Semusim di Syurga part 51
--------------------------------
(Tip hilangkan bosan)
Ya, aku tahu, korang dah lama hidup, sudah kenyang makan maksiat, sudah bosan mengumpul dosa, Cuma belum bersedia bunuh diri sahaja, dan bila sudah selesai semua itu, korang email aku dan tanya soalan yang merepek dan merapu, iaitu bagaimana nak menghilangkan boring..
(boringnya)
Dan aku tahu, manusia cukup takut untuk menjadi seorang yang boring dan hidup dalam dunia yang memboringkan, lalu korang keluar rumah untuk hilangkan boring, masuk kelab golf, masuk kelab kereta, kelab memancing, kelab catur, kelab malam, kelab karaoke, kelab dangdut, kelab mengumpul setem dan sebagainya, (kelab keretamayat tak masuk pulak?) lalu dalam kesibukkan korang dengan hobi yang tidak boleh bawak masuk kubur itu, boleh pulak korang bangga menjadi orang yang tak boring kononnya dan pandang hina pada orang lain yang boring, tapi sebenarnya korang pun boring gak.., tak ke boring?
Tapi sebab aku nak jimatkan kos boring korang daripada habiskan duit untuk pergi ke semua tempat di atas yang mahal-mahal, memandangkan pulak kadar inflasi yang semakin naik dan kuasa beli yang semakin turun, di tambah harga minyak yang tak pernah turun, dan mas kahwin yang sentiasa naik, jadi..
Daripada korang terpaksa belanja besar untuk hilangkan boring, aku bagilah jugak nasihat boring dari aku yang betul betul menjimatkan kos akan bagaimana nak menghilangkan boring, terimalah:…
Bagaimana hilangkan boring dengan kos yang murah
(Nota: segala kejadian yang tidak diingini andai berlaku ketika korang jalankan aktiviti ini adalah di luar tanggung jawab keretamayat.-harap maklum)
Tip hilangkan boring di waktu pagi
---------------------------------------------
Sebaik sahaja korang bangun awal pagi, tak payah tunggu apa lagi, terus kenakan pakaian sukan sepenuhnya, ikat tali kasut ketat-ketat, tarik stoking tinggi-tinggi dan pergi joging..
Namun aku tak nafikan, joging adalah antara perkara atau sukan yang boring jugak, oleh sebab itu korang kena buat kelainan sikit, baru tak boring..
Apa kata sebelum korang pergi joging, korang cari kayu dalam sekaki ke dua kaki punya panjang dan lepas tu korang basahkan hujun kayu dengan bahan api yang likat, kemudian korang ambik mancis dan nyalakan hujung kayu itu..
Maka siaplah sebuah ‘obor’, dan teruskan joging sambil memegang obor itu, ini akan dapat menghilangkan boring korang kerana ianya adalah satu perkara yang tak pernah di buat orang, unik dan lain daripada yang lain, dan sudah tentu korang akan menjadi perhatian seluruh warganegara yang ‘kagum’ melihat korang berlari seawal jam 6 pagi sambil bawak obor…
Tapi aku tak bertanggung jawab jika korang di pukul oleh orang kampong kerana korang disyakki nak pergi bakar rumah mereka..
Woha!
Tip hilangkan boring di waktu tengah hari.
-----------------------------------------------------
Jika korang sedang bekerja, apa kata waktu rehat tengah hari, korang pergi lepak tepi pantai, ambil beberapa keping gambar mengunakan Handphone bagi menunjukkan ‘alibi’ kewujudan korang di sana, lepas dah hilang boring, baru masuk kerja, lewat sikitpun takpe, bila bos tanya kenapa masuk lewat?
Korang cakaplah:
“Saya terpaksa masuk lewat kerana terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan ikan paus yang terdampar di laut pulang ke pangkuan ibunya, tapi dah lama tunggu, takde pulak ikan paus yang sedia membunuh diri”
Lalu korang tunjuk gambar tepi pantai pada bos, dan apa sahaja reaksi bos korang, boring tentu hilang, he he ..
Tip hilangkan boring di waktu petang.
-----------------------------------------------
Pastikan kereta korang ada satu tong besar dan pastikan jugak tong itu penuh berisi RO water, sekepulangan sahaja korang dari kerja, jangan terus balik rumah, sebab jalan biasa sesak dan itu akan memboringkan korang, maka kali ni, korang kena ikut jalan kampong atau taman yang terdekat, tak kiraler kampong atau taman siapa-siapapun, kampung orang aslipun takpe.
