Aghori: Kumpulan Hindu Mistik
Aghori adalah sekumpulan aliran (mazhab) Shaiva Sadhus dalam Hinduisme. Mereka sinonim dengan duduk dan menetap di atas tanah tanpa ada pelapik. Mereka sering membakar abu-abu pembakaran mayat dan akan tampal pada badan mereka. Selain itu mereka juga menggunakan tulang dari mayat manusia untuk dibuat perhiasan sebagai cawan tengkorak yang seperti Shiva, Kali dan dewa-dewa Hindu yang sering digambarkan secara simbolik memegang atau menggunakannya. Golongan Aghori mereka menfokuskan penyembahnya kepada dewa Shiva.
Kebanyakkan Aghori mereka membina komuniti yang kuat di luar bandar. Mereka sangat sinonim dengan pengamalan bomoh dan juga pemujaan untuk kekuatan penyembuhan dengan mengamalkan ritual mistik.
Sejarah Aghori
Tebing Sungai Ganges di India Utara adalah salah satu tempat paling suci dan terkenal untuk menunaikan ibadat bagi penganut agama Hindu, selain itu ia juga terkenal dengan nama Varanasi atau Benares. Ia dianggap sebagai metropolis bagi budaya, rohani dan agama di utara India buat selama ratusan abad. Menurut sejarah Benares, bandar ini dirujuk sebagai Kasi atau Kashi yang membawa maksud "yang bercahaya" sebagai simbolik utama kota yang mempunyai seni dan kebudayaan. Ia juga dipercayai bahawa kota ini dicipta oleh dewa Shiva, yang merupakan dewa pemusnah alam semesta dalam kosmologi Hindu.
Di tempat inilah merupakan pusat dan tempat kelahiran aliran Aghori. Walaupun ianya adalah kota suci untuk berjuta-juta pengunjung yang mandi di sungai Ganges. Ia juga dianggap sebagai bandar yang tercemar dan terkotor, seperti yang diperhatikan dari amalan dan ritual pengikut Aghori.
Dalam konteks ini, falsafah dan sejarah mazhab Aghori dapat dikenal pasti, mereka mengakui diri mereka sebagai penyembah dewa agama Hindu iaitu Shiva. Oleh itu, pusat utama aliran Aghori adalah Benares, di mana Samadhi (kubur) Kina Ram, seorang pertapa Aghori yang dikatakan hidup sekitar 150 tahun pada separuh kedua abad ke 18 M, dan diakui sebagai jelmaan (avatar) Shiva. Candi Kina Ram yang dibina di situ dianggap oleh pengikut mazhab Aghori sebagai pusat paling suci.
Melangkah lagi ke dalam sejarah mazhab Aghori, dipercayai bahawa kaum India Kapalika Utara adalah pengasas mazhab tersebut. Kumpulan-kumpulan keagamaan ini muncul di antara abad ke-7 M hingga ke-12 M dan mengamalkan konsep antinomian (bebas dari peraturan dan hukum sosial) sebagai satu cara untuk membebaskan jiwa.
Istilah Kapalika berasal dari perkataan Kapalin atau orang yang membawa tengkorak. Menurut Lorenzen di dalam kajiannya New data on the Kaplaikas menyifatkan Kapalin sebagai “individu yang bersama tengkorak dan tongkat, hidupnya seperti peminta sedekah, dan hanya memakan sedikit makanan".
Kaum Kapalika tidak tersenarai di dalam organisasi berstruktur kerana mempunyai harta benda yang sekadar sahaja dan menjalani kehidupan secara bersendirian. Oleh itu, keturunan atau warisan mereka masih kekal misteri, membiarkan ahli sejarah terus berspekulasi tentang asal-usul dan sifat mazhab ini. Melalui dasar keagamaan dan falsafah mereka di Advaita Vedanta, Aghori mengikuti cara hidup yang monist (teori bahawa segala perkara berasal dari realiti yang satu). Advaita adalah pemikiran non-tradisi falsafah Vedanta yang menekankan kesatuan jiwa individu, Tuhan, dan alam semesta.
Dalam erti kata lain, inti dari falsafah Advaita adalah percaya dan menerima Brahman (pencipta) dan Atman (jiwa) sebagai identiti yang satu. Menurut falsafah Advaita, tidak ada perbezaan antara Tuhan dan manusia, diri dan lain-lain, baik dan buruk, atau kesucian dan kekotoran. Mereka semua adalah Brahman, dan dunia ini adalah satu-satunya ramuan ilusi yang realiti.
