Tak saya nafikan, filem hindi 3 idiots 2009 adalah antara filem hindi terbaik sepanjang zaman, kebetulan saya waktu itu sedang plan nak sambung belajar kejuruteraan elektrik ke peringkat sarrjana muda di UTM setelah tiga tahun habiskan diploma mekatronik di Polytechnic of New Castle Kelantan. Maka feel pelajar kejuruteraan waktu menonton, sangat sampai.
Filem ini sangat popular di seluruh dunia hingga pecah panggung, masuk filem paling untung dalam Guinness World Records india, dan masuk carta di China, hingga mexico pun buat remake, 3 Idiotas pada tahun 2017.
Malahan, pada tahun 2013, Steven Spielberg tonton movie ini sebanyak tiga kali, dengan ulasan: "loved the emotional undertones." Beliau letak filem ini sama hebat macam "The Godfather" (1972)
Shah Rukh Khan yang tolak tawaran berlakon movie ini kerana sibuk dengan film "My Name Is Khan" (2010) sangat menyesal dan melebelkan dirinya, 4th idiot.
Aamir khan pula pelakon utama filem ini berumur 44 tahun, tapi entah macam mana, nampak macam umur 20-an, rupanya jauh sebelum berlakon watak pelajar, beliau dah diet tak makan kek hari jadi dan hanya minum susu dan makan pisang, tips nak kurus dan muda ni woi.
Oleh sebab dah ramai yang puji dan ulas filem ini, maka semua tahu kisah tiga pemuda ini dan pilihan kerjaya masing masing.
Antara isi penting cerita ini, Aamir Khan's (Rancho) bagi nasihat kepada keluarga Farhan, agar izinkan anak kesayangan untuk buat apa yang dia suka. Dan Movie ini bermula dengan Farhan bercerita kisah dia dan sahabatnya, bagaimana dia yang dipaksa menjadi jurutera oleh ayahnya, namun berkat nasihat kawan nya, akhirnya si ayah akur, dan biarkan anak berjaya memilih aktiviti mengembara sebagai jurugambar dan menulis buku..
12 tahun kemudian, waktu PKP, saya terjumpa kisah indah di sebalik Farhan dalam movie berjudul Maara (2021).
Movie ini tidaklah sesempurna 3 idiots, tapi watak Farhan sebagai Maara sangat Berjaya membawa mesej mengembara dan bekarya.
Maara di gambarkan seorang pelukis berjiwa besar, lukisan mural nya telah menyelamatkan kampong dari di roboh pihak berkuasa, satu hari seorang gadis telah bertemu dengan luisan Maara, dan menjejak setiap makna dari lukisan Maara hingga membuka kepada sisi baik Maara dan manusia di sekelilingnya.
Maara telah menjadi sangat sempurna dalam khayalan gadis itu dan sigadis telah jatuh cinta melalui lukisan Maara, namun di satu sudut terlihat Maara sedang kecewa dengan ketidak mampuannya membantu cinta ayah angkatnya, lalu gadis itu tiba tiba membawa penyelesaian yang tidak di sangka sangka. Perghhh.
Oleh sebab pelakon watak Maara adalah Farhan dari 3 idiots, maka saya tak dapat tidak, teranggap bahawa Maara adalah sama unirvese dengan 3 Idiots.
Apa-apapun, Sangat puas hati dengan ending Maara, lagipun saya memang sangat suka filem bertema lukisan, sebab sayapun pandai melukis, dan nampaknya kita dah tahu apa yang berlaku pada Farhan, jadi 12 tahun dari 3 Idiots, apa pulak berlaku pada Raju Rastogi? Atau pada Chatur Ramalingam? Ada filem boleh rekemen?
Woha!
#hamkafilm
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,10 filem perang terbaik sepanjang zaman. Menonton filem perang yang sampai adalah seperti kita pejamkan mata dan pergi rak buku kisah sejarah dunia b...
