Gurau jahil atau gurau beradab? Jgnlah guna alasan 'gurau' untuk menghalalkan kata-kata yg boleh menyakitkan hati orang lain. Dan terus fikir mereka yg tak bole terima gurauan ni, sangat kolot & tak cool/sporting.
Begitu juga dengan alasan bergurau utk bercerita tentang perkara sensitif/lucah.
Cuba muhasabah semula berapa banyak 'peratus' checklist cara kehidupan seharian & masa yang kita habiskan :
90% : Gurauan jahil, mengumpat & hiburan/content sia-sia/maksiat, kumpul dosa
10% : Buat kebaikan,berkata yg baik & bermanfaat, beribadah & beramal
Ataupun
90% : Buat kebaikan, berkata yg baik & bermanfaat, sibuk beribadah & sebarkan perkara berilmu & bermanfaat
10% : Gurauan yg beradab , hiburan/content yg ada manfaat
Yang mana satu kita? Cuba semak imbang semula diri kita.
Tak perlu kita biasakan & budayakan perkara yg tak diajar dalam agama kita. Tak rugi buat kebaikan, tak ketinggalan zaman pun, asalkan jangan kita 'ketinggalan' pahala untuk masuk ke syurga. Tu yang terpaling rugi sekali, bila sia-siakan masa di dunia. Masa ni pinjaman je tau. Ingat tu.
Segala yg baik tu semua sunnah. Apa yg dikejarkan sangat di dunia sementara ni sampai lupa ada 'peraturan' yg mudah diajar & diperintahkan kepada kita dalam Al Quran.
Budaya gurauan sia-sia ni, menunjukkan tahap pemikiran kita. Siapa yg tak pandai bergurau ni bosan ke? Gurau boleh tapi gurau beradab lah, berilmu & ada manfaat.
Janganlah banding kan dgn pelawak Hollywood yg sudah pasti mereka tak dibentuk dgn akhlak & adab, bandingkan dgn pejuang agama kita yg syahid mempertahankan agama kita, ikuti sunnah baginda Rasulullah. Supaya betul-betul tak 'ketinggalan' di sana nanti.
Guna akal yg الله beri kepada kita utk beza yg mana baik & buruk. Sempena Nisfu Syaaban yg baru berlalu pergi, di bulan Ramadan, dan Nuzul Al Quran, ubahlah demi Tuhan, demi kesenangan & kejayaan di sana. Apa, tak boleh ke normalisasikan perkara baik? Kuno & kolot ke? #tweettm
Search