Pelajar Malaysia Hampir Dimurtadkan Di Korea Selatan? [Siri 1]
Artikel pendedahan kali ini agak panjang. Mohon sahabat baca sehingga habis kerana ia sangat penting dan sebarkan.
Mutakhir ini banyak gerakkan agama baru atau kultus (cult) yang kian tersebar di Malaysia. Bukan sahaja gerakkan dari ajaran sesat di dalam Islam sahaja, malah ada yang dari pecahan ajaran Buddha, Kristian, Hindu dan juga pembentukkan agama baru yang kebanyakkan berasal dari luar negara.
Apabila ajaran ini sudah bertapak di Malaysia, sudah pasti misi untuk menyebar luaskan ajaran baru mereka itu berlangsung di Malaysia samada secara sembunyi atau secara terang-terangan. Salah satu gerakkan yang difokuskan untuk dibincangkan adalah Unification Church dari Korea Selatan.
Sejarah
Gerakkan keagaman ini diasaskan oleh Sun Myung Moon yang lahir pada 25 Februari 1920. Moon lahir di Provinsi Pyungan Bukedo yang kini termasuk di dalam wilayah Korea Utara. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang menganut kepercayaan Konfusianisme.
Beliau pada asalnya memiliki nama Mun Yong Myeong. Tetapi ketika beliau berumur 10 tahun, keluarganya telah menerima agama Kristian dan menjadi ahli kepada Gereja Presbiterian. Lima tahun setelah itu, dikatakan berlaku satu “peristiwa penting” pada 17 April 1935 dimana Mun Yong Myeong sedang bertapa di Gunung Myodo, lalu datang seorang lelaki yang dikatakan Jesus menjelma di hadapnnya dan memberitahu kepadanya:
"Kamu akan mewarisi seluruh misi aku, sebelum ini aku tidak dapat memenuhi ‘The Three Great Blessings’, jadi kamu mesti memenuhinya bagi pihak aku",
Jesus meminta Mun untuk menyelesaikan tugas yang beliau sendiri belum dapat tunaikan kerana dirinya (Jesus) disalib.[1] Selepas beberapa tempoh Mun membuat pertimbangan dan berdoa kepada Tuhan, Moon nekad untuk menerima dan menjalankan misi tersebut, lalu beliau menukar namanya kepada Sun Myung Moon (lebih dikenali sebagai Moon).
Setelah dari peristiwa itu, Sun Myung Moon juga mendakwa telah beberapa kali secara sedar dia didatangi dan dipandu secara langsung oleh nabi Ibrahim, nabi Musa, Buddha dan juga nabi Muhammad sendiri.[2]
Pada 11 Mei 1954, Sun Myung Moon mula mengasaskan sebuah gereja bernama Holy Spirit Association for the Unification of World Christianity (HSAUWC) atau mereka sering dikenali sebagai Unification Church.[3] Pada ketika itu mereka berjaya menarik ramai pengikut dari pelajar wanita di Ewha University yang menjadi milik kerajaan Korea dan denominasi Protestan. Setelah itu gerakkan mereka ditentang oleh Presiden Universiti tersebut disebabkan ramai yang terpengaruh dengan ajarannya dan disusuli dengan tekanan dari akhbar di Seoul yang menulis tentang kegiatan mereka.
Pada akhir 1950-an, Gerakkan ini mula menghantar pendakyah (misionari) antarabangsa pertama, seorang dihantar ke negara jiran Jepun pada tahun 1958, manakala dua orang dihantar ke Amerika Syarikat pada tahun 1959. Kedua negara ini merupakan antara negara yang menjadi ramai pengikutnya.
Sun Myung Moon telah mengahwini Hak Ja Han pada tahun 1960, ketika itu Hak Ja Han berusia 17 tahun (Sun Myung Moon 40 tahun) di dalam upacara yang dinamakan ‘Holy Wedding Ceremony’. Ini merupakan perkahwinan yang kedua bagi Sun Myung setelah bercerai dengan isteri yang pertama. Sun Myung Moon dan Hak Ja Han inilah individu yang kini sangat terkenal sebagai gelaran Father Moon dan Mother Moon oleh pengikut mereka, mereka juga digelar sebagai True Parents oleh ahli-ahli Unification Church. Keluarga mereka (bersama anak-anaknya) dikenali sebagai keluarga sejati (True Family).
