SULTAN JOHOR MURKA AHLI MAJLIS MBIP TIDAK GUNAKAN BAHASA MELAYU DALAM URUSAN SURAT RASMI
SULTAN JOHOR MURKA AHLI MAJLIS MBIP TIDAK GUNAKAN BAHASA MELAYU DALAM URUSAN SURAT RASMI
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan Bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP.
Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam Bahasa Melayu.
“Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mesti dalam Bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.
“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini (25 September).
Baginda bertitah demikian bagi mengulas tindakan seorang Ahli Majlis MBIP menggunakan Bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog dan ia turut viral dalam laman media sosial.
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah semua pihak harus menghormati penggunaan Bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT yang digunapakai sejak dahulu di Johor.
“Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya…, jangan pisang berbuah dua kali,” titah Baginda.
Seiring dengan titah Tuanku Sultan Ibrahim, Datuk Bandar MBIP, Adib Azhari Daud berkata, berkuat-kuasa serta merta, Ahli-Ahli Majlis MBIP tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang surat rasmi.
Sebaliknya, Adib berkata, pihaknya akan membentang dasar baharu di mana pegawai penyelaras Ahli Majlis akan bertanggungjawab membantu menguruskan soal persuratan dan akan ditanda tangani oleh Datuk Bandar atau Setiausaha sahaja.
“Dasar baharu ini akan dibentangkan pada mesyuarat penuh MBIP dalam tempoh terdekat,” kata beliau.
~~~~~
TUANKU SULTAN: RESIGN IF YOU DO NOT KNOW HOW TO DO YOUR JOB!
HM the Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has voiced his annoyance after an official letter by an Iskandar Puteri City Council (MBIP) member written in Chinese went viral.
His Majesty said that any official letters involving the state government or local authorities in Johor must be written in the National Language.
“If the councillor does not know how to do his or her job, just resign. This is my warning…do not make this mistake again.
“All official letters involving the state government or local councils that use the official letter head must be written in Malay.
“We have never written any official letters in two languages,” His Majesty told the Royal Press Office (RPO) at Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, today (25 September).
Tuanku Sultan Ibrahim was responding to the letter, which had sparked negative responses from netizens, because it was written in Chinese and English. In the letter, the MBIP councillor had called on local residents to attend a dialogue session on a plan to demolish a road block.
His Majesty said all parties must respect the use of Bahasa Melayu in any official communication pertaining to matters involving the state government or local authorities.
Responding to Tuanku Sultan Ibrahim’s statement, MBIP Mayor, Adib Azhari Daud said all MBIP Councillors with immediate effect will no longer be allowed to issue letters on their own accord.
Instead, all official communication must go through prior vetting and approved by the Mayor or MBIP Secretary before being released to the public.
“This policy will be tabled at the next MBIP full council meeting,” he said.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Padu Beb Studios,也在其Youtube影片中提到,[ NOTE : English Subtitles is available for this video. Please enable it manually by clicking on the "Subs/CC" button if you didn't choose English as ...
kerja in english 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
Semusim di syurga part 98
.--------------------------------
(Freemason dan Illmunity telah buat sebahagian manusia lambat solat Jemaah hari ni- Cerpen oleh Hamka Keretamayat)
Di beranda Surau Semusim Di Syurga, aku melihat seorang jejaka hensem sedang geleng kepala membaca keratan atrikel yang di tampal pada papan kenyantaan. Aku pun menghampirinya untuk tengok apa artikel yang buatkan pemuda hemsem geleng kepala macam tak puas hati.
Bila aku baca artikel yang sama, di beranda surau sudah ada dua orang yang sedang geleng kepala.
Tak lama kemudian, dalam tempoh satu sedutan hidap rokok. Aku terus koyakkan artikel tu dan buang dalam tong sampah berdekatan.
“kenapa pakcik?”
Tanya pemuda hensem yang berkulit cerah pada aku dan aksi aku.
