“Bang…pakai mask ni salah. Dah ada kajian di Denmark, siapa pakai mask ni kena bacterial numonia tau bang.
“Ko pi duduk Denmark la”
“abang kena buat kajian Vaksin ni bahaya, tipu, saya bagi abang link google, vaksin ni saya tak nak ambik, abang kena kaji bang”
“Saya dah cucuk dua vaksin, kenapa nak kaji pulak?”
Begitulah perbualan Rakyat ada Ijazah dengan Polis, Sedih tau tengok berita, bila ada orang muda belajar ijazah di Universiti tapi anti vaksin, percaya berita palsu, maki polis, sengaja langar SOP.
Lepas tu mencarut lama lama tanpa was was dengan kadar carutan yang lebih Panjang dari doa Qunut Nazilah kira dah macam dah ternormalisasi diri dengan tabiat buruk ke apa?,
Mujurlah abang polis sabar berdepan karenah Rakyat yang percaya karut marut ni, sabar yer abang polis bila berdepan dengan orang buat salah tak mengaku salah ni.
Pernah baca Buku Motivasi Barat Dale Carnigie cerita kisah dia kena tahan polis, lepas tu dia cakap elok elok, minta maaf, mengaku bersalah, beri kerja sama waktu polis buat kerja, minda ID tunjuk dengan senyuman manis, akhirnya polis itu lepaskan dia sebab jarang jumpa orang yang jujur bantu polis untuk saman diri sendiri.
Lepas baca buku itu, saya pun amal waktu kena tahan dengan polis, cakap elok elok, minta maaf abang polis, saya mengaku bersalah,saya beri kerja sama agar polis mudah buat kerja, akhirnya polis itu lepaskan saya sebab katanya hiang stress jumpa orang yang jujur macam saya.
Woha!
Bila saya belajar agama balik, rupanya ajaran Barat tu dah ada dalam islam, iaitu bila kita buat dosa, kita MENGAKU BERSALAH, doa lembut lembut, Minta Ampun, dan pasti Allah akan Ampunkan semua dosa.
Jadi Syarat Taubat di terima, MENGAKU BERSALAH, Minta Ampun elok elok dengan Allah, Janji tak buat lagi, pasti Allah akan ampunkan semua dosa Biarpun dosa semalam Sebesar gunung menembus awan..
Yang penting hatiku dapat kau tawan.. eh? Menyanyi lagu pulak.
Woha!
「doa qunut panjang」的推薦目錄:
doa qunut panjang 在 Facebook 八卦
Bila saya bercerita tentang asal usul nama saya, hamka di ambil dari ulamak Hamka Indonesia.
Maka ada orang tanya saya dua soalan.
1. “Kenapa isteri Hamka tidak bertudung?”
2. “Kenapa Hamka menyokong kaum muda wahabi?”
Kemudian mereka bagi bukti, gambar isteri Ulamak Hamka tidak bertudung dan tulisan Hamka yang menyokong kaum muda wahabi.
Saya pun search tentang tudung isteri Hamka dulu, saya jumpa huraian panjang lebar oleh kopicengkih.blogspot.
Antara alasan sipenulis, pada zaman 50-an hingga 80-an, masyarakat anggap tak bertudung tu biasa, sebab ada juga gambar isteri Hamka bertudung dan tidak bertudung. Jadi si penulis suruh kita raikan zaman dan suasana.
Okey, saya boleh terima, sebab saya masih ingat, dulu pergi sekolah rendah berseluar pendek, walau saya anak guru mengaji, cikgu ramai pakai selendang, anak ustaz pakai seluar pendek, zaman itu kefahaman aurat bukan macam sekarang. TV pun belum ada pembaca berita bertudung, malahan penyanyi nasyid perempuan zaman tu pun tidak bertudung, rujuk al Jawaher dan Al Mizan, bersusun macam Rabbani tapi semua free hair.
So hujah saya sama macam penulis, zaman lepas perang dunia ke dua dahulu, kefahaman tentang aurat dalam masyarakat tak sama macam sekarang.
Balik kepada isu Hamka menyokong kaum muda Wahabi, jika kaitkan balik kisah isteri beliau tidak bertudung dengan zaman masyarakat rata rata tidak bertudung, jadi bab menyokong wahabi kita kena rujuk kisah Hamka ketika di penghujung hayatnya.
Untuk itu saya rujuk tulisan saudara Helmi sahabat saya dari Patriot.
Diceritakan bahawa ketika Hamka mengimamkan solat di sebuah masjid yang dimana majoritinya ialah mereka yang sefahaman dengan Nahdatul Ulamak. Dalam solat subuh tersebut, seluruh jemaah terkejut entah kenapa Hamka tiba-tiba membaca doa Qunut yang sememangnya tidak sinonim dengan organisasi Muhammadiyah yang pernah diketuai oleh Hamka.
Kisah ini ditulis dalam buku bertajuk “Wisdom of Gontor” karya Tasirun Sulaiman, halaman 47 yang diterbitkan oleh “Penerbit Mizania” pada 2009.
Versi yang lain pula menceritakan apa yang dijawab oleh Hamka ketika bertanyakan tentang soal itu seperti berikut:
“Dulu aku hanya membaca satu kitab sahaja. Hari ini aku sudah meneliti banyak kitab. Ternyata ilmu Islam itu sangatlah luas.”
Maka dari hujah dua penulis di atas, maka menjawablah soalan kenapa isteri Hamka ada bergambar tidak bertudung, dan kenapa Hamka di waktu muda keras seperti “wahabi’ namun di waktu tua setuju dengan luasnya ilmu islam.
