CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH.
Walaupun tahun ni tak dapat mengerjakan solat tarawaih berjemaah di masjid, buatlah bersama-sama dengan family di rumah.. yang penting kita buat.
Semoga ramadhan kali ini lebih makna.. agar dapat kita tempuhi dgn lebih sempurna.
Semoga COVID-19 hilang dari dunia ini dengan cepat, dan orang yang dijangkiti sembuh seperti sediakala.
PANDUAN SOLAT TARAWIH 🌺🌺
Solat Tarawih dikerjakan selepas mengerjakan
solat Isyak dan waktunya berpanjangan
sehingga akhir malam.
Jangan tergesa-gesa mengerjakannya. Cari waktu yang sesuai. Tidurkan anak dahulu, lepastu boleh solat tanpa ada sebarang gangguan.
NIAT SOLAT SUNAT TERAWIH
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua
rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.
Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan
3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam
dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam
dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah,
surah surah berikutnya adalah pilihan kita
dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat,
doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk
amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan
antara solat.Tidak ada larangan untuk
bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab
melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan
solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat
yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.
Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat
(6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam)
dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail,
boleh tangguhkan solat witir selepas selesai
qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah
penutup kepada solat2 sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat
kerana Allah Taala"
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat
kerana Allah Taala"
● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x]
● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu
daripada balasanMu,dan aku berlindung
denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas
diriMu.Maka segala pujian dan sanjungan
sehingga Engkau redhai..
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak
dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke
masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas
berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama
berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas
langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni
kita usaha buat.
Selamat menjemput pahala yang banyak di bulan Ramadhan!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「niat solat terawih」的推薦目錄:
- 關於niat solat terawih 在 9bulan10hari Facebook
- 關於niat solat terawih 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於niat solat terawih 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於niat solat terawih 在 Bryan Wee Youtube
- 關於niat solat terawih 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於niat solat terawih 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
niat solat terawih 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH
.
Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid.
.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
.
● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh rujuk gambar di bawah ye:
.
SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~
* Niat (Rujuk gambar)
.
* Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
.
*Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
.
* Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
.
* Niat (Rujuk gambar)
.
*Lakukan 3 rakaat 2 salam,
Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
.
*Zikir selepas witir (Rujuk gambar)
.
* Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
.
Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.
.
SEMOGA BERMANFAAT...😊
niat solat terawih 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Isteri marah suami kerana tak pergi solat terawih dengan kata-kata sinis dan membuatkan suami terasa hati.
.
Isteri itu mungkin lupa bahawa menjaga perasaan suami itu wajib sedangkan mengerjakan solat terawih itu sunat. ☺
.
Inginkan yang sunat, yang wajib tergadai.
.
.
Sempena Ramadhan ini, ramai orang komen orang lain tidak menunaikan solat terawih dan tingkatkan ibadah sunat kerana sibuk mencari harta.
.
Mencari rezeki, memberi nafkah kepada keluarga itu wajib dan sedangkan solat terawih itu sunat. Dengan niat yang betul, kerja mereka juga boleh menjadi ibadah kepada Allah.
.
Lagipun siapa tahu mereka itu mungkin ada berjaga malam untuk tunaikan solat-solat sunat dan seumpamanya.
.
Rezeki manusia tidak sama, ada orang perlu bekerja lebih hanya untuk mendapat secebis rezeki berbanding orang yang hanya bekerja beberapa jam.
.
Pokoknya, usaha tingkatkan ibadah sendiri. Kurangkan melihat keburukan orang. Tak gitu? :D
.
.
Orang beriman itu, pandangan mereka suci bukan bersifat benci. 😉
#pesananustaz
Kagum dengan orang tua yang upaya kurang daripada kita, namun tidak tinggalkan terawih :'( Moga kita istiqomah hidupkan roh ibadah dan sunnah dalam rumahtangga.
niat solat terawih 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價

niat solat terawih 在 Bacaan Niat Sholat Tarawih Sendiri, Berjemaah, Berikut Niat ... 的相關結果
"USHOLLII SUNNATAT-TAROOWIIHI ROK'ATAINI MUSTAQBILAL QIBLATI LILLAAHI TA'ALAA." Artinya: Saya niat salat sunnah tarawih dua raka'at menghadap kiblat karena ... ... <看更多>
niat solat terawih 在 Niat Sholat Tarawih dan Witir serta Tata Caranya - Detik.com 的相關結果
Usholli sunnatal witri tsalaatsa raka'aatin mustaqbilal qiblati adaan ma'muuman lillahi ta'aala. Artinya: Saya niat sholat sunnah witir tiga ... ... <看更多>
niat solat terawih 在 Bacaan Niat Sholat Tarawih Berjamaah: Arab, Latin, dan Artinya 的相關結果
Ushalli sunnatat tarawihi rak'atayni mustaqbilal qiblati ada'an ma'muman lillahi ta'ala. Artinya: Aku menyengaja sembahyang sunnah tarawih dua ... ... <看更多>