“Ini mesti kerja Asraf budak tingkakatan satu tu, apa kejadah berita macam begini nak share pada dinding masjid surau!”
Pemuda tu senyum panjang menambahkan lagi kehenseman sedia ada, lalu bertanya:
“apa yang buat pakcik yakin sangat artikel tu tipu?”
Aku duduk dekat kerusi amil zakat yang kosong, serentak pemuda itu turut duduk pada kerusi kosong sebelah meja zakat. Jawab aku:
“Pakcik tahu siapa yang reka berita troll ni, namanya DK, dulu waktu dia masih belajar di USA, dia nak buktikan pada pembaca blognya akan betapa bodohnya mereka yang taksub dengan teori kospirasi, dan betapa senang mereka diperbodohkan, lalu hafizbar terus troll dengan reka berita ini melalui email forward, konon Upin dan IPin adalah agenda yahudi, buktinya, U pada baju Upin adalah USA, dan I pada baju Ipin adalah Israel, untuk lebih troll, I pada Ipin juga mewakili Ilmuniti, dan kaitkan lagi beberapa watak dalam kartun Upin dan Ipin dengan freemason serta dajjal, bila dia sebarkan, terbukti ada ramai orang kena troll dan forward berita ni, terutama mereka yang anti dengan karya kartun tempatan dan bodoh dalam menilai fakta, adohai..”
Pemuda kacak tu gelak, kuat gelaknya, menampakkan giginya yang putih bersih, menambahkan lagi kehenseman sedia ada.
“Pakcik, sungguh terdapat banyak konspirasi dan fitnah di luar sana yang mana mengelirukan serta menyesatkan. Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Jake Hays, berketurunan American dan Sabahan, beragama Islam, dan keluarga saya mempunyai latar belakang freemasonry sejak dari abad ke 19 lagi. Saya boleh cerita detail tentang Freemason tanpa perlu mewakili mana-mana lodge, mahupun mother lodge saya sendiri. Sudikah pakcik mendengarnya?”
Memandangkan waktu azan lagi 19 minit, aku menunjukkan minat dengan bertanya soalan yang memeberangsangkan Jake Hays, hasil borak santai di beranda surau, ini adalah point dari beliau.
1. Freemason mempunyai tiga tahap, iaitu Entered Apprentice, Fellow Craft dan juga Master Mason, Kemudian ada badan-badan persatuan yang lain (appendant bodies) yang mana berkaitan dengan freemason melalui perkara yang tertentu. Ini termasuklah York Rite, Scottish Rite, Shriners, The Eastern Star, untuk yang bawah umur pula adalah Order of Demolay, Rainbow Girls, Job's Daughter dan lain-lain.
2. Di dalam Freemason, pangkat tertinggi yang mana seorang mason boleh perolehi adalah 3rd Degree Master Mason. Tidak ada yang lebih tinggi daripada itu, namun di sebabkan persatuan-persatuan lain mulakan degree mereka dari number 4 dan seterusnya, maka hal seperti ini yang mengelirukan semua orang bahawa kononnya freemason mempunyai 33 degree.
3. Seorang master mason yang mana mempunyai 33 degree dalam appandent bodies tersebut, pangkatnya tetap sama dengan seorang master mason 3rd degree. Orang umum melihat keseluruhan satu degree yang sama kerana FREEMASON mempunyai degree 1 hingga 3, manakala persatuan yang lain mempunyai degree 4 - 33. "4 - 33" ini bagi saya di considered sebagai optional. Tidak kira samada di perolehi atau sebaliknya, tidak ada pangkat yang lebih tinggi dari 3rd Degree Master Mason. So, Jawapannya No.Freemason tidak mempunyai degree lebih daripada 3.