Akhir kata saya petik lagi kata penulis Patriot:
Hamka ketika di lewat usianya direkodkan pernah menyatakan bahawa tidak menyenangi konflik antara kaum Muda-Tua yang menurutnya lebih banyak memecahbelahkan ummah atas soal khilaf yang sudah lama diselesaikan oleh para ulamak, meski pada usia mudanya Hamka juga terlibat dalam konflik itu.
Sepanjang riwayat Hamka, Hamka menerima Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada tahun 1959, Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada tahun 1960 dan juga Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.
Betapa besarnya hati seorang ulamak ketika itu. Hamka menurut saya ialah seorang ulamak yang sangat hebat peribadi, ilmu dan sumbangan kepada masyarakat Islam khususnya untuk bangsa Melayu. Beliau bukan sahaja arif dalam soal agama, bahkan menggariskan definisi Melayu yang baru yang sehingga hari ini dipegang oleh kita semua.
Lampiran:
https://www.thepatriots.asia/hamka-ulama-melayu-agung-sepanjang-zaman/?fbclid=IwAR2B5blz_tsEPB4Npl2iabts2w9FY2Yp8Foi_g7YSdTUc2ngcGRXpv8ILSw
https://kopicengkih.blogspot.com/2015/10/isteri-buya-hamka-pun-tak-pakai-tudung.html?fbclid=IwAR1THmRDZ37zfT5SGlYm6V2P3eKdqDNek58IwXCYc-FEt1zfgYlg0jqztHY
doa qunut panjang 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
Bila saya bercerita tentang asal usul nama saya, hamka di ambil dari ulamak Hamka Indonesia.
Maka ada orang tanya saya dua soalan.
1. “Kenapa isteri Hamka tidak bertudung?”
2. “Kenapa Hamka menyokong wahabi?”
Kemudian mereka bagi bukti, gambar isteri Ulamak Hamka tidak bertudung dan tulisan Hamka yang menyokong wahabi.
Saya pun search tentang tudung isteri Hamka dulu, saya jumpa huraian panjang lebar oleh kopicengkih.blogspot.
Antara alasan sipenulis, pada zaman 50-an hingga 80-an, masyarakat anggap tak bertudung tu biasa, sebab ada juga gambar isteri Hamka bertudung dan tidak bertudung. Jadi si penulis suruh kita raikan zaman dan suasana.
Okey, saya boleh terima, sebab saya masih ingat, dulu pergi sekolah rendah berseluar pendek, walau saya anak guru mengaji, cikgu ramai pakai selendang, anak ustaz pakai seluar pendek, zaman itu kefahaman aurat bukan macam sekarang. TV pun belum ada pembaca berita bertudung.
So hujah saya sama macam penulis, zaman lepas perang dunia ke dua dahulu, kefahaman tentang aurat dalam masyarakat tak sama macam sekarang.
Balik kepada isu Hamka menyokong Wahabi, jika kaitkan balik kisah isteri beliau tidak bertudung dengan zaman masyarakat rata rata tidak bertudung, jadi bab menyokong wahabi kita kena rujuk kisah Hamka ketika di penghujung hayatnya.
Untuk itu saya rujuk tulisan saudara Helmi sahabat saya dari Patriot.
Diceritakan bahawa ketika Hamka mengimamkan solat di sebuah masjid yang dimana majoritinya ialah mereka yang sefahaman dengan Nahdatul Ulamak. Dalam solat subuh tersebut, seluruh jemaah terkejut entah kenapa Hamka tiba-tiba membaca doa Qunut yang sememangnya tidak sinonim dengan organisasi Muhammadiyah yang pernah diketuai oleh Hamka.
Kisah ini ditulis dalam buku bertajuk “Wisdom of Gontor” karya Tasirun Sulaiman, halaman 47 yang diterbitkan oleh “Penerbit Mizania” pada 2009.
Versi yang lain pula menceritakan apa yang dijawab oleh Hamka ketika bertanyakan tentang soal itu seperti berikut:
“Dulu aku hanya membaca satu kitab sahaja. Hari ini aku sudah meneliti banyak kitab. Ternyata ilmu Islam itu sangatlah luas.”
Maka dari hujah dua penulis di atas, maka menjawablah soalan kenapa isteri Hamka ada bergambar tidak bertudung, dan kenapa Hamka di waktu muda keras seperti “wahabi’ namun di waktu tua setuju dengan luasnya ilmu islam.
Akhir kata saya petik lagi kata penulis Patriot:
Hamka ketika di lewat usianya direkodkan pernah menyatakan bahawa tidak menyenangi konflik antara kaum Muda-Tua yang menurutnya lebih banyak memecahbelahkan ummah atas soal khilaf yang sudah lama diselesaikan oleh para ulamak, meski pada usia mudanya Hamka juga terlibat dalam konflik itu.
Sepanjang riwayat Hamka, Hamka menerima Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada tahun 1959, Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada tahun 1960 dan juga Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.
Betapa besarnya hati seorang ulamak ketika itu. Hamka menurut saya ialah seorang ulamak yang sangat hebat peribadi, ilmu dan sumbangan kepada masyarakat Islam khususnya untuk bangsa Melayu. Beliau bukan sahaja arif dalam soal agama, bahkan menggariskan definisi Melayu yang baru yang sehingga hari ini dipegang oleh kita semua.
Lampiran:
https://www.thepatriots.asia/hamka-ulama-melayu-agung-sepanjang-zaman/
http://kopicengkih.blogspot.com/2015/10/isteri-buya-hamka-pun-tak-pakai-tudung.html#