[10 Tahun]
Perkongsian kali ini akan lebih panjang dari biasa dan harap anda akan bersabar membacanya... Sahabat semua akan ketahui selepas selesai membaca nanti...
Cepat masa berlalu. Ianya seperti baru sahaja berlaku semalam. Namun itulah realiti dunia pada akhir zaman di mana masa berlalu tanpa kita sedari.
Tanggal 10 Ogos 2005, saya telah mengucapkan dua kalimah shahadah di pejabat PERKIM, Jln Ipoh di hadapan Ustaz Amran Abdullah. dari tahun 2005 hingga awal 2011, saya hanyalah seorang Muslim yang tahu menunaikan solat 5 waktu dan saya tidak tahu susunan rukun Iman mahupun rukun Islam. Bukan niat membuka aib diri tetapi harap ianya menjadi inspirasi dan motivasi sahabat semua.
Perniagaan Restoran Dim Sum Zheng He di Kelana Jaya ditutup pada 2008. Tidak mampu membayar duit kereta sehingga ditarik dan tiada kenderaan. Berhenti kerja kerana was-was pada sumber pendapatan hasil dari iklan yang tidak patuh syariat dan banyak lagi cubaan dunia...
Sepanjang waktu ini, saya hanya memiliki 3 buah buku dan antaranya adalah sebuah terjemahan al-Quran yang umpama lagu IKLIM; 'Suci Dalam Debu' yang jarang saya baca dan sentuh. Pengetahuan tentang Islam hanyalah sekitar solat wajib, puasa wajib, zakat wajib, menunaikan haji wajib, khinzir haram, arak haram & lelaki boleh kahwin 4. Itu sahaja yang saya ketahui. Siapakah Allah? Siapakah Nabi Muhammad SAW? Entahlah... Orang bertanyakan saya tentang Islam, Islam diserang, Islam dikritik, saya diam seribu bahasa bukan kerana takde perasaan marah tetapi tak tahu nak jawab apa dan yang terbaik saya mampu buat adalah; MENGHERDIK mereka yang bertanya tentang Islam.
Dakwah? Tak pernah dengar perkataan itu sepanjang 2005-2011 maka tidak hairanlah tidak pernah saya berdakwah kepada ahli keluarga saya sendiri. Namun jemputan oleh Sis Rayhana Tong ke 'Revert Gathering' menemukan saya dengan insan yang mengubah diri ini buat selama-lamanya. Itulah kali pertama saya bertemu dan mendengar nama ini;
Ustaz Hussain Yee. Seorang Ustaz 'muallaf' berbangsa Cina berasal dari Pulau Pinang yang terkenal serta berdakwah di seluruh dunia mengajak manusia kembali kepada agama fitrah. Beliau mengajar saya untuk bersederhana dalam beragama dan jangan ekstrem.
Dari 2005-2011 saya langsung tidak pernah menghadiri kuliah agama tetapi semenjak pertemuan itu, setiap hari selepas kerja saya akan menghadiri kuliah dan hujung minggu menyertai kursus intensif dengan yuran antara RM200-RM400 yang bagi saya yang dulu agak mahal tetapi kerana dahagakan ilmu maka segala-galanya nampak murah di saat itu. CD-CD lagu ditukar dengan MP3 kuliah agama dan sirah Nabi Muhammad SAW.
Dari 2011 hingga hari ini, saya berkenalan dengan individu hebat dalam yang telah banyak mengajar saya tentang selok belok dakwah seperti Bro Lim Jooi Soon, Bro Shah Kirit, Ustaz Amin Yaacob, Cikgu Kamarul Zaman Al Widuri dan ramai lagi. Tidak pernah bercita-cita menjadi public speaker berkaitan agama tentang QadarAllah membolehkan saya mula berkongsi tentang agama Islam.