Hak Ja Han adalah orang yang mendokong kuat ajaran suaminya dan turut menjadi pengaruh untuk menguatkan lagi kerja misionari terutama di dalam sayap wanita. Pada tahun 1975, Unification Church berjaya menghantar pendakyahnya ke 120 negara untuk menapak ajarannya di setiap negara. Pada tahun 1984 Unification Church berjaya menubuhkan The Washington Times yang menjadi akhbar harian yang arus perdana di Amerika Syarikat.[4]
Setelah Unification giat berkembang dan menjadi kontroversi ditentang oleh Gereja Kristian, akhirnya pada 1996, gerakkan mereka menukar nama dari Holy Spirit Association for the Unification of World Christianity kepada The Family Federation for World Peace and Unification (FFWPU). Dengan membuang unsur kekristianan seperti perkataan Holy Spirit dan World Christianity.
Gerakkan mereka ini sebenarnya ditentang hebat oleh Kristian. Malah kebanyakkan buku dan penulisan Kristian dari denominasi Katolik, Protestan, Methodis yang lainnya tidak menganggap Unification Church adalah aliran di dalam Kristian. Ia adalah kultus (cult) agama baru yang tidak ada kena mengena dengan Kristian seperti ditulis di lapor The New York Times bertajuk REV. MOON'S CHURCH HELD NOT CHRISTIAN.[5] Begitu juga di dalam laman media Kristian yang lain seperti The Christian Post dan Christianity Today.[6]
Walaupun begitu, mereka tetap aktif menyebarkan fahamannya di dalam badan-badan kebajikan di atas nama “Peace” sehingga mewujudkan lebih 20 pertubuhan yang sangat aktif di seluruh dunia termasuk aspek politik, sukan, wanita dan pendidikan antaranya:
1) Universal Peace Federation (UPF)
2) Womens’s Federation for World Peace (WFWP)
3) Family Federation for World Peace and Unification (FFWP)
4) Inter Religious Federation for World Peace
5) Religious Youth Service (RYS)
6) International Interreligious Federation for World Peace (IIFWP)
7) World Culture and Sports Festival (WCSF)
8 ) World Association of Non Govermental Organizations (WANGO)
9) CAUSA
10) Professors World Peace Academy (PWPA)
11) Sun Moon University, Korea
12) International Educational Foundation (IEF)
13) Collegiate Association for the Research of the Principle (World CARP)
14) Service For Peace (SFP)
15) Youth Federation For World Peace (YFWP)
Selain itu banyak lagi gerakkan-gerakkan mereka yang lain. Gerakkan dan pertubuhan inilah yang menjadi tambatan untuk menyebarkan fahaman Unification Church.
Kepercayaan
Dalam mewujudkan ajaran baru ini, Father Moon telah menggabungkan inti ajaran Kristian dengan kepercayaan Shamanisme (Korea), Daoisme dan Konfusianisme. Selain itu juga beliau telah membuat penafsiran baru buat Bible yang kebanyakkan bercanggah dengan arus perdana. Hasil olahan itu lalu diadun dan diolah ke dalam kitab sucinya yang berjudul “Divine Principle” yang diterbitkan pada 1957. Setelah itu, Sun Myung Moon menyebut dirinya sebagai mesiah baru. Hasil daripada itu ajarannya mendapat sambutan yang hangat dikalangan masyarakat terutama di Korea Selatan, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Dakwaan yang sering disebut, Jesus tidak berjaya menyelesaikan misi yang dimaksudkan adalah Jesus tidak berjaya menyelesaikan ‘tiga keberkatan agung’ (Three Great Blessings) yang diserahkan kepada Sun Myung Moon. Secara ringkasnya Three Great Blessings itu adalah perkahwinan dan juga sistem kekeluargaan.