Bukan apa, kat kawasan kampong atau taman, biasa penduduk di waktu petang akan habiskan masa dengan membakar sampah, walaupun niat murni mereka adalah untuk mengurangkan beban Majlis Perbandaran atau mempupuskan nyamuk, tapi membakar sampah secara terbuka sebenarnya merbahaya kepada atmosphera bumi, dan silap gaya akan mempupuskan manusia.
Maka jika korang nampak orang kampung sedang membuat pembakaran terbuka, korang terus pergi padamkan api itu dengan menggunakan RO water, dan bagi sikit ceramah tentang bahayanya pencemaran akibat kebodohan rakyat negara dunia ketiga, juga ceritakan kesan CFC kepada molukul ozon, yang mana apa sahaja reaksi orang kampung, boring korang tentu hilang, ye tak?!
Woha!
Tip hilangkan boring di waktu malam.
-----------------------------------------------
Apa kata korang pergi mandi lepas makan malam, pakai baju lawa lawa, rambut sikat rapi kiri kanan, dan lepas siap semua tu korangpun pergiler berdiri di tepi mana mana jalan utama..
Bila nampak kereta Teksi, korang pun luruskan tangan dan gerakkan sikit jari jemari yang menunjukkan korang ingin kereta teksi itu berhenti..
Bila teksi dah berhenti, korang jangan masuk terus dalam Teksi tu, tapi korang bergerak ke pintu driver teksi tu, alahai, buat macam JPJ selalu buat bila road block tu..
Dengan penuh kesopanan dan bergaya seperti pemuda yang hafal rukun Negara, korang ketuk sikit cermin depan kereta teksi tu, dan bila cermin dah turun, korang terus tanya soalan ni kat pemandu teksi tu.
“Dah lama bawak kereta teksi ni bang?”
Lalu bila driver teksi tu layang korang berborak, Pasti boring korang hilang. Tak gitu?
Woha!
******
EH! Kejap, korang yang tanya aku bagaimana hilangkan boring ni, adakah korang orang kafir atau korang orang islam?
Kalau korang orang kafir kira ok ler tanya bagaimana nak hilangkan boring, sebab dunia ni shurga korang yang boring, tapi jika korang orang islam tanya bagaiamana nak hilangkan boring ini dah pelik.., ini dah melanggar adab orang beriman dan bertakwa..
Korang tak tahu ke?, Firaun, namrud, Qarun, Haman dan semua ahli neraka nak kembali ke dunia walupun satu saat sebab nak selamatkan akhirat mereka, boleh pulak korang tanya aku bagaimana nak hilangkan boring?
Korang tak tahu ke? Ahli shurga bila masuk shurga akan menyesal akan masa yang telah dihabiskan tanpa zikirullah..
Ni yang aku boring ni!
Orang islam ada banyak kerja sebelum jadi mayat, tiba tiba boleh pulak korang perasan boring?
Dah berapa ramai korang ajak orang kapir masuk islam?
Yang dah masuk islam pulak setalah di ajak korang, dah habis ke ajar mereka menjadi orang islam yang sejati?
Tafsir Al quran dah habis baca ke?
Kisah sahabat sudah melekat di minda ke?
Kitab Hadith Fadhail dan Masail dah habis baca ke?
Huh! Taubat belum tahu di terima atau tidak, solat belum lagi kusyuk dan al Quran belum banyak hafal, boleh pulak korang nak buat benda lain lain yang merepek untuk hilangkan boring.., nak masuk neraka ke?
Ingat! Orang kapir jer boleh boring, sebab dunia ni di cipta demikian, dunia di cipta dengan penuh sifat keboringan, lagu yang sedap boleh bertahan berapa minggu jer dalm carta?, ratu cantik boleh tahan berapa tahun jer punya gebu?, filem terbaik boleh tahan berapa lama sahaja di pawagam?, dunia ni memang hampeh dan memboringkan, maka kasihan kat orang kafir kerana dunia ni shurga mereka, shurga yang boring..
Tak pernah tengok ke orang kafir melancong ke sini sebab mereka dah boring dengan hidup di sana, Tak pernah tengok ke orang kafir buat rumah besar besar tapi tak duduk?, Tak pernah tengok ke orang kafir kahwin isteri cantik cantik tapi tidur dengan perempuan lain?, Tak pernah tengok ke orang kafir buat filem Batman versi Tom Burton lepas tu reset balik buat filem Batman versi Christopher Nolan pulak, delete superman III dan buat balik superman Return, lepas tu delete lagi dan buat Man of Steel versi superman takpakai seluar dalam, sebab?
