Soalan: Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?
Jawapan saya:-
Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya.
1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain. Ramai manusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya. Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi.
2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begitu juga semakin banyak nikmatNya kepada kita, semakin banyak sujud kita kepadaNya.
3- Intipati Selawat- Memuliakan dan memuji siapa yang Allah swt sendiri kasihi dan puji agar mudah-mudahan diri kita juga diangkat menjadi seseorang yang Allah swt kasihi. Bayangkan satu kali berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw, Allah swt pemilik sekalian alam dan para malaikat berselawat kembali kepada kita 10 kali ganda. Kemulian besar bagi mereka yang berselawat.
4- Intipati Sedekah- Ini membuka 1,000 pintu rezeki, rahmat, berkat dan Insya Allah makbul hajat kerana doa orang yang kita sedekahkan kepada mereka seperti orang miskin adalah makbul doa mereka.
5- Intipati Senyum- Kita expect setiap situasi kehidupan kita sedang berubah menjadi lebih baik lagi dan kita senyum kerana kita syukur dengan setiap apa yang kita ada serta apa yang kita bakal ada.
6- Intipati Suci - Banyakkan bertaubat dan mengamalkan zikir "La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin". Banyak kali diri kita terhijab oleh dosa kita yang lampau samada yang kita tahu atau tidak.
Bagusnya magnet kekayaan & kejayaan kita bukanlah terletak pada usaha luaran kita sahaja tetapi usaha kita memperbaiki dalaman diri kita serta perhubungan kita denganNya dan ibu bapa kita.
Istiqomah dan berdisiplin dengan setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap , buat dan doa.
Pada saat kita menyoal,"Aku dah buat semua benda tetapi kenapa hidup aku tidak berubah?"..... Itulah saatnya kita telah mendahului Allah swt dengan menghukum atau mempersoalkanNya. Itulah saatnya sangkaan kita 'benar'- Allah swt itu seolah-olah menzalimi kita.
Apa yang kita patut buat?
Banyakkan mohon keampunanNya.
Senaraikan apa yang anda boleh buat untuk lebih dekatiNya
Faham bahawa DIA hanya berikan yang terbaik kepada kita kerana DIA Maha Baik & Maha Hikmah Bijaksana.
Sabar dan solat. Mungkin kita belum cukup konsisten dan expect doa kita makbul masa tu juga. Sabar dan Solat. Allah swt tahu apa yang terbaik dan waktu yang terbaik untuk kita. Tugas kita?
Buat 4 perkara ini secara luar biasa:-
Doa Luar Biasa
Usaha Luar Biasa
Ilmu Luar Biasa
Taqwa Luar Biasa
#AzizanOsman
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「macam-macam sedekah」的推薦目錄:
- 關於macam-macam sedekah 在 Azizan Osman Facebook
- 關於macam-macam sedekah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook
- 關於macam-macam sedekah 在 Azizan Osman Facebook
- 關於macam-macam sedekah 在 Bryan Wee Youtube
- 關於macam-macam sedekah 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於macam-macam sedekah 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
macam-macam sedekah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
"Cik Hamka, ustaz kita cakap hukumnya berdosa jika post gambar makanan, kesian pada orang miskin sebab tak mampu beli makanan, mohon delete semua gambar makanan di wall encik"
Jawapan:
Wall FB dan IG ada tingkap, tuan rumah buka tingkap korang pun intai, nampak makanan lazat korang pun dengki tak nak bersyukur dengan nikmat yang ada apahal pulak tukang post yang berdosa?. Adohai...
Takde siapa paksa korang follow, like, share.
Sungguh Internet ni tempat orang kongsi gambar, kongsi kegembiraan, kesedihan, dan macam macam. Jika kita jenis hati tisu mudah koyak janganlah join media sosial, karang ada kes macam up gambar pau hangus lepas tu kena kritik terus pergi report balai polis. Aduhhh
Jika post gambar makanan berdosa, habis berdosa semua KFC, Pizza, Mc D yang mana waktu kita tengok berita update covid 19 sekali keluar ayam goreng rangup berasap. Wajib dah buang TV ada iklan jika korang hati tisu mudah dengki tengok nikmat orang lain yang dilebihkan.