「hamkafilm」的推薦目錄:
- 關於hamkafilm 在 Facebook
- 關於hamkafilm 在 Facebook
- 關於hamkafilm 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook
- 關於hamkafilm 在 Hamka Kereta Mayat Youtube
- 關於hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的評價
- 關於hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的評價
- 關於hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的評價
- 關於hamkafilm 在 10 Filem Perang Terbaik Sepanjang Zaman - YouTube 的評價
hamkafilm 在 Facebook 八卦
Selain Quantin Tarantino yang akan saya tonton apa sahaja filem darinya, Salah seorang lagi lagenda perfileman dunia yang tak akan saya tolak untuk menonton semua filemnya adalah Christopher Nolan.
Filemnya akan buat korang, (kadang kadang) pening sedikit kepala nak kena fikir dan susun olahannya, sebab gaya penceritaanya sangat unik dan lain dari yang lain, tapi itulah keseronokan menonton filem bergaya norma baru tapi digarap dengan penuh mahakarya oleh Abang Nolan kita.
Filemnya banyak bertema lelaki yang ada masalah peribadi, dan bagaimana jalan cerita pun berkembang dari masalah lelaki itu, rujuk Mamento (2000), filem yang disusun secara mengundur kerana lelaki ada masalah lupa ingatan, lepas tu Insomnia (2002), polis yang ada masalah insomnia nak cover jenayahnya sendiri.
Masuk pulak era Batman (2005-2012), kisah lelaki takut kelawar dan gunakan ketakutan itu sebagai senjata. Kemudian Nolan ajak masuk dunia Magika, The Prestige (2006), kisah lelaki yang berdendam dan cemburu, lepas tu Inception (2010), kisah lelaki ada masalah tak boleh lupakan mendiang isteri yang selalu masuk dalam mimpinya.
Dan lepas tu, filem yang kita nak bincang sekarang ini, Interstellar (2014) kisah lelaki yang mencari rahsia angkasa, dan terpaksa berpisah dengan anak kesayangan mungkin buat selamanya kerana perjalanan masa di angkasa tak sama dengan perjalanan masa di bumi yang mana bila hero masuk dalam lubang angkasa lalu berlaku kejadian, dia tak tua, tapi anaknya pula yang tua.
Nampak macam dah pening? Kan?
Kisahnya begini, waktu hero berada di Planet Miller selama beberapa jam, namun waktu di bumi adalah sebaliknya iaitu telah berlalu selama 32 tahun, dan hero mula mendapat signal dari bumi untuk jangka masa tersebut. Jadi heropun menonton rantaian video yang dihantar oleh anak lelakinya, yang mula menjadi remaja, kemudian dewasa, lepas tu habis zaman persekolahan, lepas tu jatuh cinta, lepas tu berkahwin dan mempunyai anak. Semua tu hero tengok dengan pantas perjalanan seorang anak macam tengok movie pendek sahaja.
Anak lelaki hero kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti menghantar mesej berita, kerana Hero tak pernah balas.
Kemudian, di satu video lain, hero nampak seorang wanita yang sebaya dengannya berada di skrin tersebut. Siapa minah ni yang sedang menangis? Rupa-rupanya wanita sebaya hero itu adalah anak perempuannya, yang telah sekian lama merajuk kerena hero janji nak pulang, tapi tak pulang pulang walaupun waktu umur mereka dah sebaya.
“Today is my birthday. And it's a special one because you once told me that when you came back, we might be the same age. Well, now I'm the same age that you were when you left... and it'd be really great if you came back soon.” – Murphy Cooper
Dalam kesedihan ayah membaca mesej anaknya, tiba tiba si ayah telah masuk lubang hitam di angkasa maka berlakulah kejadian “ibu bapa akan selamanya menghantui anak anak” secara sains!
Ya benar! kejadian pelik dalam filem itu semua di olah dengan logik Sains!
Malahan, semua teori sains dalam filem ini bukan di reka reka, istilah Seperti Intra-Universe Wormhole, Hawking Radiation Dalam Blackhole, Cryonic Suspension, Quantum Gravity, dan Pengolahan Waktu bukan fiskyen semata mata, tapi ianya hasil nasihat Prof. Kip Stephen Throne (Pakar Fizik Teori) yang telah menerima anugerah Nobel Fizik pada tahun 2017, di angkat sebagai penasihat filem oleh Abang Nolan kita.