4. Kami sebagai mason sendiri tidak tahu bila sebenarnya freemason di tubuhkan. Namun kami mempunyai rekod bahawa freemasonry boleh di kenalpasti sehingga kurun ke 13. Kami juga mempunyai banyak rekod dalam kurun ke 16. Kemudian, pada tahun 1717, beberapa lodge masonic bergabung bahu kemudian menubuhkan sebuah Grand Lodge, iaitu Grand Lodge of England, grand lodge yang pertama.Kemudian pada tahun 1730, mula didengarkan bahawa terdapat degree tambahan di buat oleh sesetengah master mason seperti Scotch Master, selepas itu terdapat lagi 4 degree lagi di tambah. Kemudian pada tahun 1801, Scottish Rite di tubuhkan. Jadi di sini, anda boleh lihat bahawa appandent bodies tadi tertubuh hasil daripada sesetengah mason mencipta degree tambahan. Pada tahun 1800 juga tertubuh northern jurisdiction dan kemudian southern jurisdiction.
******
Oh!, panjang lebar penerangan dari jejaka sabahan ini dan aku pun pening dengan penerangan degree 1 hingga 3, lepas tu ada pulak degree 4 – 33, tak nak pening kepala, mari kita Tanya soalan lain:
“Jadi, Adakah Freemason ini sebuah pertubuhan agama?”
Jawab Jake Hays:
“No. Freemasonry adalah sebuah fraternity atau persatuan, ia bukan lah sebuah agama. Ia adalah sebuah organisasi yang berdedikasi untuk menjadikan seorang lelaki yang baik, menjadi lebih baik. Freemasonry hormat kepada agama yang di anuti oleh ahlinya, tidak kira samada Islam, Kristian, Hindu dan etc. Freemasonry tidak mempunyai apa-apa ajaran yang bercanggah dengan agama, mahupun perlakuan yang melampaui batas agama.”
“Ok, jadi Apakah Ajaran Freemason?”
Jawab Jake Hays:
Freemason mengajar seseorang individu untuk melakukan improvement moral, prinsipal dan lain-lain melalui pembelajaran. Freemason menggalakkan ahli nya untuk belajar, termasuklah dengan membaca falsafah yang di tulis oleh penulis-penulis pada zaman dahulu. Freemason tidak mengamalkan pendapat penulisan purba namun ia di jadikan sebagai bahan renungan dan menjadi penilaian setiap indivitu”
“So, adakah Adakah Freemason ini sebuah organisasi rahsia?”
Jawab Jake Hays:
Tidak lagi. Andaikata freemason adalah organisasi rahsia, sudah tentu pakcik tidak akan mengetahuinya. Freemason adalah fraternity yang mana terbuka kepada semua berdasarkan syarat-syarat kelayakan masonic. Meeting masonic selalunya di hebahkan secara public, bangunan-bangunan masonic di tanda dengan sejelas-jelasnya, dan seorang mason juga berbangga untuk memakai symbol masonic (rantai, pin, cincin & etc). Freemason mewarisi tradisi iaitu tradisi pertukaran rahsia daripada cathedral building guilds sewaktu zaman gelap Eropah. "Rahsia" freemasonry sebenarnya ada kata laluan traditional, tanda-tanda pengiktirafan dan presentation secara dramatik tentang pembelajaran moral. Freemasonry adalah terbuka untuk semua lelaki yang mempunyai karakter yang baik serta percaya kepada kewujudan tuhan. Freemasonry tidak melakukan diskriminasi samada pada bangsa, agama atau pun taraf dan pangkat.
“Bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan Freemason mempengaruhi agama?”
Jawab Jake Hays:
No. Freemasonry tidak mempengaruhi mana-mana agama, namun prinsip prinsip serta moraliti Freemasonry sedikit sebanyak di pengaruhi oleh agama pilihan ahli nya.
“Adakah Freemason ini sebuah organisasi global?”