So, bagi saya, Ok jet post gambar makanan, benda boleh skroll, boleh skip buat apa nak kecoh. Yang salah post gambar makanan dan tak bersyukur dengan rezeki itu memang nak kena kecam.
Zaman nabi ada orang sengaja asapkan dapur agar jiran jiran sangka dia sedang memasak maka tak perlulah jiran susah hati nak kena sedekah ke tak?
Jadi jika ada orang post gambar makanan dan dia gembira dengan makanan tu, alhamdulillah. Dia orang senang jadi kita tak perlu bantu dia. Alhamdulillah
Macam saya pulak musim PKP ni mak mertua risau anak cucu makan apalah tu? Terus saya up gambar berbuka terus mak mertua lega dan bersyukur.
Ada orang malas nak sahur tapi buka internet tentok makanan sedap terus pergi bersahur dan akhirnya sahur itu sunnah.
Ada yang kongsi resepi dan itulah tanda syukur, saling berkongsi resepi. Saya ada post youtube cara buat teh tarik tersedap bersama telur separuh masak. Ramai yang email personal berterima kasih dapat buat teh untuk suami tersayang yang dah lama rindu mengeteh lalu terubat rindunya melalui tip dari video saya.
Akhir kata, Jika kawan kita pos makanan lazat dan dia ada hutang kita sejumlah wang bolehlah kita komen:
Wah.. sedap makan mewah., hutang bila nak bayar?
Woha!
Ps: Gambar Lauk sahur semalam, Satu lauk sahaja, ketam masak lemak cili padi. Alhamdulillah atas segala nikmat. Lain kai saya up video cara masak.
macam-macam sedekah 在 Azizan Osman Facebook 八卦
Ada orang komen:-
Saya dah usaha macam-macam untuk berjaya dalam bisnes tetapi kenapa masih belum berjaya?
Saya jawab:-
Anda ingat anda terror sangat ke? Anda ingat anda ke yang Maha Memberi Rezeki? Kerja kita sebagai manusia adalah berusaha dengan ILMU yang betul-betul berkesan tapi pada masa yang sama, jangan ingat sebab kita ada ilmu dan berusaha itu kita dah terror. Banyak banyaklah mengucap, boleh jadi syirik kalau kita rasa di sebabkan apa yang kita usaha dan maka kita dapat hasil. Ingat semuanya hanya akan berlaku DENGAN IZIN ALLAH SWT. Sertai setiap usaha kita selain disertai ILMU, ia mestilah mempunyai pergantungan kuat dengan Allah swt, disertai dengan Bismillah, syukur, DOA, Tawakal dan sentiasa buat apa yanh DIA sukai, nescaya Insya Allah DIA akan permudahkan jalan kita. Cuma mula-mula mungkin DIA akan uji, uji, uji, uji dulu untuk tengok layak ke kita terima rezeki yang lebih banyak. Kalau masa miskin dah berlagak dan tidak suka bantu orang, tidak suka sedekah ikut mampu, mungkin kita tak layak terima lebih banyak rezekiNya. Wallahu A'lam. Percayalah, ada orang buat sedikit, tapi Allah swt beri rezeki banyak dan barokah kepada DIA, syukur. Ada orang buat banyak, tetapi Allah swt belum buka lagi rezeki kepadaNya, pun syukur dan sentiasa muhasabah dan perbaiki diri. Jangan stop belajar, jangan stop perbaiki iman dan amal kita. Berusaha mesti ada zahir dan batin. Zahirnya kita berusaha di luar tetapi batinnya, kita berusaha jaga solat 5 waktu, buat solat tahajud, dhuha, taubat, hajat dan istikharah setiap hari. Banyakkan istighfar dan selawat untuk mohon Allah swt lihat kita dan lihat permohonan serta rintihan hati kita. Sedekah kerana Allah swt sayang orang yang suka bersedekah. Orang yang bersedekah itu kekasih Allah swt (Pesan Habib saya).
#Ingatankasihsayang #DAO