APAKAH SAHAM ITU SYARI’E?
Oleh Ust Ahmad Husni Abd Rahman
Mungkin ada yang bertanya, tentang saham. Ada yang masih keliru, samada melabur dalam saham ni boleh atau tidak. Selalu kita dengar orang sebut ‘main saham’. Barangkali inilah yang merisaukan sesetengah pihak. Bukan main saham, tapi sebenarnya melabur dalam pasaran saham. Maka dalam kesempatan ini mari kita tengok secara ringkas, tentang kaitan saham dan beberapa syarat sah jual beli dalam Islam :
Pertama: Barang yang dijual adalah barang yang mubah (harus) manfaatnya.
Dari sini, barang yang haram pemanfaatannya seperti arak, babi, dan seumpamanya maka tidak boleh diperdagangkan. Justeru, dalam pelaburan saham, jenis-jenis saham yang tidak patuh syariah adalah tidak sah dan tidak halal untuk dijual beli atau dimiliki untuk diurusniagakan. Di dalam bursa Malaysia terdapat 700 kaunter saham yang patuh syariah dan boleh diidentifikasi dengan mudah dalam platform dagangan atau “trading platform” dengan tanda bulat kecil di hujung nama setiap saham yang tersenarai.
Kedua : Barang dan wang mesti diketahui dengan jelas dan tidak boleh ada gharar (ketidak jelasan) ‘uncertainty’.
Ini bermaksud kita tidak boleh membeli barang yang tidak mampu dilihat atau tidak diketahui, seperti membeli janin yang masih dalam kandungan, atau membeli susu yang masih dalam kantungnya .
Dalam hadith Nabi s.a.w dilarang jual beli mulamasah, iaitu baju yang telah disentuh, maka itulah yang diambil dan dibeli. Begitu pula jual beli munabazah juga terlarang, iaitu seseorang melemparkan baju pada yang lain, maka itulah yang diambil dan dibeli. Kedua-dua jual beli ini mengandungi gharar atau ketidakpastian yang sangat tinggi, yaitu adanya ketidak jelasan ketika membeli. Boleh jadi yang didapat bagus dan boleh jadi yang didapat adalah yang tak baik.
Dari Abu Sa’id, meriwayatkan :
“Rasulullah s.a.w melarang dari munabazah, yaitu seseorang melempar pakaiannya kepada yang lain dan itulah yang dibeli tanpa dibolak-balik terlebih dahulu atau tanpa dilihat keadaan pakaiannya. Begitu pula beliau melarang dari mulamasah, yaitu pakaian yang disentuh itulah yang dibeli tanpa melihat keadaaannya” (HR. Bukhari no. 2144).
Antara yang dilarang juga adalah jual beli hasah (lemparan dengan batu kerikil), bermaksud jika lemparan kerikil jatuh pada pakaian atau sesuatu, maka itulah yang dibeli. Dari Abu Hurairah, ia berkata,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari jual beli hasah (hasil lemparan kerikil, di mana jatuh, itulah yang dibeli) dan melarang dari gharar” (HR. Muslim no. 1513).
Masalah gharar (ketidakjelasan), inilah sebab utama yang membuat majoriti jual beli menjadi tidak sah. Namun ada gharar yang dimaafkan Yang mengandung spekulasi kerugian yang sedikit. Sebagaimana Ibnu Rusyd berkata :
“Para fuqaha’ sepakat bahwa gharar pada barang dagangan yang mengandungi ketidakpastian yang banyak itulah yang tidak bolehkan, sedangkan jika hanya sedikit, masih boleh ditoleransi (dibolehkan)”
Justeru, dalam pasaran saham ada yang mengatakan wujud unsur gharar, qimar(spekulasi) dan maysir (judi) jadi bagaimana?
Aktiviti spekulasi dan kegiatan jual beli di Bursa Malaysia tidak dapat dipisahkan, maka para ulama telah pun duduk berbincang mengenai isu spekulasi ini.
Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC), menerusi dua mesyuarat pada 16-17 Oktober dan 26 November 1997 telah mengesahkan aktiviti spekulasi ini adalah dibenarkan. Asas utamanya adalah aktiviti spekulasi adalah berbeza dengan berjudi. Hujah lanjut adalah seperti berikut:
Spekulasi adalah tindakan beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Ambil untung dari perbezaan dua harga itu tadi. Tujuannya untuk mendapatkan capital gain. Sedangkan itulah cara buat bisnes dalam mana-mana bidang sekalipun. Bai’ Muzayadah atau jual beli lelong pun berlaku aktiviti yang sama. Bai’ Murabahah juga begitu. Islam tidak melarang kegiatan ambil untung melalui aktiviti jual beli.
Nabi Muhammad saw sendiri tidak pernah membuat kawalan harga (price control) termasuk ketika ada orang ramai mengadu harga barang mahal. Justeru, apabila ada pihak yang untung apabila harga naik maka tu adalah dibenarkan. Pada masa yang sama, pihak peniaga perlu mengambil risiko sekiranya membeli pada harga tinggi dan harga kemudiannya jatuh pula. Apa yang utama adalah tidak ada penipuan dan manipulasi.