Jadi babak hero yang pergi angkasa dan bila balik anak dah tua renta, lebih kurang cerita perbezaan masa sebegini ada diceritakan dalam Al Quran bagi mereka yang mahu berfikir.
Ingat tak hadis bahawa di akhir zaman, Nabi Isa akan turun ke bumi dengan usia yang sama iaitu 33 tahun seperti saat ia diangkat ke langit sedangkan semua orang yang Nabi Isa kenal dah lama jadi mayat hancur lebur.
Memang benar Allah boleh jadikan Nabi Isa kekal muda dengan hanya Kun Fayakun, (berkata jadi dan ianya menjadi).
Namun Allah juga membuat dunia ini dengan Darul Asbab, yang mana jika ada orang anggap Islam agama mengarut sebab tak logic Nabi Musa boleh kekal muda waku turun akhir zaman?
Bagaimana tu?
Maka, bagi yang mahu berfikir, banyak sudah penjelasan sains boleh terangkan tentang kekal muda seperti teknoloigi “beku CPR” atau Suspended animation yang diguna James Cameron dalam filem Aliens (1986) serta Avatar (2009). Juga termasuk filam Interstellar (2014) ini namun yang best ada ayat Al quran bercerita tentang perbezaan waktu di langit dan bumi adalah berbeza, sejak seribu empat ratus tahun yang lalu..
Al quran menjelaskan.
"Dan sesungguhnya satu hari (menurut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun menurut perkiraanmu." (Al-Hajj ayat 47)
"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun." (Al-Ma’arij ayat 4)
"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." (As-Sajdah ayat 5)
Jadi tuan tuan yang mulia, Waktu kita hidup di dunia ini hanya SEBENTAR SAJA di sisi penduduk langit, maka hargailah masa yang sangat singkat.
“Allah bertanya: Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi ?”.
“Mereka menjawab: Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.
“Allah berfirman: Kamu tidak tinggal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”. (QS. Al Mu’minuun: 112 – 114)
Jadi insaflah kita bahawa masa yang kita rasa sangat lama di dunia ini, padahal sangat singkat di akhirat. Ada ulamak bagitahu 60 tahun di dunia lebih kurang dua jam setengah sahaja di akhirat.
Kesimpulannya, Hidup ini sungguh singkat untuk habiskan masa tengok Movie berjam jam.
Maka tengok Movie itu boleh tapi jangan sampai tinggal sembahyang, atau solat lengah legah, atau tinggal solat berjemaah…
Ketahuilah, telah sampai kepada kami, akan tempoh Satu movie ada sampai dua jam, dan ada sampai tiga jam, sedangkan satu solat hanya sekitar 5 minit ke 10 minit, tetapi jika tinggal satu solat 10 minit untuk layan movie 120 minit, maka ikut hadis, tingal satu solat dengan sengaja kena masuk neraka satu huqub, yang mana satu huqub bersamaan seribu tahun.
Aduhhhhhhhhhhh!
Ps: Perhatikan waktu solat sebelum tengok apa apa movie, pesanan ini dibawa oleh keretamayat-Woha!
#hamkafilm
hamkafilm 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
Ni ada satu Filem yang boleh buatkan korang bercucuran air mata.
Al kisahnya, Saya pernah jugak tengok video askar balik perang terus pergi sekolah anak dan peluk anak sambil menangis gembira, video tu tak emosi sangat pun, tapi bila tengok kisah anak cari mak kandung, bercucuran air mata beb.. sob sob…
Lion 2016, Kisah benar budak india hilang masa umur 5 tahun, hampir nak jadi mangsa pelacur kanak kanak, tapi dia lari hinggalah di pungut jabatan kebajikan masyarakat lalu datang pasangan mat saleh dari Australia yang bagitahu, dunia ini tertalu ramai manusia, buat apa nak ada anak sendiri? Jika nak anak jugak, ambik sahaja anak yatim piatu yang menderita dan bahagiakan mereka.
