Selamat Berpuasa semua,
.
Kenangan sungguh gambar ni, ini pertama kali saya pergi umrah pada tahun 2008, selepas 8bulan syahadah. Sempat mendaki Jabal Nur hingga ke Gua Hira. Alhamdulillah
.
"Tidak perlu melihat aib orang lain. Cukuplah kamu melihat dirimu dan ayam yang berkokok di pagi hari. Lihatlah siapa yang bangun terlebih dahulu mengingati Tuhannya, makanya itu adalah yang lebih baik dan bijaksana." Imam Al-Ghazali rah
.
Nasihat untuk diri sendiri
Kita nampak baik, sebab Allah tutup aib kita 😔
Jika ia terbuka , semua orang akan lari dari kita.
#throwback #makkah #jabalnur #hira
#adamcorrie
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
jabalnur 在 ADAM CORRIE Facebook 八卦
Alhamdulillah , Uncle Ibrahim Tan (75thn) salah seorang peserta program umrah Kembara Iman Saudara Baru telah berjaya mendaki Jabal Nur dan turun dgn jayanya.
Dalam masa 2:30jam . Naik pukul 1pg dan turun semula pukul 3:30pagi pada 2 hari lepas.
Usia Islam beliau baru 3 tahun.
Beliau sanggup berpisah dgn Isteri tercintanya di hujung usia beliau kerana isteri beliau tidak mahu memeluk Islam.
Islam adalah pilihannya.. Itulah hidayah Allah ..
Allah memberi hidayah kepada sesiapa saja yang Allah kehendaki.
Beliau memberi saya motivasi utk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
Kembara Iman Saudara Baru
#adamcorrie #kembaraimansaudarabaru #muallaf #muhasabahdiri #cinaMuslim #malaysia #hidayah #umrah #jabalnur
jabalnur 在 ADAM CORRIE Facebook 八卦
Wallpaper hp saya.
Bergambar di Gua Hira tahun lepas pada waktu mlm.
Bayangkan ketika ini bidadari saya baru seminggu selesai jalani pembedahan hamil diluar rahim, dibedah secara melintang di perutnya . Atas semangat yg kuat ingin merasai bagaimana Rasulullah SAW mendaki Jabal Nur hingga ke puncak bukit masuk ke Gua Hira ... Semangat yg kuat itulah yg beliau bawa hingga ke saat ini membantu saya berdakwah bersama-sama.
InsyaAllah bulan 3 ini kami kembali ziarah ke sana lagi sekali lagi dgn membawa 40 org muallaf ke sana dlm program Kembara Iman Saudara Baru yg ke 2.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
Kembara Iman Saudara Baru
Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight
#adamcorrie
#adaimanbarusyokadafight #jabalnur #dakwahSunnahBukanPoyo #Mekah #umrah