Perjalanan dakwah membuka peluang sehingga dijemput menjadi tetamu Allah bagi menunaikan umrah yang ditaja sepenuhnya oleh bekas bos merangkap guru saya, Dato Adnan Hashim dan juga dijemput menjadi Hos rancangan Tetamu Masjid China di TV Al-Hijrah pada 2013, Hos rancangan dakwah berbahasa Mandarin di RTM2 bertajuk HIKMAH terbitan JAKIM serta dijemput sebagai panelis di stesen TV & radio yang tidak pernah saya impikan ketika saya mula mengorak langkah memdalami ilmu agama Islam.
Multiracial Reverted Muslims - MRM ditubuhkan dan seorang hamba Allah mewaqafkan bangunan di Wangsa Maju sebagai pusat dakwah dan operasi kami serta dalam masa yang sama dilantik sebagai Panel Penasihat Akidah Di Jabatan Mufti Selangor, Timbalan Sekretariat Dakwah Selangor. EXCO Majlis Dakwah Malaysia. Saya ceritakan semua ini bukan untuk berbangga tetapi peringatan buat diri ini tentang perjalanan dakwah yang sama sekali tidak pernah saya rancang sebegini rupa tetapi perancangan Allah lebih hebat.
Itu perjalanan 10 tahun sebagai Muslim dari 2005-2015. Apa pula perancangan saya dalam 10 tahun akan datang?
InshaAllah saya berharap dalam 10 tahun akan datang saya akan berkongsi di Facebook tentang kejayaan membina Kompleks Dakwah MRM yang dilengkapi hostel bimbingan muallaf, anak yatim, kawasan rekreasi, perpustakaan awam, rangkaian perniagan MRM menjana pendapatan untuk dakwah dan kebajikan. InshaAllah...
10 tahun yang penuh dengan suka dan duka tetapi Alhamdulilah.. Hari ini genaplah 10 tahun saya kembali kepada Islam... Nikmat yang tidak akan ditukarganti dengan sagala harta dunia... Alhamdulilah....
Jazakumullah Khairan khususnya buat isteri Norshakina Bte Shahrudin yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh itu dan juga sahabat-sahabat perjuangan MRM yang sentiasa bersama di kala susah dan senang seperti Bro Ng Kuan Beng, Destiny Ow Yong Hafeez, Sis Nadhirah Lee dan ramai lagi yang saya tidak mampu senaraikan semua. Semoga Allah mengikhlaskan niat kita, menyatukan jemaah untuk terus menyebarkan agama yang kita cintai ini....
「motivasi hijrah untuk diri sendiri」的推薦目錄:
- 關於motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Hazalif hazani Facebook
- 關於motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook
- 關於motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Kata Motivasi untuk Diri Sendiri Menjadi Lebih Baik ... - YouTube 的評價
- 關於motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Pin by Zahira Fashion on Motivasi Hijrah, nasihat & bimbingan 的評價
motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Hazalif hazani Facebook 八卦
Kadang2 cuma perkara simple yang tak masuk akal pun boleh bergaduh sampai berhari2 ada sampai tak bertegur terus. Ingat lah hadith Nabi S.a.w. Bahawa neraka bagi orang yang memutuskan tali persaudaraan. Nampa macam kecil, tapi hanya disebabkan ego kita sebenarnya telah korbankan syurga.
.
Apa besar sangat ke ego tu kalau nak banding kan dengan syurga tuhan ? Pujuk lah hati untuk memaafkan orang lain dan diri sendiri. Kita juga tak sempurna, kalau bergaduh cubalah untuk berbaik dan baiki persahabatan.
.
Semoga bermanfaat untuk aku dan kamu. Share dan tag sahabat lain ya.
.