1. Mempunyai zuriat (sempurna)
2. Berganda (beranak pinak)
3. Mendominasi (Mempunyai kuasa)
Sebab itu di dalam Unification Church sangat terkenal dengan ritual perkahwinan besar besaran (Mass Wedding) yang mana setiap pasangan akan diberkati oleh Father Moon dan Mother Moon. Bagi setiap orang yang menganggotai ahli Unification Church, mereka perlu diberkati jika mereka ingin masuk ke dalam syurga. Melalui majlis perkahwinan keberkatan ini, Father Moon percaya bahawa dia telah mencipta tradisi keluarga syurgawi yang baru (True Family yang dipimpin oleh True Parents) dan ini adalah usaha pemulihan hubungan retak dalam keluarga yang telah timbul sejak dahulu lagi. Sejarah Holy Wedding antara Father Moon dan Mother Moon pada tahun 1960 (True Parents) adalah dikatakan yang pertama dalam sejarah.[7]
Unification Church juga percaya bahawa Father Moon dan Mother Moon adalah jelmaan Adam dan Hawa yang ketiga. Menurut pengikut tegarnya, Dr Yoo Chong Young di dalam bukunya True Parents and World Peace mengatakan yang bermaksud:
“Adam dan Hawa yang pertama (6000 tahun lalu) mereka gagal di dalam misinya disebabkan jatuhnya mereka dari syurga. Begitu juga dengan Jesus yang merupakan Messiah (Sang Penyelamat), yang dikatakan sebagai jelmaan Adam kedua (Holy Spirit adalah Hawa) juga hanya dapat memenuhi misi kerohanian, tetapi misi fizikal tergendala disebabkan penyaliban dirinya (Jesus).”[8]
Manakala untuk akhir zaman (kini) Father Moon sebagai Messiah Kedua (Adam Ketiga) Mother Moon sebagai substantial Holy Spirit (Hawa Ketiga). Mereka mengatakan misi telah tercapai secara rohani dan fizikal, dan mereka telah memenuhi Three Great Blessings. Secara tidak langsung beliau meletakkan diri beliau lebih hebat daripada Jesus yang diimani oleh penganut agama Kristian kerana tidak berjaya menyelesaikan misi True Parents.
Selain itu juga, pengikut Father Moon sangat sinonim menisbahkan Father Moon ini adalah Imam Mahdi yang ditunggu umat Islam, seorang pengikut tegarnya Jennifer Tanabe menulis di dalam artikel dalam laman sesawang mereka yang bertajuk “The Kalki Avatar and the Second Coming of Christ, the True Parents of Humankind”:
“This passage is familiar to all Unificationists, and it is our understanding Sun Myung Moon is the fulfillment not only of the Second Coming of Christ but, together with his wife, Mrs. Hak Ja Han Moon, fulfills the ultimate role of the True Parents of humankind. Thus, we easily recognize the Mahdi in this role of the awaited returning central figure in Islam whom we can see fulfilled in the True Parents.”[9]
Bukan itu sahaja, malah pengikutnya juga memadankan Father Moon dengan bakal ‘ketibaan imam’ di dalam agama lain seperti Maitreya (Buddha), Kalki Avatar (Hindu), Juru Selamat Kedua (Kristian) dan banyak lagi.[10]
Yang lagi dahsyat adalah satu ucapan Sun Myung Moon bertajuk “The Arrival of the Era of the Fourth Adam’s Realm” di Belvedere International Training Center, New York pada tahun 1999 beliau berkata bahawa:
“Jesus cuba mengikuti saya, langkah saya, sepanjang jalan. Dia tinggal di Syurga, kerana dia tidak berkahwin. Tetapi saya mengahwinkannya. Tidakkah kalian mahu bertemu dengan isteri-isteri Buddha, Confucius dan Muhammad? Mereka menghantar surat penghargaan kepada saya dari alam roh. Mereka berjanji bahawa walaupun agama mereka hilang, mereka akan mengikuti saya”[11]
Kata-kata ini meletakkan diri beliau lebih mulia berbanding dengan tokoh-tokoh agama lain. Malah beliau mengaku menjadi ‘wali’ untuk mengahwinkan Jesus. Hal ini merupakan aqidah dan keimanan penganut Unification Church.
