Dikongsikan melalui FB Hannan Huntnone
"Kau abis berapa ribu kahwin haritu Nan?" Tanya Zul. Dia bertanya dengan wajah penuh minat.
"Banyak juga Zul. Tapi banyaknya mak ayah tolong. Memang sejak dari tahun lepas aku tanya mak ayah aku kalau diorang boleh 'sponsor' sikit kalau aku nak kahwin tahun depan. Diorang okay je." Jawab saya santai.
Zul mengangguk sambil tangannya bermain-main sebatang pen biru.
"Jom gerak pi solat. Kot dapat tido kejap lagi baik." Saya mengajak. Jam menunjukkan pukul 1.05 petang.
Tatkala kami meluncur perlahan menuju ke masjid, Zul bertanya lagi. Kali ini lebih mendalam.
"Macam mana kau simpan duit untuk kawen?"
"Kenapa? Kau plan nak kawen bila?" Sengaja saya menyoal kembali. Ini masanya mengorek rahsia. Hati saya ketawa.
"Kau dah ada orang belum?" Saya menambah soalan.
"Aku belum ada orang lagi. Aku nak ada cukup duit baru aku nak fikir pasal kawen. Baru fikir nak cari orang." Jawab Zul serius. Daun-daun pokok di hadapan masjid di Taman Pertama itu berguguran, berbuai ditiup angin. Perlahan. Lalu jatuh menghiasi kereta Proton Wira tua berwarna hijau muda.
"Aku nak share sikit tips yang aku dapat dari senior aku masa aku belajar dekat Manchester dulu. Tips macam mana nak kahwin awal." Saya mengucapkannya sambil mengukir senyuman.
"Apa dia?" Zul tersengih.
"Silap orang muda-muda ialah kita fikir duit dulu baru fikir kahwin. Sedangkan yang sebetulnya, plan kahwin dulu baru fikir duit." Saya bermain kata-kata.
"Maksudnya?"
"Maksudnya. Carilah orangnya dulu. Lepas dah setuju, plan tunang, plan bila nak kahwin." Nasihat saya sambil berwajah serius.
"Masa aku kat Manchester, senior aku belum grad, tapi dia dah dapat tawaran kerja Gamuda. Bakal isteri dia dah dapat Exxon Mobil." Saya kongsikan padanya cerita sambil ingatan melayang jauh mengenangkan kisah 4 tahun lalu.
"Kata senior aku, rancang dulu bila nak kahwin, nanti Allah akan permudahkan jalan." Ucapan senior saya di Manchester dahulu terngiang-ngiang di cuping telinga saya. Waktu itu saya di tahun 2 universiti.
"Hmmm..." Zul asyik mendengar saya bercerita. Rambutnya yang panjang diusap-usap berulang kali.
"Masa aku kat U** S******, aku pun termenung juga bilalah aku nak cukup duit nak kahwin. Dengan gaji bawah 3K di KL, nasib baik duduk dengan mak ayah. Kalau tak lagi tak dapat menyimpan." Saya menyambung cerita.
"Tapi waktu aku tengah sakit kepala pikir pasal duit, aku bincang juga dengan bakal isteri aku pasal tarikh kahwin. Kejap tahun depan, kejap 2 tahun depan. Asyik berubah. Aku sendiri asyik main aplikasi excel di laptop. Cuba juga buat bajet untuk cukup kahwin tahun depan. Akhirnya, kami nekad, tahun 2016 kami nak kahwin."
"Lepas tu apa jadi?" Tanya Zul pendek.
"Aku dapat offer kerja MRT. Aku berhenti kerja lama aku. Gaji dapatlah lebih sikit kat tempat kerja baru. Alhamdulillah." Suasana sunyi. Hanya bunyi enjin kereta dan aircond yang kedengaran.
"Masa lagi 2 bulan aku nak nikah, aku pening kepala sebab dalam akaun tak cukup lagi duit hantaran. Ikut kira-kira aku, malam 27hb May tu, gaji bulan May masuk baru cukup duit hantaran untuk nikah esok paginya." Saya bercerita penuh drama.
"Fuh. Pastu camna?" Zul menyoal.
"Tengah aku runsing. Bulan April masuk gaji. Aku buka akaun bank aku. Tup tup. Cukup duit untuk buat hantaran. Aku terkejut. Mana datang duit banyak ni?"
"Esoknya dapat notis emel. Semua staff mulai bulan ini dapat elaun untuk kenderaan. Alhamdulilahhhh.... Terus hilang kerisauan aku tak cukup duit nak nikah bulan May." Senyuman terukir di wajah saya. Ia memori yang menambah rasa syukur dan percaya pada rezeki orang yang mahu berumahtangga.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
An Nur ayat 32.
Segala puji hanya milik Allah. Alhamdulillah.
Semoga kisah ini menjadi penguat semangat bagi mereka yang sedang berhempas pulas mengumpul duit untuk berkahwin di luar sana.