#alifteega #teega #dakwah #muhasabah #perbaikidiri #tarbiah #nasihat #teguran #kongsi #ilmu #positivevibes #motivasi #hijrah #jommuhasabahdiri #nur #ubah #katakatamutiara #mutiarakata #pesanan #kebaikan
motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 八卦
"Kisah Yang Menghidupkan"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi untuk join Program MDB With Youths "Heal & Grow" anjuran 5pages1day. Dan seperti biasa Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) akan membuat lontaran minda kepada peserta dalam lebih kurang 15 minit. Penulisan pada minggu ini agak panjang sikit kerana saya hanya memindahkan apa yang telah dikongsikan oleh MDB. Mudah-mudahan semua dapat melihat bahawa tugas MENULIS ini bukan tugas biasa-biasa, tugas orang yang luar biasa. Kerana ramai orang suka membaca mungkin, tetapi kalau tidak ada bahan bacaan, bagaimana manusia boleh membaca? Kata orang-orang motivasi, "tanpa buku ditulis, dunia akan sepi."
Dalam konteks kita kalau tidak ada ilmu dan buku yang ditulis, ilmu juga akan beku. Kita akan melihat suatu kejumudan, suatu kelesuan pemikiran sebab buku itu melambangkan pemikiran, melambangkan suatu gelombang pemikiran yang tinggi di kalangan penulis dan pembaca. Malah kadang-kadang pembaca lebih banyak berfikir daripada penulis dengan lontaran yang kita lontarkan.
Apatah lagi kalau buku itu adalah sebuah kitab yang suci seperti al-Quran yang pastinya sarat dan padat dengan mesej yang boleh ditafsirkan, yang boleh dikembang-kembangkan, boleh dianjal-anjalkan supaya menjadi makna dan gelombang yang sentiasa hidup dalam pelbagai lapisan dan dimensi kehidupan. Pada hari ini, MDB berkongsi berkenaan Surah Yusuf ayat 3:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Terjemahan: Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
Apa yang menarik perhatian MDB, bagaimana Allah S.W.T. mengibaratkan atau memberi suatu kualiti deskripsi yang menarik iaitu "Kami akan menceritakan ke atas kamu sebaik-baik Kisah." Maknanya dalam al-Quran ini, cerita ini suatu benda yang penting. Malah tidak keterlaluan jika disebut secara rambangnya 1/3 daripada al-Quran adalah cerita. Cerita itu merupakan satu keperluan kemanusian dan tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa cerita itu hanya relevan pada zaman dahulu. Cerita bukanlah bermaksud konten itu, tetapi cara pengceritaan itu. Manusia sentiasa suka untuk mendengar cerita, membaca cerita, malah difilemkan cerita kerana itu sifat manusia. Dan Allah S.W.T. menjadikan manusia ini pada pandangan MDB suka kepada pengceritaan.
Manusia ini adalah "the best story telling creatures". Manusia ini adalah sebaik-baik pengciptaan Allah untuk menceritakan dan mendengar cerita. Anak-anak kita kalau diceritakan, mereka suka mendengar cerita. Sebab itu di budaya Barat, mereka banyak melakukan cara Pendidikan melalui pengceritaan. Daripada kecil lagi cerita mimpi, cerita perjuangan, cerita visi, cerita masyarakat, cerita binatang telah diajarkan. Sebab itulah motivasi manusia untuk berfikir.
Dalam masyarakat kita di Malaysia, MDB bercerita tentang zamannya dahulu yang mana kita dilarang atau jangan bermimpi. Kita tidak digalakkan untuk melakukan satu imaginasi yang tinggi malah dijadikan dalam silibus Pendidikan, kisah angan-angan Mat Jenin. Tidak boleh angan-angan. Dianggap satu benda yang buruk dan negatif. Kalau kita angan-angan, kita ditegur oleh ibu bapa kita. "Hang ni kenapa duk berangan sangat, kenapa duk berkhayal sangat." Sedangkan angan-angan itu, khayalan itu adalah sifat manusia yang ada gelombang positifnya dalam masyarakat. Jadi, dalam konteks ini kita melihat bahawa cerita itu boleh disalurkan kepada membina mimpi dan impian. Kerana kalau nak bagi rasa semangat dengan fakta dan cerita biasa tidak boleh.
