Assalamualaikum dan selamat malam sahabat
Senyum selalu, senyum itu sedekah.
Dari Abdullah bin Mas’ud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya manusia yang paling hampir kedudukannya denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca selawat untukku.”
(HR. Tirmidzi no. 484. Ia berkata: Hadits hasan gharib)
hadits sedekah 在 ADAM CORRIE Facebook 八卦
Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat ... Senyum selalu, senyum itu sedekah.
Hadits riwayat Abu Hurairah Radhiallaahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah Sollallaahu alaihi wasallam bersabda: Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat amal):
Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan buruk, maka janganlah kalian catatnya sebagai amalnya.
Jika ia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan.
Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan.
Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali lipat.
(H Qudsi)
hadits sedekah 在 ADAM CORRIE Facebook 八卦
Ramai yg pm saya minta saya bantu golongan muallaf yg kesempitan kewangan. Dari segi kewangan sy tak mampu nak bantu setiap org yang kesempitan kewangan dlm jumlah yang banyak.
Ok begini, apa yang boleh saya cadangkan pada sahabat semua. Setiap negeri ada Majlis Agama Negeri , Jabatan Agama Islam dan Baitulmal. Dalam majlis negeri ada bahagian muallaf.
Jadi sahabat boleh bantu mereka sendiri dengan membawa mereka ke Jabatan Agama Islam di dareah dan negeri masing-masing sekiranya sahabat tak mampu nak bantu dari segi kewangan.
Tak tahu kat mana nak cari?
sahabat boleh google alamat dan no telefon Jabatan Agama Islam di hp. Dunia sekarang dah canggih. Semuanya di hujung jari.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.
(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang.
ADAM CORRIE
p/s : yg bukan muallaf pon boleh rujuk ke Jabatan Agama Islam . Lambat atau cepat terima bantuan tu, jgnlah kita mengeluh. Kita nak minta bantuan kerana banyak2 bersabar dan muhasabah diri. Orang yang nak membantu pon kena banyak berlapang dada 😊
--------------
8 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat
Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
3. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
8. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.