Jawab Jake Hays:
Tidak ada mana-mana badan yang mentadbir Freemasonry. Setiap lodge adalah sama, tidak ada lodge yang boleh mentadbir satu lodge ke satu lodge. Sebuah lodge hanya boleh mentadbir lodge mereka sendiri sahaja. Kuasa penuh di dalam Masonry adalah Grand Master of Masons , bukannya seorang Grand Commander ataupun mana mana ahli yang lain. Grand Master of Masons boleh menggantungkan keahlian mana-mana ahli di dalam lodge nya sendiri sahaja. Tidak ada konsep Organisasi Global dalam Masonry, namun masonry wujud di setiap benua.
“Kenapa Freemason memilih symbol All-Seeing Eye?”
Jawab Jake Hays:
All-seeing-eye melambangkan bahawa Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui setiap perbuatan kita, dan ia juga menjadi peringatan kepada mason bahawa pemikiran dan amalan di dunia akan di catat dan akan di nilai oleh Tuhan.
“Mengapakah wujudnya golongan Anti-Freemason? “
Jawab Jake Hays:Selalunya, anti-masonry memegang kepada dua subject iaitu: Agama "Seorang muslim tidak boleh jadi seorang Mason" dan Konspirasi Politik untuk "mengawal dunia". Hal ini bagi saya adalah menarik kerana, sewaktu berada di dalam lodge, ahli-ahli mason tidak di benarkan pun untuk berbincang tentang Agama mahupun Politik, namun dua isu ini juga yang digunakan untuk menyerang fraternity ini. Adohai…
“Jika Freemason itu organisasi biasa, mengapakah ada "rahsia"?”
Jawab Jake Hays:
Sebenarnya tidak ada banyak rahsia yang ada dalam freemasonry, malah sebenarnya setiap ahli mason sebenarnya keliru, mana satu yang menjadi rahsia nya. Prinsipal moral Masonry adalah sama seperti yang di ajar sewaktu kita berada di bangku sekolah, cuma hanya prosedur dan cara penyampaian prinsipal itu tadi yang di ajar dalam masonry adalah rahsia, kerana pengetahuan ini membenarkan seseorang mason untuk membezakan seorang mason dan bukan mason. Untuk memasuki sebuah lodge, seorang mason mesti memperkenalkan dirinya, dan rahsia-rahsia itu tadi di praktik kan untuk membuktikan bahawa seorang itu adalah mason. Term yang sesuai daripada rahsia adalah privacy. Masonry bukan organisasi public seperti PIBG sekolah dan lain-lain, ianya seperti Country Club dan etc. Tidak ada seorang pun yang bukan ahli, berhak untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, ia adalah group peribadi, lebih layak di panggil perihal peribadi daripada rahsia.
“Mengapakah seorang ahli hendak mengangkat Sumpah sebelum masuk Freemason?”
Jawab Jake Hays:
“Ahli baru hendaklah membuat sumpah yang suci dan benar mengenai perbuatan mereka sewaktu berada di dalam Lodge mahupun Society. Setiap member juga berjanji untuk merahsia kan method traditional yang membuktikan bahawa beliau adalah seorang mason yang mana digunakan untuk menziarah lodge yang dirinya tidak di kenali. Freemason berjanji untuk membantu yang lain jika di perlukan, hanya jika bantuan tersebut tidak melanggar ajaran agama & undang-undang.”
“Mengapakah Freemason menggelarkan Tuhan sebagai Great Architect? “
Jawab Jake Hays:
“Freemasonry respect dan embrace semua ahli yang percaya kepada Tuhan. Keahliah freemason termasuklah Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Parsees dan lain-lain. Penggunaan Great Architect adalah untuk menggelakkan percanggahan, kerana melalui term ini, tidak akan berlakunya diskriminasi bagi mana-mana pihak”
“Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Freemason?”
