via #mstaronline :
Penyanyi Akim Ahmad bakal menunjukkan akan menyanyikan lagu dalam Bahasa Tamil apabila bakal muncul pada persembahan pembukaan konsert akhir program Superstar Endrum 16 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.
Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 25, akan menyampaikan lagu klasik berjudul Endrum 16 namun telah diberi nafas baharu dan persembahan itu nanti turut diiringi alunan gitar oleh Rody Kristal dan kumpulan Hyper Baby Act.
Selain Akim, beberapa artis tempatan lain seperti Reshma (AF), Kashika (Ceria Popstar), Darkey, Vicanes Jay, Magen, Queen, Hariharan, Hasmitha dan Daraneswary juga turut bergandingan untuk mempersembahkan lagu itu sebagai kelainan.
Superstar Endrum 16 bakal berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam dekat sini.
Ia juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Vinmeen (CH231), Astro Vaanavil (CH201) dan juga menerusi perkhidmatan Astro on the Go (AOTG) bermula pukul 8 malam.
Search