Ramai sahabat yang pm & komen risaukan keselamatan saya kerana kelantangan mendedahkan gerakan ekstrimis di Malaysia khususnya yang berkaitan dengan LTTE. Jazakumullahu Khairan di atas kebimbangan & doa sahabat semua.
.
Saya sedar risiko yang diambil kerana mendedahkan kumpulan pengganas seperti LTTE yang berani membuat serangan bom berani mati di tempat awam, memukul sami Buddha di Malaysia di luar tokong Buddha, menembak Muslim yang sedang solat di dalam masjid serta meletupkan diri sehingga membunuh bekas Perdana Menteri India, Rajiv Ghandi.
.
Andai Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia pun mereka berani pukul di KLIA & bekas Perdana Menteri India pun mereka berani bunuh, apa lagi yang mereka tak berani buat? Saya tidak mahu dan tidak bercita-cita dilihat sebagai hero kerana mendedahkan semua ini.
.
Semoga Allah jauhkan perasaan seperti itu dari saya tetapi andai saya berdiam diri sedangkan saya boleh melakukan sesuatu dengan berkongsikan maklumat dengan pihak berkuasa dan memberikan kesedaran kepada orang awam. Saya tidak mahu menyesal mendiamkan pergerakan ekstrimis sehingga ada yang terbunuh dan keselamatan negara terancam.
.
Ini risiko yang tinggi yang saya perlu ambil sebagai seorang Muslim yang agama Islam mengajarkan saya mencintai keamanan dan sebagai seorang rakyat Malaysia yang mahu lihat negara terus aman dan selamat dari sebarang ancaman ekstrimis tanpa mengira bangsa dan agama.
.
Andai apa-apa terjadi kepada saya, hanya satu permintaan saya agar sahabat semua terus menyokong NGO saya iaitu Multiracial Reverted Muslims - MRM dengan tenaga, kepakaran, doa mahupun harta anda agar jemaah dan para daie yang telah kami latih boleh meneruskan usaha dakwah dan kebajikan di seluruh dunia. .
.
Sekali lagi Jazakumullahu Khairan di atas doa & sokongan sahabat semua. Teruskan doa & sokongan sahabat semua.
.
#firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ekstrimisltte #ekstrimis #malaysiaaman
Firdaus Wong Wai Hung
12:33pm (Waktu Melbourne)
09:33am (Waktu Msia)
17 Okt 2019.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
malaysiaaman 在 Zizan Razak Facebook 八卦
Atau gambar ini lebih banyak like @hansisaac #anugerahinstafamous #hurrtv #zizanrazak #malaysiaaman #idola #2017 #love #live #peace #kitaok
malaysiaaman 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