Di dalam Unification Church juga memiliki kitab suci utama mereka iaitu tulisan Sun Myung Moon yang dikenali sebagai Divine Principle. Yang mana kitab ini ditulis dengan olahan Bible dan juga sinkretis dengan agama lain seperti Konfusianisme, Daoisme, dan lain-lain.
Pecahan Dari Unification Church
Walaupun Father Moon dan Mother Moon dikatakan sebagai Ibubapa sejati atau Ibubapa Syurgawi atau Adam dan Hawa ketiga yang telah berjaya menyelesaikan misi kekeluargaan. Tetapi ternyata di dalam keluarga mereka sendiri juga berlaku konflik sehingga berpecah kepada aliran baru di atas nama Unification Church.
Pada tahun 2008, Sun Myung Moon telah melantik anak bongsu mereka bernama Hyung Jin Moon untuk memimpin gerakkan mereka (Family Federation for World Peace and Unification). Sepanjang beliau mewarisi pimpinan itu, beliau banyak memperkenalkan amalan baru seperti konsep tenaga kerohanian, pergerakkan tangan dan bermacam lagi.[12]
Hyung Jin Moon mula berkonflik secara terbuka dengan ibunya (Hak Ja Han) setelah kematian Sun Myung Moon pada tahun 2012. Ibunya telah menurunkan beliau dari pelbagai jawatan dari tahun 2013 dan akhirnya dipecat dari Presiden Family Federation for World Peace and Unification. Ajaran baru yang diperkenalkan oleh Hyung Jin Moon selama di dalam Unification Church itu juga turut dibuang dan dibatalkan (dimansukh) oleh ibunya.
Setelah beliau dipecat, Hyung Jin Moon mulakan gerakkan baru beliau dinamakan Sanctuary Church. Gerakkan Sanctuary Church ini dianggap terkeluar dari Unification Church.[13] Selama di dalam Sanctuary Church mereka secara terang-terangan mengkritik ibunya Hak Ja Han dan mengubah ajaran bapanya untuk mengangkat status dirinya.[14]
Selain itu terdapat juga kes seorang pengikut tegar Father Moon bernama Jung Myung-seok, yang telah keluar dari Unification Church dan membuat agama sendiri yang bernama Providence Church. Jung Myung-seok juga mengaku sebagai mesiah dan juga membuat penafsiran baru terhadap Bible seperti dilakukan oleh Father Moon.
Selain itu juga, konflik kekeluargaan Moon juga berlaku antara anaknya yang bercerai dengan menantu bernama Nansook Hong dan beliau telah menulis sebuah buku yang menceritakan sisi gelap di dalam keluarga Father dan Mother Moon, buku itu berjudul In The Shadow of The Moons.
Unification Church Ke Malaysia
Di Malaysia mereka sudah melebarkan sayap mereka secara serius dan kukuh sejak 1996 dengan penganjuran program yang dilakukan bersama ahli politik dan juga pelajar-pelajar di Malaysia. Dan baru-baru ini mereka melakukan program bersama dengan pelajar Universiti di Malaysia dan memaksa pelajar Melayu Muslim untuk mengangkat sumpah bersama mengisi borang supaya beriman kepada “Heavenly Parent” Father Moon dan Mother Moon dan memenuhi Three Great Blessing..…
Bersambung ke siri 2
Nota akhir:
_____________________________________
[1] http://www.reverendsunmyungmoon.org/rev_moon_life.html
[2] http://www.reverendsunmyungmoon.org/rev_moon_teaching.html
[3] Lihat artikel Sarah Lewis, - (2004). Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England hlm 71
[4] http://www.reverendsunmyungmoon.org/rev_moon_life.html
[5] The New York Times - https://www.nytimes.com/1977/06/26/archives/rev-moons-church-held-not-christian-national-council-report-calls.html
[6] https://www.christianitytoday.com/ct/2001/augustweb-only/8-6-35.0.html & https://www.christianpost.com/news/cults-in-culture-an-eclipse-of-true-christianity-the-unification-church-part-5-63057/
[7] Lihat artikel Sarah Lewis, - (2004). Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England hlm 72-73