Jawab Jake Hays:
Untuk menjadi seorang mason, anda hendak bertanya kepada seorang mason, untuk melakukan petition. Freemasonry tidak menggalakkan ahlinya untuk merecruit ahli member baru, ia seharusnya hendaklah atas pilihan seseorang itu sendiri.
“So apa kata kata terakhir sebelum kita beri laluan kepada Azan berkumandang?”
Jawab Jake Hays:
“Saya harap, kita terutamanya orang Islam jangan cepat mempercayai teori konspirasi terutamanya konspirasi yang menjadikan 'Islam' sebagai aset mereka, kemudian, tanpa soal selidik dan siasat kita terus percaya maka ianya bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al hujarat yang menuruh kita menjadi ummat yang menyiasat sebelum percaya, yang menyiasat pula, jangan ada dalam kepala sudah di kukuhkan penekanan bahawa satu benda ini memang sesat,-- jika sudah terjadi macam tu, apa guna lagi anda menyiasat ? kerana apapun maklumat yang anda dapat selepas itu, anda akan cuba manipulasi maklumat tersebut agar ia nya sejajar dengan pendapat anda yang telah anda kukuhkan tadi. Malahan bila anda sampaikan kepada seseorang berkenaan hal tanpa bukti kukuh, itu bermakna anda sudah menyampaikan fitnah.
Untuk pengetahuan pakcik, saya telah tulis panjang lebar bab ini di blog saya, boleh tanya soalan pada saya jika nak tahu lebih lanjut, dan di sana, walaupun saya lebih suka menulis dalam bahasa English, tapi untuk menjelaskan bab ini, saya decide untuk tulis dalam bahasa melayu sebab target audience saya untuk main artikel ni adalah orang Melayu sendiri. Sebenarnya saya rasa amat-amat terkilan melihat beratus-ribu orang Malaysia masih terpedaya dan keliru dengan Konsep Freemasonry.
Seolahnya, sudah jadi satu ajaran, Sebut sahaja Freemason, secara automatic di kepala akan terpampang Illuminati, bila sebut Illuminati pula, maka manusia KHUSUSNYA Islam paranoid akan terus terfikir akan Dajjal. Orang-orang kita telah terpedaya dengan mempercayai benda-benda karut seperti ini sebab mereka tidak punya knowledge asas tentang hal-hal dunia. Seperti lembu yang di tindik hidungnya, apabila video arrivals berkata tentang Freemason & Illuminati adalah satu society dan mereka adalah agen dajjal, orang kita terus mempercayainya.
***
Ternyata perbualan aku dan Jake Hays mendapat perhatian ahli Jemaah masjid yang lain, lalu orang ramai datang keruni kami dan masing masing datang ulang berbagai pertanyaan kepada Jake Hays, aku pulak beransur ambil wudhu, namun masih dengar dengan jelas penjelasan dariJake dan orang ramai:
"anak ni siapa? rancak benar cerita Freemason bukan dajjal ni?"
Tanya sepupu Ustaz Sufi supian, jawab Jake Hays:
"Saya orang islam, Orang sabah, Ayah saya berasal daripada America. Dahulu Ayah saya adalah seorang Minister bagi Methodist Church di Texas. Join Freemasonry pada umur 21, kerana beliau tertarik dengan perwatakan datuk saya yang juga seorang Mason pada ketika itu; yang sememangnya bersederhana dan suka buat charity. Ayah saya tiba di Malaysia atas urusan kerja mengikuti organisasi non-profit ICA (Institute of Cultural Affair) di mana misi mereka adalah untuk membangunkan taraf kehidupan masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman.
“Jadi saudara, Apa itu Freemason?” Tanya Kiai Zakaria:
Dengan tabah, Jake Hays menjawab:
“Mason secara asasnya bermaksud 'Pembina'. Freemason menekankan tentang moral diri, "those who are a freemason shall be a good leader, a good citizen, and a good man". Syarat utama untuk menjadi seorang member adalah "Believe in one SUPREME ARCHITECT" yang bermaksud Tuhan, tidak kira Islam, Kristian, Jewish, Buddhist dan lain-lain, manakala seoarang Atheist, or a Pagan TIDAK diterima sebagai seorang Mason”
“Habis tu, Kenapa orang menganggap Freemason sebagai organisasi Jahat?”