Ritual Aghori
Aghori mempunyai upacara atau ritual tertentu untuk mencapai peringkat spiritual yang tertinggi, dan supaya mereka lebih dekat kepada Tuhan. Tujuan utama dalam ritual-ritual yang diamalkan mereka adalah untuk memisahkan diri mereka daripada dunia dan untuk menyatukan diri dengan Tuhan. Antaranya:
1. Shava Sadhana – Bermeditasi di hadapan mayat
Ritual ini disifatkan sebagai ritual yang agak sukar dan rumit untuk dilaksanakan. Aghori perlu memilih bangkai mayat yang tertentu dan meletakkan mayat (dan juga abu mayat) di dalam satu lingkaran serta melakukan meditasi di kawasan tersebut.
2. Menyapu abu mayat
Mereka juga sering menyapu abu mayat ke atas tubuh mereka, sebagai simbol bahawa mereka tidak takut kepada kematian.
3. Amalan pemakanan
Mereka mempunyai amalan untuk makan daging manusia yang mentah, dan ia merupakan satu lagi peringatan bahawa tidak terdapat perbezaan antara daging yang baik atau buruk, daging manusia atau binatang. Perbezaan seperti itu hanya akan mewujudkan jurang perbezaan antara segala ciptaan tanpa sebarang manfaat dalam perkembangan rohani jiwa manusia. Oleh kerana mahu menghilangkan wujudnya jurang itu maka mereka memakan daging-daging tersebut.
Mereka juga menganggap makan najis, kencing dan daging mentah sama ada dari sumber haiwan atau manusia sebagai satu ritual. Selain itu, setiap makanan yang dimakan oleh Aghori perlulah menggunakan tengkorak sebagai ‘mangkuk’ atau ‘pinggan’ mereka.
4. Menghisap ganja dan minum alkohol
Menghisap ganja atau Marijuana serta minum alkohol umumnya dilakukan secara meluas oleh golongan Aghori untuk mencapai peringkat para Dewa. Khayalan dan halusinasi yang diakibatkan oleh ganja tersebut dikatakan membuatkan mereka naik ke peringkat spiritual yang lebih tinggi.
Svoboda di dalam bukunya Aghora: At the left hand of God menerangkan: “Apabila seorang Aghori mengambil banyak minuman keras dia merasa seperti memberitahu semua orang yang dia jumpai, "Tinggalkan aku sendirian!" Dan jika ia menutup dirinya dengan abu dan bertelanjang dan berteriak-teriak dengan kata-kata yang keji, tiada siapa yang mungkin akan mendekatinya, dan dia boleh berada bersendirian sepanjang hari. Inilah salah satu sebab Aghoris bertindak seperti yang mereka lakukan.”
5. Hubungan Seksual - Mereka juga mempercayai bahawa mengadakan hubungan seks dengan wanita yang sedang haid adalah untuk membangkitkan kekuatan supernatural di dalam diri mereka.
Kesimpulan:
Aghori adalah suatu kelompok yang mistik dengan ritual keagaman yang dilihat ke arah karnibal dan dianggap ganjil oleh ramai pengkaji. Selain itu, mereka juga dianggap sebagai kelompok yang memiliki kepakaran seperti menyembuhkan penyakit dan juga mahir dalam selok belok alam perbomohan. Imej mereka juga dilihat berbeza sedikit dengan aliran agama Hindu yang lain kerana mereka memiliki identiti kemistikan mereka tersendiri.
Rujukan:
[1] Veena Nagaraj, Unraveling the Mystique Behind the Arghoris, Hinduism Now, Issue 5 Vol. 1, July 2016.
[2] https://fractalenlightenment.com/13606/culture/an-aghoris-path-to-enlightenment.
[3] Barrett, R. L. (2002). Aghor medicine: Pollution, power, and healing in Banaras, Northern India. Dissertation Abstracts International, 63(07). (UMI No. AAT3058994).
[4] Lorenzen, D. (1989). New data on the Kaplaikas. In A. Hiltebeital (Ed.), Criminal gods and demon devotees: Essays on the guardians of popular Hinduism. New Delhi, India: Manohar Publishers.
[5] Parthasarathy, A. (1995) Vedanta treatise. Malabar Hill, Mumbai, India: Vedanta Life Institute.
[6] Gupta, R. P. (1993). The politics of heterodoxy and the Kina Rami ascetics of Banaras. Dissertation Abstracts International.
[7] Svoboda, R. (1986). Aghora: At the left hand of God. Las Vegas, NV: Brotherhood of Life.
