Kematian Wanita Mengandung: Khurafat Yang Terselindung
Pada hari ini masih lagi tersebar dalam kalangan masyarakat kita sebuah gambaran yang buruk ke atas kemalangan jika ada seorang wanita mengandung meninggal dunia maka rohnya akan merayau dan menjadi hantu menganggu orang-orang tertentu.
Kepercayaan sebegini bukan sahaja berlegar di dalam mitos alam melayu sahaja tetapi juga terdapat dalam kepercayaan di negara luar, antaranya:
1) Pontianak & Kuntilanak – Malaysia & Indonesia
Pontianak atau di Indonesia disebut Kuntilanak dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Lalu setelah dia mati maka rohnya keluar merayau (menjadi hantu).
2) Sundel Bolong – Indonesia
Sundel Bolong juga merupakan hantu yang dipercayai berasal dari matinya wanita yang mengandung. Ia tidak jauh beza dengan Pontianak cuma Sundel Bolong dikatakan memiliki lubang di bahagian perutnya.
3) Langsuir – Malaysia & Indonesia
Hantu Langsuir adalah salah satu hantu yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Ia juga dikatakan berasal dari wanita yang mati ketika mengandung.
4) Tiyanak- Filipina
Terdapat pelbagai versi tentang bagaimana Tiyanak terjadi. Orang Mandaya dari Mindanao mendakwa bahawa Tiyanak adalah roh seorang anak yang ibunya meninggal sebelum melahirkannya. Ini menyebabkan ia di dilahirkan di dalam tanah kuburan ibunya.[3] peristiwanya itu hampir sama dalam cerita rakyat Melayu iaitu Pontianak, yang merupakan seorang wanita yang meninggal sebelum melahirkan.
5) Mavka – Ukraine
Mavka adalah nama hantu kepercayaan orang Ukraine yang mana ia juga berasal dari kematian wanita yang mengandung. Masyarakat Ukraine percaya Mavka sering muncul dalam bentuk gadis-gadis muda cantik yang menggoda dan memikat lelaki muda ke dalam hutan, di mana mereka akan dibunuh di sana.
6) Ubume – Jepun
Ubume juga merupakan seekor hantu yang terkenal di Jepun. Ia dipercayai berasal dari seorang perempuan yang mengandung. [1]
7) Mae Nak Phra Khanong - Thailand
Mae Nak adalah hantu terkenal yang sering difilemkan di Thailand. Dia juga berasal dari perempuan yang mati ketika mengandung.
8) Chudail – Utara India, Pakistan & Bangladesh
Di dalam kepercayaan masyarakat India juga memiliki kepercayaan ini juga. Mengikut beberapa legenda, seorang wanita yang mati semasa bersalin atau kehamilan atau akibat penderitaan di tangan iparnya akan kembali sebagai hantu Chudail untuk membalas dendam, khususnya mensasarkan kaum lelaki dalam keluarganya.[2]
Ini antara mitos-mitos cerita hantu yang dikaitkan dengan kematian wanita yang sedang mengandung.
Khurafat Yang Menebal
Hantu adalah suatu makhluk yang hidup di dunia terutama manusia yang mati dengan tragis lalu berubah menjadi roh jahat. Roh jahat ini akan dikatakan sebagai hantu. Berbeza pula dengan konsep kepercayaan Islam terhadap makhluk halus seperti jin dan syaitan. Jin dan syaitan adalah makhluk yang sedia ada yang dicipta oleh Allah dari api.
Fakta yang perlu kita ketahui adalah hampir semua agama membawa kepercayaan kepada hantu kecuali agama Islam. Di dalam Islam tidak ada konsep roh manusia yang jahat tergantung dan menjadi pengacau kepada manusia sepertimana kepercayaan masyarakat Melayu. Sepertimana firman Allah:
“Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka (orang kafir) dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan” (al-Mu’minun: 99-100)
Menurut Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini: “Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia.”
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Allah SWT memegang jiwa (roh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa (roh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan..” ( Az-Zumar : 42 )
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini.
Inilah dalil bahawa roh orang yang telah mati tidak boleh kembali ke alam dunia. Di sini jelas bahawa kepercayaan kepada hantu dan mistik tidak ada dalam Islam. Persoalanya bagaimana masyarakat pada hari ini boleh terdidik dengan perkara-perkara mistik sedemikian? Di mana puncanya?
Di antara banyak-banyak agama samada Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lain. Terdapat dua agama yang sinonim dengan perkara-perkara mistik dan cerita-ceria hantu. Malah ia terakam di dalam kitab suci mereka dan memiliki pengkelasan yang tersendiri mengenai hantu-hantu iaitu agama Hindu dan agama Buddha. Dalam agama Hindu, maklumat terperinci mengenai hantu terdapat dalam kitab Garuda Purana yang merupakan kitab tradisi mereka. Dalamnya ada menjelaskan mengenai hantu merayau-rayau sekitar tempat mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal.
