Laporan daripada Khazanah Research Institute mendapati antara masalah yang timbul dalam Latihan Industri ialah servis yang tidak dibayar setimpal dengan tugasan.
Macam yang kita tahu, intern ini tidak ada jawatan tetap dalam satu-satu bidang pekerjaan. Mereka ditugaskan untuk membantu mana-mana bahagian.
Dan sebelum ini, kerajaan sendiri membayar mereka dengan jumlah yang amat sikit iaitu RM300.
Kerana itu, saya bawakan usul untuk menaikkan elaun internship kepada RM900.
3 kali ganda lebih tinggi daripada jumlah asal.
Ya, saya faham bahawa ia tidaklah banyak mana. Tetapi bolehlah meringankan serba-sikit beban perbelanjaan bulanan mereka.
Saya letakkan satu fokus dalam menyantuni golongan pelajar yang terlibat dalam Latihan Industri ini. Kebajikan mereka perlu dijaga.
Mereka bukan golongan yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya.
Ini baru permulaan kepada kebajikan anak muda dalam sektor pekerjaan.
Kita akan terus dan giatkan lagi usaha untuk menjaga dan membela nasib anak muda.
#KuasaAnakMuda
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「kuasaanakmuda」的推薦目錄:
- 關於kuasaanakmuda 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook
- 關於kuasaanakmuda 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook
- 關於kuasaanakmuda 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook
- 關於kuasaanakmuda 在 Bryan Wee Youtube
- 關於kuasaanakmuda 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於kuasaanakmuda 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
- 關於kuasaanakmuda 在 ANALISIS - Undi 18 : Kuasa Anak Muda - YouTube 的評價
- 關於kuasaanakmuda 在 [ANALISIS] PRU-15: KUASA ANAK MUDA - YouTube 的評價
- 關於kuasaanakmuda 在 INFOGRAFIK| Undi 18, 'Kuasa Besar' Anak Muda - YouTube 的評價
- 關於kuasaanakmuda 在 Kuasa Anak Muda Penentu Kemenangan PRU 15 - YouTube 的評價
- 關於kuasaanakmuda 在 Besar Sangat Ke Kuasa Politik Anak Muda? - YouTube 的評價
kuasaanakmuda 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 八卦
Pindaan Rang Undang-undang Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Akta 668) di Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah dilaksanakan Julai tahun lepas selepas berjam-jam bersidang.
Untuk pengetahuan semua, pindaan Akta 668 ini merangkumi dua perubahan penting:
Satu, Pindaan Rang Undang-Undang yang diluluskan menurunkan had umur maksimum belia dari 40 tahun kepada 30 tahun.
Dua, tempoh pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan belia tidak lebih dua penggal iaitu dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh pelantikannya.
Kedua-dua perubahan ini ialah langkah mula dalam reformasi institusi belia negara kita.
Kesannya besar. Kita tidak mahu lagi hak belia yang baru memulakan perniagaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dinafikan kerana mereka perlu bersaing dalam gelanggang yang sangat besar dan tidak adil.
Penurunan had umur ini juga akan mula menumpukan peluang kepada golongan anak muda yang lebih terarah. Mereka perlu mula bergerak ke depan dan menerajui pertubuhan-pertubuhan belia seterusnya memimpin negara.
Idea besarnya ialah kita mahu anak muda diberikan ruang dan peluang untuk bergerak lebih aktif dan memberikan sumbangan yang lebih signifikan.
Jadi saya menyeru anak-anak muda di luar sana untuk ambil peluang ini sebaiknya. Mula memimpin, merancang, mentadbir dan menyumbang buat negara tercinta.
#KuasaAnakMuda
kuasaanakmuda 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 八卦
Salah satu aset terbesar yang diselia KBS adalah Stadium Nasional Bukit Jalil.
Untuk pengetahuan semua, rekod menunjukkan pada tahun 2017 yang lepas Stadium Nasional Bukit Jalil mengalami kerugian sebanyak RM24 juta ketika temasya sukan dijalankan di sini.
Melihat perkara ini, KBS putuskan untuk melantik golongan profesional bagi menentukan semula halatuju Perbadanan Stadium Malaysia dan mengeluarkannya daripada kerugian serta mendapatkan timbal balik seperti yang sepatutnya dilakukan lama dahulu.
Kita lantik Tan Sri Tony Fernandez sebagai Pengerusi PSM. Beliau dan team datangkan idea-idea baru yang amat bermanfaat untuk kemajuan PSM.
Mereka lihat dan kaji semula kontrak ekslusif dan vendor-vendor.
Syukur pada tahun 2018, setelah beberapa penambahbaikan dan idea baru, kita berjaya membuat keuntungan sebanyak RM2.8 juta dan terbaru pada 2019 keuntungan meningkat kepada RM7.9 juta.
Stadium Nasional Bukit Jalil telah dibuka untuk menjadi lokasi beberapa konsert skala besar seperti konsert Ed Sheeran tahun lepas.
Semua perlawanan rasmi Harimau Malaya berlangsung di sini sesuai dengan kedudukan stadium ini sebagai Rumah Harimau Malaya.
Kemudian sistem tempat duduk bernombor juga telah diperkenalkan. Ini bagi memastikan penonton mendapat ruang yang setimpal dengan harga tiket yang mereka bayar.
Dan tahun lepas, kita adakan Open Day. Kita panggil semua pemain industri dunia.
Sasaran kita adalah untuk menarik mereka mengadakan acara berskala besar dan bersifat antarabangsa di PSM.
Stadium selesa untuk bangsa sukan menonton dan menikmatinya. Negara menjana pendapatan yang setimpal.
Semua ini kita berjaya laksanakan dalam masa kurang dari dua tahun. KBS percaya Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai potensi yang lebih besar untuk dikembangkan pada masa depan!
#KuasaAnakMuda
kuasaanakmuda 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價

kuasaanakmuda 在 [ANALISIS] PRU-15: KUASA ANAK MUDA - YouTube 的八卦

Analisis pada minggu ini membincangkan "PRU-15: Kuasa Anak Muda" bersama hos Dinnie Asyraf Salim dengan panel Presiden Majlis Perundingan ... ... <看更多>
kuasaanakmuda 在 INFOGRAFIK| Undi 18, 'Kuasa Besar' Anak Muda - YouTube 的八卦

Selamat datang pengundi-pengundi baharuAnda kini mempunyai peranan penting dalam pembentukan negara bangsa terutamanya dalam memilih ... ... <看更多>
kuasaanakmuda 在 ANALISIS - Undi 18 : Kuasa Anak Muda - YouTube 的八卦
ANALISIS - Undi 18 : Kuasa Anak MudaPerkongsian bersama YBrs. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) ... ... <看更多>