Mereka BORING, dan cuba sedaya upaya buat apa sahaja yang merepek agar tidak BORING.
Dan ramai jugak orang kafir yang mati bunuh diri sebab dah BORING dengan hidup!!
Maka korang wahai orang-orang islam sekalian. Tarik balik kalimah boring korang masing masing..
Hidup atas dunia ini hanya sementara, (dah start cermah boring dari aku bagi sesetengah dari korang yang hati gelap) esok lusa korang naik kereta mayat, masa tu baru korang menyesal dengan masa boring korang di dunia yang telah di sia-siakan…, kemudian korang menangis nak kembali semula di waktu boring untuk ibadat pada Allah.., tapi Allah bagi peluang sekali sahaja seumur hidup.., dan aku juga akan benarkan korang naik kereta mayat sekali sahaja, itu pun jalan sahala, aku tak ambik tiket pergi balik…
Akhir kata, jika korang boring sangat, pergilah belajar berdakwah, apa salahnya mati ketika sedang belajar menjadi pendakwah...
Cuma nasihat aku, jangan pulak korang boring berdakwah cara nabi lalu berdakwah ikut cara nafsu korang, dakwah dengan cara bidaah yang tak perlu aku sebutkan lagi..
Sesungguhnya, jika korang ikhlas dalam mentaati perintah Allah, maka Allah akan mencampak kemanisan iman, yang mana korang akan berdakwah dengan cara Nabi sampai jadi mayat kerana di situ ada kemanisan iman..
Mereka yang berdakwah selain dari cara Nabi adalah mereka yang tiada kemanisan iman, lalu mencari hiburan dalam dakwah dan ceramah yang mana akhirnya mereka perasan mereka betul, dan mati dalam keadaan tidak bertaubat lagi, maka berjayalah syaitan menyesatkan ummat manusia walaupun dalam kerja dakwah. Oh...
Dan aku memang cukup boring dengan dakwah bidaah korang.., kerana aku tak merasa kemanisan iman di situ. Maafkan aku kerana boring dengan korang...
End.
Ps: Bukankah lagu Isabella Search jika di nyanyi hari-hari akan jadi boring gila, tapi Al fatihah yang di baca 17 kali sehari tak pernah boring sampai naik kereta mayat? Bukankah itu tanda kemanisan iman?
Apa lagi nak di kata?
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「gambar sahabat sejati」的推薦目錄:
- 關於gambar sahabat sejati 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook
- 關於gambar sahabat sejati 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於gambar sahabat sejati 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook
- 關於gambar sahabat sejati 在 Bryan Wee Youtube
- 關於gambar sahabat sejati 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於gambar sahabat sejati 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
gambar sahabat sejati 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Sahabat sejati.
Ketawa bersama. Marah bersama. Menangis bersama.
Sahabat sejati akan sentiasa disisi kita :')
*tag sahabat sejati anda dalam gambar ini
gambar sahabat sejati 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
LIMA perkara yang akan buatkan kita bahagia dalam hidup, juga bahagia waktu PKP. InsyaAllah.
Semalam muzakarah dengan anak bini tentang lima (5) perkara penting dalam hidup, tanpanya kita akan merana, dengannya kita akan sangat bahagia.
Apa 5 perkara itu?
Okey, saya start dengan no. lima dahulu.
(5) Hobi.., tak ada tak apa, jika ada lebih bahagia, dan hobi saya membaca, menulis, melukis, dan menonton, semua hobi tu tak terkesan waktu PKP, buatkan best pulak PKP ni. Woha!
(4) Kerjaya.., Semua orang perlukan sumber pendapatan, dengan wang kita boleh tunaikan rukun islam ke empat dan ke lima iaitu bayar zakat dan pergi haji. Penting ada wang ni sebab kita boleh bantu orang susah dan dalam hadis bagitahu tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.
Dengan wang juga kita boleh tinggalkan perkara yang kita tak suka, (conth: tak suka baiki tandas tersumbat,boleh upah orang) dan dengan wang kita dapat menambah bakat dalam bekarya. Di musim Covid ini, penulis tak terjejas insyaAllah, dan dengan bantuan kerajaan dan sedikit simpanan, saya enjoy jer PKP ni sebab bekalan makanan masih ada setakat ini, alhamdulillah.
