Minggu lepas saya ditanya tentang apa agaknya benda yang boleh dilakukan untuk turunkan kos bagi sesetengah orang di luar sana yang terasa dengan kos sara hidup yang meningkat, saya cuba fikirkan beberapa perkara dibawah ini. cuma mungkin ia boleh menaikkan darah serta susah gila nak buat dan boleh bawa gaduh untuk sesetengah orang, tapi terpulang. Ini list yang saya fikirkan. Ada sesiapa nak tambah cadangan, silakan:-
1/ Jangan guna internet selalu - banyakkan baca buku atau ngaji.
2/ Jangan hisap rokok - Saya dah lama berhenti.
3/ Jangan tengok TV - Pun saya tak tengok.
4/ Jangan buka lampu banyak sangat
5/ Jangan beli diapers tapi guna lampin macam zaman dulu - sure gaduh ni!
6/ Jangan beli susu bayi tapi beri susu badan dan pam susu xxx simpan dalam bekas yang boleh preserve susu.
7/ Jangan makan di luar. - masak dan tapau dari rumah serta bawa botol air dari rumah untuk seisi keluarga. Mulakanlah tanam cili dalam pasu atau sayur-sayur atau ulam-ulam untuk makan sendiri, nak lagi power jual kat jiran. Terangkan kepada seluruh keluarga tentang misi kurangkan kos dan perbelanjaan.
8/ Jangan berjalan di pasaraya tapi berjalan di taman bunga supaya elakkan nafsu nak membeli. Jika nak berbelanja, pastikan buat senarai dan buat perbandingan harga serta rancang bila nak berbelanja serta di mana.
9/ Jangan naik kenderaan untuk tempat yang dekat dan boleh jalan kaki atau naik motor jika ada.
10/ Jangan drive kereta laju kerana ia akan meningkatkan consumption minyak
11/ Jangan beli barang2 atau perabot baru, try kedai barang terpakai jika perlu, not bad juga barangnya.
12/ Jangan beli kereta baru kerana serta merta harga kereta tersebut akan jatuh 30% lepas kita beli. Actually, jika tidak ada keperluan atau dah ada kereta, tak yah beli kereta, bertahan dengan apa yang ada.
13/ Jangan beli buku sekolah baru. Ini saya buat masa sekolah dulu. Beli buku second hand dari senior atau pinjam jer.
14/ Jangan harap satu sumber pendapatan atau wang. Masa belajar dulu sebab mak ayah orang susah, tak adalah saya kebuluran, sebab saya ambil upah basuh baju, urut tapak kaki, tolong jual nasi goreng hostel ke hostel. Ajar tuisyen kepada junior. Tolong ambil upah gosok baju. Ramai orang malas, kita hanya perlu rajin. Nak tak nak jer!Jangan tunggu jadi Rashid baru nak mulakan berniaga. Mulakan berniaga sampingan dan dengan modal yang kecil atau mampu. Ambil upah gosok baju pun boleh jadi bisnes der.
15/ Jangan tambah hutang atau belanja "benda" yang tidak memberikan pulangan. Kurangkan berbelanja beli "benda". Banyak "benda" yang dah ada dan tidak perlu sebenarnya.
Ini 2 tambahan kemudian cadangan dari anda yang komen:-
16.. Jangan mudah terpengaruh dgn kehidupan mewah org lain. Berbelanja ikut kemampuan, bukan kemahuan....
17 Jangan ambil kad kredit...krn ia ada kemungkinan tinggi untu berbelanja pada sesuatu yg tidak perlu... duit yg xnampak ni yg mudah larut..
Ini cadangan jer. Terpulanglah nak ikut atau tidak. Walau banyak duit pun tak salah berjimat cermat.
P/S Sebenarnya, jika anda ada ilmu berniaga, lebih mudah fokus tambah pendapatan dari kurangkan kos. Sebab berapa rendahlah kos kita boleh turunkan. Tengok rakaman penuh Klinik Usahawan yang sedang kami berikan percuma di www.KlinikUsahawan.com/online
#BukanRashid
#AzizanOsman
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「harga tempat makan bayi」的推薦目錄:
- 關於harga tempat makan bayi 在 Azizan Osman Facebook
- 關於harga tempat makan bayi 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於harga tempat makan bayi 在 9bulan10hari Facebook
- 關於harga tempat makan bayi 在 Bryan Wee Youtube
- 關於harga tempat makan bayi 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於harga tempat makan bayi 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
harga tempat makan bayi 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Puasa bulan 4, lagi 2bln je lagi... Bagi yg masih belum ganti puasa, bolehlah ganti sebelum Ramadhan ini.. Kalau tak kena bayar Fidyah seperti di bawah 👇👇👇
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”
(al-Baqarah: 184)
KADAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.
Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.
Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.
