7 PENGINAPAN MURAH DI CAMERON HIGHLAND..
Atas permintaan follower CKM, ini senarai 7 Penginapan Murah atau Percutain Bajet Untuk Sesiapa yang ke Cameron Highland.
1. Cameronian Inn. Dari RM65 Semalam.
1,400 meter dari paras laut terletak Cameronian Inn, sebuah penginapan popular di Tanah Rata. Tetamu di penginapan ini boleh bersiar di taman indah yang boleh dijumpai di kawasan Inn atau melayari Wifi percuma di lobi.
Tarikan yang berdekatan dengan Cameron Inn adalah, Strawberry Farm 10 minit memandu dan Ladang Teh Boh 25 minit memandu.
Terdapat 18 bilik di Cameronian Inn ini dan ada sesetengah bilik yang mempunyai bilik air persendirian, yang lain mesti menggunakan bilik air berkongsi .
Penginapan ini juga menyediakan Cafe dengan sajian tempatan jika anda terasa untuk menjamu selera tanpa berjalan jauh.
Harga: Dari RM65 Semalam
Lokasi: 16, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.
2. Heritage Hotel Cameron Highlands. Dari RM188 Semalam.
Heritage Hotel merupakan antara resort terbesar di Cameron Highlands yang menawarkan pengalaman hotel butik yang selesa dan lengkap dengan fasiliti sama seperti hotel 4 bintang yang lain.
Dari tingkap bilik anda akan dapat melihat pemandangan Tanah Rata dan hotel ini sering diselindungi oleh kabus putih yang nyaman seolah-olah anda berada di awanan.
Di kawasan lounge pula anda boleh duduk sambil minum teh Cameron sambil mencuba kek dan biskut beraneka pilihan.
Nak ke tanah rata pula anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit.
Harga: Dari RM188 Semalam
Lokasi: Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.
3. Casa Loma. Dari RM225 Semalam.
Penginapan yang tersembunyi disebalik pohon-pohon hijau ini boleh di jumpai di kawasan Tanah Rata.
Harga: Dari RM225 Semalam
Lokasi: Bunglow Green Hill Green Hill Resort, 39000 Tanah Rata, Cameron Highland.
4.Jasmine Hotel. Dari RM98 Semalam.
Jasmine hotel merupakan satu lagi pilihan hotel bajet yang popular di Cameron Highlands dengan tawaran harga bilik murah bawah RM100 semalam.
Tarikan popular yang berdekatan adalah pasar malam pekan Brinchang yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki.
Jika anda memandu pula, taman rama-rama dan ladang kaktus mengambil 15 minit manakala Ladang Teh Boh mengambil masa 20 minit.
Kerana hotel ini terletak di lokasi yang strategik di pekan Brinchang, anda tidak perlu risau apabila hendak mencari restoran ataupun kedai.
Harga: Dari RM98 Semalam.
Lokasi: No 29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highland.
5. Smurf Inn. Dari RM120 Semalam.
Kalau anda terbayangkan perkampungan orang kerdil berwarna biru comel yang ditanyangkan didalam kartun popular tahun 1990han selepas mendengar nama hotel ini anda sebenarnya tidak jauh dari realiti.
Tidak lengkaplah perkampungan smurf tanpa aktiviti untuk kanak-kanak, oleh itu pihak hotel telah menyediakan taman permainan berhampiran kawasan hotel khas buat anak-anak tetamu.
Kerana ia terletak di Brinchang anda tidak jauh dari banyak tarikan menarik seperti taman rama-rama Cameron Highland dan ladang kaktus.
Harga: Dari RM120 Semalam.
Lokasi: No 8, Chateau Avenue, off Jalan Chateau Royal Chateau,Tanah Rata, 39000 Brinchang, Cameron Highland.
6. Natasya Resort. Dari RM190 Semalam.
Kalau anda sedang merancang percutian bersama kelurga ke Cameron Highland, agak susah untuk mencari penginapan yang menawarkan nilai untuk wang yang lebih baik dari Natasya Resort.
