dan Program Kita Juara. Saya yakin dengan perancangan yang baik, Tokyo 2020 akan mengakhiri penantian Malaysia untuk mendapat pingat emas.
Sekali lagi tahniah kepada wira-wirawati negara. I will look back on Rio years from now with tears in my eyes and pride in my soul. Because you all made me believe that we can achieve greatness and a nation united.
Malaysia Boleh!
Majulah sukan untuk negara.
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過285萬的網紅Namewee,也在其Youtube影片中提到,欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/...
pandelela 在 Lee Chong Wei 李宗伟 Facebook 八卦
Akhirnya, temasya Olimpik Tokyo akhirnya menutup tirainya dengan permaisuri diving kita Pandalela Rinong sebagai pemegang bendera di closing ceremony. Pada pendapat saya, Olimpik kali ini seharusnya diiktirafkan sebagai “Olimpik paling sukar” di mana persiapan terganggu menjelang temasya, dengan stadium sukan yang sepi, disebabkan pandemic Covid-19.
Akan tetapi, skuad Malaysia telah berjaya menyerikan and menyatukan rakyat jelata Malaysia dengan persembahan yang terbaik. Pedih hati ChongWei melihat air mata rakan-rakan seperjuangan dalam temasya ini. ChongWei tahu, rakyat tahu, negara tahu; anda semua telah melakukan yang terbaik demi bendera di dada. Syabas dan tahniah, boys and girls! Sekali lagi membuktikan yang Malaysia sememangnya…. BOLEH!
Khairul, Syaqiera, Azreen, Hup Wei, Zii Jia, Aaron, Wooi Yik, Soniia, Mei Kuan, Meng Yean, Peng Soon, Liu Ying, Azizul, Shah Firdaus, Dhabitah, Yan Yee, Pandelela, Jun Hoong, Mun Yee, Farah, Phay Xing, Khairulnizam, Shazrin, Nuraisyah, Juni Karimah, Suryani, Welson, Jing En, Kelly Tan and Gavin Green. Saya mewakili Team Malaysia dan rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada anda semua.
Walaupun berbezanya agama, berbezanya adat, dan dengan negara dalam kemelutan pandemik dan politik; kamulah yang menunjukkan melalui sukan di pentas dunia bahawa orang Malaysia ni kuat dan taat sayang kepada negara tercinta, negara kita, Malaysia kita. Bak lagu Ella, dan frasa ini 100% tepat menusuk hati,”Engkau terunggul, wajar standing in the eyes of the world”.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Olympic Council of Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria , Menteri Belia dan Sukan Dato Seri Reezal Merican Naina Merican , MSN, ISN atas kepercayaan ke atas saya sebagai Chief De Mission. I am proud of the team. Signing out.
Lee Chong Wei,
Chief De Mission of Malaysia Tokyo Olympics
A proud Malaysian 🇲🇾
pandelela 在 Neelofa Facebook 八卦
Semalam I was so lucky sebab Lofa dapat duduk sebelah our very own Olympics silver medallist, Pandelela Rinong!!! ❤️
This woman is so inspiring, did you guys know she was the first woman to receive a medal from Olympics for Malaysia? So proud 👏🏻👏🏻👏🏻 Malaysia Boleh!
pandelela 在 Namewee Youtube 的評價
欲網購黃明志最新實體專輯《亞洲通才》及歷年專輯和周邊商品請到。Purchase Namewee Latest 《Asian Polymath》 , Others Music Albums & Merchandises Please log in to https://namewee4896.com/
Namewee 黃明志 Official Facebook Fan Page:
https://www.facebook.com/namewee/
Namewee YouTube Channel Link:
http://www.youtube.com/namewee/
#Namewee #黃明志 #Tokok008
pandelela 在 ERA Youtube 的評價
Video memain je ni. Lepak menari-nari dengan atlik Olimpik Pandelela Rinong di JoHaRa Pagi ERA. Sorry, Ah Chai masih sibuk. Nanti dia buat video ok?
pandelela 在 ERA Youtube 的評價
Sempena birthday Pandelela Renong harini, 2 Mac, Petang ERA nak belanja sikit lagu parodi Nobody. Jom layan sini jom!
ERA fm
Website: http://era.fm
Facebook: http://fb.era.fm
Twitter: http://twitter.era.fm
YouTube: http://youtube.era.fm
Instagram: http://instagram.era.fm