Tips menguruskan kewangan? Jangan segan hubungi saya untuk nasihat kewangan secara PERCUMA. Saya gembira membantu sahabat dan kenalan saya untuk menguruskan wang dengan lebih baik. Saya seronok untuk berkongsi tips-tips kewangan dengan sesiapa sahaja. Lagi bagus kalau dapat bertukar buah fikir dan tips! :)
Sila SHARE kalau anda rasa bermanfaat. Semoga ia menjadi saham pahala buat saya.. Amin. :)
Muhammad Hannan bin Shawalludin
Infaq Consultancy, junior Advisor.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Sebahagian pendapatan iklan di channel ini di infaq kan kepada mereka yang memerlukan. Saya sudah lama tidak umumkan kepada mana untuk elak fitnah jug...
infaq ayat 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 八卦
Fekah Halal & Haram Dalam Kehidupan (Bhg 1)
Sheikh Al-Qaradhawi ada satu siri popular dalam TV Al Jazeera bertajuk 'Shariah & Kehidupan' (الشريعة والحياة).
Beberapa tahun lepas, saya telah menulis sebuah buku Membumikan Syariah (edisi B. Melayu) & Shariah is Life (edisi B. Inggeris). Dalam tulisan B. Arab, ia berbunyi ' الشريعة هي الحياة '.
Bagi saya, Shariah adalah kehidupan & bukan sebahagian dari kehidupan.
Sheikh Al-Qaradhawi juga telah menulis sebuah buku yang popular sejak 1970an al-Halal & al-Haram (الحلال والحرام). Pada malam ini, saya ingin mula menulis di media sosial tentang halal & haram tetapi dalam dimensi berbeza. Saya nak tulis halal & haram dalam kehidupan (الحلال والحرام في الحياة).
Kalau ulamak Islam dahulu menulis haramnya menipu timbangan, saya ingin bincang haramnya penzahiran maklumat penting yang tidak sempurna. Kalau ulamak Islam dahulu bincang tentang haram curi & merompak, saya nak bincang haramnya memberi dan menerima rasuah atau kickback atau haramnya budaya bodek & buli. Kalau ulamak Islam bincang tentang makruhnya air terkena pancaran matahari, saya nak bincang haramnya pembaziran air samada air mentah atau air yang sudah dirawat. Juga haramnya pencemaran air & sumber air.
Kenapa saya nak tulis cara ini? Banyak sebab. Hukum fekah samada hukum taklifi (hukum yang bernomatif) atau hukum wadi'i (hukum yang menentukan penentu sebab, syarat & halangan) ada pelbagai dimensi. Antaranya dimensi masa & tempat, dimensi peribadi & masyarakat, dimensi hukum & polisi. Kemungkinan penulisan di masa lepas agak menjurus kepada satu2 dimensi sahaja sehingga hilang atau pudar kehebatan hukum fekah.
Sebab seterusnya hukum fekah bukan sekadar melabelkan status hukum tetapi juga membangunkan nilai2 masyarakat. Hukum fekah yang terpisah daripada nilai positif masyarakat hanya menjawab hukum Allah dalam sesuatu perkara tetapi tidak membangun apa2.
Ayat 219 al-Baqarah; "Mereka bertanya kamu apa yang mereka patut belanjakan (di jalan kebajikan). Jawablah (wahai Muhammad): Apa yang lebih (surplus)".
Kitab fekah bincang hukum infaq tetapi tidak hukum masyarakat lebihan/ surplus.
Adakah anda sokong siri baru ini? Saya tunggu jawapan anda.
MDB
#fekahalhalaldanalharam
#mdb
#surplus
infaq ayat 在 Heliza Helmi Facebook 八卦
Assalamualaikummm
_
Ceq nak habaq mai, mai la jumpa jam 230 nanti di Perkarangan Restoran Al Araby Mathaam dan 9 malam ini di Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok , Sungai Petani Kedah
_
Mai bawa duit sekali untuk infaq kepada syria na. Yang tak dapat datang, boleh salurkan sumbangan ke www.tabungsyria.com
_
Kepada yang nak dapatkan buku Ayat Ayat Cinta dari Tuhan boleh ke IG / FB @nurelhikmah
_
#helizahelmiatwork
infaq ayat 在 Hazeman Huzir Youtube 的評價
Sebahagian pendapatan iklan di channel ini di infaq kan kepada mereka yang memerlukan. Saya sudah lama tidak umumkan kepada mana untuk elak fitnah juga menutup aib.
Selamat datang dalam content #AngkerSister. Kepada yang suka tengok cerita seram boleh tengok channel ni dan buka playlist #AngkerSister.
Dalam episod kali ni kita ada cerita pasal suami isteri kena sihir dan ilmu pemisah oleh seorang janda. Puncanya korang terkejut. Time code ada dibawah:
0:00 - Teaser
0:55 - Isteri Minta Khidmat Scan Suami Takut Buatan Orang Atau Rasuk
5:42 - Perempuan Kena angkut, Lelaki Letak Benda Dalam Minuman
7:20 - Suami Yakin Diri Dia Kena Santau Dengan Perempuan
13:51 - Isteri Tak Percaya Yang Janda Santau Suami Dia Lepas Curang
15:39 - Apa Kesan Santau Dan Ilmu Sihir Pemisah
16:38 - Kenapa Perempuan Isteri Selalu In Denial 4-5 Stages of Grief Loss
18:17 - Kifarah & Dianiaya Dari Amalan Kita Sendiri Asy Syura Ayat 30, 40
22:12 - Kenapa Hanan Nak Berhenti Share Kisah Seram?
24:25 - Episod Akan Datang: Artis Kena Santau Dengan Artis Lain Dekat Set
Semoga bermanfaat dari saya Hazeman Huzir dan Angker Sister