Jika kita nak buat buku motivasi, sekadar buku motivasi, tidak ada pengceritaan, ia tidak menarik. Malah dalam buku motivasi kesemuanya mesti ada case study, mesti ada clinical report, mesti ada pengalaman-pengalaman orang psikiatrik, orang psikologi, orang NGO, orang-orang Korporat yang membuat benda-benda yang luar biasa untuk memberikan motivasi kepada pembaca. Jadi dia punya "core focus" adalah sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama oleh Penulis kepada Pembaca.
Berbalik kepada Surah Yusuf, kenapa al-Quran ini cerita? Dan kadang-kadang kita rasa cerita dalam cerita, dalam bicara hukum-hakam yang serius dimasukkan cerita sekejap, kemudian keluar balik, kemudian masuk balik, mesti ada suatu mesej yang terlalu Agung, yang terlalu mulia yang mungkin frekuensi minda kita tidak boleh mendapat jawapan tersebut. "It's not the fault of the Quran, it's the fault of the Heaven, is the fault of ourself yang kita menggunakan frekuensi yang rendah untuk memahami suatu yang tinggi." Cerita Nabi Yusuf bukan biasa-biasa, sedangkan cerita ini "is the best story ever told in the Quran." Dari segi bahasanya, cara pengceritaannya, cara metaforanya, cara pemikiran futurisnya, cara pemikiran throwback/flashback, cara mesej dalam cerita, cara ketukan-ketukan hati dan minda semua ada dalam Surah ini.
Sebagai mengambil semangat ini, sudah tiba masanya kita "upgrade" ilmu al-Quran kita. Ada orang dia baru atau sedang belajar untuk membacanya. Baik dan teruskan. Ada orang pula dia sedang talaqqi dengan guru untuk memperelokkan bacaan. Bagus juga dan teruskan. Cuma saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk belajar ilmu Tadabbur al-Quran juga, mudah-mudahan kita bukan sekadar boleh baca tetapi memahami dan mengamalkannya. Tambahan lagi di Televisyen dan Media Sosial dah macam-macam Slot al-Quran ini. Sebagai contoh My Qurantime di TV Al-Hijrah, Pages Facebook Tadabbur Centre dan MDB sendiri ada Slot Tadabbur Al-Quran Secara Kognitif bersama Ustaz KAB setiap Sabtu jam 3 petang (hari ini). Tinggal mahu atau tidak sahaja. "Better late than never." 😃
Berbalik kepada Penulis Muda atau baru belajar menulis, jadi MDB melihat bahawa "Kisah" ini banyak faedah dan manfaatnya. Kalau nak menulis, jangan abaikan aspek ini walaupun kita mula dengan apa yang kita suka dahulu, bidang kita sama ada penulisan sastera, penulisan akademik, penulisan agama, penulisan saintifik, penulisan politik, kritikan dan sebagainya. Jangan lupakan aspek cerita-cerita dalam penulisan kita. Kerana al-Quran pun sarat dan padat dengan "Cerita". Jadi atas dasar itu, kita kena banyak baca buku-buku cerita dan novel. Ceritalah yang dapat merungkaikan segala-galanya.
Untuk menjadi penulis masa hadapan, kita mengambillah inspirasi daripada al-Quran, yang penuh dengan cerita dan kalau kita baca cerita al-Quran, buka minda kita. Kadang-kadang MDB rasa bahawa, (mungkin tidak betul), mesej yang tersirat di sebalik cerita itu, lebih hebat dan lebih berat daripada mesej yang disampaikan secara ayat yang berskala rendah, berfrekuensi rendah. Saya tidak katakan ada perbezaan antara ayat dengan ayat, tetapi dari segi cerita itu kita kena fikir dalam sikit. Contoh ayat berkenaan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. "Straight forward" dari segi pemahaman. Tetapi bila Allah bercerita mengenai Dzulkarnain, Teknologi Dzulkarnain, tentang tawaran kaum Dzulkarnain, jadi kita baca cerita ini, kita kena lebih fikir dalam sikit supaya dapat mesej daripada cerita.