Apartment ini merupakan sasaran popular buat mereka yang datang bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga.
Ini kerana mereka menyediakan dua jenis penginapan yang luas dan selesa. Apartment satu bilik yang bermula dari RM250 boleh memuatkan sebanyak 4 orang, manakala bilik double pula boleh memuatkan sebanyak 6 orang.
Disamping itu rekabentuk, hiasan bilik dan suasana kawasan luar yang mengelilingi Natasya Resort ni betul-betul mengingatkan anda bahawa anda berada di Cameron Highlands.
Di depan apartment kelihatan taman, di luar balkoni pula pemandangan gunung yang hijau.
Harga: Dari RM190 Semalam.
Lokasi: Lot 6 Entertaiment Complex, Kea Farm, 39100 Brinchang, Cameron Highland.
7. Hotel Rainbow. Dari RM90 Semalam.
Salah satu hotel bajet mesra keluarga popular di Brinchang adalah Hotel Rainbow yang boleh dijumpai sederet dengan rumah-rumah kedai di pekan Brinchang.
Walaupun Hotel Rainbow ini sebuah hotel bajet yang menawarkan bilik bermula dengna harga RM90 semalam, namun biliknya cukup lengkap dengan TV berserta Astro, fridge mini dan Wifi.
Untuk mereka yang datang ke Cameron Highlang untuk lawatan bekerje pula, di dalam setiap bilik disediakan untuk anda meja kerja dan kemudahan untuk membuat teh & kopi.
Disebabkan hotel ini terletak di kawasan rumah kedai, tugas seperti mencari makanan atau barang keperluan semasa bercuti agak senang.
Tanpa berjalan jauh anda boleh menemui ladang strawberry dan kaktus hanya 10 minit saja berjalan dari hotel.
Disini juga terdapat pasar malam popular jika anda tertarik hati untuk merayau di pekan Brinchang pada waktu malam.
Harga: Dari RM90 Semalam.
Lokasi: Lot 25, 39100 Brinchang, Cameron Highland.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過9,610的網紅Annur Syuhadah,也在其Youtube影片中提到,Vlog abam Naufal #VLOG_NAUFAL , 4 tahun, tadika PASTI. Master Badminton Club, (MBC) Gunung Rapat No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat, Gun...
gunung kartun 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
(ulasan filem TOMBIRUO)
Jarang benar aku dapat kumpul semua anak beranak kecuali bila ada cuti umum, sebab anak ada yang duduk asrama, jadi bila cuti awal awal lagi diorang tanya nak ke mana?
Jadi Cuti Depavali baru baru ni, selain pergi jalan sini sana, kami sekeluarga ada pergi masuk ‘hutan sabah’ dan jumpa makcik rambut kerinting yang selamatkan anak dari kena bunuh lalu anak itu dihanyutkan ke sungai.
Adik K anak nombor empat bila tengok scene itu bisik kat telinga aku: “ni macam cerita Baahubali ni ayah”
Okey, tipu jer masuk hutan tu, kami sebenarnya pergi tengok wayang satu family, makan berjemaah dah, solat berjemaah sudah, maka kemuncak jalan jalan, Kami Tengok Filem Tombiruo Secara berjamaah Jugak.
Aku memang dah lama niat nak tengok cerita ni sebab 16 sept lepas, sempat jumpa dengan penulis cerita ni, abang Ramlee Awang Murshid di event Karang Kraf, beliau waktu tu dapat anugerah buku best seller bagi katogori Novel Thriller, manakala aku dapat best seller bagi katogori buku Alternatif. (Ehen-ehem!) Teruja tengok promo filem waktu tu yang di adaptasi dari novel beliau, mana tahu satu hari nanti novel aku jadi filem? Amin.
