Ambik berkat tahun baru 1439H & hari Jumaat.. terus sapot okay! .
.
#Repost @butiklankristal (@get_repost)
・・・
Sempena MaalHijrah & juga penghijrahan lokasi butik kami yang baru.. kami nak perkenalkan jugak logo baru untuk butik kami.. siap dah tulis Bangi Sentral tau! .
Cari kami di sini okay..! .
.
#bismillahirrahmanirrahim
#butiklankristal #lokasibaru
#bangisentral
#maalhijrah #1439H
「logo bismillahirrahmanirrahim」的推薦目錄:
logo bismillahirrahmanirrahim 在 Adli Shinichi Facebook 八卦
KENYATAAN MEDIA
PERTANDINGAN REKAAN JERSI SKUAD KEDAH 2015
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. ASSALAMUALAIKUM.
Selamat pagi hadirin-hadirat sekalian.
Persiapan skuad hijakuning dalam Liga-Malaysia 2015 akan turut melibatkan pelbagai persediaan termasuklah imej jersi kebanggaan Persatuan Bolasepak Kedah yang bakal beraksi dalam mana-mana kejohanan utama dalam Liga Malaysia 2015 nanti. Buat julung kalinya, KFA akan menganjurkan pertandingan mereka jersi skuad Kedah untuk musim 2015 melibatkan jersi kebanggaan Skuad Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia.
Pertandingan ini dibuka kepada semua pihak supaya dapat memberi peluang khususnya kepada para peminat dan penyokong pasukan hijaukuning untuk turut sama mengilhamkan penampilan pasukan melalui rekaan Jersi Musim 2015 dan bercirikan warna tradisi hijaukuning dengan kekuatan sejarah kebangkitan dan kegemilangan skuad Kedah.
Tema jersi untuk musim 2015 adalah TRANSFORMASI.
Pertandingan ini terbuka untuk semua anak kelahiran Kedah yang berminat. Pertandingan dilancarkan secara rasmi hari ini 6 November dan tarikh tutup penyertaan adalah 11 November 2014 pada pukul 11:59 malam. Seorang pemenang akan dipilih dan akan menerima hadiah wang tunai RM1000.00 untuk setiap rekabentuk jersi HOME, AWAY dan JERSI KETIGA sebagai saguhati yang akan diumumkan sebelum 15 November 2014.
Sekian, terima kasih.
HABIS.
SYARAT, PANDUAN REKAAN DAN PENYERTAAN:
1. Peserta boleh hantar maksima TIGA (3) rekaan setiap rekabentuk JERSI HOME, AWAY DAN KETIGA ke alamat e-mel mediakfa@gmail.com
2. FORMAT DAN SAIZ:
a. Rekaan hendaklah dihantar dalam format ’vector Ai’ (Perisian aplikasi Adobe Illustrator) dan tidak melebih saiz 12MB. Penyertaan menggunakan format berbeza tidak akan diterima.
3. LOGO PASUKAN:
a. Logo Persatuan Bolasepak Kedah hendaklah dipaparkan disebelah kiri jersi. Lihat contoh template rekaan sebagai rujukan. Logo KFA hanya boleh digunakan untuk pertandingan ini dan tidak untuk tujuan lain.
4. PENGGUNAAN WARNA:
a. Selain dari penggunaan warna-warna dalam logo KFA, anda boleh gunakan warna berikut:
i. Warna asas KUNING untuk jersi HOME;
ii. Warna asas HIJAU untuk jersi AWAY;
iii. Warna MERAH atau alternatif mengikut kreativiti pereka untuk jersi KETIGA.
5. PENGHAKIMAN & HADIAH:
a. Penghakiman akan dibuat berdasarkan ketulinan, rekabentuk dan kepatuhan kepada panduan dan syarat pertandingan.
b. Hanya seorang (1) pemenang akan dipilih untuk hadiah utama RM1000.00 untuk setiap rekabentuk jersi HOME, AWAY, JERSI KETIGA. Pemenang bertuah akan dihubungi untuk urusan pembahagian hadiah.
c. Rekaan yang dihantar kepada pihak KFA akan menjadi hakmilik Persatuan Bolasepak Kedah.
DESIGN WITH HEART. PULUN KEDAH PULUN.