Maka budak india tupun jadilah anak angkat ikut mak ayah baru ke Australia, dan bila dewasa, si anak yang rindu pada abang, kakak, dan ibunya mulai menjejak kampung sebab waktu hilang dia tak tahu nama kampung, cuma yang dia ingat, ada tangki besar dekat stesen keretapi. Bila ada Google Earth, diapun scroll semua tangki dekat stesen keretapi dan start balik jejak rumahnya.
Malas nak spoiler, lagi korang tak tahu apa kisah benar yang menanti, lagi seronok waktu menonton.
Markah: 10/10
Cuma lepas tonton tu rasa rindu sangat nak berjalan di kampung, esoknya saya ajak bini dan anak berjalan dari rumah arwah mak saya ke sekolah lama saya, jarak 2km
Saya lalu ikut jalan yang saya menapak waktu kecik, ikut celah rumah orang, cari balik kedai yang saya pernah beli tikam dulu, cari balik pokok yang saya lepak sambil makan aiskrim Malaysia dan berkumandang waktu tu lagu Wing Belenggu Irama dari kedai runcit pasang kuat kuat,
Tapi bila masuk kampung, semuanya dah tak sama, pokok dah ditebang, kedai dah tutup, padang dah bertukar jadi rumah.
Namun.. bila sampai depan sekolah anak anak pelik tengok saya senyum sewaktu pandang sebuah rumah yang berada betul betul depan sekolah, saya bagitahu pada anak anak, ayah dulu sekolah petang, balik sekolah semua berkumpul depan rumah ni tengok Ultraman dari TV dalam rumah ni, sporting tuan rumah buka pintu luas luas, walau suara Ultraman tak dengarpun, bila muncul Ultraman lawan raksasa, kanak kanak bersorak macam orang tua tengok bola, oh kenangan.
Di belakang sekolah ada pantai, saya kemudianya terus lepak tepi pantai dengan anak bini dan bagitahu, satu sahaja yang tak berubah adalah pantai.
Lepas tu saya cakap pada anak, korang patut bersyukur, sebab tak perlu jalan kaki macam ayah dulu, arwah datuk korang tak mampu nak ada kereta macam ayah sekarang, dulu hari hari ayah jalan 4km pergi balik ke sekolah tau?. Sekarang ayah hantar dan ambik korang depan pintu sekolah, bersyukurlah.
Anak jawab:
"Kalau sekolah saya tepi pantai macam sekolah ayah 4km pun tak penat!"
Woha!
#hamkafilm
hamkafilm 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的評價
10 filem perang terbaik sepanjang zaman.
Menonton filem perang yang sampai adalah seperti kita pejamkan mata dan pergi rak buku kisah sejarah dunia bab perang, ambik mana-mana buku, buka mana-mana muka surat dan baca dua helai, maka kita akan dapati masalah hidup kita sangat simple berbanding dengan mana mana manusia yang hidup zaman perang.
Nasihat ini disampaikan oleh Dale Carnegie dalam bukunya How to stop Worry.
Jadi filem perang yang ‘sampai’ akan buatkan kita sangat bersyukur keran tinggal di zaman Malaysia yang aman dan betapa perang itu tak untungkan sesiapa, kerana yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Benda boleh bincang, buat apa nak perang?
Woha!
Okey, di sini saya kongsikan 10 filem perang yang best dalam senarai yang saya pernah tonton, saya akan bagi synopsis sikit dan jika koranh handal, cuba teka tajuk filem perang terbaik ini, dan nanti hujung artikel saya bagi jawapan:
1. Ada satu filem ni, bermula dari hero lepak bawah pokok, dan tiba tiba dapat tugas khas, apa yang bagusnya filem ini adalah kerana kameranya hanya follow pada watak utama, kita tak perlu tahu strategi musuh, kita tak perlu kenal musuh, yang kita perlu tahu, hero ni nak selesaikan misi yang sangat mustahil sebab hidup bersama lintasan peluru yang tak henti henti. Maka berdoalah semoga hero Berjaya, dan semoga dunia tidak akan hadapi perperengan dunia ketiga, buat selama lamanya. Feel sampai sebab single one shooting. Tajuk filem nanti saya bagi kat bawah
2. Ok, filem kedua: Kisahnya Bila perang, orang perempuan selalu jadi tawanan dan kena rogol, dalam filem ini hero tak nak rogol walaupun dipaksa oleh kawan-kawan, maka bermulalah masalah seoramg askar yang cuba mengikut etika sedangkan kawan-kawan lain dah rosak akhlak! Teka jika handal., ha ha.