[8] Lihat Dr Yoo Chong Young, (-) True Parents and World Peace, cetakkan ketiga, hlm 55-57
[9] https://appliedunificationism.com/2018/02/05/the-kalki-avatar-and-the-second-coming-of-christ-the-true-parents-of-humankind/
[10] http://moonsanmyung.blogspot.com/2010/10/second-avatar-appearance-manifestation.html / https://appliedunificationism.com/2018/02/05/the-kalki-avatar-and-the-second-coming-of-christ-the-true-parents-of-humankind/
[11] http://www.unification.net/news/news19991024.html
[12] https://iunificationist.files.wordpress.com/2010/05/hyung_jin_nim_hands_devotion-1.pdf
[13] https://www.christiannewspost.com/unification-church-does-not-encourage-firearm-use/ & https://appliedunificationism.com/2015/12/14/the-sanctuary-church-schism/
[14] https://www.youtube.com/watch?v=v9-4Epj1xwI
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「kata-kata sahabat sejati」的推薦目錄:
- 關於kata-kata sahabat sejati 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於kata-kata sahabat sejati 在 Facebook
- 關於kata-kata sahabat sejati 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於kata-kata sahabat sejati 在 Bryan Wee Youtube
- 關於kata-kata sahabat sejati 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於kata-kata sahabat sejati 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
kata-kata sahabat sejati 在 Facebook 八卦
Surat dari Kubur: Baca ini jika pasangan korang sakit...
Bersabarlah anakku, setiap penderitaan yang disertai sabar, ada darjat yang akan naik, ada dosa yang akan terhapus, dan ada pahala yang semakin bertambah.
Ayah ada satu kisah seorang lelaki yang tidak kacak tapi mempunyai isteri yang sangat cantik, waktu beliau sakit nak mati, isterinya menyatakan perasaan sedih kerana mereka berdua terpaksa berpisah TETAPI jawapan lelaki ini membuatkan ayah mengalirkan air mata…
Siapa lelaki ini?
Beliau adalah Bilal bin Rabah radiallahuahu seorang hamba berkulit hitam, and nobody care!
Tak ada mana-mana pertubuhan zaman tu nak ajak dia jadi ahli, seorang hamba berkulit hitam? Apa dia boleh buat untuk kembangkan pertubuhan saya?
Tapi Allah tidak pandang pada rupa dan status, dan itulah juga pandangan Nabi Muhammad SAW, lantas selama tiga malam, Nabi telah korbankan masa rehatnya hanya untuk bantu Bilal membuat kerja berat, tanpa sebarang kata kata dakwah, sehingga Bilal jadi malu pada hari ketiga kerana mamat hensem mana ntah datang tolong aku tanpa mintak upah sedangkan aku hanya seorang hamba abdi yang tiada rupa, adohai...
Tentu tiga malam itu Bilal masuk tidur sambil berfikir siapakan gerangannya lelaki kacak ini yang ingin bersahabat dengan aku seorang hamba berkulit hitam?
Lalu pada malam ke tiga, Bilal pun bertanya: “apa kamu mahu Muhammad?”
Nabipun bagitahu tentang Islam dan keinginannya mengajak bilal masuk islam, terus bilal masuk islam dan sebaik tuan Bilal dapat tahu, Bilal telah diseksa dengan dicemeti sepanjang malam. Waktu siang pula, Bilal dihempap pula oleh sebuah batu besar bersama cuaca yang sedang hangat kepanasan di tengah padang pasir yang panas terik.
Tapi, apa kata Bilal?
“Ahad, Ahad…”
Yang bermaksud: Aku tetap beriman pada Allah yang Satu!
Kita hari ni kejut kawan anak bangun pagi, dijawab: “Ahad, ahad…”, yang bermaksud: tak kerja, tak sekolah.
Woi, bangun solat subuh hari hari lah anak oi..! Hari mati jer tak payah bangun!
(masukkan muzik sedih di sini)
Maka the rest is history, Bilal dimerdekakan oleh Abu Bakar dan terus beliau menjadi sahabat Nabi yang terkenal, menjadi seorang juru kira-kira kewangan Nabi, juga seorang Muazin, juru azan.