Bermakna, kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut.
Oleh yang demikian, jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).
TAKSIRAN FIDYAH
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
2. Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenaka
Contoh :
Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).
Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.
SIAPAKAH YANG DIKENAKAN FIDYAH ?
Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.
Contoh :
Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00
Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.
Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
7 hari X RM1.80 = RM12.60
Jika Puan Rina DAPAT MENGGANTIKAN PUASA TERSEBUT SEBELUM RAMADAN BERIKUTNYA, maka TIADA FIDYAH dikenakan ke atas Puan Rina.
Tetapi, jika Puan Rina TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA, maka dia DIKENAKAN FIDYAH sehinggalah dia menggantikan puasa tersebut. Katakanlah, Puan Rina hanya dapat menggantikan pusa tersebut 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
7 hari X (4 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM37.80 (FIDYAH)
***Fidyah hanya akan berhenti dikira apabila puasa itu digantikan.
Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan (kesihatan) dirinya.
Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)
Ibu yang menyusukan Anak
Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :
Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
15 hari X RM1.80 = RM27.00
Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
Orang yang telah meninggal dunia
Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris -warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Contoh :
Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
13 hari X RM1.80 = RM23.40
Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Contoh :
En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)
Sumber PPZ MAIWP
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
harga tempat makan bayi 在 9bulan10hari Facebook 八卦
PLAN UTK HAMIL? INI PERKARA YG SUAMI ISTERI PERLU BUAT & ELAK :
✅ Perlu tahu waktu subur, cara pengiraan & tips bersama.
✅ Isteri perlu makan folic asid 3 bulan sblm hamil & ketika hamil. Memasuki usia kandungan anak 4 bulan doctor mungkin akan beri Obimin pluz/Obimin/Iberet atau supplement tertentu buat mommy.
❌Untuk buat isteri hamil, suami perlu elak merokok, elak kerap berada di tempat panas.
✅Untuk mudah hamil , jgn lupa baca doa sebelum berjimak, zikir pagi petang, amalan melindungi kandungan dari perkara2 tak baik.
✅ Untuk hamil, amalan2 seperti bersedekah, istighfar sgt2 penting bukan saja utk isteri buat, malah suami.
.
.
Bukan itu saja ini ilmu yg suami isteri WAJIB tahu untuk HAMIL mudah dalam ebook.9bulan10hari.com. Beribu ilmu, persediaan, panduan , tips, ilmu, dari 12 org pakar buat suami isteri untuk elak perkara2 yg tak diingini...
✅ Bersediakah kita jd ibu ayah?
✅ Suami, elak perkara2 ini utk bantu isteri hamil
✅ Checklist utk hamil
✅ Jawapan terbaik kpd 'makcik bawang' tentang ANAK
✅ Kisah Nabi Zakaria a.s
✅ Kenali waktu subur
✅ Pesanan buat bakal papa
✅ Pesanan pakar 0&g
✅ Masalah pada rahim & solutions
✅ Jimak, doa & amalan
✅ 25 tips mudah hamil
✅ Soalan & jawapan tentang asid folik
✅ Checklist makanan utk fertility
✅ Kewangan & kehamilan
✅ Kesihatan sperma
✅ Soal jawab tentang iui & ivf
✅ Amalan perubatan Islam utk mudah hamil
✅ Dan baaaanyakk lagi ilmu dalam ebook.9bulan10hari.com
Jangan bila dh jadi sesuatu yg kita taknak terjadi baru menyesal sebab kita x membaca imu2 yg betul 🙁
Selamat membaca.
Ini link untk dapatkan ilmu2 sahih...
ebook.9bulan10hari.com
.
.
Ada lebih 600 mukasurat, 90 videos dari 12 org pakar berkongsi tips & panduan dalam 8 ebook 9bulan10hari ini :
✅ Ebook 1 : Perkahwinan & Rumahtangga : RM49
✅ Ebook 2 : Ruqyah : RM49
✅ Ebook 3 : Merancang Kehamilan : RM129
✅ Ebook 4 : Kehamilan Yang Indah : RM129
✅ Ebook 5 : Kelahiran Yang Indah : RM49
✅ Ebook 6 : Berpantang & Peranan Suami : RM69
✅ Ebook 7 : Penjagaan Bayi & Mendidik Anak : RM89
✅ Ebook 8 : Penyusuan Susu Ibu : RM69
Total harga utk kesemua ebook ini jika di beli satu satu adalah RM600+..
Pun begitu.. Jika dibeli kesemua Ebook.9bulan10hari.com ini sekaligus hanya RM179 😍
💗Utk order boleh klik link ini ya :
https://9bulan10hari.onpay.my/.../package_ebook.../SYA
Untuk pertanyaan mengenai Ebook 9Bulan10hari boleh wasap admin ya :
wa.me/60184048007