Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「kata kata bijak singkat」的推薦目錄:
- 關於kata kata bijak singkat 在 Facebook
- 關於kata kata bijak singkat 在 Mohd Asri Facebook
- 關於kata kata bijak singkat 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於kata kata bijak singkat 在 Bryan Wee Youtube
- 關於kata kata bijak singkat 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於kata kata bijak singkat 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
- 關於kata kata bijak singkat 在 Kata Kata Bijak Terbaru 2021 - YouTube 的評價
- 關於kata kata bijak singkat 在 53 Kata Kata Bijak Singkat, Makna + Gambar Quote - Pinterest 的評價
kata kata bijak singkat 在 Mohd Asri Facebook 八卦
[Kenapa Melayu suka ‘melebur’ dengan Skim Cepat Kaya?]
Baru-baru ini saya terbaca banyak kisah orang kita yang kehangusan duit dalam pelbagai skim cepat kayap macam-macam jenis di luar sana.
Well, ini tidak pelik kerana track record bangsa kita sejak zaman Pak Man Telor lagi, (Opps sorry! Pak Man Telo!) kita suka melabur di tempat yang berisiko tinggi dan tidak regulated di bawah Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Saya masih ingat lagi ada satu skim beberapa tahun ini di mana bersungguh-sungguh ada yang nak "pitch" saya untuk invest beli saham emas mereka dan akhirnya syarikat dari luar negara tu kononnya tiba-tiba tukar skim dia dan hilang, Selamat Hari Raya dengan duit-duit semua. Memang seronok.
Bila saya suruh invest ‘ilmu adalah yang terbaik’, orang marah saya kata saya macam-macam. Padahal, saya tahu kesannya berniaga atau melabur dengan tidak ada ilmu. Ilmu mampu mengubah hidup manusia dan ilmu mampu menyelamatkan seseorang dari kerugian teruk, malah membuat keuntungan dengan cara yang betul dan tempat yang sah betul.
Pelaburan saham yang sah begini orang kita di nun sana mana nak ambil tahu kan? Mereka suka yang senyap-senyap, sembunyi-sembunyi dan tahu-tahu duit dah hilang...
Kenapa Melayu suka ‘melebur’ dengan Skim Cepat Kaya? Secara ringkas, dalam skim sebegini, anda perlu melabur sejumlah wang kepada pihak penganjur yang menjanjikan pulangan yang jauh lebih tinggi dari wang yang anda laburkan melalui cara ‘goyang kaki’ sahaja atau mencari ahli baru yang sanggup melabur modal yang banyak dalam skim cepat kayap ni.
Memang pada mulanya ia sungguh meyakinkan dengan janji-janji kekayaan dan kemewahan, tetapi apa yang penting untuk sesuatu bisnes yang kukuh adalah strategi dan sistem yang kuat dan sah di sisi undang-undang. Tetapi skim cepat kaya memang “hebat” dalam memperdaya orang untuk ‘percaya’ tawaran-tawaran mereka. Jika anda kaji sedikit, strategi mereka memang menarik tetapi tawaran mereka pasti tidak masuk akal dengan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.
Kalau nak pulangan yang lumayan pun, kenapa tidak melabur di Bursa Malaysia yang berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang berganda “Return on Investment”? Tetapi ada juga yang melabur tanpa ilmu dan strategi yang betul yang rugi di Bursa Malaysia. Sebab itu ilmu dan strategi yang terbukti itu pentin bagi memaksimakan pulangan & mengurangkan risiko kerugian. Insya Allah.
Terdapat 673 syarikat yang patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia dan juga memiliki sekuriti yang ketat.
Saya benar-benar mencadangkan anda yang ingin memulakan langkah pertama untuk belajar tentang dunia pelaburan saham dengan hadir ke
Seminar Dunia Pelaburan Saham 2015
✔ 9 - 10 Mei 2015 (8.00pagi-6.00ptg)
✔ Shah Alam Convention Centre
Seminar Mudahnya Melabur Saham Siri Ke-3 2015
✔ 14 Mei 2015
✔ The Klagan Hotel, Kota Kinabalu (Khamis)
7.00mlm - 11.00mlm
Seminar Dunia Pelaburan Saham 2015 Edisi Kota Kinabalu
✔ 16 -17 Mei 2015 (8.00pagi-6.00ptg)
✔ The Klagan Hotel, Kota Kinabalu
Anda boleh hubungi terus di talian 0162296760 / 0193124544 / 0192102796. Tempat adalah terhad. Semoga anda mejadi pelabur yg bijak.
#SDPS2015
kata kata bijak singkat 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
7 Amalan Ibadah Ramadhan Untuk Wanita Haid
1. Memberi & Menyediakan Ifthar (hidangan berbuka)
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :
” Barang siapa yang memberi ifthar (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang shaum/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang shaum/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun”. (H.R. Bukhari Muslim).