Sebaik sahaja Bilal azan, semua orang datang solat berjemaah dimasjid, di mana ada Nabi Muhammad SAW, di situ ada bilal. Mereka sudah menjadi sehabat sejati.
Pernah satu hari Bilal hampir kena jual sebab tersalah ambil hutang dari Yahudi untuk kewangan Nabi, alangkah susah hatinya Bilal lantas memberitahu pada Nabi bahawa mereka terpaksa berpisah kerana pagi esok sebelum subuh beliau akan lari dari Madinah untuk bekerja ditempat lain dan bila sudah dapat duit akan datang balik tebus hutang Nabi, tapi Nabi Muhammad SAW telah selamatkan beliau dengan bantuan dari Allah melalui cara yang tidak di sangka-sangka. (panjang nak cerita bab ini-rujuk kitab Taklim)
Selepas diselamatkan oleh Nabi Muhammad SAW, Terus beliau sujud syukur dan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW tidak berbelah bagi buat selama-lamanya.
Pernah Nabi Muhammad bagitahu kepada Bilal, apa amalanmu yang membuatkan aku bermimpi nampak kamu masuk syurga seiringan denganku? Kata Bilal: Amalan sentiasa memperbarui wudhu..
(nota: Tidak salah menambah amalan selagi ianya sesuai dengan dalil Alquran dan sunnah-ok, teruskan muzik sedih...)
Anak anak ayah sekalian, amalan mengambil wudhu walaupun nampak kecil, tapi dari amalan kecil ini maka terbukalah peluang untuk bersolat, baca Al quran dan lain lain ibadat yang membuka pintu langit mengundang seribu rahmat!
Dipendekan cerita, Nabi Muhammad SAW akhirnya wafat pada hari yang menyedihkan seluruh alam, semua sahabat menangsi kepemergian Nabi termasuk Bilal bin Rabah, setiap sudut masjid Nabawi ternampak kelibat Nabi, air mata kerinduanpun mulai bercucuran lalu Bilal akhirnya berpindah ke Sham dan dilantik oleh Khalifah menjadi gebenor di sana.
Tapi hati mana yang tidak merindui Nabi setelah hidup Bersama dalam suka dan duka.
Maka satu hari Nabi Muhammad SAW kekasih hati bilal datang dalam mimpinya, bertanya: kenapa sudah lama tak ziarah saya?
Note: Jasad Nabi dikembumikan di Masjid Nabawi.
Terjaga dari mimpi, terus Bilal bertolak ke Madinah untuk ‘mengeteh’ dikubur Nabi, sampai sana cucu Nabi telah sambut dengan penuh kasih sayang dan minta beliau azan di Masjid Nabawi, pada mulanya, Bilal tak mahu tapi permintaan cucu sahabat baiknya sukar di tolak.
Lalu beliaupun azan dengan penuh perasaan kerinduan kepada Nabi Muhammad SAW.
Sebaik sahaja langit Madinah berkumandang suara azan daripada Bilal, terus semua penduduk Madinah, lelaki atau wanita, muda atau tua, berhemburan air mata menangis semahu mahunya kerana mereka semua sedang rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Lantas berkumpullah para lelaki dan wanita ke masjid dengan sangkaan Nabi Muhammad hidup kembali untuk menjengok mereka, tapi di sana hanya ada bilal sebagai kenangan melepaskan rindu.
Lihatlah mata bilal, ada kerinduan yang Maha hebat pada Nabi Muhammad SAW.
Tak lama Bilal di Mandinah, semua penduduk dan semua tembok bangunan mengingatkan pada Nabi Muhammad SAW lalu beliau kembali pulang ke Syam.
Dipendekan lagi cerita, Bilal akhirnya sakit, dan isterinya yang cantik, anak keturunan raja, kulit putih kemerahan menyatakan rasa sedih sebab Kekanda Abang Bilal sayang dah nak meninggal dunia tinggalkan adinda seorang diri.
Tapi jawab Bilal..