Dalam agama Buddha pula terdapat suatu alam di sebut Asurakaya-Bhumi iaitu alam hantu dan roh. Dalam kitab agama Buddha seperti Petavatthu-Atthakatha, dan Gambhilokapanyatti terdapat senarai nama-nama hantu beserta ciri-cirinya.
Pembahagian jenis hantu di dalam agama Buddha ini hampir sama apa yang dipercayai oleh sebahagian orang-orang melayu. Pengaruh ini wujud dalam masyarakat melayu adalah hasil dari Hindu Buddha yang dianut oleh orang melayu nusantara pada suatu ketika dahulu.
Pengaruh ajaran agama ini tentang hantu dapat diperhatikan dalam negara-negara yang kuat agama Buddha seperti Thailand, Jepun, China, Korea Selatan dan serantaunya melalu filem dan drama mereka. Oleh demikian itu, watak bagi wanita yang meninggal kerana hamil ini turut mendapat tempat di kalangan ‘asal usul hantu’.
Pandangan Islam Terhadap Wanita Meninggal Ketika Mengandung
Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu yang telah mengandungkan anaknya, di dalam Al-Qur’an, Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”. (Al-Ahqaf:15)
Ayat ini mendidik supaya memuliakan wanita, sama ada sebagai anak, isteri apatah lagi sebagai ibu. Walau bagaimana pun, jika seorang wanita itu meninggal dunia ketika mengandung atau pun saat melahirkan anak, kematian mereka adalah satu kematian yang mulia di sisi Islam iaitu mendapat pahala mati syahid:
الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ : الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيد.
“Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)
Berkata Syu’aib Al Arnauth Hadis ini adalah sahih.
Dalam hadis ini, Rasullullah menjelaskan betapa Allah memberi jaminan bahawa golongan wanita yang meninggal ketika mengandung atau melahirkan anak akan mendapat ganjaran pahala mati syahid (syahid akhirat).
Hal ini memberi gambaran bahawa betapa besar rahmat dan keistimewaan yang Allah berikan kepada seorang wanita yang berjuang dan bersabar sewaktu mengandungkan anaknya kerana mengandung bukanlah suatu perkara yang mudah.
Pengorbanan kaum wanita untuk mengandung dengan risiko yang amat tinggi dan tidak dijangka telah diangkat martabat mereka dengan dimuliakan dengan dijanjikan pahala syahid dan bukannya diperendahkan dengan mitos buruk ke atas mereka dengan menjadi watak-watak hantu seperti Pontianak atau Kuntilanak.
Kesimpulan
Islam mengangkat kedudukan wanita yang meninggal ketika mengandung dan ia juga dianggap mati syahid. Mereka memperolehi pahala syahid akhirat di atas ujian yang menimpanya.
Sesungguhnya khurafat terhadap konsep roh orang meninggal dalam keadaan tragis itu merayau dan menganggu orang-orang itu bukanlah dari ajaran agama Islam. Ia adalah dari ajaran agama Hindu, Buddha dan dongengang semata-mata. Malah kepercayaan ini bercanggah dengan ajaran Islam. Jika umat Islam masih lagi mempromosi filem atau novel seram yang bertemakan kisah hantu nescaya mereka itu melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, malah tindakan itu mempromosi kepercayaan di dalam agama lain dan mitos yang karut.
Nota Kaki
[1] Stone, Jacqueline Ilyse; Walter, Mariko Namba (2008). Death and the afterlife in Japanese Buddhism, hlm 204
[2] - (1891). North Indian Notes and Queries, jilid 1, Pioneer Press, hlm 57
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有32部Youtube影片,追蹤數超過18萬的網紅Modar ART,也在其Youtube影片中提到,CARTOON HORROR - Hantu cantik asli lokal punya...
hantu kuntilanak 在 David Teo Facebook 八卦
Pengalaman Seram Meneroka kisah Disebalik Rumah Doktor Professor Gila 😨
Saksikan Seram Malam Jumaat di Youtube Channel David Teo 👍🏼
#trending #viral #videoviral #2019 #hantu #seram #pocong #penelusuran #dms #diarymisterisara #indonesia #horror #malaysia #hantu raya #pontianak #kuntilanak #histeria
hantu kuntilanak 在 Modar ART Youtube 的評價
Cartoon Horror Suster Ngesot lagi. Sorry ketinggalan tren si gagak :D
Bahan Pembuatan Animasi Kartun Horor :
- Paint Tool Sai
- Moho 12
- Adobe Premiere
