Hmm hm hmm hmmm
.
Hmm ehmm hm hmm
Mhrrr hhh hmmmm hust
Hustt hmm ehm hmm
Adalah KATA KATA BIJAK
“ MASTER LIMBAD “
kata-kata bijak 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni? Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda.
Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).
Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra).
Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya.
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.
Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.
Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais Al-Qarni menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais Al-Qarni menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi:
“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais Al-Qarni berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah:
“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”
Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.
Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.
kata-kata bijak 在 Ismail Ariffin Lepat Facebook 八卦
Ya Kekasih Allah ❤️🌹🙏🏽
“Banyaknya soalan yang datang menghentam akalnya dengan tanpa mengira tempat dan masa, dia seperti biasa, tetap selalu bersedia untuk bertegas mempertahankan sekuntum senyumannya bagi untuk dijadikan sebagai peneman hati dan perasaannya.
‘Dugaan demi dugaan telah pun dilewatinya, ada yang ringan dan ada yang berjaya meluluhkan perasaannya, namun tidaklah terlalu lama, hatinya pasti kembali segar dan kembali teguh semula,
Ini dikeranakan dia memahami akan kaedah ‘Kefahaman dan kesedaran’, adalah dua subjek yang maha penting untuk selalu dijunjungi bersama. ‘when the Shoe is fits, You will make your move nice and easy, meskipun kamu sedang berada on such a rocky road nescaya keselesaan tetap bertempat di bawah tapak kaki.
Dia berdiri sendirian ditengah riuh pikuk Kota Kuala Lumpur, memerhati dan memerhati, Sebentar tadi dia telah di tahan oleh tiga lelaki separuh umur, berbagai persoalan yang bagaikan pisau merobek jiwa, ‘mereka telah terpengaruh dengan Fitnah dari kancah bebas alam internet. Persoalan demi persoalan di jawabnya dengan seringkas yang terdaya bersertakan jiwa yang bersahaja, Alhamdulillah All done and gone.
Setelah itu diteruskan perjalanannya, sampai di kawasan taman didepan KLCC. Berteduh dibawah rendangnya sebuah pohon. Setelah melayan suasana sekeliling, apa saja yang melintas lalu, lalu terfikir untuk menyemak handphone nya,
Tiba-tiba Hatinya dicium lembut oleh satu kenangan yang amat manis, Facebook memaparkan kembali memory 6 tahun sudah. Ahmad Azali sekali lagi ‘memecah mindanya lantas membuat jiwanya terkesima.
“Aku tak mau duit!, Aku nak Allah Shyinta aku..” – Ahmad Azali.
"MasyaAllah inilah kemuncak ‘kehendak’ yang seharusnya ada bertempat di segenap jiwa-jiwa Islam” – Satu suara lembut menyapa kedalam kesedarannya.
Sesaat itu juga dia berkelakuan seperti orang kurang siuman, dia tersenyum sendirian dengan lebarnya, dan sebentar pula mengesatkan airmatanya, ada yang tidak mampu dibendung dek Sukmanya, menangis dan lantas ketawa sendirian.
“MasyaAllah.. Bertapa ramainya manusia di atas muka bumi ini, selalu berdoa agar memiliki hati yang bersertakan rasa meyintai Allah, Akan tetapi pohon harap dari Ahmad Azali pula adalah jelas disebaliknya, “Aku nak Allah Shyinta aku..”,
Yes indeed, kita semua tahu akan bahawasanya ini adalah satu ‘permintaan’ yang sederhana, Akan tetapi amatlah bijak serta mampu membasmikan segala dugaan duniawi dan segala kucar-kacir yang diciptakan oleh mereka-mereka yang memiliki penyakit pada hatinya.
“Terima kasih Anak dan Sahabat kesayangan ku, kata-kata mu sememangnya sederhana, tetapi ianya telah berjaya mengembangkan setaman ‘bunga-bunga cinta’ didalam ini dada ini"
"Terima kasih wahai hati yang bercahaya. Segala pesona dugaan Dunia dan segala semburan fitnah, tohmahan, cela dan maki dari mereka-mereka, tiada lagi membuah apa-apa erti di akal dan hati ini, ‘When I let go of what I am, I become what I might be. When I let go of what I have, I receive what I need. ‘AH! THIS!’. Dia memejamkan matanya, perlahan hatinya bersuara,
Terima kasih wahai Pujaan Hati, Ahmad Azali.., ‘I love You and I really miss You… Sejahteralah kau didalam rahmat kasih Allah yang Satu..’
. .🌹
. ❤️ https://youtu.be/mmzPb0PGaDk ❤️
. .🌷🌷LEPAT🌷🌷
kata-kata bijak 在 110 Kata-kata Mutiara ! ideas - Pinterest 的八卦
... Theresia Purwantiningsih's board "Kata-kata Mutiara !", followed by 184 people on Pinterest. See more ideas about kata-kata mutiara, kata-kata, bijak. ... <看更多>