2. Melakukan Khidmat (membantu) Orang Lain
Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari embermu ke dalam bejana milik saudaramu.”(H.R.At-Tirmidzi)
Semua hal tersebut jika dilakukan karena Allah tidak akan sia-sia karena, khidmat termasuk amal shalih dan bahkan wanita bisa mendapatkan pahala yang setara dengan yang berpuasa jika dia melakukan khidmat kepada orang yang berpuasa. Contohnya Khidmat ialah: Menyiapkan makan sahur dan berbuka, berbelanja untuk kebutuhan makan, mengasuh anak, membersihkan rumah, mencucui, menyetrika dan sebagaianya.
3. Berdoa & Berdzikir Tetap Jalan
Walau muslimah ketika haid tidak diperbolehkan shalat ,namun demikian ketika adzan usai dikumandakan sangat dianjurkan untuk berdoa dan berdzikir .
“Dari Jabir Bin Abdullah Radhiyallahu Anhu Bahwa” Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda:
“Barangsiapa mendengar panggilan adzan lalu ia Berdoa ‘Ya Allah Ya Rabb.. Pemilik seruan yang sempurna ini, dan shalat yang akan didirikan, karuniakanlah kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Wasilah dan keutamaan dan tempatkanlah ia di tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan’ Akan Mendapatkan Syafaatku kelak pada hari kiamat (HR. Bukhari).
Para Fuqoha sepakat pada tiga poin ibadah yaitu, istighfar, dzikir dan Doa tidak disyaratkan yang melakukan harus suci dari hadas baik hadas besar maupun hadas kecil. Artinya seorang wanita yang sedang haid, meskipun dia berhadas besar tidak ada larangan baginya untuk beristighfar, dzikir dan berdoa sepanjang waktu selama mampu
4. Mendorong Orang Lain Untuk Beramal Shalih
Mengingatkan anggota keluarga untuk menunaikan shalat sunah terutama shalat sunnat dhuha dan shalat sunnat qiyamul lail.
Dari Abu Mas’ud Al Anshari dia berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata, “Wahai Rasulullah, jalan kami telah terputus karena hewan tungganganku telah mati, oleh karena itu bawalah saya dengan hewan tunggangan yang lain.” Maka beliau bersabda: “Saya tidak memiliki (hewan tunggangan yang lain).” Tiba-tiba ada seorang laki-laki yang berkata, “Wahai Rasulullah, saya dapat menunjukkan seseorang yang dapat membawanya (memperoleh penggantinya).” Maka beliau bersabda: “Barangsiapa dapat menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang melakukannya.” (H.R. Muslim)
5. Istighfar & Shodaqoh
Istighfar dan Shodaqoh lebih layak diperhatikan dibulan Ramadhan karena bulan ini adalah bulan yang paling mulia diantara seluruh bulan.
Dari Abdullah bin Umar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Karena, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni Neraka.” (H.R. Muslim)
Secara khusus Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam merekomendasikan wanita agar memperbanyak istighfar dan shodaqoh karena beliau diperlihatkan bahwa wanita adalah penghuni neraka yang paling banyak.
6. Tholabul ‘Ilmi (mencari ilmu)
Mencari ilmu termasuk amal shalih yang bisa dilakukan wanita haid di bulan Ramadhan baik dilakukan dengan mendatangi majelis ilmu maupun mempelajari isi buku.
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut Ilmu,Niscaya Allah Subhanahu wa Ta’ala menunjukkan jalan menuju Surga Baginya”. (H.R. Muslim)
“Barangsiapa wafat dalam menuntut Ilmu (dengan maksud) untuk mengidupkan Islam, Maka antara dia dan Nabi-Nabi satu derajat di dalam Surga.”(H.R. At Thabrani)
7. Menjauhi Larangan Agama
Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam bersabda :
“Barangsiapa Tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tiada artinya di sisi ALLAH baginya shaum/puasa dari makan dan minum” (HR Bukhari).
Muslimah yang bijak tentunya berupaya memanfaatkan setiap detik ketika bulan Ramadhan walaupun ketika sedang haid, dan terhalang menunaikan shaum masih mendapat pahala yaitu dengan berusaha menjauhi segala yang dilarang oleh Agama,dan berusaha menjaga lisan dengan tidak mengunjing dan selalu berusaha berkata-kata yang manfaat.
Semoga dengan adanya panduan singkat ini, amal ibadah puasa Ramadhan para muslimah tetap sempurna meskipun adanya tamu tak diundang iaitu datang bulan (haid).
Sumber : Tidak dapat dipastikan penulis asalnya. Mohon PM jika anda penulisnya untuk diletakkan kredit.
kata kata bijak singkat 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價

kata kata bijak singkat 在 53 Kata Kata Bijak Singkat, Makna + Gambar Quote - Pinterest 的八卦
2019 Jun 20 - Hidup anda sedang mengalami masa sulit sehingga membutuhkan kata kata bijak singkat dan bermakna? Anda sedang mencari inspirasi saja untuk […] ... <看更多>
kata kata bijak singkat 在 Kata Kata Bijak Terbaru 2021 - YouTube 的八卦
... <看更多>