Jadi "Cerita" ini bukan mudah. Nak tulis pun payah, nak faham pun payah. Itulah satu aspek penulisan yang kita rasa kita kena kembali semula membuat suatu penulisan untuk anak-anak kita yang kecil lagi, 3 tahun, 4 tahun sampailah mereka jadi dewasa dan peringkat zaman sekarang dengan kegawatan ekonomi, politik, sosial, kita kena banyakkan pengceritaan kepada masyarakat. Mereka ini tidak suka baca buku yang berat, buku-buku yang akademik, tetapi untuk masyarakat biasa, orang biasa tidak kira umur, pangkat dan kedudukan, mereka lebih suka membaca buku bertema tinggi tetapi dibuat dalam bentuk novel, buku-buku cerita yang pelbagai bentuk.
Sebagai akhirnya, mudah-mudahan dengan pengisian ini, kita jadilah skill untuk menulis sebuah cerita itu, suatu skill yang ada dalam semua penulisan kita. Dalam cerita itu ada pengajaran. Dalam semua buku motivasi yang kita baca mesti ada cerita tentang pengalaman, cerita pengkajian makmal, cerita pengkajian medan, pengkajian lapangan untuk menjadikan sebuah buku itu lebih lunak dibaca, lebih mencabar minda, dan boleh menjentik perasaan kita. Apa guna tulis buku kalau tidak dapat menjentik minda, perasaan, jiwa dan ruh pembaca kita. Jadi kita kena berusaha lebih kuat lagi, jangan give up, long way to go, banyakkan pembacaan buku-buku yang lebih berjaya daripada kita dan minta Allah S.W.T. ilhamkan kita dan berikan kita keseronokan membaca pagi, petang dan malam untuk kita menulis. Bukan untuk menjadi orang hebat, orang masyhur, tetapi menjadi seorang penulis yang memberikan impak kepada minda, ruh dan jiwa pembaca kita.
Itulah yang kita harapkan supaya setiap perkataan yang kita tulis itu menjadi wakaf untuk kita, sedekah jariah yang akan berterusan sampai bila-bila, sampai kita dibangunkan di Padang Mahsyar. Dengan syarat kita ikhlas menulis. Kita menulis kerana Allah S.W.T. Kita menulis kerana nak mengubah masyarakat. Penulis adalah Perubah Masyarakat. Saya kongsikan gambar Novel "Diari Seorang Amil" karya Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam penulisan ini kerana buku ini antara yang terawal saya baca semasa saya mula bekerja di PPZ-MAIWP. Bagi saya kisah pengalaman Ustaz Hamizul sebagai sebagai seorang "Amil Zakat" telah banyak menginspirasikan saya untuk terus berada dalam bidang ini dan mudah-mudahan sehingga hujung nyawa. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah-kisah Pembayar Zakat untuk inspirasi bersama. Nak rasa nikmatnya BERZAKAT? Bayarlah dahulu, KITA akan rasa sendiri. Sekian....
#5pages1day
#mdbwithyouths
-
Ditulis oleh Ahmad Zulfadzli
motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Pin by Zahira Fashion on Motivasi Hijrah, nasihat & bimbingan 的八卦
#perempuanhebat #cewekhijrah #motivasi #bismillah Beautiful Quran Quotes, Hijrah Islam, Islamic ... Islamic Quotes Berdoa untuk Diri Sendiri. ... <看更多>
motivasi hijrah untuk diri sendiri 在 Kata Motivasi untuk Diri Sendiri Menjadi Lebih Baik ... - YouTube 的八卦
Motivasi Hijrah : Kata Motivasi untuk Diri Sendiri Menjadi Lebih Baik - Ustadz Maududi Abdullah, Lc.Setiap muslim tentu ingin menjadi pribadi ... ... <看更多>