Tanya pulak Imam Habib Abib, jawab Jake:
“Kerana terlebih dahulu orang samakan Freemason dengan Illuminati. Illuminati ofcourse mempunyai agenda seperti NEW WORLD ORDER dan kononnya ingin menyesatkan agama Khususnya Islam. Freemason dan Illuminati KONONNYA adalah organisasi yang sama kerana mereka menggunakan symbol yang sama -Eye of Providence- sepertimana yang di claim oleh Series "The Ketibaan Dajjal".
“Kenapa Orang Islam Cepat Mempercayai nya?”
Tanya Aidil Adha pula, Jake jawab:
“Faktor utama adalah dengan cara sesuatu maklumat tersebut di sampaikan. Sepertimana contoh series "arrivelas". Dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, namun menggunakan Fakta realiti yang salah. Sejujurnya, pada awal dahulu, saya hampir percaya dengan "The Arrivals", namun ada satu episode bila dia mengatakan FREEMASON & ILLUMINATI adalah berkaitan, dan mereka claim bahawa dua society ini berkaitan kerana menggunakan symbol yang sama. Kemudian terpampang di kepala saya, Manusia ni guna akalnya atau tidak. Bila saya teruskan menonton series tu, di tunjukkan symbol 'All-Seeing-Eye'. Yes, freemason juga guna symbol tersebut, tapi itu tidak bermakna Illuminati dan Freemason adalah satu society yang sama. Manusia yang intelektual sebenarnya mampu melakukan perbezaan ini, tetapi akibat dengan pendapat yang tersangat extremist dan konservatif, mereka serta merta Tutup Minda dan MALAS nak buat research lebih, mereka lebih suka mempercayai satu benda ni, especially bila banyak melibatkan Agama, conform-conform lah orang mudah terpengaruh,. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah di tipu, oleh Series-series yang tidak mempunyai sumber yang boleh dipercayai ini.
“Tapi Logo Freemason tu memang mata satu macam Dajjal!”
Tegas anak arwah Bilal Idris Idrus Pilus, jawab Jake:
“ Ok, bang, Sebagai contoh, symbol SWASTIKA, bila anda nampak symbol ni, automatic akan akan berkata, 'Nazi'! Betul kan? Tapi, TAHUKAH ANDA, bahawa Symbol ini adalah juga symbol digunakan sejak Tamadun Indus lagi, keliru? Tak tahu tamadun apa tu? Ketara lah tak fokus waktu subject Sejarah di sekolah menengah dulu, kan? hehe Anyway Indus adalah tamadun India Purba, Salah satu tamadun yang tertua di muka bumi ini.. yet. Symbol swastika ni muncul dalam Agama Buddhism, Hinduism, dan Jainism, adakah ini bermakna agama ini adalah Nazi? Ofcourse Tidak. Begitu juga dengan Freemason & Illuminati, tetapi malangnya ramai manusia khususnya orang kita sendiri keliru dengan benda ni.
Sebenarnya semua ini adalah berpunca dari kekeliruan orang kita tentang KEPERCAYAAN & PENGETAHUAN.
Adakah kita ingin mengaku bahawa Umat Islam adalah umat paling senang di tipu? TIDAK!
So, kenapa umat Islam serta merta mempercayai dengan benda-benda seperti ini? Hanya kerana mereka selitkan elemen agama untuk mempengaruhi kita? Hanya kerana mereka menggunakan nama Islam untuk memperolehi kepercayaan kita?
