TERBANG, KERJAYA & ANALISA DATA RAYA DENGAN MDB
Semalam, dalam posting saya dalam siri Terbang Bersama MDB (siri 86), saya ada zahirkan soalan samada untuk teruskan siri Terbang Bersama MDB atau mulai siri baru samada Saya dan Analisa Data Raya atau Kembara Kerjaya MDB.
Terima kasih atas banyak komen yang diberikan samada dalam IG atau FB. Walaupun ramai yang meminta diteruskan siri Terbang Bersama MDB, ada juga yang ingin mengetahui tentang big data & ada juga tentang jatuh bangun kerjaya saya. Mungkin setiap orang mempunyai alasan masing2. Ini biasa & lumrah.
Sambil melayani perlawanan Liverpool lwn Leeds semalam, saya mencari ilham minda berhadapan situasi ini. Apa seterusnya? How to move forward? Tiba2 datang aluran minda yang kuat & laju seolah2 ini pandangan terbaik. Saya mula suka kepada aluran ini.
Terlintas dalam minda bahawa siri Terbang Bersama MDB ini akan mengambil masa yang panjang untuk tamat. Saya mulakan siri ini di hari pertama PKP 3.0. Hari ini PKP 3.0 dah masuk hari ke 89. Saya bimbang anda bosan dengan bentuk & tema naratif yang sama. Saya juga takut saya pun akan bosan. Too long already. Penulis pun perlukan motivasi & inspirasi baru.
Juga terlintas betapa pentingnya tema analisa data raya & A.I, dalam kehidupan. Ini eranya. Kalau saya lewatkan perbincangannya, saya bimbang ramai di kalangan kita tidak celik A.I. Saya juga dapat rasakan bahawa kerjaya merupakan perkara penting dalam suasana pandemik dan juga selepas pandemik ini. Bahasa mudah, kesemuanya penting & timely.
Selepas Liverpool menjaringkan 2 gol, saya menjahit kemas urat2 minda saya. Saya akan tulis serentak ketiga2 siri ini mulai minggu ini. Besok saya akan mula dengan A.I & lusa dengan Kembara Kerjaya & kemudian sambung balik Terbang Bersama MDB & bagitulah seterusnya. Saya harap ini dapat menginspirasikan saya & juga anda semua.
Menulis tema yang sama lebih daripada 80 hari bukanlah senang. Saya perlukan kepelbagaian rasa, emosi, kemindaan & keterujaan.
Semoga anda sentiasa membaca. Membaca untuk berubah.
Saya pula menulis supaya anda tidak ada pilihan melainkan untuk berubah kepada yang lebih baik. Ini adalah visi suci seorang penulis sepanjang zaman.
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...