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過19萬的網紅Azie Kitchen,也在其Youtube影片中提到,Kalau bulan Ramadhan, mesti ingat bubur lambuk. Kalau bubur lambuk, mesti mengimbau nostalgia Ramadhan. Haa bubur lambuk sangat sinonim dengan Ramadha...
manfaat sinonim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Apabila Belum Muslim Menganggap Kaabah Itu Adalah Berhala
Ramai dikalangan non muslim yang beranggapan umat Islam menyembah Kaabah sepertimana Idolatry (sembahan berhala) dalam sebahagian agama lain yang menyembah berhala. Lalu mereka mendatangkan beberapa persoalan dengan beranggapan orang Islam benar-benar menganggap Kaabah itu adalah bahan sembahan, antaranya:
1. Mengapa ketika solat harus sujud dan menyembah depan Kaabah?
2. Orang Islam percaya berdoa meminta depan Kaabah adalah mustajab sepertimana penganut agama lain meminta depan berhala.
3. Umat Islam dilihat seperti mensucikan Kaabah dengan mencium batu Hajarul Aswad.
1. Mengapa ketika solat harus sujud dan menyembah depan Kaabah?
Di dalam Islam, terdapat satu arah untuk umat Islam menghadap ketika solat yang dikenali sebagai kiblat. Pada suatu ketika dahulu umat Islam solat menghadap (kiblat) ke arah Baitul Maqdis sehinggalah diarahkan oleh Allah untuk bertukar ke arah Kaabah (Surah al Baqarah 142-144).
Kaabah adalah Rumah Allah yang merupakan kiblat (arah untuk menghadap ketika solat) dan bukan bahan sembahan. Jika ditakdirkan Kaabah itu dialihkan ke tempat lain sekalipun nescaya umat Islam tetap menghadap ke sana kerana ia adalah arah dalam solat.
Ia tanda kesatuan umat Islam, sekira tidak ada arah khusus maka orang akan solat dengan menghadap ke arah yang mereka mahu sesuka hati mereka seperti menghadap ke utara, selatan dan sebagainya, situasi itu akan dilihat tidak ada kesatuan. Sepertimana dilihat orang berbaris (berkawad) memiliki keselarasan dan kesatuan di dalam perbarisan itu.
Begitu juga keselarasan dan kesatuan umat Islam dalam beribadah apabila semua menghadap suatu arah yang sama iaitu kiblat. Hal ini terbukti apabila dilihat bagaimana situasi jutaan jemaah haji ketika tawaf di Kaabah dapat membentukkan saf (barisan) di dalam solat dengan sangat teratur dan mereka mengikut imam dengan cara yang selaras walaupun mereka dari pelbagai benua di seluruh dunia dan mereka yang pertama kali ke sana dapat mengikut rentak solat dengan selaras. Itulah tanda kesatuan.
Kaabah bukanlah suatu bahan sembahan, malah Kaabah juga pernah dibina dan diubah kelebarannya. Pada hari ini umat Islam sedia maklum bahawa bentuk asal Kaabah memiliki kelebaran yang sedikit besar iaitu melingkupi Hijr Ismail berbanding dengan binaan sekarang.
Bukti Kaabah bukan bahan sembahan adalah, semasa pada zaman nabi, seorang muazin akan melaungkan azan di atas Kaabah dan memijaknya. Sekiranya ada yang mengatakan bahawa Kaabah itu adalah berhala sembahan, mungkin boleh untuk kami bertanya kepada orang yang mendakwa orang Islam menyembah Kaabah: siapakah penyembah berhala yang akan berdiri dan memijak di atas berhala yang disembah? Tidakkah perbuatan itu dikira menghina?
Malah kini terdapat banyak gambar dan lukisan Kaabah yang terdapat di sejadah (kain hamparan solat) dan ramai juga yang melangkah dan memijaknya. Sekira dikatakan Kaabah itu adalah idolatry, perbuatan sebegini tidak akan dilakukan oleh orang Islam.
Persoalannya, adakah gambar sembahan atau patung yang disembah itu boleh dipijak jika merujuk di dalam agama lain?
Begitu juga di dalam sejarah pernah merakamkan Kaabah pernah beberapa kali runtuh dan dibina semula. Persoalannya adalah, adakah umat Islam akan berhenti daripada melakukan solat sekiranya Kaabah runtuh? Sudah tentu tidak, ini kerana Kaabah bukanlah idolatry di dalam Islam.
2. Orang Islam percaya berdoa meminta depan Kaabah adalah mustajab sepertimana penganut agama lain meminta depan berhala.
Situasinya tidak sama. Benar berdoa dan solat di depan Kaabah adalah mustajab dan mendapat pahala yang besar berdasarkan beberapa hadis menyebutnya. Sebab dalam Islam terdapat anjuran untuk berdoa pada sesuatu masa dan tempat yang menjadikan doa itu mustajab. Antara doa yang mustajab mengikut masa seperti 1/3 malam terdapat di dalam hadis Bukhari no.1145, Muslim no. 758. Begitu juga solat yang mendapat pahala yang besar terutama di Masjidil Haramain dalam hadis Muslim no. 1394. Kondisinya tidak sama dengan golongan penyembah berhala. Terdapat perbezaan di antara situasi berdoa kepada bahan sembahan (idolatry) dengan berdoa di sesuatu kawasan atau masa.