(3) Kesihatan.., Orang sanggup buang hoby dan abaikan kerjaya demi memulihkan sakit sebab kesihatan sangat penting!, sungguh sangat beruntung jika kita ada ilmu makan dan senaman yang betul buatkan badan kita kekal cergas dan cerdas. Di musim PKP ini saya sekeluarga Alhamdulillah setakat ini, semuanya sedang sihat walafiat. Rumah saya ada pagar membolehkan saya jogging keliling rumah tiap hari. Alhamdulilah. (walaupun hakikatnya makin gemok sebab makan lebih laju dari jogging, aduh)
(2) Cinta.., ini penting!, isteri solehah, anak yang taat, jiran yang baik, sahabat sejati, saudara mara yang saling membantu, semua ini buatkan hidup akan sangat bahagia, Maka jagalah cinta dengan luangkan masa bersama orang tersayang, di musim PKP ini, alhamdulilah semua cinta penting saya ada depan mata dan kami sedang menikmati saat-saat indah setiap masa. Alhamdulillah.
(1) Tuhan.., ini paling penting sebab ianya menjawab soalan dari mana kita datang?, ke mana kita lepas mati?, dan apa tugas kita di dunia? Setelah mendapat jawapan ini dari agama islam, maka saya sedar bahawa Allah sedang sayang pada kita semua sebab diberikan nikmat iman dan setiap hari dengan kesedaran disayangi Allah ini, maka luangkan masa untuk beribadat kerana itulah tujuan hidup kita. Alhamdulillah.
Jadi lebih beruntung orang yang (5)hobinya dapat (4)wang, dapat (3)kesihatan, dapat (2)cinta dan dapat mendekatkan diri pada (1)Allah!
Alhamdulilah, nikmat mana lagi yang kamu dustakan.
Dan dimusim PKP ini, saya bersyukur sebab dapat kesemua nikmat di atas, (5) Hobi saya menulis, InsyaAllah tiap tahun siap satu buku, boleh dapat (4) wang. Dan menulis ini bagus untuk (3) otak, dan penat menulis saya (3) jalan kaki keliling rumah bersama orang tersayang, dan tulisan saya dibaca oleh anak bini lalu menambahkan (4) cinta mereka, dan akhir sekali saya niat tulisan saya biar ada (1) unsur agama agar dapat memberi manfaat pada ummat walaupun mayat saya dah lama masuk kubur dimakan ulat.
Alhamdulillah.
Jadi apa kami buat di musim PKP ini? Setiap pagi kami mulakan hidup dengan (2) meyuarat tentang apa nak buat hari ni? Kami akan (1) solat berjemaah sama sama, (2)makan berjemaah, (3) riadah berjemaah, dan (5) menontonpun berjemaah, lepas solat kami (1,2,)bermuzakarah pelbagai ilmu dan terkini, kami muzakarah tentang lima nikmat terbesar dalam hidup.
Di waktu bebas, anak bini buat hal peribadi, saya (4) menulis dan (5) membaca dan (4)menulis kisah ada unsur (2) Cinta, dan (1) agama. Alhamdulilah.
Saya tulis ni bukanlan nak bagitahu saya sempurna, ada orang yang hidupnya jauh lebih baik, saya tulis sebab anak bini, atau kawan kawan saya yang baca nota saya ini, moga mereka dapat faham tentang kepentingan (5) lima nikmat hidup ini dan dapatlah usakan untuk dapat semua,
Jika (5)hoby tak best, cari (4) kerjaya yang best, jika kerja tak best, pastikan (3) kesihatan kita dijaga, jika dah takdir terkena penyakit, pastikan ada (2) cinta yang meneman kita, dan jika cinta tak ada sebab korang hanya sebatang kara atau forever alone, janganlah bimbang sebab (1) Allah itu ada dan Allah sangat sayangkan kita semua.
Cukuplah Allah ada bersama kita, sungguh dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan yang sentiada mensyukuri nikmatmu, walaupun sekecil kecil nikmat, kerana firmanMU memberitahu, siapa bersyukur akan di tambah nikmat, maka segala nikmatmu saya syukuri, sebab saya nak nikmat ini di tambahi!
Woha!
Ps: Gambar tiga belas (13) buku yang saya tulis setebal sepuluh (10) inci. Tahniah jika ada terselit menghias rumah anda dan dada anda, Semua ini akan menjadi kenangan.
gambar sahabat sejati 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