Jadi pada awal cerita, anak anak memang nak tengok cerita kartun, tapi aku buat keputusan tengok filem melayu kali ni, support sikit filem yang di adaptasi dari novel. So waktu menonton aku jeling jugak kiri kanan tengok anak bini, semua tak tidur dan semua cakap mereka terhibur.
Elemen lawan lawan, lepas tu ada kuasa macam super hero, buat anak anak boleh layan.
Bini pulak cakap, watak isteri bertudung, waktu matipun tudung tak tercabut, lepas tu ada babak farid Kamil Solat, ada babak di kubur, kira okeylah , lepas tu bila ada twist kat tengah buat filem ni bukan satu hala begitu sahaja. Ada seni dalam berceritanya.
Bagi aku pulak, dah lama kot tunggu filem silat kita boleh setanding dengan filem indonesia macam Merantau, atau The Raid lakonan Iko Uwais yang buat Silat terkenal, siap Iko Uwais dapat ofer berlakon dalam Star Wars, dan beberapa filem Hollywood.
Jadi filem Tombiruo ni adalah pengenalan kepada filem silat melayu yang bukan focus pada lawan lawan sahaja, tapi focus pada alam sekitar, sisi gelap manusia, dan budaya tempatan. Kos filem ni pun besar maka layak lah di tonton di pawagam untuk lebih feel.
Post kredit pulak, buat peminat Ramlee Awang Murshid tersenyum lebar.
So cerita ni jika di banding dengan filem tempatan, memang boleh dipuji dan tak rugi ditonton, boleh layan sangat terutama dengan anak-anak lelaki. Memang anak aku semuanya lelaki, kecuali sorang jer anak perempuan, mulanya beliau tak nak tengok sebab sangka filem hantu, lepas tu bila tahu Zul Afrifin jadi hero terus setuju, tapi bila keluar panggung, waktu makan makan, Anak perempuan bagitahu dia kecewa sebab Tombiruo tak bukak topeng, nak sangat dia tengok Zul Arifin tak pakai baju dalam hutan, Adohai…
So itulah lebih kurang pengalaman sekali seumur hidup berkumpul anak beranak tengok wayang filem Tombiruo, lain kali kumpul tengok filem lain pulak yer?,.
Cuma akan datang bila filem ini di ulang tayang kat TV maka waktu tu si anak anak akan berborak sesama mereka,
“abang long, filem inilah kita tengok wayang sama sama dengan ayah dan bonda dulukan?”
“Ha ah, filem ni macam filem Baahubali versi melayu”
“bukan, filem ni kisah super hero melayu secara dark yang serius pertama seumpamanya”
“Filem ni kita suka sebab ada rasa macam naik gunung”
“Kita suka sebab ada silat, ayah pun suka silat”
“ayah suka panjat gunung lah”
“tapi Zul Arifin tak bukak topeng, rugi muka hensem tak tunjuk”
“kakak jangan sampuk bila kami cerita bab silat”
“ha ha ha”
Ps: Bagi yang nak jaga solat awal waktu, boleh layan 15 minit awal filem ini di youtube terlebih dahulu, so boleh masuk lewat sikit dalam panggung jika tiket korang jam lapan malam misalnya, nak beli tiket lewat kesian kat anak nak tidur pulak, warak dalam dobi pun boleh, warak dalam panggung wayangpun apa salahnya-woha!
Ps2: Ada orang tanya, buku aku ada tak ala ala cerita Tombiruo, aku cakap cuba korang baca novel aku yang bertajuk "Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha" dan rasailah keunikkannya, kepada penerbit filem, sila take note!
gunung kartun 在 Annur Syuhadah Youtube 的評價
Vlog abam Naufal #VLOG_NAUFAL , 4 tahun, tadika PASTI.
Master Badminton Club, (MBC) Gunung Rapat
No.2, Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat,
Gunung Rapat 31350, Ipoh, Perak.
Tel : +60 5 312 6866
Email : enquiry@mbcfunclub.com.my
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/seFv7hgjYTI/hqdefault.jpg)