And let see, merekah sudah pun BERJAYA. Kita sebagai umat Islam, tengah keliru, tentang dua Society ini, kita sebagai umat islam sudah pun menanamkan sifat benci kepada dua society ini, kita umat islam sudah pun membuat penghakiman secara tidak adil, kita umat islam sudah pun melakukan fitnah bahawa dua society ini adalah agen dajal. Maka, Mereka sudah pun berjaya. Mereka dah berjaya menanamkan Sifat Negatif pada umat Islam. Siapakah mereka ni? Krew di sebalik tabir "The Arrivals" , or mana-mana pihak yang bertanggungjawab lahirkan series ini.
For one thing, kewujudan bagi Illuminati pula masih di ragui, even oleh Worshipful Master of Freemasonry sendiri masih meragui kewujudan mereka.
Apa pun, jika mereka wujud, dan Illuminati bertindak nak teruskan agenda NEW WORLD ORDER mereka, Who cares? Allah merancang, mereka merancang, dan Allah sebaik perancang, Dajjal akan di bunuh Nabi Isa, dan orang beriman tidak akan terkesan dengan firnah dajjal!”
***
Wah rancak sungguh perbincangan di beranda Surau Semusim di Neraka itu, lalu aku pun jerit:
“korang semua, Freemason dan Illmunity telah buat kita semua lambat solat Jemaah hari ni, Adohai”
Lantas semua mereka masuk saf dan solat berjemaah, mengakhiri cerita, suka aku petik pesana Ustaz Azhar idrus berkenaan Dajjal:
“Jadi sekarang ni pertahankan akidah kita, jangan sibuk bergaduh bincang dajjal keluar negara mana, yang ni kata keluar di khurasan, ada yang kata di rusia, ada yang kata di Turkistan, ada yang kata wakaf tapai, tinggalkan semua itu, yang penting, mantapkan akidah, InsyaAllah”
Tamat.
Ps: Jake Hays ini wujud orangnya, jika ada nak tanya soalan berkenaan freemason, boleh PM beliau di sini.http://jakehays.net/
Artikel asal: http://keretamayat.blogspot.my/2015/10/apa-itu-freemason-dan-illuminati.html
Sumber gambar: https://dewakebaikan.wordpress.com/2012/06/12/rancangan-yahudi/
kerja in english 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Adik saya kerja servis kereta hampir 10tahun, dulu dia belajar di politeknik, dia ajar saya tips ini. Sya share dgn korg JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.
1> Minyak hitam
Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.
2> Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3> Spark plug
20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.
4> Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!
5> Timing belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!
6> Clutch plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
7> Fuel Filter
Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.
8> Air Filter
Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9> ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!
10> Gear Oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11> Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12> Radiator Coolant
Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13> Air-Cond Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"
14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!
15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.
17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.
19> Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
20> Spark plug
Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.
21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.
22> Brake pad
Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.
25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Kredit Liana Jasmina
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
kerja in english 在 Padu Beb Studios Youtube 的評價
[ NOTE : English Subtitles is available for this video. Please enable it manually by clicking on the "Subs/CC" button if you didn't choose English as the main language in your YouTube Settings. All English Subtitles and materials are produced by Pyan's wife. ]
..
English Title: Am I Tired Working? | #AskPyan Episode 04
..
Segala pertanyaan anda akan dijawab dalam video #TanyaPyan.
..
Jangan lupa subscribe Youtube Channel - Padu Beb Studios.
..
Don't forget to click Like and SUBSCRIBE!! ?
..
Email: admin@padubebstudios.com
Website: https://www.padubebstudios.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/PaduBebStudios
Facebook: https://www.facebook.com/padubebstudios/
Instagram: https://www.instagram.com/padubebstudios/?hl=en
..

kerja in english 在 Iena Eliena Youtube 的評價
Hari pertama kembali bekerja selepas Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19
Sebenarnya 15/Jun/2020 iena dah mula kerja di pejabat seminggu dan rumah seminggu gilir gilir tapi terlupa post :D