Walaupun aktiviti spekulasi dan perjudian nampak macam sama tapi ia TIDAK serupa. Justeru MPS menasihatkan agar pelabur mempunyai pengetahuan secukupnya sebelum melakukan sebarang transaksi jual beli saham dan bukan bertindak seperti seorang kaki judi.
Maksudnya, selagi mana rukun dan syarat jual beli itu dapat dipenuhi, maka sama ada ia bersifat short term, atau long term, maka pembelian saham itu tadi adalah satu jual beli yang halal dan bersifat win-win situation dan bukannya zero sum game.
Sesuatu yang harus kita fahami, apabila kita membeli saham, kita membeli pemilikan dalam bisnes. Selaku pemilik bisnes, kita dapat hadir mesyuarat agung tahunan untuk mengundi, memilih pengarah syarikat, layak memperoleh dividen, layak memperoleh bonus dan juga terlibat dalam aktiviti korporat tertentu.
Beli saham bukan sekadar teka meneka harga. Walaupun ada yang berbuat sedemikian, tetapi itu itulah perangai seperti KAKI JUDI. Sikap individu itu sendiri yang menjadikan aktiviti saham menjadi satu perjudian dan bukannya pasaran saham itu sendiri. Pasaran saham tak bersalah dalam hal ini [kredit to Pakdi.Net]
Kesimpulannya, jika ingin menentukan samada aktiviti melabur saham itu bersifat syari’e atau tidak so kena perhatikan beberapa hal berikut :
1. Pastikan saham yang nak dibeli tu patuh syariah.
2. MESTI tahu apa yang nak dibeli berdasarkan kajian samada menggunakan FA (fundamental analysis) atau TA (technical analysis) atau kedua-duanya sekali.
3. Membuat perancangan jual beli saham yang teratur dan teliti (Trading Plan) supaya kita jelas apa yang nak dibeli dan bilakah masa yang sesuai membeli dan perancangan menjual yang tersusun. Ini boleh dilakukan dengan melihat kepada pergerakan saham berdasarkan carta dan graf serta melihat kepada beberapa teknik yang difikirkan seperti melihat bentuk ‘candlestick’, pattern pergerakan saham, 'bullish' atau 'bearish sign', ‘trading tactics’ dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut kena masuk kelas..
4. Jangan bersifat seperti kaki judi yang hanya melabur secara meneka-neka (main tikam) atau mendengar kata orang semata-mata tanpa membuat kajian anda sendiri sebelum membuat keputusan membeli saham.
5. Teruskan mendalami ilmu tentang apa jua tindakan yang kita ingin lakukan. Kaedah menyebut : “Ilmu sebelum berbicara dan beramal."
Plan Your Trade, Trade Your Plan…
Sekadar perkongsian, jika ada salah silap mohon dibaiki dan diperbetulkan oleh pakar-pakar di lapangan.
Wallahu A’alam.
Sila share sekiranya bermanfaat.
#AsriAhmadAcademy
#JadilahPelaburBijak
AbuFatihMubaraki1438H
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過6萬的網紅IniAnwarHadi,也在其Youtube影片中提到,Dalam video ni saya kongsi apa yang saya belajar tentang 5 terma yang sering digunapakai dalam perbankan Islam iaitu: - riba' - ibra' - gharar - maysi...
gharar 在 Mohd Asri Facebook 八卦

INILAH INDAHNYA PELABURAN SAHAM.
DAH UNTUNG, DAPAT TUNAIKAN ZAKAT SAHAM
Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian.
Apabila saham disenaraikan di pasaran saham, nilainya mungkin berbeza dengan nilai asalnya. Ini kerana saham yang didagangkan akan membolehkan nilainya untuk turun naik mengikut faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran, sepeti pencapaian syarikat, keadaan ekonomi, kestabilan politik tempatan dan antarabangsa.
Kriteria Saham
Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak, asalkan ianya terhindar dari aktiviti haram seperti riba, gharar, judi dan arak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut
Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan. Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.
Dalil Zakat Saham
Para ulama telah menetapkan saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham. Ia diambil berdasarkan dalil al-Quran berikut yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [Surah Al-Baqarah (2): 267]
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud: “Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya…” (Sahih Muslim)
KIRA ZAKAT SAHAM anda di link ini:
https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-saham
BAYAR ZAKAT SAHAM anda di link ini:
https://www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
SELAMAT BERZAKAT
🌐www.zakat.com.my
📞 1300885757
gharar 在 IniAnwarHadi Youtube 的評價
Dalam video ni saya kongsi apa yang saya belajar tentang 5 terma yang sering digunapakai dalam perbankan Islam iaitu:
- riba'
- ibra'
- gharar
- maysir
- aqad
- Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, boleh ke ibfimonline.com . #ChooseIBFIMonline
- Semoga bermanfaat dan semoga terhibur!
- Twitter: twitter.com/inianwarhadi
- Facebook: facebook.com/inianwarhadi
- Blog: anakazman.blogspot.com
- Soundcloud: soundcloud.com/inianwarhadi
- Podcast: soundcloud.com/buahmulutpodcast