.
Pintu terbuka di fajar samar,
setelah berkudrat tenaga tamar
.
Jumlah simpanan cerita sedih,
banyak rahsia akan terlondeh
.
Ditakdir bukan penjawat awam,
juga tak ada limpahan saham
.
Yang ada secebis bakat,
sekali perintah semua tersekat
.
Ada juga modal niaga,
namun sudah menjadi pegaga
.
Kedai tutup dagangan melingkup,
malu meminjam terpaksa berserkup
.
Rakyat tenat ekonomi tenat,
dilema bertalu memilih punat
.
Bagai diluah mati emak,
ditelan pula mati bapak
.
Setelah longgar arahan diberi,
apa lagi lajulah berlari
.
Dulu bekerja sekarang menganggur,
tapi tak mahu bising menggelupur
.
Kalau boleh tak mahu ahlong,
apa yang ada cuba dilelong
.
Memang takut ceti haram,
silap langkah kita yang karam
.
Bukan bermaksud kewangan tak pandai,
cuma sekarang terpaksa bergadai
.
Kalau bulu boleh dipajak,
terpaksa tebalkan muka yang cuak
.
Emas pusaka banyak kenangan,
sudah tak jadi harta larangan
.
Demi hidup anak ditanggung,
biarlah sekarang terpanas punggung
.
Daripada melalak tak selesai isu,
lebih baik berjualan tisu
.
Daripada diam lesu dan bisu,
elok dicari lampin dan susu
.
Nasi putih dan air kosong,
asal puasa tidak berbohong
.
Tidak sangka terputus duit,
saat tak ada getah dan sawit
.
Diuji terdampar di kota megah,
miskin bandar gelaran digubah
.
Miskin pun ah miskinlah,
asal kami tak gadai maruah
.
Kais pagi makan pagi,
hendak berkais terpatah kaki
.
Walau sekupang terjumpa di lantai,
itu semua harta bernilai
.
Baru faham ujian Allah,
langit tinggi atau rendah
.
Bukan tak syukur duit bantuan,
lain orang lain belanjawan
.
Bayar itu dan beli ini,
sedih fikirkan anak dan bini
.
Mengadu susah orang tak faham,
suasana sekarang sendu dan kusam
.
Biarlah malu dikata sengkek,
asal terisi poket dan kocek
.
Tak kisah untuk bertatih semula,
berserah pada Allah azza wa jalla
.
.
.
#gadaimembadai
#fedtriyahya
#menikamdenganpuitis
#muhasabah #ramadhan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
gadaimembadai 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