3. Filem ketiga, Bila perang, selain wanita, kanak kanak ramai yang menjadi mangsa, maka apa kata kita follow nasib yang menimpa kanak-kanak jepun yang yatim piatu dan tinggal dua beradik sahaja, dan bagaimana susahnya seorang abang nak jaga adik perempuan di zaman perang, walaupun filem animasi, tapi feelnya sampai, boleh bercucuran air mata.
4. Satu keluarga telah mati selamatkan negara, dan bila Negara tahu, ada seorang lagi masih hidup di medan perang, maka satu pasukan khas perlu dihatar untuk selamatkan lelaki terakhir dalam keluarga itu. Berjayakan mereka? Kena tengok, Sampai bro!
5. Kisah orang kaya jerman yang membantu pelarian yahudi dengan wang dah pengaruhnya, di zaman itu, orang OKU, tua, gay dan tidak sihat akan dibunuh. Berjayakah orang kaya itu? Kena tengok.
6. Bukan semua askar jerman setuju dengan Hitler, lalu ada gerakan untuk membunuh Hitler, berjayakah mereka? Ending filem ini buat saya solat hajat bersyukur kerana tidak hidup dizaman itu. Hint: Lakonan Tom Cruise.
7. Dah bosan dengan watak baik dan jahat dalam perang? Ada tak watak yang tak sebelahi mana mana pihak tapi ada di medan perang? Kena tengok filem ini, kisah Doktor askar yang baik hati:
8. Balai polis kena kepong, anak bini pun ada kat balai polis tu, lepas tu balai polis tu kena bakar, “Mak dan ayah dah mati.. sob sob sob.” Filem melayu.
9. “Demi kuda perang yang berlari kencang”. Sungguh Tuhan juga memuji kuda yang berani dalam Al quran, maka ada tak filem focus pada kuda yang berani? Inilah filemnya, sangat menarik dan lain dari yang lain,
10. Hitler dijadualkan akan pergi tonton wayang kisah askar jerman yang hebat membuh Yahudi, maka satu kumpulan khas merancang untuk letopkan pangung wayang itu, berjayakan mereka? Dah tiga kali repeat tengok filem ini, sangat best! Brad Pitt berlakon sebagai watak penting.
11. Seorang anak yatim bernama Hassan masuk askar dan menjadi Sarjan, alamak, Alamak dah lebih 10, banyak lagi best yang korang boleh tambah, tapi bagi saya waktu PKP ni, tonton filem sebegini buatkan kita sangat bersyukur hidup di negara yang aman.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan.
Ps: di satu sudut dunia, manusia tak boleh beribadat kerana sibuk berperang atau sibuk menjadi mangsa perang, kita di Malaysia yang boleh tonton filem perang, janganlah lupa ibadat kepafda Tuhan.
Woha!
Jawapan untuk 10 filem tersebut, klik di sini: https://youtu.be/bWsj2RkuSTI
#hamkafilm
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/bWsj2RkuSTI/hqdefault.jpg)
hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的八卦
2022年6月23日 — ... orang jahat tu nak cerita bahawa bini hero tu adalah awek dia. Jika betul, memang Woha ganda dua puluh tujuh! Sekian. #hamkafilm. ... <看更多>
hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的八卦
2022年6月23日 &mdash; ... orang jahat tu nak cerita bahawa bini hero tu adalah awek dia. Jika betul, memang Woha ganda dua puluh tujuh! Sekian. #hamkafilm. ... <看更多>
hamkafilm 在 2022Russia cat-寵物社群,精選在PTT/MOBILE01/Dcard上的 ... 的八卦
2022年6月23日 — ... orang jahat tu nak cerita bahawa bini hero tu adalah awek dia. Jika betul, memang Woha ganda dua puluh tujuh! Sekian. #hamkafilm. ... <看更多>