Persoalan ini juga sebenarnya sudah memahami situasi ini sebab itu ia menyebut “berdoa depan Kaabah mustajab” dan bukan “berdoa kepada Kaabah mustajab”. Umat Islam melakukan perkara itu berdasarkan kepada teks dan sumber wahyu.
Menarik juga untuk dibandingkan konsep ini dengan agama lain mengenai iaitu mengenai perbuatan menyembah dan meminta kepada berhala (idolatry). Persoalannya adalah, adakah perbuatan menyembah dan mengukir patung itu memiliki sumber dan suruhan di dalam teks agama utama mereka?
Dalam menghadapi situasi ini ada baiknya merenungi firman Tuhan yang sebenar menyebut bermaksud:
“Dan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah kepada matahari dan jangan (pula) kepada bulan, tetapi sembahlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya.” (Surah al Fussilat: 37)
3. Umat Islam dilihat seperti mensucikan Kaabah dengan mencium batu Hajarul Aswad.
Di dalam Islam terdapat suatu amalan yang mana ia dikenali sebagai sunnah. Sunnah adalah segala perbuatan, percakapan dan pengakuan nabi Muhammad yang akan dicontohi oleh umatnya. Mengenai mencium batu hajarul aswad itu adalah sunnah nabi Muhammad dan batu itu tidak ada kelebihan apa-apa pun.
Malah sabahat nabi, Sayyidina Umar al Khattab pernah mengatakan kepada batu itu, bermaksud: “Aku tahu engkau adalah batu dan tidak mendatangkan sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Jika tidak kerana aku melihat nabi menyentuh (dan mencium) kamu, nescaya aku tidak akan menyentuh (dan mencium) kamu” (Shahih Bukhari, jilid 2, buku Haji bab 56 no 675). Perbuatan itu dibuat adalah tanda mengikuti perbuatan Rasul. Sepertimana umat Islam sinonim dengan mencintai rasul dan mengikuti sunnahnya.
Malah umat Islam juga disunnahkan untuk mencium kanak-kanak (HR Al-Bukhari no 5997, 5998 dan Muslim no 2318, 2317). Persoalannya, adakah kanak-kanak itu menjadi simbol idolatry kepada Islam apabila nabi Muhammad menyuruh untuk menciumnya? Sudah tentu tidak. Ia dilakukan kerana sunnah nabi melakukan perkara itu.
Malah di dalam sejarah merakamkan batu hajarul aswad ini pernah dicuri oleh puak Qaramitah selama 22 tahun. Dalam tempoh batu itu dicuri, umat Islam tetap melakukan ibadah umrah dan haji seperti biasa. Malah bukanlah menjadi kewajipan untuk mencium batu hajarul aswad itu dan ia dianjurkan untuk memperingati dan mengikuti langkah nabi Muhammad ketika tawaf di Kaabah.
Kesimpulan
Kaabah adalah Rumah Allah dan bukanlah sebuah bahan sembahan tetapi ia adalah sebagai tanda kesatuan di dalam ibadat.
Wallahua’lam.
MRM R&D TEAM
manfaat sinonim 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
AYAT PENGERAK
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
Link asal: http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50
Youtube, untuk dengar bacaan:http://www.youtube.com/watch?v=DgeJV_fyuKw
manfaat sinonim 在 Azie Kitchen Youtube 的評價
Kalau bulan Ramadhan, mesti ingat bubur lambuk. Kalau bubur lambuk, mesti mengimbau nostalgia Ramadhan. Haa bubur lambuk sangat sinonim dengan Ramadhan.
Hari ini saya nak kongsikan resipi bubur lambuk yang sangat sedap. Kali ini juga saya menggunakan beras perang kukus ecoBrown’s. Beras ini sangat bagus untuk mereka yang diet atau mempunyai masalah gula berlebihan kerana ia rendah GI (indeks glisemik).
Untuk resipi lengkap, saya juga akan kongsikan di blog Azie Kitchen. Jangan lupa mencuba kerana bubur lambuk ini bertambah sedap menggunakan beras perang kukus ecoBrown’s!
Nak beli beras perang kukus ecoBrown’s mudah sahaja. Klik link ini : https://bit.ly/ecobrowns3
Boleh ramai ramai like, komen dan share supaya ramai mendapat manfaat.
#resipiaziekitchen
#videoaziekitchen
#berasperangkukusecobrowns
#resipibuburlambuksedap
#bukuresipiaziekitchenhebatdidapur
#ecoBrowns
#BrownIsBetter