“Sayang, jangan bersedih, abang sangat gembira mendekati ajal, kerana abang dah tak sabar nak berjumpa dengan sahabat terbaik dalam hidup abang, Nabi Muhammad SAW…”
Air mata pun berlingangan…
Susah senang hidup bersama, sekarang Islam sudah memang dan tersebar, tapi Nabi tiada Bersama untuk melihat kejayaan ini, oh…
Kematian ini, akan menghilangkan rindu yang dipendam sekian lama..
Wahai anak dan menantuku sekalian,
Kita jika mati esok, agak agak, Nabi nak jumpa kita tak?
Kepada Allah ayah sampaikan salam rindu kepada Nabi Muhammad SAW.
Ayah juga rindu kepada Bilal!
Ps: Dikuburan ini, risau juga jika tidak ditakdirkan bertemu Rasulullah, doakan yang baik baik. Sob..sob..
(Dipetik dari Buku Ngeteh Di Kubur Ayah-nak beli siap tanda tangan waktu saya masih hidup,-sila mesej saya-woha!)
kata-kata sahabat sejati 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
KERAMATNYA DOA IBU!
1.Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya..Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya.seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh.Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan..imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang...
2.Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah..anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah..ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi..bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja...Doa ibu sangat penting.kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya..
3.Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu...Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya..Keberkatan hidup....keredhaan hidup anaknya..Kehilangan seluruh hidupnya...anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari.mulut ibunya..jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya ..
4.Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap anaknya. Denyutan jantung anak terasa jentung dirinya...anak adalah pesaka bila ibu dan ayah dah mati...bila.anak anak.adam mati terputus.segala amalan.anak.adam kecuali tiga perkara dan antaranya.doa anak yang soleh.bila ibu doakan perkara yang tak.baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya...bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan..Contohnya ketika.marah kita doakan anak kita sakit kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit...Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik...
5.Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita..kucuplah dahinya..peluklah ibu...saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya...Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih...sungguh besar jasa ibu...
6. Uwisah Al Qarni bukanlah sahabat nabi tetapi hidupnya sangat berkat kerana besar jasanya sehingga sanggup mendukung ibunya menunaikan haji...Lihatlah contoh kisah Juraish yang sibuk beribadat sehingga tidak mempedulikan ibunya sehingga ibunya berdoa semoga Juraish ditimpa ujian.akhirnya juraish menerima akibatnya.Doa ibu sangat berkat dan afdal..kalau ibu berdoa kebaikan hidup anaknya maka insyaAllah kebaikan akan tunaikan tetapi kalau seorang ibu berdoa keburukan maka Allah akan tunaikan...kata ulama janganlah sesekali berdoa keburukan buat anaknya kerana akan merosakan seluru hidup..
7.Soalan Ada orang kata baik anak mati dulu dari ibu kerana ibunya boleh doakannya.jawapan hidup mati ini hak dan milik Allah .Takdir Allah kita tak tahu..Ada ibu dah pergi anak masih hidup manakala ada anak masih hidup ibu sudah mati...kata ustaz yang paling penting ialah doa anak yang soleh sangat diperlukan bila kita dah mati..Hidup.manusia ini bila dah kehilangan ibunya apabila diragut kematian maka hilanglah salah sesuatu keberkatan hidup anaknya..anak dah tak boleh berjasa dalam hidupnya...ibu dah tak boleh.mendoakan keberkatan buat anaknya..
8.Soalan bila terlalu marah akan keluar perkataan yang tak baik dari ibu terhadap anaknya..Contohnya keluarkan membodohkan anaknya...bila ibu kata bodoh tak berguna terhadap anak anda akan bodoh sehingga akhir hayatnya..akibatnya bila kita tua Allah bayar tunai anaknya tak akan mempedulikan ibunya kerana anaknya bodoh dan tidak berguna..kedua dua anak beranak akan merana akibat kata kata ibu yang tak menahan sabar..Nabi ada bersabda jangan berdoa buruk terhadap anak dan keluarga kita...
9.Kalau kita marah sekalipun ingatlah marah itu dari.syaitan...kalau ibu marah sekali pun tolonglah doakan kebaikan.buat anaknya .Doa ibu adalah pintu segalanya.buat anaknya..
.Wallahualam.
kata-kata sahabat sejati 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
